Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa suspek pengeboman New York, Ahmad Khan Rahami atas penggunaan senjata pemusnah besar-besaran dan tiga lagi pertuduhan membabitkan serangan ke atas Manhattan dan New Jersey.
Menurut dokumen pendakwaan, pertuduhan yang difailkan di mahkamah Mahattan oleh Peguam AS, Preet Bharara itu juga termasuk pengeboman, kemusnahan harta benda dan penggunaan peranti yang merosakkan.- CARI