CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 14-2-2017 10:28 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-2-2017 10:09 AM
kaka dani.. nak request citer pasai black dahlia.

sama jugak, last  check-in.. kat hotel cecil.

black dahlia tragis ooo... gambar dia mati tak yah tengok la. ngeri..
tapi ramai beranggapan yang bunuh dia salah sorang dari pelanggan2 dia kan. tapi tak tahu siapa  dan apa mootif je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 10:29 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-2-2017 10:06 AM
ada sis..

sheol amik obat anti-depress. obat tido.

ouh yeke... ha itu la. tgk dia tekan2 pintu lif tu adoi... blm lagi dia cakap2 kat depan pintu lif

sama ada dia memang halusinasi.. atau memang ada kuasa yang ada dgn dia. tapi cara dia mati macam... mustahil je macam mana dia ley lepas kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:43 AM | Show all posts
hest replied at 14-2-2017 10:28 AM
black dahlia tragis ooo... gambar dia mati tak yah tengok la. ngeri..
tapi ramai beranggapan yan ...

chuol nihh.. membuatkan meol rasa tertanya2.jap nak gugel gambo black dahlia.

entah2, mmg ada pembunuh bersiri kat hotel cecil tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:45 AM | Show all posts
hest replied at 14-2-2017 10:29 AM
ouh yeke... ha itu la. tgk dia tekan2 pintu lif tu adoi... blm lagi dia cakap2 kat depan pintu lif ...

tula kan..
yg x logik..
mcm mana bumbung tangki ayor tu tertutup rapi???


dah lompat dalam tangki, lepas tu berenang naik ke dasar
sbb nak tutup pelan2 secara sendiri?

berat nyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:10 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-2-2017 10:43 AM
chuol nihh.. membuatkan meol rasa tertanya2.jap nak gugel gambo black dahlia.

entah2, mmg ad ...

ekekeke.. kes black dahlia rasanya bukan pembunuh bersiri.. dia je yg kena bunuh.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:11 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-2-2017 10:45 AM
tula kan..
yg x logik..
mcm mana bumbung tangki ayor tu tertutup rapi???

itu lah... hurm.. aku sebenarnya tak suka berada dalam situasi unsolved ni... terbawa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 03:58 PM | Show all posts
memang ngeri gak kes tangki air tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2017 03:49 AM | Show all posts
Hola...
Coming soon; Black Dahlia... ai jumpa kisahnya yg detail sket, ada la dlm beberapa muka surat MS word sebegituhh. diharap kengkawan sabar menunggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:27 AM | Show all posts
weols akan menunggu dan terus menunggumu kaka..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:46 AM | Show all posts
dani-rox replied at 15-2-2017 03:49 AM
Hola...
Coming soon; Black Dahlia... ai jumpa kisahnya yg detail sket, ada la dlm beberapa muka sur ...

uishh x sabarnya babe. tq sbb finally you huplod gak cite tentang black dahlia

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:49 AM | Show all posts
hest replied at 13-2-2017 03:05 PM
aku tunggu gk ni ko up pasal sorang popuan cina (student) yg mati dalam tangki air hotel. nama aku ...

pernah baca... ala2 cam dark water gak kan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 03:07 PM | Show all posts
dani-rox replied at 15-2-2017 03:49 AM
Hola...
Coming soon; Black Dahlia... ai jumpa kisahnya yg detail sket, ada la dlm beberapa muka sur ...

Nice. Excited plak nk tggu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 03:28 PM | Show all posts
WawaRaRa replied at 15-2-2017 11:49 AM
pernah baca... ala2 cam dark water gak kan....

haáh ada footage dia .. blh cari dan tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Black dahlia.... Interesting. Gmbr victim pun i dah tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:30 PM | Show all posts
dah gugel psl black dahlia...kemurungan ai adoihhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Waiting for black dahlia dani. Tengok komen atas try nak google image tapi tengah loading cancel. Malam2 ni tak sanggup pulak rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 06:44 PM | Show all posts
Interesting kes The Black Dahlia aka Elizabeth Short. Mengerikan mayatnya dikerat2. Pembunuh tu macam expert pasal pembunuhan cara ni but still remains unsolved .
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-2-2017 06:44 PM
Interesting kes The Black Dahlia aka Elizabeth Short. Mengerikan mayatnya dikerat2. Pembunuh tu maca ...

Adoi kak, baru igt nak google gambar. Rasa ngeri pula  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 02:52 AM | Show all posts
GENAP 70 TAHUN PEMBUNUHAN KEJAM ELIZABETH SHORT





Pada pagi 15 Januari 1947 yang sejuk, seorg suri rumah bernama Betty Bersinger dlm perjalanan dari rumahnya di Norton Avenue, Los Angeles ke sebuah kedai membaiki kasut. Dia membawa anak perempuannya yg berusia 3thn bersama. Setibanya di sudut jalan antara Norton dan 39th, anak beranak itu terpaksa melalui lot perumahan dan kedai yg kosong. Betty dikatakan tidak berapa gemar melalui kawasan itu kerana keadaannya yg suram dan menyedihkan – projek yg ditinggalkan akibat Perang Dunia ke2 yg baru shj berakhir.


Tempat kejadian dulu (bawah) dan kini (atas)


Sewaktu wanita itu melangkah sepanjang jalan tersebut, dia ternampak sesuatu berwarna putih di dlm semak. Namun dia tidak hairan, satu kebiasaan penduduk di situ utk membuang apa saja sampah sarap di kawasan projek perumahan terbiar itu. Dan kali ini, seseorg telah membuang sebuah patung mannequin, mungkin kepunyaan butik fesyen. Sekali imbas, patung itu kelihatan patah dua dan kedua2 bahagiannya terpisah, dgn bahagian bawahnya digayakan dgn cara yg tidak senonoh. Siapa agaknya yg mencampak benda sebegitu ke dlm lot kosong? Betty menggelengkan kepalanya dan meneruskan perjalanannya, tapi dia berpaling semula ke arah mannequin yg putih itu. Dia perhatikan sekali lg dan barulah dia sedar, ia bukanlah patung kedai – susuk itu adalah tubuh seorg wanita yg dikerat dua! Betty cuba menarik nafas dgn dalam dan menahan dirinya drpd menjerit, lantas berlari bersama anaknya meninggalkan tempat yg dahsyat itu. Setibanya di rumah salah seorg jirannya, dia pun menelefon pihak polis.

Panggilan itu dijawab oleh pegawai Frank Perkins dan Will Fitzgerald, dan mereka tiba di alamat yg diberikan dlm masa beberapa minit. Apabila mereka menemui tubuh seorg wanita bogel yg dikerat dua, mereka dgn segera mendapatkan bantuan.







GAMBAR MAYAT DI TEMPAT KEJADIAN (18SG)

GAMBAR AUTOPSI (18SG)



Pada pengamatan mereka, mayat wanita itu telah digayakan dgn sengaja. Dia dibaringkan secara terlentang dgn kedua2 lengannya diangkat melepasi bahu dan kedua2 kakinya dikangkangkan, seolah2 menarik perhatian dgn gaya lucah. Kesan kelar dan luka meliputi seluruh tubuh wanita malang itu, dan mulutnya ditoreh dari telinga ke telinga – yg dipanggil ‘Glasgow Smile’. Ususnya pula telah disumbat ke lubang dubur. Terdapat kesan ikatan tali pd pergelangan tangan, kaki dan leher, yg para penyiasat dpt rumuskan bahawa wanita itu telah diikat dan diseksa selama beberapa hari. Apa yg paling dahsyat adalah mayatnya dipotong dua dgn kemas, betul2 di atas pinggang.

Jelas sekali mangsa telah dibunuh di tempat yg lain sebelum dicampak ke lot kosong pd malam sebelumnya. Tiada kesan darah pd tubuh dan di kawasan sekelilingnya. Pembunuh telah membersihkan mayatnya sebelum membuangnya ke dlm semak.

Aspek ngeri dlm kes ini telah menjadikannya sbg prioriti paling atas oleh LAPD. Kapten John Donahoe memberikan tugasan tersebut kpd detektif berpengalaman, Sarjan Harry Hansen dan rakannya, Finis Brown. (Gambar)




Mayat itu akhirnya ditutup dgn kain, setelah beberapa lama terdedah pd penglihatan org ramai. Walau bagaimanapun, pd masa yg sama tempat kejadian juga telah dicemari oleh wartawan dan anggota polis yg lalu lalang.

Pada saat para detektif tiba di tempat penemuan mayat itu, ia telah pun sesak dgn wartawan, jurugambar dan org awam yg berperasaan ingin tahu. Hansen sangat berang apabila melihat org ramai dan anggota polis yg cuai menginjak2 tempat kejadian. Dia sedar bahan bukti penting bakal musnah jika dibiarkan, lantas mengarahkan agar kawasan itu dikosongkan. Sewaktu Hansen dan rakannya memeriksa tempat tersebut, mayat mangsa dihantar ke Rumah Mayat daerah LA. Cap jarinya diambil dan dgn bantuan pembantu editor surat khabar ‘Examiner’ Los Angeles (sbg pertukaran maklumat), ia dihantar ke pejabat FBI di Washington melalui ‘Soundphoto’ -- peralatan canggih kepunyaan sykt akhbar tersebut  waktu itu.

Sementara itu pemeriksaan ke atas mayat pun bermula di jabatan koroner. Secara dasarnya, terdapat pelbagai jenis luka dan kecederaan yg teruk pd tubuh wanita itu – Namun secara rasmi punca kematiannya dicatat sbg ‘pendarahan dan kejutan berpunca drpd gegaran otak dan kelaran pd wajah’.

Hasil autopsi mendedahkan beberapa torehan pd wajah dan kepala. Sebahagian buah dadanya pula dipotong.  Tiada kesan air mani, dan kemaluannya dikelar2 sehingga hancur. Kebanyakan kecederaan dilakukan pd tubuh wanita itu dan dikeringkan darah selepas dia mati. Doktor dan detektif yg sudah biasa menghadapi pembunuhan2 ganas juga gerun dgn keadaan mayatnya itu.

Tidak lama selepas menerima cap jari, FBI menemui padanan dan menyerahkan maklumat itu kpd detektif di LA. Mangsa pembunuhan ngeri tersebut bernama Elizabeth Short, berusia 22 thn yg berasal dari Massachusetts. Semasa Perang Dunia Ke2, dia bekerja sbg kerani di Kem Cooke di California – ini memudahkan pencarian kerana cap jarinya memang sudah sedia ada dlm simpanan fail pihak tentera.

Sejurus memperolehi maklumat baru ini, detektif pun mula mencari sesiapa yg mengenali Elizabeth Short – dgn harapan ini akan membawa mereka menemui pembunuhnya. Apa yg mereka temui adalah laluan yg sukar, yg membawa para detektif itu ke sisi gelap kotaraya Los Angeles… Semuanya bertitik tolak drpd si mangsa yg digelar ‘Black Dahlia’.



Beth di Hollywood



Elizabeth Short adalah gadis yg beraspirasi utk menjadi seorg pelakon, dan sentiasa berpakaian dr hujung rambut ke hujung kaki dlm warna hitam. Memandangkan dia memiliki tubuh yg cantik dan wajah yg manis, Elizabeth selalu mendapat perhatian drpd lelaki. Rambutnya hitam dan berkulit putih pucat, memberikan imej yg kontras dan ditambah pula dgn dgn rupa yg menarik – gadis itu sgt menyerlah, termasuk di Hollywood di mana kewujudan wanita jelita bukanlah sesuatu yg luar biasa. Dikatakan sebelum dia berpindah ke LA, Elizabeth mempunyai pengalaman bekerja sbg model.

Seperti gadis2 cantik sebelum dan selepasnya, Elizabeth (lebih suka dgn nama panggilan ‘Beth’) datang ke Hollywood bercita2 utk mencipta nama di dlm industri perfileman. Dia juga tahu rupa dan fizikal bukanlah segala2nya dan utk mendapatkan peluang lakonan, dia harus mengenali org2 berpengaruh. Oleh itu, Beth menghabiskan masanya mencari kenalan yg boleh dijadikan sbg batu loncatan – Maka dia memasuki kelab malam dan pub yg ternama. Dia yakin akan menemui org penting dlm industri dan seterusnya membantu gadis itu menembusi dunia filem. Usaha Beth tidak sia2, wajahnya yg cantik mendapat perhatian pengunjung2 di situ.

Di Hollywood, Beth gemar bersosial dan menikmati hiburan malam, serta berkenalan dgn lelaki. Salah seorg akhirnya menjadi kawan Beth, bernama Mark Hansen – seorg pemilik kelab malam dan teater, dia juga mengenali ramai org2 berpengaruh dlm perfileman. Dia menjemput Beth berpindah ke rumahnya, bersama beberapa pelakon wanita muda yg lain. Mereka juga diupah utk mendampingi pengunjung kelab2 malam kepunyaan Hansen. Salah seorg tetamu tetap ke rumah Hansen memberitahu; dia selalu melihat ramai pelakon dan model jelita berjemur di bahagian kolam renang.



Mark Hansen



Tidak berapa lama kemudian, Beth pun melibatkan dirinya dlm aktiviti gadis2 Hansen itu, tambahan pula belum ada sebarang tanda tawaran utk berlakon spt yg diangan2kan. Dia tiada sumber pendapatan tetap, dan hanya dpt makan dan minum apabila dibelanja oleh teman2 lelakinya. Dia berkongsi bilik dgn gadis2 lain dan selalu meminjam wang drpd kawan2nya, tetapi tidak pernah membayar hutangnya. Beth juga digambarkan bersikap sambil lewa, jarang sekali menyumbangkan apa2 pd isi rumah, menghabiskan waktu malam di luar dan tidur sepanjang hari.




Pada waktu ini, filem bertajuk ‘The Blue Dahlia’ lakonan Veronica Lake dan Alan Ladd sedang hangat ditayangkan. Kawan2 Beth mula memberikan nama timangan ‘Black Dahlia’, kerana rambut dan pakaian renda hitam gadis itu. Nama itu melekat dan Beth pun mencipta persona baru – Tujuh puluh tahun kemudian, nama Black Dahlia terus ‘hidup’.

Walaupun dia diingati sbg ‘Black Dahlia’ hinggalah sekarang, Elizabeth Short bukanlah pelacur yg memburu pelanggan lelaki di kelab2 malam popular LA, spt yg diwarwarkan oleh surat2 khabar utama waktu itu. Kehidupan sebenarnya sgt kompleks dan bukanlah seindah filem2 Zaman Keemasan Hollywood.



Beth pd usia awal remaja

Dia dilahirkan pd 29 Julai, 1924 di Hyde Park, Massachusetts dan merupakan anak ke3 drpd 5 adik beradik – kesemuanya perempuan. Ibu bapanya, Cleo dan Phoebe Short, memindahkan keluarga mereka ke Medford, Boston tidak lama selepas kelahiran Elizabeth. Cleo Short adalah lelaki yg berpandangan jauh, dia mengaut keuntungan dgn mereka dan membina padang mini golf. Malang sekali, Amerika dilanda kegawatan ‘the Great Depression’ pd 1929 dan perniagaan Cleo jatuh muflis. Tanpa berfikir panjang, dia meninggalkan isteri dan lima org anak mereka dan memalsukan kematiannya seolah2 dia telah membunuh diri. Keretanya ditemui berdekatan sebuah jambatan dan pihak berkuasa beranggapan yg Cleo telah terjun ke dlm sungai.



Beth bersama ibunya, Phoebe

Phoebe ditinggalkan terkontang kanting, dgn hutang keliling pinggang dan membesarkan anak2 bersendirian. Dia mencari nafkah dgn melakukan pelbagai jenis kerja, termasuk penyimpan buku akaun dan kerani di sebuah kedai kek, tetapi kebanyakan wang datang drpd bantuan org sekeliling. Satu hari, Phoebe menerima sepucuk surat dari Cleo, yg kini tinggal di California. Dia memohon maaf kerana meninggalkan keluarganya dan ingin kembali semula ke pangkuan mereka. Namun wanita itu enggan memaafkannya dan meminta Cleo utk tidak mengganggu kehidupan mereka anak beranak lagi.

Beth (juga ‘Betty, nama timangan keluarga dan rakan2 baiknya) membesar menjadi gadis yg menarik, kelihatan lebih matang drpd usia sebenar, bijak dan berfikiran jauh. Walaupun dia mempunyai penyakit asma dan bronkitis, Beth adalah seorg remaja yg ceria dan mesra. Dia juga tertarik dgn filem dan panggung wayang, satu2nya medium hiburan dlm kemampuan kewangan keluarganya. Dari situlah, gadis tersebut dpt ‘melarikan diri’ buat seketika drpd realiti kehidupan yg biasa dan susah.

Semasa membesar, Betty kerap berhubungan dgn ayahnya (berlaku selepas Cleo tiba2 muncul semula). Mereka saling mengirim surat dan apabila Beth dewasa, si ayah menjemputnya datang ke California dan tinggal bersamanya sehingga Beth berjaya mendapatkan pekerjaan. Betty pernah bekerja di restoran dan panggung wayang tp sekiranya dia pindah ke California, dia berazam utk menjadi bintang filem. Maka dia pun berkemas dan menuju ke barat utk bersama ayahnya. Waktu itu, Cleo tinggal di Vallejo dan bekerja di Mare Island Naval Base. Namun tidak lama selepas tiba di bandar itu, hubungan Betty dan ayahnya menjadi tegang. Cleo selalu memarahi anaknya kerana malas, enggan mengemas rumah dan suka berhibur di luar. Akhirnya, dia menghalau Betty (kini Beth) terpaksa menyara dirinya sendiri.

Tidak sedikit pun goyah dgn keadaan itu, Beth menuju ke Camp Cooke dan memohon pekerjaan sbg juruwang di Post Exchange. Pegawai2 tentera mula menyedari kehadirannya di situ dan beberapa bulan kemudian, Beth memenangi pertandingan ratu cantik di kem tersebut. Ramai yg tidak tahu si gadis cantik dan romantik itu dahagakan kasih sayang dan mengimpikan stabiliti dlm kehidupan -- dgn mana2 pegawai, terutamanya juruterbang yg kacak.


Beth dan salah seorg teman lelakinya


Dia dgn berani cuba rapat dgn beberapa org lelaki dan berharap salah seorg drpdnya akan berakhir dgn ikatan perkahwinan. Maka khabar angin mula bertebaran, bahawa Beth seorg wanita murahan. Apabila beberapa org teman lelakinya memaksa Beth melakukan perkara yg lebih ‘jauh’ -- ini menimbulkan rasa tidak senang bg dirinya, dia memutuskan utk meninggalkan Camp Cooke. Dia akhirnya menumpang di rumah seorg kawan perempuannya di Santa Barbara.

Dikatakan pada waktu itu, Beth mula menimbulkan masalah dan berhadapan dgn pihak berkuasa. Dia dan sekumpulan kawan telah mengganggu ketenteraman awam di sebuah restoran, dan ini memaksa pemiliknya menghubungi polis. Oleh kerana Beth masih di bwh umur, dia cuma direkodkan dan diambil cap jari sebelum dilepaskan. Seorg anggota polis wanita yg simpati dgnnya, membelikannya tiket bas utk balik ke Massachusetts. Bosan menghabiskan masa di kpg halamannya, Beth kembali ke California, kali ini ke Hollywood.



Gambar rekod polis


Di Los Angeles, Beth bertemu dan jatuh cinta dgn seorg juruterbang kacak bernama Leftenan Joseph G. Fickling. Lelaki itu menepati cita rasanya dan dia sentiasa  menantikan lamaran Joseph utk mengambilnya sbg isteri. Malang sekali, impian Beth punah apabila Lt. Fickling dihantar bertugas ke Eropah.



Leftenan Fickling

Selepas itu, Beth pun bekerja sbg model buat seketika kerana dia tidak berminat langsung dgn kerjaya tersebut. Dia menghabiskan musim cuti bersama ibu dan adik beradiknya di Medford dan kemudian ke Miami, di mana dia menumpang di rumah saudara maranya buat sementara waktu. Di Florida, Beth sekali lagi bermain cinta dgn anggota tentera, dgn matlamatnya yg tidak pernah padam iaitu utk berumahtangga. Buat kali kedua, dia jatuh cinta lagi dgn seorg juruterbang yg segak, Major Matthew Gordon Jr. Kedua2nya telah pun merancang utk berkahwin semasa mereka saling berutus surat apabila Major Gordon berada di India. Namun, lelaki itu terkorban ketika bertugas dan sekali lg memusnahkan impian Beth.



Bersama Major Gordon Jr.


Sejak kematian Gordon, hidup Beth jadi terumbang ambing. Sepanjang perkabungannya dia memberitahu org sekeliling bahawa dia dan Matthew sudah berkahwin hingga dikurniakan seorg anak, tetapi bayi mereka itu mati sejurus selepas dilahirkan. Kemudian, Beth bangkit semula dari kesedihannya dan memulakan kehidupan baru. Mungkin mencuba nasib dgn menceburi dunia lakonan. Gadis itu kembali ke Hollywood dan bergaul semula dgn kenalan2 lamanya. Dlm tempoh yg sama itulah dia terlibat dgn Mark Hansen dan gadis2 pengiringnya. Di Hollywood juga dia bertemu semula dgn Joseph Fickling, yg bagi Beth banyak mengingatkannya dgn mendiang Matthew. Mereka berhubungan melalui surat dan pernah bercuti bersama di Chicago. Beth mengecapi kebahagiaan dan kegembiraan sekali lg.





Sehinggalah beberapa bulan kemudian.

Pada Disember 1946 setelah tidak dialu2kan lg di rumah Hansen, Beth menumpang buat sementara waktu di rumah seorg wanita muda bernama Dorothy French di San Diego. Dorothy bekerja sbg gadis kaunter di Aztec Theater – yg dibuka sepanjang malam. Sebaik saja tayangan larut malam tamat, dia terjumpa Beth yg sedang tidur di salah sebuah kerusi di teater itu. Menurut Beth, dia meninggalkan Hollywood kerana persatuan pelakon sedang mogok. Dorothy yg berasa kesian dan membawa gadis itu menumpang di rumah ibunya buat beberapa hari. Namun Beth memanjangkan lg tempoh menumpang di rumah keluarga French hingga satu bulan lebih.



Dorothy French (kanan) dan ibunya


Seperti biasa, dia tidak menyumbang apa2 utk rumah dan keluarga itu dan meneruskan rutin berparti hingga awal pagi dan mencari hiburan di luar. Salah seorg temannya adalah Robert ‘Red’ Manley, seorg jurujual dari LA yg mempunyai isteri yg sedang hamil. Red mengakui dia tertarik dgn Beth, tetapi tidak pernah meniduri gadis tersebut. Mereka sekali sekala berjumpa utk beberapa minggu dan, pd satu malam Beth meminta lelaki utk membawanya berhibur di Hollywood. Red bersetuju dan pd 8 Januari, dia menjemput Beth dari rumah keluarga French dan menyewa sebuah bilik hotel. Mereka keluar bersama ke dua buah kelab malam dan setelah puas berhibur, mereka pun kembali ke hotel. Red memberitahu dia tidur di katil, manakala Beth pula tidur di sofa kerana dia berasa tidak sihat.



Red Manley


Bersama isterinya, Harriette.

Pada keesokan pagi Red menghadiri satu temujanji dgn pelanggannya, dan kembali ke hotel utk menjemput Beth pd tengah harinya. Gadis tersebut mengatakan yg dia ingin pulang ke Boston, tetapi sebelum itu ingin berjumpa kakaknya terlebih dahulu di Hotel Biltmore. Maka Red pun menghantarnya ke situ dan langsung meneruskan perjalanan kerana urusan kerja di rumah majikannya pd 6.30 petang. Menurutnya, dia sempat menoleh ke arah Beth yg sedang membuat panggilan telefon di lobi hotel. Dengan itu, Red bersama2 pekerja hotel adalah antara org2 terakhir melihat Elizabeth Short dlm keadaan masih hidup.

Berdasarkan pemahaman pihak polis, hanya pembunuh saja yg melihatnya selepas itu. Beth hilang dari Biltmore selama 6 hari sebelum mayatnya di temui di lot kosong.

Penyiasatan pembunuhan Black Dahlia adalah kes jenayah berprofil tinggi di Hollywood pd era 1940an. Akibatnya, pihak polis sentiasa diganggu oleh wartawan dan org awam. Beratus2 suspek telah disoal siasat. Memandangkan ini adalah jenayah seksual, ramai pesalah seks dan ‘pervert’ ditangkap dan disiasat. Rakan2 dan kenalan2 Beth turut disoal kerana para detektif cuba membina saat2 akhir gadis malang itu. Namun, semua petunjuk yg dikumpul tidak membuahkan hasil dan makin mengecewakan apabila polis dibebankan dgn pengakuan main2 dan tidak masuk akal drpd individu2 yg tiba2 muncul entah dari mana.

Setelah mengesan dgn teliti setiap aktiviti sebelum kematian Beth, para detektif beranggapan Red Manley adalah suspek yg paling disyaki. Dia menjadi tumpuan utama dlm penyiasatan – Pihak LAPD melakukan beberapa soalsiasat yg menjerihkan ke atas Red dan malah mengadakan dua ujian poligraf, yg mana kedua2nya dia berjaya lepasi. Dia dibebaskan dua hari kemudian, tetapi disebabkan tekanan hebat kes itu terhadapnya telah membuatkan Red jatuh sakit dan mengalami gangguan perasaan. Syak wasangka org ramai dan masalah mental menghantui seluruh hidupnya dan pd thn 1954, isteri lelaki itu memasukkannya ke hospital sakit jiwa di San Bernardino. Wartawan Will Fowler, memberitahu kes itu telah ‘menghancurkan Red Manley dan keluarganya’.


Red Manley ketika ujian poligraf



Di saat pihak polis masih bertungkus lumus menyiasat kes itu, Ibu Beth tiba di Los Angeles utk mendapatkan mayat anaknya. Ayah Beth pula, yg tidak melihat gadis itu lg sejak 1943, enggan datang utk mengenal pasti identitinya. Apa yg menyedihkan, Phoebe Short mengetahui mengenai kematian anaknya melalui panggilan telefon seorg wartawan ‘the Examiner’ – kononnya Beth telah memenangi satu pertandingan ratu cantik dan pihak akhbar ingin tahu mengenai maklumat peribadi dan latar belakang gadis tersebut. Sebaik saja wartawan itu berjaya mengorek maklumat2 tersebut, dia dgn selamba memberitahu Phoebe perkara sebenar, bahawa anaknya telah mati dibunuh dgn kejam. Wartawan tersebut turut memberitahu bahawa sykt akhbarnya akan menaja tiket dan penginapan ke LA. Perancangan the Examiner ini berlaku tanpa pengetahuan pihak polis. Sykt akhbar itu menyembunyikan kehadiran Phoebe buat seketika kerana mereka ingin mendapatkan skop berita yg eksklusif dgn menemuramah ibu kepada Black Dahlia.

Beberapa hari selepas mayat Beth ditemui, satu pakej misteri dikirim ke pejabat surat khabar ‘the Examiner’ Los Angeles. Satu nota ringkas ‘ditulis’ dgn huruf2 cetakan yg digunting dan digam: “Barang2 kepunyaan Dahlia... Ada lagi surat yg bakal tiba”. Di dlm pakej kecil itu terdapat kad ‘social security’ Beth, surat beranak, gambar2 Beth bersama teman2 anggota tenteranya, kad perniagaan dan resit klem utk bagasi2 yg ditinggalkan oleh Beth di stesen bas. Selain itu, satu buku alamat kepunyaan si pemilik kelab, Mark Hansen. Beberapa muka surat drpd buku itu telah dikoyak.









Polis cuba mengesan cap jari pd barangan tersebut, namun gagal kerana semuanya telah dibersihkan dgn minyak tanah bg menghilangkan sebarang kesan bukti. Seterusnya para detektif memulakan pencarian setiap seorg di dlm buku alamat itu – Mark Hansen sendiri telah disoalsiasat, tp tiada petunjuk yg memberangsangkan. Tambahan pula, apabila surat yg dijanjikan oleh nota itu tiba, para detektif tidak menemui sebarang klu baru yg kukuh.

Kes Black Dahlia bukan saja menggemparkan Los Angeles dan seluruh California tetapi juga Amerika Syarikat. Pada era di mana surat khabar sbg sumber berita utama, wartawan banyak ‘bermain’ dgn emosi dan imaginasi pembaca. Kematian Elizabeth Short dipergunakan utk melariskan jualan surat khabar – ada saja cara utk mensensasikannya, walaupun sekadar gosip.  Kononnya Beth kali terakhir dilihat memakai ‘skirt ketat dan blaus jarang’, sedangkan sebelum kehilangannya gadis itu memakai pakaian longgar serba hitam. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa Beth adalah seorg pelacur, namun ditolak oleh jabatan pendakwaraya kerana tiada bukti kukuh. Menurut media juga, Beth semasa hidupnya mempunyai kecacatan pd genitalia, pernyataan ini dinafikan oleh detektif dan FBI – mereka pernah menyoalsiasat tiga org bekas kekasih Beth (termasuk seorg anggota polis Chicago) yg mengakui pernah melakukan hubungan seks dgn gadis itu. Di dlm autopsi rasmi, organ peranakan Beth Short adalah normal, walaupun ada tanda yg dia pernah mengalami sedikit ‘masalah wanita’. Hasil autopsi itu juga mendapati gadis itu tidak pernah hamil dan melahirkan anak.





Sehingga kini, pembunuhan Black Dahlia belum berjaya diselesaikan. Selama berpuluh2 tahun, ramai suspek yg muncul, bersama pengakuan palsu dan kisah serta teori yg tidak munasabah. Oleh kerana kes ini berunsurkan misteri dan seks, tidak hairanlah ramai yg berminat utk berkongsi pendapat masing2. Salah satu teori menarik yg digembar gemburkan adalah pembunuh Elizabeth Short berkemungkinan besar adalah org yg sama bertanggungjawab dlm siri pembunuhan Cleveland Torso Murders beberapa tahun sebelumnya.

Berdasarkan rekod, terdapat berpuluh2 panggilan ke LAPD – termasuk tuduhan ke atas dua org polis sbg pembunuh Beth. Sekurang2nya ada tiga panggilan drpd tuan rumah melaporkan ‘kelakuan aneh’ penyewa yg sebenarnya mereka ingin halau. Turut membuat panggilan dan maklumat palsu adalah seorg wanita di Barstow, yg tujuannya adalah semata2 utk membalas dendam ke atas 2 org bekas teman lelakinya. Pengakuan lain yg membuang masa pihak polis adalah seorg ahli farmasi yg memberitahu dia ‘tahu cara mengerat mayat’. Pada mulanya dia mengaku menamatkan riwayat Beth tp selepas itu menarik balik pengakuannya kerana dia ‘hanya bergurau’. Seorg lg wanita mengaku dia yg membunuh Beth kerana gadis itu merampas teman lelakinya. Apabila dia gagal menunjuk yg mana satu gambar Elizabeth Short di balai polis, barulah wanita itu mengatakan semuanya adalah tidak benar.

Walau bagaimanapun, ada satu petunjuk yg agak menarik – melibatkan seorg korporal tentera bernama Joseph Dumais. Polis tentera telah menerima laporan terhadapnya, yg dibuat oleh seorg lg pegawai tentera. Dikatakan dia dan Dumais telah berbalah mengenai wang. Selepas cuti 42 hari-nya tamat, korporal itu ditemui dgn darah berlumuran di seluruh pakaiannya dan helaian2 keratan akhbar mengenai pembunuhan Black Dahlia. Dumais mengatakan yg dia tiada ingatan langsung akan apa yg dia telah lakukan sepanjang cutinya itu. Menurutnya: “Ada kemungkinan yg saya telah melakukan pembunuhan itu. Jika saya mabuk, saya akan cenderung utk berkasar dgn org perempuan.” Dumais dihantar utk diperiksa oleh pakar psikiatri tetapi dia juga didapati tidak bersalah.



Joseph Dumais

Elizabeth Short disemadikan di Oakland, California. Setelah dua org adik Beth membesar dan berkahwin, Phoebe berpindah ke Oakland utk berada lebih dekat dgn kubur anaknya itu. Akhirnya dia kembali ke Boston dan menghabiskan usianya di situ, Phoebe meninggal dunia pd usia 90 lebih pd lewat 70an.




Kes ini menarik minat utk bertahun2 lamanya dan banyak buku dan artikel mengenai Black Dahlia telah ditulis dan diterbitkan. Apapun, pada thn 1987 (ulang tahun pembunuhan Elizabeth Short ke-40) buku James Ellroy ‘The Black Dahlia’ membangkitkan kembali minat ke atas kes tersebut dan pemburuan pembunuh Beth digiatkan semula. Sejak dari itu, makin banyak teori yg dilahirkan dan buku2 baru diterbitkan di pasaran – setiap satunya mengisytiharkan kes itu dpt dirungkaikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 02:55 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 20-2-2017 02:56 AM

SAMBUNGAN....


Siapakah yg membunuh Black Dahlia?

Penulis dan bekas ketua unit profilers FBI, John Douglas mempunyai teorinya yg tersendiri – ini berdasarkan drpd pengalaman2nya mengkaji pembunuh bersiri dan pembunuh ganas. Setelah membaca dan meneliti hasil bedah siasat, fail2 autopsi dan rekod2 kes, Douglas menggambarkan pembunuh Beth sbg seorg lelaki berkulit putih, usia lewat 20an atau lebih berumur, tahap pendidikan sekolah tinggi. Dia tinggal berseorangan, pekerjaan yg menggunakan tangan dan pisau, biasa dgn darah, bekerja menyembelih haiwan. Pembunuh itu juga gemar melanggan pelacur, kuat minum alkohol, mengalami tekanan masalah kewangan. Menurut Douglas, lelaki itu menghabiskan beberapa hari bersama mangsa, dan apabila mabuk ditambah pula dgn stress serta alkohol -- dia terus hilang akal. Dia memotong mayat Beth kpd dua bahagian utk memudahkan pemindahan tetapi juga sbg tanda peribadi iaitu kemarahannya yg terlampau ke atas gadis itu. Perbuatan mencacatkan tubuh menunjukkan pembunuh itu bertujuan menghilangkan rupa fizikal manusia dan kewanitaan Beth. Douglas percaya, si pembunuh memilih  lot kosong itu ada sebabnya – barangkali dia berkaitrapat dgn kejiranan di situ, mungkin juga masalah kewangannya berpunca drpd projek pembinaan tersebut yg ditangguhkan kerana perang.

Douglas yakin sekiranya pembunuhan itu dilakukan pd zaman sekarang, ia pasti dpt diselesaikan. Dia memberitahu pembunuh tersebut dpt dikesan dgn hanya memerhatikan sikapnya selepas  kekejaman itu, terutamanya apabila dia dlm keadaan waras. Teorinya; si pembunuh akan berasa takut dan paranoid, bimbang seandainya dia ada tertinggal petunjuk dan bahan bukti. Dia juga obses dgn kes tersebut, membaca setiap artikel suratkhabar yg berkenaan dan mengumpul keratannya. Kemungkinan besar, dia menyimpan brg2 drpd jenayah tersebut sbg cenderamata atau’ souvenir’. Apabila dia yakin yg dia tidak akan ditangkap, si pembunuh pun mempermainkan pihak polis dan sykt akhbar. Antaranya dgn mengirim surat dan barangan milik Beth ke pejabat’ the Examiner’.

Tetapi, mengapa tiada pembunuhan yg serupa? Menurut Douglas, stress yg dialami oleh pembunuh itu telah reda atau mungkin juga dia telah mati. Tidak mustahil sekiranya dia membunuh diri atau dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Atau mungkin terus menghilangkan diri dan menjalani kehidupan spt biasa, berpuas hati yg polis tidak akan dpt menangkapnya.

Namun ada dua naskah percubaan baru utk menyelesaikan kes Black Dahlia iaitu ‘Black Dahlia Avenger’ dan ‘Daddy Was the Black Dahlia Killer’, kedua2nya berkisar mengenai penulis yg menuduh mendiang bapa masing2 yg sebenarnya bertanggungjawab membunuh Beth. Buku ‘Daddy Was the Black Dahlia Killer’ thn 1995 tulisan Janice Knowlton dgn bantuan penulis jenayah terkenal Michael Newton, adalah berpandukan pd ingatan lama Janice yg baru timbul. Selaku mangsa sumbang mahram dan dera, dia mengatakan yg dia sedaya upaya memendamkan memori sewaktu tinggal bersama bapanya – dan pembunuhan ‘Aunt Betty’— sekian lama sehinggalah baru2 ini, dan menghasilkan buku mengenainya. Buku itu mempersembahkan fakta2 kes tersebut yg semua org sedia maklum, tapi tiada satu pun bukti yg mendedahkan bapanya sbg pembunuh. Apa yg ada hanyalah cerita dan khabar angin saja. Buku ‘Black Dahlia Avenger’ juga tidak kurang kelemahannya. Pada mulanya ramai yg teruja sewaktu mengetahui penulisnya adalah seorg bekas detektif polis Steve Hodel. Tapi tuduhannya itu berasaskan gambar2 dlm simpanan estet mendiang ayahnya saja. Hodel berpendapat wanita di dlm gambar itu adalah Elizabeth Short. Buku itu ditulis dgn menarik dan membentangkan justifikasi kenapa bekas polis itu percaya yg ayahnya adalah pembunuh Black Dahlia. Namun, pakar pengkaji dan peminat merasakan buku Steve Hodel tidak cukup kuat utk menutup kes tersebut.







Ada juga kajian dijalankan berdasarkan profile yg dibuat oleh John Douglas -- wartawan Larry Harnisch bukan saja berjaya menjejaki  suspek yg padan dgn gambaran Douglas, tetapi juga seorg doktor di kejiranan di mana mayat Beth ditemui. Doktor itu dikatakan ada kaitan dgn kakak Beth dan secara tidak langsung Beth sendiri.

Tidak kira berapa banyak teori, buku dan dokumentari berkenaan kes Black Dahlia, sehingga kini ia kekal misteri. Tidak kira juga siapa yg merasakan dirinya cukup pakar dlm kes ini ataupun tidak, hakikatnya tiada seorang pun pesalah yg berjaya ditangkap, didakwa dan dihukum atas pembunuhan Elizabeth Short. Dia kekal sbg misteri dari sisi gelap Hollywood dan juga sebahagian koleksi kes yg tidak dpt dirungkaikan di Amerika.


Wikipedia

Sumber 1/2/3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.231737 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list