CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 12-12-2016 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh keluar ikut siling ke? Atau menyorok memana dulu dlm rumah...bila pintu dah buia oeh polis..baru dia selinap keluar.

Teori dia ditembak di luar..kemudin maaui dlm rumah dan kunci tu..boleh terima...tapi xkan xtahu kene tembak mcm tu baik g minta tlg nk ke hospital je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 09:56 AM | Show all posts
kes yang ni rasanya, pembunuh tu (kalau bukan mangsa sendiri yang bunuh diri seperti salah satu andaian polis) mungkin dah tahu selok belok rumah tu. Mungkin juga pembunuh ada jalan rahsia yang boleh keluar masuk rumah tu tanpa mangsa sendiri tahu, macam basement yang boleh tembus keluar.Haha..imaginasi aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 12-12-2016 09:56 AM
kes yang ni rasanya, pembunuh tu (kalau bukan mangsa sendiri yang bunuh diri seperti salah satu anda ...

pastu kelongsong peluru pun xde
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 03:47 PM | Show all posts
mily replied at 12-12-2016 09:48 AM
Pembunuh keluar ikut siling ke? Atau menyorok memana dulu dlm rumah...bila pintu dah buia oeh polis. ...

ada je orang yg kena tembak, tapi tak perasan dia ditembak...aku ada tengok satu kes kat CI, dia kena tembak dan terus balik kerumah....tak tahu pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 11:45 PM | Show all posts
Lupa pulak...

Namun, satu tingkap kecil di atas pintu sedikit terbuka – maka si pegawai polis mengarahkan seorg budak lelaki yg bertubuh kurus dan sgt kecil memanjat masuk melalui tingkap itu, dan seterusnya membuka pintu tersebut dr dalam.

Dalam artikel BI, tingkap tu dipanggil 'transom window'

cth:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 11:52 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 12-12-2016 06:57 AM
Tak. This one dari movie. The original picture budak tu rambut pendek and pakai track bottom.

this one?




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2016 12:35 AM | Show all posts

Yes!!! This is the picture. Nampak the kid macam transparent kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2016 12:27 AM | Show all posts
fairy_fairy replied at 13-12-2016 12:35 AM
Yes!!! This is the picture. Nampak the kid macam transparent kan...



ha'ah... memula budak tu memang takde dlm kump. hikers tp sekali muncul kat belakang. stail dia berjalan pun lain macam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bru jimpa then khatam thread ni dlm masa bbpa jam. weh tetiba aku rasa takut tdo sorg2 dlm bilik ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 11:03 AM | Show all posts
Ade cerita baru wahai TT?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 11:03 AM | Show all posts
Ade cerita baru wahai TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 22-12-2016 11:03 AM
Ade cerita baru wahai TT?

Sori lama tak update. Hujung tahun ni byk betul urusan hahaha
Kalau sempat ai post cerita baru mlm karang atau esok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:03 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-12-2016 11:13 AM
Sori lama tak update. Hujung tahun ni byk betul urusan hahaha
Kalau sempat ai post cerita baru ml ...

Tq TT. Iols faham. Hujung tahun mmg byk keje. Tak pe, kami sume boleh tggu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 03:57 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-12-2016 03:13 AM
Sori lama tak update. Hujung tahun ni byk betul urusan hahaha
Kalau sempat ai post cerita baru ml ...

sentiasa menanti cerita TT jgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 02:40 AM | Show all posts
TRAGEDI PASANGAN KEKASIH BARU DI TAHUN BARU



Kes misteri dan membingungkan ini berlaku pd 1 Januari 1963 – sambutan Tahun Baru. Waktu itu dunia berada dlm kemuncak Perang Dingin dan permulaan Revolusi Seks. Pada pagi itu pukul 7.45 di Chatswood, pinggiran bandar Sydney yg diduduki oleh golongan kelas pertengahan, dua org budak lelaki sedang mencari bola2 golf. Namun apa yg mereka temui bakal menggemparkan seluruh Australia dan dianggap sbg kes yg paling mengejutkan dlm sejarah negara itu.

Di sebuah jalan denai yg sunyi berdekatan dgn sungai Lane Cove, budak2 tersebut menjumpai seorg lelaki memakai suit meniarap di atas tanah. Bahagian belakangnya ditutupi dgn karpet kecil yg kelihatan agak usang. Pada mulanya mereka menganggap lelaki itu tertidur kerana terlalu mabuk – mungkin selepas menyambut Tahun Baru mlm sebelumnya. Namun apabila mereka menemuinya masih berada di tempat dan posisi yg sama satu jam kemudian, mereka mendekati tubuh lelaki misteri tersebut dan mendapati wajahnya lebam kebiru2an dan darah menitik drpd lubang hidungya. Tiada tanda keganasan, tetapi lelaki itu ternyata sudah meninggal dunia. Ketika polis tiba, mereka menemui lebih banyak keganjilan pd mayat itu. Dia didapati separuh bogel iaitu tidak memakai seluar, manakala suitnya cuma dihampar dgn teliti di atas mayatnya. Melalui pengenalan di dlm dompetnya, mayat itu adalah Dr. Gilbert Bogle.

Dua puluh ela dari situ, di dlm parit cetek di tebing sungai, polis mengesan satu lg penemuan. Satu mayat wanita terlentang, ditutupi dgn tiga keping kadbod lama. Skirtnya ditarik ke atas, bergumpal di keliling pinggangnya, baju dalam pula ditarik ke bawah – mendedahkan buah dada, seluar dalamnya dibuang jauh tetapi seluar dalam lelaki (yg kemudiannya disahkan milik Dr Bogle) terletak di hujung kakinya. Wanita itu adalah Puan Margaret Chandler.

Sekali lg tiada tanda2 ditembak, dipukul, dicekik atau ditikam. Pada tubuh badan mayat, penyiasat juga menemui muntah dan sedikit najis. Setelah dibedah siasat, pihak forensik mengesahkan Dr Bogle dan Pn Chandler meninggal dunia akibat jantung mereka terhenti secara tiba2.

Kawasan Lane Cove dikenali sbg tempat pasangan kekasih memadu asmara, tetapi laluan yg berhampiran dgn sungai itu bukanlah tempat romantik. Ia adalah sgt kotor dan berbau busuk, malahan banyak lg tempat yg berdekatan lebih selesa. Kereta pasangan malang itu berada dlm keadaan yg baik, dan memandangkan Dr Bogle dan Pn Chandler membawa karpet dr kereta itu sbg alas duduk, ternyata mereka ke situ dgn rela hati. Walau bagaimanapun, wujud seorg lagi individu di situ – org yg bertanggungjawab menutup kedua2 mayat. Penyiasat berpendapat cara mayat2 itu ditutup seolah2 ada org cuba melindungi maruah kedua2 mangsa.

Pada malam sebelumnya, Dr Gilbert Bogle, ahli fizik berusia 38 thn menghadiri sebuah majlis Tahun Baru di Chatswood, yg dianjurkan oleh rakan sekerjanya di Commonwealth Scientific and Industrial Research Organization(CSIRO). Dia datang bersendirian kerana isterinya Vivienne memutuskan utk menjaga anak mereka yg sakit di rumah. Tetamu yg turut hadir adalah Geoffrey Chandler, seorg lg ahli saintis CSIRO. Dia membawa bersama isterinya yg cantik, Margaret, 29 thn. Wanita itu yg sudah tertarik dgn wajah dan peribadi Dr Bogle sejak pertemuan mereka dlm satu parti Krismas yg lalu, lantas bertanyakan suaminya jika dia tidak kisah seandainya Margaret mengadakan hubungan sulit dgn rakan sekerjanya. si suami pun berkata,”Kalau itu yg menggembirakan dirimu, lakukan saja.”

Bagi masyarakat Australia yg konservatif pd waktu itu, reaksi Geoffrey Chandler akan dianggap sbg sesuatu yg mengejutkan tetapi tidak pd pasangan Chandler itu sendiri kerana mereka mengamalkan perkahwinan secara terbuka. Siapa2 saja di anatara mereka bebas utk menjalin hubungan org lain. Keinginan Margaret berjalan dgn lancar kerana Gilbert adalah lelaki yg terkenal dgn suka berpoya2 dan menyimpan kekasih rahsia.

Pada pukul 11.30 mlm, Chandler meninggalkan parti itu utk membeli rokok tetapi oleh kerana kebanyakan kedai sudah tutup, dia memandu hingga ke bandar Balmain, di mana dia terus menghadiri sebuah majlis yg lebih meriah. Di situ, lelaki tersebut menghabiskan masa bersama kekasihnya Pamela Logan. Pada pkl 2.30 pagi Chandler pun kembali ke Chatswood.

Di situ, Chandler, Margaret dan Dr Bogle berbual2 hingga ke pkl 4 pagi. Akhirnya selepas bersetuju utk menyediakan rumahnya sbg tempat Margaret dan Dr Bogle mengadakan hubungan seks, Geoffrey Chandler pun pulang ke flat Pam dan kemudiannya menjemput anak2nya agar rumah itu nanti kosong utk isterinya dan teman lelaki barunya. Sementara itu Margaret dan Dr Bogle akan menyusul dgn menaiki kereta ahli fizik itu.

Pada pkl 10 pagi, oleh kerana anak2 mula merungut ingin pulang, maka si ayah bersetuju dan mereka semua kembali rumah. Namun kelibat Margaret tidak kelihatan, tetapi Chandler menganggap itu sbg perkara biasa. Dia terus masuk tidur dan bangun pd pkl 1 petang, dikejutkan dgn berita buruk drpd pihak polis.

Fakta2 yg membingungkan pihak polis dan Biro Siasatan Jenayah Sydney (CIB); Mengapa Dr Bogle dan Margaret memilih denai yg kotor di Sungai Lane Cove utk berasmara sedangkan mereka telah dijanjikan rumah Chandler yg jauh lebih selesa? Barangkali mereka tidak mampu menahan nafsu sepanjang perjalanan 20km itu. Atau mungkin memenuhi kehendak Gilbert Bogle yg gemar melakukan seks di tempat terbuka. Memandangkan mereka bukan penduduk Chatswood, kedua2nya mungkin tidak tahu keadaan sebenar tebing sungai yg jijik lagi busuk itu.

Persoalan paling penting;  siapa yg bunuh kedua2 mangsa? Bagaimanakah sebenarnya Dr Bogle dan Pn Chandler menemui ajal mereka?

Antara suspek dan teori2 yg dibentangkan oleh pihak polis dan golongan berminat dgn kes ini;

Geoffrey Chandler
Polis berpendapat lelaki itu sbg lelaki dayus. Tiada siapa pd waktu itu dpt menerima dan membayangkan betapa terbukanya Chandler ke atas hubungan sulit isterinya. Caranya yg dgn selamba memberitahu polis dia merestui perbuatan Margaret hanya menimbulkan rasa syak wasangka. Namun setelah berkali2 menyoal siasatnya termasuk juga Pamela Logan, pihak polis menggugurkan nama Chandler drpd senarai suspek.

Vivienne Bogle
Isteri yg dianiaya namun dia sarat hamil pd masa tersebut, dan mempunyai alibi menjaga anaknya sepanjang malam.

Margaret Fowler
Bekas kekasih Dr Bogle yg dikatakan masih obses dan menyimpan perasaan terhadapnya. Pihak akhbar yg mengetahui suami Fowler adalah jurutera kimia, terus mencipta teori bahawa lelaki itu menggunakan bahan kimia yg sukar dikesan utk meracun Gilbert Bogle.

Dr Bogle dibunuh kerana kajian saintifiknya.
Sesetengah org berpendapat dia mungkin seorg pengintip dan ejen rahsia Soviet, yg berusaha mengorek rahsia bom atom Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, teori itu sgt lemah kerana kajian Dr Bogle tiada kaitan langsung dgn kuasa atom – setelah diteliti oleh pihak penyiasat, dia sedang mengkaji teknologi gelombang mikro.

Sungai Lane Cove
Teori terbaru ini muncul setelah para penyiasat memerhatikan kawasan sungai itu sendiri. Lane Cove adalah tempat pembuangan bahan2 industri dan juga pembentungan. Pagi Tahun Baru yg sejuk itu adalah keadaan yg sesuai bg hydrogen sulfide mula naik dr permukaan air. Konsentrasi gas toksik itu sgt padat, hingga mangsa terlambat menyedari mereka sedang diracuni. Dan bagaimana pula mayat mereka ditutup? Mungkin seorg individu, seorg gelandangan yg lalu di kawasan itu, mempunyai alasannya tersendiri utk tidak menghubungi polis tetapi berasa kasihan dgn keadaan mayat yg terdedah dlm keadaan yg mengaibkan. Rupa fizikal mayat yg lebam kebiru2an, dan tompok2 ungu gelap pd kulit menyokong teori keracunan hydrogen sulfide, malangnya kini tiada lg sampel darah dan tisu yg tinggal utk diperiksa semula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 02:47 AM | Show all posts
apasal masuk advanced mode tetiba post ada limit? ai takbleh nak tepek gambar sekali dlm post yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2016 02:52 AM | Show all posts

Dr Bogle & Mrs Chandler


Geoffrey Chandler




Lakon semula mayat Dr Bogle



Wikipedia

Sumber 1

Sumber2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 03:19 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 21-12-2016 11:57 PM
Bru jimpa then khatam thread ni dlm masa bbpa jam.  weh tetiba aku rasa takut tdo sorg2 dlm bilik  ...

ala2 paranoid gituh kan
sbb ai sendirik baru pergi dapur nak minum air... tetiba jah ai rasa takut, cepat2 minum air pastuh masuk bilik
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 10:02 AM | Show all posts
parking dulu

tqqq tt for update
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 10:52 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-12-2016 01:40 AM
TRAGEDI PASANGAN KEKASIH BARU DI TAHUN BARU

Kes ni menarik. Pada aku, suspek ketiga Margaret Fowler berkemungkinan besar jadi pembunuh. yang kedua, mungkin isteri Dr. Bogle tu yang mengupah pembunuh.


Tak boleh hadam budaya mengamalkan seks macam ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.384785 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list