CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12532|Reply: 74

SIAPA YANG MENYERUPAI SUAMI JIRAN AKU?

[Copy link]
Post time 19-9-2016 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Hakaknewbie at 19-9-2016 03:51 PM

SEBELUM NI, CERITA NI AKU SHARE DEKAT RUMAH ORANG LAIN, TAPI CERITA AKU PANJANG SANGAT SO LEBIH BAIK AKU BUKAK THREAD AKU LEBIH MUDAH UNTUK BERCERITA.

Cerita ni terjadi tahun lepas, aku selalunya tinggal sendirian sebab mak ayah aku selalu tak ada kat rumah. Biasanya kalau mak ayah atau kakak aku tak ada kat rumah, makan malam aku adalah waktu petang, ye lah aku mana boleh keluar malam lagi pun aku sorang kan. Rumah aku tingkat 2 dari 4 tingkat. Aku selalu berkurung je dalam bilik sebab aku tak suka keadaan waktu malam yang sunyi. Aku akan tengok Running Man atau ber-whatsapp dengan kawan kawan aku sampai mak bapak aku balik.

Malam-malam aku biasanya ditemani bunyi guli dari rumah jiran atas aku. Bunyi tu datang sekejap sekejap tapi menyeramkan since aku duduk rumah sorang. Memula aku dengar bunyi guli dulu aku ingat jiran atas aku anak dia suka main guli dan aku abaikan je tapi bila bunyi tu datang pukul 2 atau 3 pagi, tak kelakar weh!

Aku Tanya mak aku "ma, anak anak orang atas ni tak tido ke? mak bapak dia tak marah ke anak dia tak tido sampai pagi?"

Mak aku buat muka pelik sambil cakap "atas mana?"

Aku tunjuk siling rumah aku, "atas kita ni lah, asyik main guli je sampai pagi, adik (aku) susah lah nak tido.  Memekak!"

Mak aku balas "dik, mana ada dia ada anak. dia duduk berdua dengan laki dia lah. Bunyi dari rumah lain kot? biasa lah rumah macam kita ni memang kena tahan telinga kiri kanan"

Tapi aku sangat pasti bunyi tu dari jiran atas rumah aku and bunyi tu betul betul atas bilik aku! Disebabkan mak aku dah cakap macam tu, aku diamkan je.

Masa anniversary mak ayah aku, dorang pergi dinner berdua and tinggal lah aku dengan kakak aku berdua kat rumah. Waktu tu dalam 10:30 malam aku tengah tengok TV dengan kakak aku dekat ruang tamu. Jiran atas aku dok seret seret perabot. Bising gila! Macam orang nak alih perabot dari hujung ruang tamu aku ke hujung pintu keluar. Memang terganggu lah mood nak tengok TV dengan kakak aku.

Mulut aku gatal nak cakap dengan kakak aku pasal bunyi guli tu. Aku cerita dari A-Z perbualan aku dengan mak aku.

Kakak aku berseloroh "hantu nak kacau adik kot, hahaha" terus bunyi perabot tu berhenti. Berderau weh aku masa tu!

Kakak aku dah pandang aku semacam tapi dia macam nak cover takut dia, dia cakap "Berhenti pun! Pandai dia pilih timing nak berhenti bila eh" Aku diamkan je sebab aku ni penakut. Kalau aku cakap aku takut lagi kakak aku sakat aku kang.

Keesokkan harinya, seperti biasa bunyi guli masih bermain diatas bilik aku (Kenapa bilik aku?! Kenapa bukan bilik kakak aku?!) dan kali ni berselang seli dengan bunyi orang alihkan perabot. Aku berfikir dalam hati "Tak settle lagi ke alih barang dia ni?"

Keadaan tu berlanjutan sampai empat hari dan aku dah tak sabar lagi. Aku Tanya mak aku "Orang atas nak pindah dah ke ma?"

Mak aku jawab "Tak tahu pulak, kenapa? Dia cakap dengan adik ke dia nak pindah?" Sedikit musykil tapi aku sedapkan hati dengan cakap "Eh, Takde lah. Adik tiap malam dengar dia alih perabot. Adik ingat dia nak pindah, maybe dia tengah deco rumah kot. Tapi kenapa pagi pagi buta?"

Mak aku muka memang sesuatu sangat masa tu. Dia cakap dia akan Tanya kat jiran aku hal tu.

Hari kelima
Kejadian yang serabut kan kepala aku masih lagi terjadi seperti biasa. Tapi kali ni aku dengar jiran aku menjerit sekuat hati dan diikuti bunyi barang barang jatuh atas bilik aku tu. Aku berlari keluar tapi family aku belum balik masa tu aku nangis call mak aku suruh balik cepat sebab aku takut gila! nak keluardari bilik tu nak ke ruang tamu, aku takut sebab ruang tamu keadaan dia lagi luas dari bilik aku so aku berimaginasi ada orang tengok aku dari pelbagai sudut. So aku batalkan hasrat aku.

Jiran aku masih menjerit-jerit. Aku yang kat dalam bilik aku baca macam macam surah sampai tersasul-sasul. Kepala aku dah biyol dah masa tu dok fikir macam macam. Pastu aku dengar ada orang ketuk pintu rumah aku dengan kuat macam orang tergesa-gesa. Aku selalu tengok cerita hantu keadaan macam tu. Memang tak lah aku nak bukak pintu. Aku teruskan baca surah surah yang aku ingat waktu tu. Dan bunyi ketukan tu berhenti. Buat sementara waktu. Aku cuba call mak, tapi tak dapat. Line macam takde pulak malam tu. Cliché sangat!

Tak lama lepas tu, bunyi orang ketuk pintu rumah aku datang balik, macam nak roboh pintu rumah aku! Kali ni aku kuat kan hati dan semangat, mana tahu tu mak aku ke dia rushing sebab aku call nangis nangis kan? So aku berjalan laju pergi pintu rumah tapi aku berhenti sekejap sebelum buka pintu and doa supaya Allah lindungi aku.

Tadaaa. Macam dalam setiap cerita hantu yang kita tengok tu, very cliché weh! takde orang! Kau ingat kelakar ke weh. Tak langsung!!Aku baru tutup pintu, ada bunyi ketuk pintu lagi tapi kali ni dengan suara nangis terketar-ketar aku Tanya "siapa?!!!" Ada suara menyahut "Mak! Bukak!" aku cepat cepat bukak pintu and peluk mak aku. Lepas aku cerita kat mak aku, kitaorang pergi rumah jiran depan aku Tanya ada dengar suara orang menjerit ke? Dia cakap ada, dia pun pelik siapa yang jerit tapi dia ingat hal laki bini tak nak campur.

kalau hal rumahtangga jerit separuh nak mati macam tu tak kan dia senyap je? Enta-enta kes dera ke, kena rompak ke, kena rasuk keeeeee Meremang bulu roma aku type benda ni sebab benda jadi kat aku kan.

So mak aku dok lah Tanya Tanya jiran area aku dalam dua rumah je tapi masing masing pun tak tahu siapa, mak aku buat tak tahu je lah. Masalahnya aku masih dalam ketakutan. Malam tu aku tido dengan kakak aku.

Esok petang tu, Mak aku balik awal dia sempat bergossip dekat bawah rumah, rupanya jiran atas rumah aku. Kenapa mesti dia jugak? Dah lah rumah dia bunyi macam-macam. Mak aku masuk rumah terus cerita dekat aku pasal semalam, dia cakap jiran aku balik rumah, sempat main phone, tengok TV apa semua pastu laki jiran aku balik tiba-tiba sebab laki dia kerja balik pagi, shift.

Jiran aku (Kak A) Tanya laki dia "kenapa balik awal ni?" laki dia diam je pandang dia tak bersuara. Bini dia dah pelik, "Abang ni kenapa? Semacam je tengok!Penat sangat ke bang? saya masak jap lah, abang tak cakap nak balik kalau tak saya masak awal awal" laki dia masih diam.

Selesai masak, dorang pun makan bersama. Suami dia tak ada selera sangat. Si isteri ni kesian tengok suami dia, dia rasa suami dia ada masalah besar dekat tempat kerja atau lebih tepat kena buang kerja. Tapi dia tak nak tambah masalah, dia ingat nak sembang esok pagi lah. Sebelum tido Kak A dengan laki dia sempat bersama. Dah letih sangat tertido lah dorang.

Dalam kul 3 pagi macam tu laki dia call phone Kak A. Kak A tengok nama laki dia naik call dia, dia pandang sebelah dia, laki dia tengah tido. Dia dah menggigil. Dia jawab call laki dia, laki dia cakap "Yang, abang balik lambat sikit eh, abang singgah ambik kakak kat Klang kereta dia rosak" terus menjerit Kak A macam orang hysteria. And guess what! Jelmaan lelaki kononnya suami dia tu pandang dia dengan muka yang buruk! Kak A menjerit non stop dan terus berlari keluar rumah! Dia mintak tolong dengan guard house. Pak guard pergi rumah tu balik tapi takde apa apa pun and takde sesiapa.

Habis siapa yang meyerupai suami kak A? Suami kak A balik pagi tu, dorang terus kemas baju-baju dorang duduk rumah mak mertua kak A buat sementara waktu. Tapi kak A demam sebab trauma tu and dia decide untuk keluar dari rumah dia. Dia and suami dia nak jual rumah tu tapi sampai sekarang dah dalam hampir setahun lebih rumah tu masih kosong. Takde siapa yang duduk.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh seram
Rasanya itu hantu raya koy
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiii yg part bersama tu seram. Tak dpt nk byg kn bersama dgn makhluk lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 03:57 PM | Show all posts
Ipo replied at 19-9-2016 03:39 PM
Weh seram
Rasanya itu hantu raya koy

Aku pun tak tahu lah weh. Macam macam cerita aku dengar since kejadian tu. Yang paling aku rasa tak kelakar, sampai sekarang ada orang main guli atas bilik aku tu! Kan rumah tu dah kosong. Ikut kan hati nak je aku tepek gambar rumah atas ni. Tapi kang korang tahu lah siapa aku sebab aku duduk betul betul bawah rumah dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 04:05 PM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 19-9-2016 03:55 PM
Aiii yg part bersama tu seram. Tak dpt nk byg kn bersama dgn makhluk lain

Kan weh! Sekarang ni still ada benda yang duduk rumah tu sebabnya jiran dia cakap selalu je dengar ada orang dalam rumah tu even rumah tu kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakaknewbie replied at 19-9-2016 04:05 PM
Kan weh! Sekarang ni still ada benda yang duduk rumah tu sebabnya jiran dia cakap selalu je dengar ...

Ni dok quarters ke acaner? Ke mcm apartment 4 tingkat? Takde buat bacaan yasin ke? Byk pula soalan aku  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 04:48 PM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 19-9-2016 04:34 PM
Ni dok quarters ke acaner? Ke mcm apartment 4 tingkat? Takde buat bacaan yasin ke? Byk pula soalan ...

takkan dia nk jual kuates plak ko ni agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahh aku tak pasan part dia nak jual rumah tu
Ampunn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 05:41 PM | Show all posts

janganlah jiran uols preggy anak mende alah tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:42 PM | Show all posts
Mak oooiii meremang aku baca citer ko ni petang2 buta gini
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:42 PM | Show all posts
Tapi org main guli ni memang mengejar. D mana ada kita d ctu dia main.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:45 PM | Show all posts
park dulu la...                        
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tt..menarik cter ni..kesian kakak a tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, yg ko dgr org main guli atau kalih2 perabot tu sebenarnya adalah gangguan dari rumah ko sdri. Bkn rumah atas ko atau rumah kejiranan ko.

Dulu rumah sewa aku pun penah jd gitu. Bunyi org main guli, kalih perabot, drill dinding mlm2 buta, org seret gas, seret baldi yg penuh air, buka pili paip, petik suis, tumbuk sambal.... mula2 aku takut dlm 3 bln camtu tp lepas tu alah bisa tegal biasa. Aku bgtau kt mak aku. Mak aku pesan bila solat, solat gilir2 kt semua bilik dlm rumah. Semoga bende tu menetap secara tetap kt rmh kita. yg paling sadis anak aku umur 2 tahun siap lambai2 kt atas alang pintu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 08:11 AM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 19-9-2016 05:06 PM
Lahh aku tak pasan part dia nak jual rumah tu
Ampunn

Haha takpe takpe, rumah aku apartment 4 tingkat tu je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 08:12 AM | Show all posts
awaynepian replied at 19-9-2016 07:35 PM
Bagus tt..menarik cter ni..kesian kakak a tu..

Kan weh. Tapi sampai sekarang family aku takde contact dia since dia pun takde balik rumah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2016 08:14 AM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 19-9-2016 05:42 PM
Tapi org main guli ni memang mengejar. D mana ada kita d ctu dia main.

Betul ke? Tu aku pelik, kenapa benda tu asyik atas aku je. Kau bayangkan lah aku tengah baring so muka aku facing siling lah kan? And bunyi tu macam atas muka aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 08:16 AM | Show all posts
zuri154 replied at 19-9-2016 08:36 PM
TT, yg ko dgr org main guli atau kalih2 perabot tu sebenarnya adalah gangguan dari rumah ko sdri. Bk ...

Betul ke? Kalau aku tu dah tak boleh tido dah. Budak kecik memang senang nampak kan benda benda ni? Seram pulak aku!

Nanti aku sambung cerita semalam. Kena cover sikit kat office kang boss nampak aku layan forum
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:49 AM | Show all posts
zuri154 replied at 19-9-2016 08:36 PM
TT, yg ko dgr org main guli atau kalih2 perabot tu sebenarnya adalah gangguan dari rumah ko sdri. Bk ...

wahhhh..scary mery wehhh..

kalau aku dah tak duduk situ kot.. mau nangis 24 jam.. takuttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:10 AM | Show all posts
sempat bersama lagi.. waduhhh...
hantu raya ke ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.115652 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list