|
Edited by JeNaB_PopPop at 23-9-2016 03:25 PM
“Ini ibu-ibu hebat, di sebalik figura yang hebat.”
Di sebalik kehebatan seorang figura seni gilang-gemilang, di belakangnya adalah seorang ibu yang baik, yang sentiasa memberi nasihat ke arah yang elok, yang molek belaka. Ibu-ibu ini sedar, biar pun anak mereka adalah insan seni, mereka tetap manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Lebih penting lagi, populariti sang anak, tidak pernah dijadikan bahan untuk membangga diri, merebut perhatian untuk peribadi. Memiliki mutiara yang digilai ramai orang, berjuta-juta peminat, ibu-ibu ini kekal dalam sikap humble dan tidak berlagak pun.
Sepanjang lebih dua dekad saya jadi wartawan dalam bidang seni dan hiburan, lima ibu artis ini pada saya sangat owesome. Mereka bukan sahaja ibu yang baik, malah sentiasa ada memberi nasihat yang baik juga. Ibu-ibu ini selalu memberikan sang anak bahawa dalam apa juga keadaan, toleransi mendepani dugaan dan cabaran. Kalau ada pihak lain, produser, penerbit hatta ahli media sekalipun tersilap, tersasar melihat ke ruang yang kelam si anak, usah gelabah melulu. Ada ruang untuk berbaik sangka. Justeru, tidak hairan kenapa permata hati mereka muncul jadi wira dalam banyak ruang kehidupan orang lain. HARI JUMAAT yang baik, mari kita mengenang kisah kejayaan mereka. Kepada yang mahu kongsi, silakan sahaja. Saya izinkan.
1- SITI SALMAH BACHIK - Sukar sekali untuk menemubual dengan Makcik Salmah. Sungguh, ia bukan kerja mudah sebab dalam banyak soalan yang kau tanya, Mak Cik Salmah akan jawab dengan senyuman sahaja. Kihkihkih! Ya, sentiasa senyum melirik, alih-alih dia akan jawab “ Makcik tak tahu. Tanyalah Siti.” Apa pun Makcik Salmah ni tak banyak campur dalam urusan seni anak dia. Dia lebih jadi macam peminat pun ada kot, support dari belakang. Tetapi jangan tak tahu, bakat menyanyi Siti tu datang dari mana? Mana lagi kalau bukan daripada Mak Cik Salmah Bachik. Anak Makcik Salmah adalah lapan orang, hasil pernikahan dengan pak Taruddin, anggota polis yang memang serius memanjang. Garang tau arwah ni. Tetapi kalau bergurau, boleh tahan lucu. Selepas Pak Taruddin meninggal, mak Cik Salmah kekal di Kuala Lipis, di rumah agam binaan anak kesayangannya. Dapat saya perhatikan, sikap lembut CT Nurhaliza banyak diwarisi ibunya ini. Justeru itu, tak pernah dengar pun Siti adalah masalah dengan media. 20 tahun menyanyi, awal awal dulu sajalah, sikit-sikit. Tetapi kemudian 'terror' kendali hal dengan media. CT menjadikan media sebagai teman, mana yang boleh diceritakan, dia bercerita. Mana yang tidak, elok-elok saja dia minta maaf enggan beri komen. Kita pun takda hal punya, boleh faham dan berbaik sangka sahaja.
2- DATIN FATIMAH ISMAIL- Syamsul Yusof dan Datin Fatimah memang ngam. Malah, bapak dia, DYH pun mengaku, Syamsul ni lebih rapat dengan emak dia, berbanding dia sebagai ayah. Biasalah, muka sama, takkan 'berlaga angin' punya. Hihihi! Dalam banyak hal, kalau ada gaduh-gaduh manja anak beranak, Datin akan jadi penyelamat keadaan. Datin akan banyak sabarkan DYH supaya berlembut dengan anak-anak. Sebab tu dalam banyak soalan, kalau tanya pasal Syamsul ataupun seorang lagi anak dia yang dah jadi pengarah, Syafiq, DYH akan cakap "Tanyalah isteri saya, dia tahulah. Anak-anak memang suka berceriat dengan dia, berbanding saya,” katanya. Senang berurusan dengan Datin Fatimah ni, walaupun dia Datin dan isteri jutawan. Yang penting, tak pernah sekalipun berlagak, sombong tak bertempat. Memang banyak media sayang sangat-sangat kat Datin.
3- SITI AMIRAH - ini emak Lisa Surihani. Emak Lisa pun memang vass dan senyum memanjang.Sebelum Lisa berkahwin, emak dialah jadi peneman. Bukan pengurus kot, tetapi lebih kepada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Emak Lisa pun tak banyak campur sangat dalam karier anak dia. Tetapi sumpah, tengok muka emak dia masa muda, memang sebijik macam Lisa. Saling tak tumpah. Emak dia kalau bercakap lembut dan sangat hormat orang. Walaupun saya lebih muda, tetapi emak Lisa steady dan tak pandang sebelah mata pun kat kita. Lisa anak keempat daripada lima adik-beradik, beliau mempunyai 3 abang dan seorang adik lelaki, Lisa merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
4-NOOR ZAIDAH - "Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga. Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," kata Noor Zaridah Ahmad atau Kak Nor. Kak Nor ini emak kepada pelakon cantik, Amyra Rosli. Kak Nor ni lama kami kenali sebab dulu dia antara PRO yang sangat terror di Warner Muzik. Zaman saya kenal dunia hiburan dan artis, saya dah lama kenal Kak Nor. Banyak yang best pasal Kak Nor ni. Sangat-sangat-sangat memahami . Tanyalah apa saja, dia akan jawab. Mintaklah apa bantuan sekalipun, dia akan usahakan. Hari ini telefon, esok pun dia boleh bantu, kalau kena dengan caranya dan dia boleh bantu.
Kita dapat lihat bagaimana cara Kak Nor atasi isu ketika anak kesayanganya dilanda ujian getir, putus tunang hanya beberapa minggu sebelum berkahwin. Ingat tak? Kak Nor memilih mahu menjaga hati keluarga Dazrin Kamaruddin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan pemuda berkenaan dibatalkan. Malah, Kak Nor bijak kendalikan media. Takda satu pun kenyataannya bercanggah. Tidak pilih kasih akan media dan dilayan sama rata, sama rasa sahaja. Keputusan Amyra untuk akhir zaman solo ketika nama berada di puncak populariti, Kak Nor juga izinkan. Pada dia, tak ada masalah kahwin muda, kerana dia dan suami dulupun kahwin muda juga. Jadi, apa masalahnya. Maka sepenuh restu diberikan kepada Amyra dan Amar Baharin untuk berkahwin.
5-NOOR KARTINI - Membahasakan dirinya sebagai ‘mama’ kepada banyak media, Noor Kartini Noor Mohammad bukan sahaja mewariskan kejelitaan kepada anak-anaknya. Tetapi juga sikap baik sangka, lemah lembut dan hormatkan manusia lain. Saya pernah makan nasi kerabut Mama ketika dijemput ke rumah Lofa, dua tahun lepas, memang sedap sangat air tangan dia. Saya suka tengok mata Mama Lofa sebab sejenis warna yang bukan Melayu. Maklum sajalah, kacukan Siam, jadi bukan Melayu 100%. Kalau tanya bab cinta anak-anak dia, Mama memang tak akan banyak bercerita sebab tidak mahu orang jadi salah sangka. Tetapi yang keluar dari mulutnya sentiasa dengan doa “ Mama hendak semua anak-anak Mama jumpa orang yang baik-baik. Sesiapa sahaja pilihan mereka sebagai pasangan, Mama tak ada masalah, asalkan dapat menjaga anak-anak Mama.”
Zaman muda, mama Noor Kartini juga agak tersohor di Kelantan dengan kecantikan yang dimilikinya itu. Kecantikan rupa dan budi bahasa itu hari ini diwariskan kepada anak-anak perempuannya termasuklah Neelof
SUMBER: FB Tengku Khalida Tengku Bidin |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|