CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8195|Reply: 40

Kisah yang berlaku di sekeliling Ms. Mango (Update #16, #39, #44)

[Copy link]
Post time 4-10-2016 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ms.mango at 8-2-2017 08:27 AM

Assalamualaikum…
Semoga semua berada dalam keadaansihat. Saya pada mulanya tidak berniat untuk membuka sebarang thread di sinisebab saya rasakan cerita2 saya tidaklah begitu banyak dan pendek2 aje. Tetapi setelahhabis menaip dan baru nak post dekat thread orang rasa macam E’eh.. panjang lakpulak post aku. Tu br satu cerita.. rasa macam tak baik je..? Jadi saya telahmembuat kesimpulan yang saya patut try je buka satu thread. Try jelah..hehehe..

Sebelum itu, untuk makluman semuasaya ni tidak pandai mengolah ayat jadi best2 macam legend2 board ni yang mana semuacerita best2 belaka..nak2 lagi pencerita yang favourite di hati saye Jadidiharap agar pembaca semua ok2 aje dengan ayat2 yang saya guna ya…
Kisah yang ingin saya ceritakanterjadi sendiri pada diri saya dan org2 di sekeliling saya….

KISAH 1 : MIMPI
Sebenarnya dah lama saya nak postpertanyaan tentang mimpi di thread2 org sebelum ini tetapi rasa macam susah naktype.. lepas habis type, padam..dah beberapa kali macam ni yang saya sendiripun tak tahu kenapa… Tapi bila lagi kan nak cerita.. Ini Kalilah!!

Saya orang KL (ceh.. tiber…)Membesar di KL tetapi dilahirkan di sebuah hospital di Johor. Mak memang orangJohor, dilahirkan dan dibesarkan di Johor juga iaitu di rumah kampung arwahnenek saya. Jgn risau, ni bukan nak cerita pasal leluhur.. tapi lebih nakcerita pasal rumah kampung tersebut. Rumah kampung arwah nenek ni memanjang kebelakang. Separuh rumah papan dan separuh rumah batu (dari tengah sampai kebelakang). Rumah kampung ni best sebabnya  kawasan luar dan dalam rumah ni sangat luas,depan ada pokok durian, tepi pokok rambutan, sebelah sana jambu air, depansikit jambu batu, belakang rumah pokok koko n macam2 pokok lg..kawasan sekitarsangat redup dan sejuk je..malam tak perlu buka kipas sebab sejuk..cuma tengaharibiasala rumah papan jadi panas sikit.. Waktu kecik2, inilah tempat saya sukasangat tiap-tiap minggu ajak mak balik sebab suka… ingtkan panas sampai kepetang, hujan pula di tengahari. Berlakunya pergolakan keluarga belah arwahatuk (masa ni atuk lama dah tak da) dan nenek terpaksa pindah keluar darisana.. Masa ni saya sebenarnya tak berapa ingat umur saya berapa tapi saya rasamasih di sekolah rendah. Nenek masa tu tak adalah muda mana..kalau nak duduksitu kene kawin dgn atuk kertu. Jadi anak-anak arwah nenek membantah. Jadiarwah nenek pun berpindah di suatu tempat lain di Johor juga. Setelah itu,tidaklah pernah saya menjejakkan kaki di rumah itu lagi…

Masa berlalu dan akhirnya sayalupa akan rumah kampung yang saya sayang dulu. Bermulanya mimpi berangkai sayaketika saya berada di tingkatan 3. Saya bermimpi tentang rumah tersebut. Dalammimpi itu saya seakan melihat saya berjalan-jalan di ruangan rumah tersebut.Melihat susun atur rumah dari tempat tv sehinggalah gerobok tempat letak lauk. Sayaberjalan2 ke seluruh rumah. Itu mimpi yang pertama. Esok harinya saya bermimpilagi yang kali ini saya yang masa kecik dahulu berumur sekitar 5-6 tahun. Berambutpendek, baju merah dan berseluar pendek atas lutut, berjalan-jalan disekeliling luar rumah tersebut. Cari apa? Nak tengok apa? Saya sendiri tidaktahu. Esoknya saya bermimpi sekali lagi. Saya yang kecik, naik ke atas rumahdan pergi ke salah satu dari empat bilik di dalam rumah itu. Dalam biliktersebut terdapat sebuah tangga kayu yang membolehkan kita pergi ke ruanganatas rumah (macam loteng tapi kecik aje) dan di sebelahnya ada tingkap. Saya menaikitangga tersebut dan saya sendiri tidak ingat sama ada saya terjumpa atau sayamemang tahu yang di situ terdapat sebuah kertas atau kain kuning (saya takingat) dan saya memegang kain/kertas tersebut. Di celah tingkap luar kelihatanorang ramai dan arwah atuk saya bergotong-royong memasak dodol sepertikeesokannya nak raya. Saya yang masih berdiri di tangga meletakkan kembalikain/kertas kuning itu di tempat asalnya. Iaitu betul2 berdekatan dengantangga. Dan saya terjaga. Terdiam. Tiga hari berturut-turut mimpi yang sama. Kenapa?Akhirnya saya menyedapkan hati yang mungkin saya amat merindui rumah kampungtempat saya bermain dahulu. Memang masa tu lama dah tidak ke sana. Yelah, dahbukan tempat kita lagi kan? Saya pun berceritalah mimpi saya kepada emak dan makpun berkata yang mak bermimpi juga tentang rumah tersebut. Mak cakp mungkinsebab rindu.

Pada tahun yang sama, sayaakhirnya menjejakkan kaki juga ke kawasan rumah tersebut bersama-samasedara-mara sempena melawat rumah sebelah yakni sedara mak juga sempena hariraya. Boleh bayangkan tak rumah kampung kawasannya luas-luas dengan rumahjarak2 jauh tapi boleh la juga nampak rumah sebelah yang bukan sebelah sangat. Err..pahamtak? Hihi.. Maaf tak reti nak tepek gambar. Rumah kampung yang saya rindukankosong. Tidak berpenghuni. Diceritakan oleh sedara mak saya yang duduk di rumahsebelah, rumah itu dah beberapa kali bertukar penyewa. Tidak tahu kenapa dantidak diberitahu apa-apa oleh penyewa. Saya sendiri masuk ke rumah itu. Kosong.Gelap. Berhabuk. Kesian.. tidak terurus. Rasa kasihan sangat dengan rumahtersebut sehingga saya berazam yang memang kalau saya punya banyak duit, akansaya beli tanah ini dan jaga balik supaya dia berseri seperti dahulu.

Tahun-tahun seterusnya berlaluseperti setiap tahun ada beberapa kali saya bermimpi rumah tersebut tapi sayamemang tidak ambil kisah tentang mimpi itu. Mimpi yang kerap berulang adalahsaya memasuki bilik tengah dari tiga bilik berderet. Di dalamnya ada katilsingle bed dan saya berbaring mengiring menghadap tingkap yang luas terbuka. Diluar tingkap seperti ada pemandangan gunung yang dipenuhi pokok-pokok yangbanyak dan bagaikan boleh zoom di tengah-tengah gunung tersebut terdapatsebatang sungai yang di dalam sungai tersebut punya harta karun yang begitubanyak. Dalam mimpi tersebut, saya terkesima. Tak pernah lihat sungai ini..inikawasan mana? Banyak pertanyaan dalam kepala dan akhirnya saya menyedarkan dirisaya yang ini mungkin mimpi sebab sepatutnya di luar pemandangan bilik yangtengah itu adalah pokok jambu dan parit!! Bukannya gunung seperti yangterlihat!! Dan saya terjaga. Tapi.. saya masih di rumah itu..dan saya merenungkepada saya..faham tak.. saya yang di dalam mimpi saya merenung kembali kepadasaya dan saya terjaga!! Ohh my.. tengah type ni pn meremang bulu roma. Maknanyasaya bermimpi di dalam mimpi. Selepas itu banyak kali jugalah saya bermimpiperkara yang sama. Sebatang sungai dan harta karun di luar tingkap rumah. Cuma partmerenung je tak mimpi dah..

Ada beberapa mimpi lain berkenaanrumah tersebut tapi saya dah tak berapa ingat. Mimpi yang saya ingat antaranyasaya berlari laju selajunya kerana dikejar oleh sesuatu yang pasti bukan orang.Rambut mengerbang dan berbaju putih. Saya dikejar berhampiran kawasan rumahtersebut juga. Di dalam mimoi itu akhirnya saya jatuh disebabkan terlanggarakar pokok yang besar dan benda terseebut merapati saya. Dan serentak itu sayadengar suara lelaki menyuruh saya bangun. Ini mimpi. Dan akhirnya saya sedar.Suara siapakah itu? Saya tidak tahu.

Mimpi tentang rumah tersebut telahjarang saya mimpi setelah saya berkahwin. Mimpi tentang rumah datang cuma sekalidua sepanjang 6 tahun ini. Cuma baru-baru ini dalam isnin lepas saya bermimpilagi. Kali ini saya bermimpi arwah nenek berada di dalam rumah tersebut. Keadaandalam rumah itu sama seperti masa saya kecik2 dahulu. Arwah nenek nampak mudamacam nenek lah tapi air mukanya tenang. Sambil melipat kain dia bertanyatentang keadaan saya. Kami seperti berbual dan di dalam mimpi itu saya adalahsaya yang sekarang dan di dalam rumah itu juga ada anak saya bermainberlari-lari di dalam rumah. Saya terjaga dan saya menangis. Rasa sayu hatiini. Mungkin kerana rindu. Tidak tahu kenapa. Pada sesiapa yang tahu kenapasaya bermimpi banyak kali tentang rumah itu tolong beritahu. Maaf sekiranyatidak misteri. Tapi ini misteri bagi saya.

Sekian. Cerita yang lain akan disambung di kemudian hari. sesiap yang sudi berkongsi cerita juga dialu-alukan.

Terima Kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hiamai replied at 4-10-2016 08:24 PM
Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ke ...

Orang tgh seram2 kau lagi dengan hari2 miskin

Kalau dah kaya sangat pegi menderma kat Syria nun
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
wah sila sambung lagi cik mango..ai dulu selalu mimpi jatuh tempat2 tinggi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2016 12:32 PM | Show all posts
senduhazab replied at 5-10-2016 02:17 AM
Orang tgh seram2 kau lagi dengan hari2 miskin

Kalau dah kaya sangat pegi menderma kat Syria nun

HAHAHHAHA... dia ni pun misteri jugekk... mana2 tempat dia ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2016 12:33 PM | Show all posts
EhhEtonLahh replied at 5-10-2016 03:15 AM
wah sila sambung lagi cik mango..ai dulu selalu mimpi jatuh tempat2 tinggi..

In shaa Allah i akan sambung bila ada masa... tp secara peribadi saya xpernah nampak depan2 pn makhluk2 ni dan berdoa supaya tidak berjumpa.. kilas2, rasa2, dengar2 tu adalah.. hehe.. nanti kita sambung yekk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
EhhEtonLahh replied at 5-10-2016 11:15 AM
wah sila sambung lagi cik mango..ai dulu selalu mimpi jatuh tempat2 tinggi..

Share dari ustaz sharhan :


Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
-Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
-Mimpi benda-benda tajam.
-Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
-Mimpi salib.
-Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
-Susah tidur malam.
-Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
-Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
-Mimpi binatang.
-Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga:-

-Berdebar tanpa sebab.
-Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
-Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
-Sakit belakang, rasa berat belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mengantuk dalam majlis ilmu.


http://www.sunahsukasakura.com/2 ... anda-tanda.html?m=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 03:15 PM | Show all posts
mana sambungan..................?

notajarikaki: kalo ada makhluk sampah tu menyepam jgn segan2 klik button report.. senang nanti momok nk kasik cantas post semak samun tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 4-10-2016 03:08 PM
Assalamualaikum… Semoga semua berada dalam keadaansihat. Saya pada mulanya tidak berniat untuk memb ...

sebenarnya ada jin dlm badan. kalau dibiarkan jin tu blh beranak pinak n panggil geng2 dia bertapa dlm badan kita.
jin yg ada dlm bdn mungkin kategori saka.

better cepat2 pegi buang.
tapi make sure cari ustaz yg guna ayat quran shj n ustaz tu bkn mntak duit beribu (tolong dgn ikhlas tanpa bayaran mahal)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lah lg tt.. syok baca nie..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bca cerita ms mango .. teringat pasal mimpi sy.. dlm minggu lepas sy mimpi ular hitam badan berkilat patuk jari sy...
Bila sedar dada sy berdebar2 mcm benda tu btul2 terjadi ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 10:19 AM | Show all posts
Edited by ms.mango at 10-10-2016 06:36 AM

KISAH 2: MISTERI OFFICE LAMA KU

Kejadian berlaku sekitar tahun 2011 setelah setahun lebih bekerja di sebuah kawasan di Damansara. Damansara banyak kan? In sha Allah tidak ketahuan company apa. Hehehe… Takut juga sebab aku tau dalam forum ni ada yang sama company dengan aku.

Biar aku terangkan serba sedikit tentang bangunan office ini. First impression aku semasa datang ke sini: Bangunan tidak segah nama company. Bangunan ni dari luar pun memang nampak bangunan lama. Ada 5 tingkat, ground floor ; lobby dan tempat parkir. Tingkat 1 sampai 4 ; office yang ada pelbagai department (dept). Tingkat 5 cafeteria. Department tempat aku bekerja adalah di tingkat 4. Ikut layout, keluar dari lift, kanan adalah toilet dan tangga, kiri adalah jalan masuk ke office. Dari jalan masuk office, kiri adalah dept aku dan kanan adalah office dept lain. Sebelah kanan office tersebut ada satu lorong panjang ke surau perempuan dan lelaki. Kiranya surau terletak jauh dan memang terasing. Dept aku pula, bagaikan ada dua wing yang dipisahkan oleh bilik meeting yang besar. Jadi wing sebelah kanan dan sebelah kiri takkan nampak satu sama lain. Nak ke kanan atau ke kiri mesti melalui kawasan luar bilik meeting. Belakang bilik meeting ada pantry yang memang terkenal dengan pelbagai cerita tapi aku tak pernah kena dan nampak apa-apa pun sepanjang aku bekerja di sana. Alhamdulillah.

Outstation adalah nature dept aku. Around 60 kakitangan dalam satu dept, yang outstation adalah seramai 50 orang. Tinggal 10 orang yang tidak outstation/ outstation bila perlu termasuklah aku. Office kami besar. Bayangkan cuma 5 orang di wing kanan, 3 orang di wing kiri dan 2 orang di reception area. Ada masa wing sebelah kanan langsung tidak ada orang dan demi moto “conserve for the future” lampu satu area ditutup. Cuma lampu area reception dan di tempat kami sahaja yang menyala.

Sepanjang setahun aku bekerja dan selalu juga balik lambat kadang sampai 8 malam, berseorangan di office adalah benda yang biasa bagi aku. Aku bukan rajin sangat pun. Aku cuma tunggu abah aku datang ambil aku balik sebab aku tak ada transport. Rumah family aku dengan tempat kerja memang jauh, jadi hari-hari aku akan menunggu abah aku. Di samping menghabiskan kerja yang ada, aku mendengar lagu di laptop supaya tidak terasa sangat kesunyian berseorangan walaupun kau sememangnya tahu yang kau tidak sendiri. Err..paham tak? Hehehe..  Biasanya bila aku tinggal seorang di office selepas jam 5.30 lampu-lampu lain akan ditutup kecuali lampu di area cubicle aku. Memang bergelaplah aku. Bunyi printer/fotostat yang seakan ada orang yang menggunakannya adalah benda yang biasa. Aku memang tak ambil port sebab tak sure kan sama ada memang dia berbunyi-bunyi macam tu ataupun itu adalah sesuatu yang misteri. Kenapa misteri? Sebab bunyi printing tapi kertas tak keluar. Gitulah. Itu aku ok lagi. Bila buat kerja sorang2, nampak kilas orang berlari laju tu dah banyak kali..aku ok je. Sebab kilas kan so xnampak muka. Itu aku ok. Yang tak berapa ok bagi aku adalah mesin fax lama.

Mesin Fax

Mesin fax lama ni aku dah tak ingt sama ada dia masih berfungsi atau pun tak sebab kami memang dah tak guna mesin tu sebab ada mesin fax baru di wing kanan. Mesin fax lama tu juga tidak pernah berbunyi sepanjang hari bekerja jadi kewujudan mesin tu pun orang dah tak ingat. Yang mengganggu aku adalah.. sepanjang hari dari 8.30 pagi mesin fax tu tak berbunyi, tepat jam 6, mesin fax lama tu akan berbunyi seperti ada orang yang menggunakannya. Aku pada mulanya tidak menyedari akan bunyi yang dihasilkan oleh mesih fax lama itu almaklumlah sepanjang 8 jam kerja tu aku memang pasang earphone sebab nak dengar lagu. Bila kawan aku sorang ni bagitahu, barulah aku perasan. Esoknya bila jam 6, kami masing-masing standby nak dengar bunyi fax tu. Yelah, nak buktikan betul atau tak. Dan memang betul ianya berbunyi seperti ada orang yang menekan dan mendail. So kami pun duduklah sekejap menenangkan diri di reception area di kawasan depan. Masa tu boss belum balik so adalah kawan kat depan. Huhuhuhu.

Hari-hari seperti yang biasa. Bila pada mulanya rasa-rasa macam misteri tapi bila hari-hari dah dengar dan mengalami dan aku pun memang acknowledge kewujudan “orang” shift petang lepas 5.30, perkara tu dah jadi macam biasa. Motto aku adalah “ko buat lah ape ko nak asalkan jangan kacau aku dan aku tak nampak ko”. Titik. Dan hari-hari berlalu seperti biasa sehinggalah suatu hari yang aku pun tak ingat hari ape terjadinya kejadian yang bagi aku pasni memang 5.30 kalo tak ada orang, aku cau.

Bunyi Dan Rasa

Hari itu ditakdirkan kerja aku banyak lagi belum siap. Sementara menunggu abah aku sampai (dah cakap paling lewat jam 8 malam sampai), aku pun menyambung kerja aku. Lagipun kawan aku pun ada sorang lum balik lagi. Dalam jam 7 kawan aku balik dan sempat dia pesan supaya paling lewat turun semasa laungan azan maghrib. Aku pun kata padanya yang aku dalam 10 minit lagi turun. Tak sedar masa berlalu maghrib telahpun masuk.

Laungan azan kedengaran. Masa tu aku berada di kawasan printer yang berdekatan dengan cubicle aku dan juga berdekatan dengan jalan keluar ke reception area. Aku sibuk memprint dan menyetepler. Stapler besar itu juga di area printer. Tidak ada apa yang berlaku semasa azan dilaungkan. Tepat saja habis azan maghrib, aku telahpun siap kerja di area printer. Stapler besar itu ku letakkan kembali di atas kabinet itu dan aku bergegas ke tempat duduk aku. Ketika aku bergegas ke tempat duduk, tiba-tiba “KELETAK” bunyi stapler jatuh dan memang kuat bunyinya. Aku yakin stapler yang jatuh sebab aku nampak dari kilas mata aku yang stapler yang aku guna tadi jatuh. Aku bergegas kembali ke sana untuk mengutip stapler yang jatuh tapi bila sampai di sana, langkah aku terhenti dan aku terdiam.. berdiri tegak aku bagaikan mahu menyanyikan lagu Negaraku kerana aku melihat yang stapler besar itu berada elok je di tempat yang aku letak tadi dan tiada apa yang jatuh di situ. Meremang bulu roma ku. Keadaan jadi senyap sunyi… Tiba-tiba kerusi office di sebelahku bebunyi “KRIUKKK” bagaikan ada orang duduk di atasnya dan aku lihat dengan mataku sendiri yang kepala kerusi tu sedikit menurun ke belakang. Masa ni jangan kata bulu meremang, aku menggeletar tapi tak boleh nak lari. Pelan-pelan aku balik ke tempat aku, tutup terus laptop, angkat bag dan keluar setelah tutup semua lampu. Aku berdoa supaya aku tidak terjumpa apa-apa di dalam lif kerana ada yang pernah terjumpa dengan “wanita berbaju putih”. Alhamdulillah, tiada. Masa ni abah aku belum sampai lagi jadi aku pun menunggu di lobby. Serentak dengan itu aku terdengar bunyi bagaikan meja dan kerusi dihempas-hempas sampai patah oleh “seseorang”. Memang sangat kuat bunyinya memecah kesunyian malam.

Bunyi meja dan kerusi dihempas-hempas masih belum reda. Bagaikan marah benar orang shift malam tersebut. Mungkin itu juga amaran yang menyuruh kami berhenti membuat kerja dan tidah lagi berada di situ selepas azan maghrib. Di balik bunyi-bunyi itu, pintu lif terbuka. Keluar seseorang yang kami panggil ustaz. Ustaz keluar dari lif dan senyum kepada saya. Dia menyuruh aku balik dan jangan duduk lama juga di lobby sekiranya tiada teman. Aku mengiyakan sahaja. Tidak berapa lama setelah ustaz balik, abah aku pun sampai dan kami balik ke rumah..


Surau

Untuk pengetahuan semua, akuantara orang yang sampai paling awal di ofis. Seawal 6.30 pagi sudah berada di opiskerana mengikut time suami yang kene bekejar ke tempat kerja sebelum jam 8pagi. Pagi-pagi subuh macam ni memang tiada orang melainkan pak guard. Aku yangmasih mengantuk naik ke opisku. Sunyi. Nak tido pun tak best sebab tak bolehbaring so aku decide untuk tidur dalam surau sampai jam 8. Perjalanan ke suraumemang tak best sebab kena melalui lorong panjang dan sangatlah sunyi. Sesampaidi surau aku terus buka tingkap surau. Tingkap surau menghadap banglo lot,rumah orang kaya-kaya. Kalau ada yang mandi swimming pool masa tu pun bolehnampak. Bila buka tingkap taklah terasa sunyi sangat sebab dengar bunyi kicauanburung dan bunyi bising kenderaan. Memang seronok tidur di surau dengan anginpagi sepoi2 bahasa yang masuk melalui tingkap. Memang lena aku tidur.
Hari-hari itulah rutinku. Sampai 6.30dan tidur di surau. Ada masa-masa tertentu yang aku baring-baring saja dantidak tidur. Dalam surau ada air freshener automatic yang di set masa yangpaling lama. Baunya segar dan setiap hari aku akan bau haruman air freshenersetiap kali aku berada di surau. Aku selalu juga terdengar pekerja-pekerja lainbercerita tentang terbau wangian bunga mawar di dalam surau. Aku yang tidakberapa nak amik port membiarkan saja tanpa bertanya apa-apa. Pada aku memanglahbau wangi sebab ada semburan air freshner. Apa yang peliknya? Sehinggalahbeberapa bulan kemudian. Dalam jam 8 aku mula bersiap-siap untuk masuk ke opis.Setelah siap memakai tudung dan mencalit sedikit lip gloss di bibir, aku melihatcermin. Bau mawar yang biasa aku bau memenuhi ruang surau. Aku mulanya tidakberasa apa sehinggalah bunyi air freshner disembur dan bauannya berbau oren. Akumacam dan barulah aku tersedar yang selama ini bila datangnya bau bungamawar itu, air freshner tidak berbunyi. Rupa-rupanya pekerja yang lain sudahtahu bahawa air freshner yang ada di dalam surau sudahpun rosak dan kehabisanbateri. Semalam baru air fresher yang rosak itu digantikan dengan dengan yangbaru. Jadi selama ini bau mawar yang mewangi di surau itu datang dari mana??
Sejak dari itu aku tidak lagitidur di surau. Sebelum ini aku pernah beberapa kali mendengar bagaikan pintusurau dibuka dan orang bercakap-cakap di surau. Tapi bila buka mata, tiadaorang pun di dalam surau kecuali aku. Aku yang mengantuk tidur balik sebabmalas nak rasa seram. Tapi bila dah tahu yang bau mawar itu bukan air freshener,aku memang tidak lagi tidur di surau walaupun bau itu tidak menganggu. Akhirnyasampai ke sudah dan bila opisku berpindah tempat juga bauan mawar itu tetapjuga memenuhi ruang surau tersebut…..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 10:28 AM | Show all posts

Tq for sharing

dalam banyak2 tanda mimpi jatuh tu pernah. tapi bkn saya yang jatuh. mimpi mak saya yang bertelekung jatuh terjunam ke bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 10:32 AM | Show all posts
lemonjuss replied at 8-10-2016 07:33 AM
sebenarnya ada jin dlm badan. kalau dibiarkan jin tu blh beranak pinak n panggil geng2 dia bertapa ...

Tq.. tp saya pn xsure tu gangguan ke apa.. yang saya tau saya memang kene rajin tambah ibadah..diri ni memang malas sikit..buat setakat yang wajib je..huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 10:32 AM | Show all posts
eurasia_nur replied at 8-10-2016 05:56 PM
Sambung lah lg tt.. syok baca nie..

dah sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 10:33 AM | Show all posts
halimi78 replied at 7-10-2016 07:15 AM
mana sambungan..................?

notajarikaki: kalo ada makhluk sampah tu menyepam jgn segan2 kl ...

dah sambung cuma tak tau cane nak appearkan yang saya dah sambung. hehehe.. ke bila dah sambung dia akan auto-update? hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 10:53 AM | Show all posts
ms.mango replied at 10-10-2016 10:33 AM
dah sambung  cuma tak tau cane nak appearkan yang saya dah sambung. hehehe.. ke bila d ...

nk senang, just edit balik kat tajuk thread, updated kat post mana...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 02:52 PM | Show all posts
halimi78 replied at 10-10-2016 02:53 AM
nk senang, just edit balik kat tajuk thread, updated kat post mana...

ok tq awak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe da baca yang terkini.. gigih baca tgah malam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:43 AM | Show all posts
best story psl kt ofis TT...benda2 mcm tu mmg normal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.320736 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list