CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 1-11-2016 05:15 PM | Show all posts
hi TT.. gud job.

i follow sejak TT bukak benang. Tapi SR je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 08:42 PM | Show all posts
syoknye baca.. mohon tambah lg.. kelakar ade, sedih ade.. but still kekal misteri..
good job tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 30-10-2016 02:45 AM
PEMBUNUHAN DAN RAHSIA HITAM PELAKON TV BOB CRANE YANG MENGGEMPARKAN



Bermotifkan dendam nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:46 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-10-2016 12:18 PM
Rasanya bukan John saja yg boleh jadi suspek walaupun ada kesan darah Bob dlm kereta John..
Skand ...

tu la psl... kalau difikirkan bob crane tu bole tahan ramai musuhnya. sukati jah buat porn tanpa kebenaran, memang mengundang ramai org berbulu melehatnya bukan setakat dgn org biasa2, dgn sesama pelakon pon ada dendam kesumat bagai katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 01:50 AM | Show all posts
thanks @Adeakukesah11 @jiala86 @cuki @SepatUngu @ikinbest @nooriesz  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2016 02:14 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 3-11-2016 02:16 AM

KES SURAT2 MISTERI YANG 'MENGGANAS' DI SEBUAH BANDAR KECIL OHIO




Pada tahun 1976, penduduk2 bandar Circleville, Ohio mula menerima surat tulisan tangan yg berbentuk ancaman. Penulis surat yg tidak diketahui itu memberitahu bahawa dia tahu maklumat dan hal peribadi setiap penduduk di situ dan juga dia memerhatikan setiap pergerakan mereka. Tanda pos pd surat menunjukkan ia datang dari bandar berdekatan, Columbus, tetapi tanpa alamat pengirim.




Mary Gillespie adalah penerima surat2 ugutan yg paling berbahaya sekali. Si Penulis Surat Circleville (The Circleville Letter Writer) menuduh pemandu bas sekolah itu mempunyai hubungan sulit dgn seorg superintenden sekolah.

Aku tahu di mana kau tinggal,” menurut penulis surat misteri itu. “Aku telah memerhatikan rumah kau dan tahu yg kau mempunyai anak2. Ini bukan gurauan. Sila ambil serius.” Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mengendahkan beberapa lg amaran dan ugutan yg menyusul, dan menyembunyikan kesemua surat itu drpd pengetahuan keluarganya.

Si Penulis Surat Circleville tidak berputus asa.

Tidak lama kemudian, suami Mary Ron turut menerima sepucuk surat. Ron diarahkan utk menghentikan skandal antara isteri dan superintenden itu atau dia akan dibunuh. Mary Gillespie pd mulanya mengatakan dia tidak pernah mempunyai kekasih dan surat2 itu adalah percubaan utk menjatuhkan nama baiknya.

Malangnya, kisah hubungan sulitnya mula menjadi buah mulut di bandar kecil itu.

Selepas bbrp lama, sepucuk lg surat tiba di rumah keluarga Gillespie, berbunyi; “Gillespie, kamu telah diberikan tempoh 2 minggu dan langsung tak berbuat apa2. Akui kesalahan dan maklumkan kpd lembaga sekolah. Jika tidak aku akan siarkannya di CBS, poster, papan tanda dan billboard, sehingga kebenaran terserlah.

Akhirnya suami isteri itu berpendapat penulisan berniat jahat ini menunjukkan ia datang dari dlm rumah keluarga mereka sendiri. Mary dan Ron menghimpun ahli2 keluarga mereka – termasuk adik perempuan Ron dan suaminya, Paul Freshour utk membincangkan identiti suspek.

Pengiriman surat2 itu terhenti buat seketika pd 1977. Namun pd 17 Ogos, Ron menerima satu panggilan telefon – yg menyebabkannya berang secara tiba2.

Lelaki itu terus keluar dan memandu keretanya, sambil membawa selaras senapang.

Dia tidak lg kembali ke rumahnya. Pada lewat petang itu, pihak berkuasa menemui kereta Ron yg remuk akibat terlanggar sebatang pokok – mayatnya ditemui di dlm kereta itu. Apa yg pelik, polis mendapati senapang itu spt baru saja melepaskan tembakan. Dan mereka tidak tahu atas tujuan apa.

Pihak berkuasa Circleville mengesahkan kematian Ron adalah kemalangan yg berpunca drpd alkohol – satu keputusan yg mengecewakan Si Penulis Circleville. Tidak lama kemudian beberapa surat muncul utk menuduh pihak sheriff dan polis sengaja menutup kes itu drpd pengetahuan org ramai. Seorang wartawan tempatan melaporkan; berdasarkan rekod polis, mayat Ron Gillespie mengandungi 1.5 kali lebih drpd had alkohol yg dibenarkan. Apa pun menurut rakan2 rapat lelaki itu, Ron bukanlah seorg yg gemar minum arak.

Akhirnya, Mary dan kekasihnya mengakui hubungan mereka, tetapi mengatakan hubungan mereka cuma bermula selepas menerima surat2 misteri itu. Namun keluarga wanita itu tetap menerima surat hingga 1983. Pada thn yg sama penulis itu mula meletakkan papan tanda yg penuh dgn ancaman di sepanjang laluan bas Mary, seolah2 ingin seluruh dunia tahu perbuatannya yg ‘tidak bermaruah’ itu. Wanita itu cuma membiarkan saja taktik keji Si Penulis Circleville tersebut.

Walau bagaimanpun, dia hilang kesabaran apabila dia ternampak papan tanda yg ditulis penuh dgn niat jahat ke atas anak perempuannya.

Bosan dgn gangguan itu, Mary memberhentikan basnya dan turun utk mencabut salah satu papan tanda itu. Namun apa yg mengejutkan, ia diikat dgn tali yg disambung pd sebuah kotak. Apabila dia membuka kotak itu, dia mendapati sepucuk pistol diletakkan dlm posisi mengacu ke arahnya. .

Dengan penuh rasa ketakutan, Mary melaporkan penemuan perangkap itu. Pihak polis pun memeriksa senjata api tersebut. Walaupun, nombor sirinya sedikit terhakis, ia masih dpt dikesan.

Senjata itu adalah milik bekas biras wanita tersebut, Paul Freshour.


Paul Freshour, dan surat yg ditulis oleh Si Penulis circleville




Paul berkeras bahawa dia tidak bersalah – tetapi berbekalkan pistol sbg bukti dan keputusan yg samar atas perbandingan penulisannya dgn surat2 ugutan itu, pihak berkuasa percaya mereka telah berjaya menangkap org yg bertanggungjawab. Lelaki itu ditahan atas dakwaan cubaan membunuh.

Pada 24 Oktober 1983, Paul dihadapkan ke mahkamah atas cubaan membunuh Mary Gillespie. Walaupun pihak pendakwaraya tidak menuduhnya sbg Si Penulis Surat Circleville secara rasmi, mereka berulangkali mempergunakan hasil keputusan tulisan tangan Paul, yg goyah itu utk menekankan betapa licik dan jahatnya lelaki itu.

Juri yg yakin dgn pembentangan pendakwaraya, mendapati Paul bersalah atas cubaan membunuh dan hakim menjatuhkan hukuman penjara 7 hingga 25 thn. Sementara itu penduduk Circleville sudah lama berpendapat Paul Freshour adalah org yg menyebabkan bandar mereka mengalami huru hara dan ketakutan.


Kini bandar kecil itu dpt menarik nafas lega. Pasti kiriman surat2 itu terhenti, bukan?

Sangkaan mereka salah.

Beberapa surat baru telah dikirimkan ke penduduk Circleville dari Columbus, walaupun Paul dipenjarakan di bandar yg lain, dgn sebahagian hukumannya adalah dikurung bersendirian. Jelas sekali dia tiada peluang utk berhubung dgn dunia luar. Malah warden penjara sendiri pun percaya lelaki itu bukan penulis misteri spt yg didakwa. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tetap yakin mereka telah menangkap dan memenjarakan Si Penulis Surat Circleville.

Utk menambahkan kekeliruan semua org yg terlibat dlm kes ini, Paul sendiri turut menerima sepucuk surat ketika dia masih dlm penjara.

Kepada Paul, Si Penulis Surat Circleville menulis: “Bila lg kau akan percaya yg kau takkan keluar dari situ? Aku dah beritahu dua thn yg lepas. Jika kita rancang sesuatu, ia harus kekal spt yg dirancang. Apakah kau tidak dengar langsung apa yg aku kata?

Paul menjalani hukuman selama 10thn di penjara dan dibebaskan pd Mei 1994. Pada waktu itu, laporan mengenai surat misteri yg mengganggu Circleville semakin berkurangan. Lelaki tersebut tetap mempertahankan yg dia tidak bersalah hingga saat kematiannya pd 2012.

Enam bulan selepas Paul Freshour dibebaskan, satu rancangan TV ‘Unsolved Mysteries’ menyiarkan segmen yg menyentuh kes ‘Surat2 Circleville’. Beberapa hari kemudian, stesen itu pula menerima sekeping poskad misteri.




Ditulis secara ringkas : “Lupakan Circleville, Ohio… Jika kamu datang ke Ohio, kamu akan menerima akibatnya. Si Penulis Circleville.

Hingga ke hari ini kes Si Penulis Surat Circleville menarik minat dan spekulasi. Adakah Paul penulis sebenarnya? Atau Mary mempunyai kaitan? Benarkah dakwaan si penulis misteri bahawa pihak polis menyembunyikan maklumat sebenar kematian Ron Gillespie?



Sumber 1/2/3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2016 08:31 AM | Show all posts
dani-rox replied at 3-11-2016 02:14 AM
KES SURAT2 MISTERI YANG 'MENGGANAS' DI SEBUAH BANDAR KECIL OHIO

isk peliknya cite ni..

tulisan tgn dia rare. mcm type pakai typewriter. Adakah paul kenal writer tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 10:11 AM | Show all posts
jap TT. napa penulis misteri tu mcm aim family Mary tu je. paling truk dorg kena.
mcm inside job
ptt la ipar dia kna tgkp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 11:43 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 3-11-2016 11:07 AM

uniknya tulisan penulis misteri tu
rasanya penulis ni memang dari keluarga terdekat atau dari keluarga lelaki yang Mary suka tu..superintenden sekolah tu..
kesian kat Paul yang dituduh membunuh Ron..
penyiasatan pihak polis tidak meluas. Just based on tulisan pada surat ugutan dan kandungan alkohol, Paul dikaitkan dalam kes pembunuhan Ron. Just because of tulisan Paul lebih kurang sama dengan tulisan penulis misteri tu..
again..penyiasatan yang korup..sila follow siri CSI or Criminal Minds..
rasanya pada tahun 2012 tu dah banyak teknologi canggih yg boleh digunakan dalam penyiasatan, boleh buka balik kes ni
Looks like, penulis tu teringin sangat nak pihak polis mencari pembunuh sebenar atau boleh jadi juga nak pihak polis tahu siapa dirinya yang sebenar
dulu pernah tengok satu movie, dah lupa tajuk
kisah seorang yang membalas dendam..membunuh semua musuhnya dan org yang last dlam senarai dia tak sempat dibunuh, dia dah kena tangkap.
masa dalam lokap, org yang last yg ingin dibunuh tu akhirnya mati jugak...rupanya, dia ada partner di luar yang meneruskan tugasnya



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 11:56 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 26-10-2016 12:17 PM
Mmm... haku penah tgok 'Ghost Inside My Child' tue kt channel 5 (tb S'pore)... channel neh memang s ...

ala..nak kena sign up plak..takleh tengok
saya ni..kalau dah sign up..pastu lupa apa username dan password kalau jarang log in
problem betul lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 02:49 PM | Show all posts
thread yg menarik
good job TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2016 02:32 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 4-11-2016 02:38 AM

Hasil csi dlm beberapa thread reddit, ada beberapa teori dan suspek yg menarik perhatian


- William Massie, anak lelaki si superintendent sekolah Gordon Massie. Sudahlah bapaknya alcoholic, ada skandal pula... mungkin si anak ingin membalas dendam. Sesetengah surat tu di sign dgn huruf 'W' barangkali merujuk kpd 'William'.


- David Longeberry, staff dlm jabatan pendidikan. Dikatakan dia ada hati terhadap Mary, tp direjek. Sama ada David dpt tahu dr buah mulut sesama staff atau dia sendiri nampak secret affair antara Mary dan Gordon -- akhirnya dpt idea utk memburuk2kan kedua2nya dgn menulis surat2 misteri itu.


kedua2 suspek seterusnya adalah kerana pakar tulisan yakin yg surat2 tu ditulis oleh perempuan:
- Bekas isteri Paul Freshour aka adik Ron Gillespie (takda pulak mana2 artikel bg nama). Waktu itu, perkahwinan Paul dan isterinya dlm krisis... ada yg kata dlm proses perceraian. Menurut Paul, isterinya tak puas hati sbb kantoi ditangkap oleh Paul sendirik tatkala sedang bercurang2an dgn lelaki lain. Kalo kes perceraian mereka dibawa ke court, perempuan tu bakal kehilangan hak jagaan anak2, rumah dan harta. Mana tahu kan semua benda nih dirancang dgn teliti oleh seorg wanita yg pendendam.


- Mary Gillespie. Mungkin dia dah bosan buat hubungan sulit... surat2 tu adalah rancangan jahat utk memaksa kekasihnya meninggalkan isterinya dan menjalani hubungan dia org secara public. Dan affair tu kononnya berlaku SELEPAS surat2 misteri mula bertebaran di bandar itu. Obvious menipu. Dalam banyak2 papan tanda yg mengeji dan mengugutnya, kenapa satu papan tanda yg dicabut tu secara kebetulan ada perangkap pistol bagai? KALAU Paul punya angkara dan benar2 nak bunuh Mary, bukankah dia harus pasang perangkap pd kesemua papan tanda itu? Berapa banyak pistol yg dia ada? Dan begitu yakin sekali yg kena perangkap tu adalah Mary? Kemudian, selamba jah dia bawak pistol tu kulu kilir dlm bas yg penuh dgn bebudak sekolah, bawak masuk ke rumah dan beberapa jam lepas tu barulah dia hantar ke pejabat sheriff. Nampak mcm cubaan utk mendapatkan perhatian dan kesian dr seorg kekasih kan?

- Mary dan adik iparnya aka isteri Paul bersekongkol. Masa dlm proses perceraian, isteri Paul menumpang di trailer di tanah kepunyaan Mary. Si kakak ipar katanya sgt lantang menyokong isteri Paul itu... Tak mustahil si isteri yg curi pistol Paul, buat ala2 perangkap sket kemudian Mary akan buat2 terkejut bila ternampak pistol itu. Paul ada saksi mengatakan pistol itu memang didapati hilang/dicuri sebelum itu. Surat2 tu bila diperiksa dan dikaji, pakar mendapati ia ditulis oleh dua org perempuan yg berbeza. TETAPI ada juga yg rasa Mary takda kaitan. Ibu mana yg sanggup mencemarkan nama anak perempuan dgn meletakkan papan tanda yg penuh dgn kata2 lucah. Tapi tak taulah kalau dah terdesak sgt... Manusia kan punya perangai pelik2 dan kekadang susah nak dijelaskan

Ramai yg tak puas hati bila isteri Gordon Massie tak disiasat atau didedahkan dlm artikel2 berita... dia pun ada kepentingan dan motif jugak utk mengenakan Mary.


Kematian Ron? Ramai percaya kematiannya memang disebabkan oleh keadaan mabuk. Barangkali, dia minum arak utk menaikkan semangat dan keberanian bergaduh dgn individu yg menelefonnya pagi itu.


btw ada satu mesej yg mengundang spekulasi dari cucu Paul Freshour dlm website obituari:

You beat my father and treated him like shit his whole life, you deserve everything bad that ever happened to you. I hope your last days were filled with pain and sorrow, and that your having fun burning in hell.

http://www.schoedinger.com/obituaries/Paul-Freshour/



cc: @Jajabeans
@SelakLangsir
@Ipo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 10:17 PM | Show all posts
dani-rox replied at 4-11-2016 01:32 AM
Hasil csi dlm beberapa thread reddit, ada beberapa teori dan suspek yg menarik perhatian

wah, menarik CSI ni
tapi Mary as suspect rasanya tak sesuai...
kalau ipar aka adik Ron tu mungkin juga sebab dia tak suka Paul
emm...cucu Paul tu macam benci sangat kat Paul..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow, sukalah baca semua cite kat sini. Kacang lebih ni sebab TT translate citenya semua sendiri. Kudos to TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 03:28 PM | Show all posts
TT.... Good job👍
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 09:39 AM | Show all posts
next stori plzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 12:15 PM | Show all posts
......terbaek
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis pun baca. Memang kejam cara pembunuhan.
Kalau kat malaysia ni,citer pasal mangsa kena kerat2 lah yg layak masuk dlm list pembunuhan kejam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2016 11:41 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 8-11-2016 11:45 PM

PEMBUNUHAN BERSIRI HWASEONG


*Screencap dari filem 'Memories of Murder' (2003) yg diinspirasikan drpd kes tersebut


Siri pembunuhan di bandar kecil, Hwaseong dikatakan bermula pd 15 September 1986 apabila mayat seorang wanita ditemui di sebuah lapangan sawah padi. Dia didapati diikat dgn pakaiannya sendiri, dirogol dan dicekik. Setelah satu lagi mayat wanita dijumpai dlm keadaan yg sama di sebuah lokasi berdekatan, pihak polis menyedari bahawa seorg pembunuh bersiri sedang bergiat aktif di kawasan mereka. Ini merupakan kes pembunuhan bersiri pertama dlm sejarah Korea Selatan dan waktu itu pihak polis tidak bersedia dan berkemampuan utk menjalankan penyiasatan yg begitu rumit.


Mangsa pertama






Peta lokasi salah satu pembunuhan di sawah padi.





Mangsa kedua

Secara keseluruhan 10 mayat wanita ditemui dlm tempoh empat tahun, dan umur mangsa dlm lingkungan 14 hingga 71 tahun. Kesemuanya diperkosa, diikat dan dicekik dgn pakaian mereka sendiri terutamanya stoking dan ‘pantyhose’. Satu penyiasatan besar2an telah dilakukan – melibatkan lebih drpd 2 juta org pegawai polis, 20 ribu org suspek, cap jari drpd 40 ribu org individu, analisis ke atas 570 sampel darah dan 180 sampel rambut, namun gagal menghasilkan sebarang petunjuk. Pakar forensik mengesahkan jenis darah pembunuh itu sbg ‘B’, tetapi pd lewat 1980an Korea masih dlm fasa teknologi yg primitif utk membuat kajian ke atas DNA.




Dalam kes mangsa yg ke-8 seorg lelaki berusia 22 thn bernama Yoon telah ditangkap pd 1989 setelah polis menemui rambutnya di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, apabila disiasat dgn lebih teliti, pembunuhan ke-8 tersebut tidak mempunyai kaitan dgn siri pembunuhan yg sedang berlaku ketika itu.

Selepas pembunuhan yg ke-9 dan ke-10, beberapa sampel darah dan air mani telah dihantar ke Jepun utk dianalisa, namun ia tidak sepadan dgn mana2 suspek. Malah kedua2 kes itu berkemungkinan besar dilakukan oleh dua org pembunuh yg berbeza.

Hasil penyiasatan polis hanya mampu memberikan gambaran asas pembunuh yg bertangggungjawab dlm kebanyakan kes tersebut, itupun drpd seorg mangsa yg berjaya menyelamatkan dirinya – Pembunuh bersiri itu dikatakan seorg lelaki muda dlm lingkungan usia 20an, berat dlm 75kg, ketinggian 165-170cm dan dia juga berbadan kurus.






Pembunuhan yg terakhir berlaku sekitar 9 malam pd 3 April 1991. Seorg wanita berumur 69 thn ditemui mati dan dirogol, lehernya dibelit dgn pantyhose-nya sendiri, di salah sebuah kawasan pergunungan Hwaseong. Sehingga ke hari ini jenayah tersebut masih lg misteri.

Apa yang paling menyedihkan, mangsa2 ini tidak akan mendapat keadilan kerana statut pendakwaan tamat selepas 15 tahun. Kes yg terakhir telah pun tamat statutnya pd thn 2006. Walaupun Institut Penyiasatan masih menyimpan sampel2 DNA dari tempat2 kejadian, dan sekiranya berjaya menemui suspek yg padan dgn sampel tersebut – tiada sebarang perbicaraan akan diadakan (melainkan undang2 statut diubah).










Senarai nama mangsa


Gambaran 3D pembunuh bersiri itu jika dia masih hidup sekarang






Wikipedia

Sumber 1/2

Gambar2 crime scene dicedok dari blog2 Korea Selatan (boleh check utk maklumat lebih lanjut dan gambar2 lain):
1/2/3



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 08:44 AM | Show all posts
Edited by rosa_canina at 9-11-2016 08:45 AM
dani-rox replied at 8-11-2016 11:41 PM
PEMBUNUHAN BERSIRI HWASEONG

drama "gap dong" tu ambik dari kes sebenar ni jgk ke..
mcm sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.325060 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list