CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2445|Reply: 3

[Video] Anak lembu Lahir Bermuka Dua Di Kentucky

[Copy link]
Post time 28-9-2016 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini, ada saja perkara pelik berlaku pada haiwan peliharaan, antaranya sebelum ini ada kelahiran anak kambing yang berwajah mirip manusia di Perlis.

Terbaru bertempat di Taylor County, Kentucky, terdapat seorang peladang bernama Stan McCubbin, yang duduk bersama keluarganya dekat Campbellsville terkejut apabila lembu mereka melahirkan seekor anak bermuka dua.




sumber foto: http://www.nydailynews.com/




Memetik laporan portal online insideedition.com, Stan McCubbin berkata, pada asalnya dia menyangka lembu itu melahirkan anak kembar kerana nampak dua hidung namun apabila meneliti lebih dekat barulah terperanjat besar kerana anak lembu itu ada dua muka.


Selepas beberapa hari anak lembu itu kelihatan sihat namun ada beberapa masalah, termasuk empat matanya tidak berkelip. Ia boleh berdiri tetapi hanya berjalan dalam bulatan sebelum jatuh.


Bagaimanapun, anak lembu itu boleh makan walaupun memerlukan bantuan untuk menyuapnya. Selain itu, kedua-dua mulutnya bergerak serentak.




sumber foto: http://www.insideedition.com/



Keluarga itu menamakan anak lembu itu Lucky (Bertuah) kerana menganggap ia amat bernasib baik kerana masih hidup selepas dilahirkan dalam keadaan itu.


Isteri peladang itu, Brandy McCubbin, bagaimanapun berkata: “Melihat keadaannya, saya terfikir berapa lama masa mereka ada untuk bersama Lucky.”


Menurutnya, ramai orang datang ke ladang mereka untuk melihat keunikan anak lembu itu.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 10:17 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:43 PM | Show all posts
kecacatan fizikal
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 07:49 AM | Show all posts
kne laa buang sebelah muka dia..klu x jenuh jln pusing2..yg satu kepala nak ke sana..satu kepala nak ke sini..dia pening last2 terdampar jela
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.386478 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list