CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29753|Reply: 250

Mya ( Maya Matahari ) terkilan sikap penganjur GV kekdahnye...

[Copy link]
Post time 5-10-2016 02:00 PM | Show all posts |Read mode
UALA LUMPUR: Penyanyi, Mya yang sebelum ini dikenali sebagai Maya Matahari, terkilan dengan layanan penganjur Gegar Vaganza (GV) yang menolak penyertaannya dalam musim ketiga program realiti itu.

Dua kali mencuba nasib menyertai uji bakat rancangan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat itu, nasib tidak menyebelahi dirinya.

Bagaimanapun, bukan hakikat dirinya tidak diterima masuk GV yang mahu dipersoalkan, sebaliknya Mya membangkitkan soal layanan yang diterima daripada kedua-dua sesi uji bakat program terbabit.

"Pada musim kedua GV, penyertaan saya ditolak mungkin kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan ketika uji bakat diadakan. Ketika itu, suara saya tidak keluar dan tak mampu menyanyi dengan baik.

"Musim ketiga ini, saya tidak pasti kenapa ditolak? Ada kala saya jadi kabur dengan syarat pertandingan.

"Adakah GV mahu mencari penyanyi sedia ada dari era 1980-an dan 1990-an yang pernah menyerlah suatu ketika dulu atau penyanyi yang hanya meledak dengan sebuah lagu?" katanya kepada BH Online.

Mya minta penjelasan apakah artis yang dibenarkan menyertai GV tidak boleh terikat dengan mana-mana produk atau bergelar duta.

"Saya faham jika pertandingan itu mempunyai pihak penaja dan tidak mahu peserta terikat dengan produk lain.

"Hakikatnya, saya tidak diikat sebagai duta oleh mana-mana produk," katanya.

Selama ini, Mya berkata, dia hanya menjadi rujukan atau testimoni sesebuah produk selain menjadi pengguna tegar tetapi tidak dianggap sebagai duta.





"Saya percaya, sebagai selebriti kita kena bijak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya mencari makan dalam dunia hiburan. Saya tiada perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan harian," katanya.

Tolak tawaran berlakon

Mya memberitahu, bukanlah dia mahu menangguk di air keruh, sebaliknya sekadar berkongsi rasa hati yang terbuku.

Menurut Mya, keputusan sama ada dirinya lulus atau tidak hasil uji bakat musim kedua dan ketiga GV juga tidak dimaklumkan pihak produksi.

Malah, pada satu tahap, dia terpaksa menghubungi pihak terbabit bagi bertanyakan perkembangan terkini.

"Tidak saya nafikan, pertandingan ini banyak membantu penyanyi lama yang dilupakan dan kurang menyerlah untuk kembali diingati. Begitupun, kalau sudah bukan namanya rezeki, kita tidak boleh berbuat apa-apa.

"Saya sendiri bekerja secara profesional. Bayangkan, sementara menunggu keputusan GV3, saya terpaksa menolak banyak tawaran lain. Dua antaranya tawaran berlakon drama sebanyak 16 episod dan 80 episod selain undangan menjadi hos program bual bicara.

"Terus-terang, saya komited dalam hal kerja kali ini termasuk tawaran menantikan keputusan GV3. Tetapi, pihak produksi juga kenalah peka dan bertolak-ansur dalam hal ini. Saya mencari makan dengan cara menyertai dunia seni," katanya.

Mya mendakwa hanya mendapat tahu keputusan dirinya tidak diterima menyertai GV3 daripada kawan.

"Sepatutnya, pihak produksi yang memaklumkan perkara ini. Senario sama berulang lagi, seperti ketika GV2. Saya tidak diberitahu dan terus senyap begitu saja," katanya yang sempat muncul dengan single duet bersama Saida berjudul Setia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
#PrayForMayaMatahari #GVSerapMayaMatahari
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni makin menarik berbanding dulu. Tapi make up tebal sangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah dijanji kan dpt ke masok gv3 tu?ade black n white?slagi xde..nape nye pi tolak tawaran yg dtg.pelik
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masuk stakat nk smpi mggu kedua ketiga xyah la masuk mya oi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kalo pi interview, sllnya yg dapat akan di call. Yg x dapat apa2 call tu, mmg tak dapat lah.

Tu mungkin mya dah lupa kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2016 02:19 PM | Show all posts
suara dia tak best sgt pun...harapkan rupa je
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:19 PM | Show all posts
DahliaTulip replied at 5-10-2016 02:10 PM
Mmg dah dijanji kan dpt ke masok gv3 tu?ade black n white?slagi xde..nape nye pi tolak tawaran yg dt ...

confident mcm dapat kot..skang putih mata laaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
DahliaTulip replied at 5-10-2016 02:10 PM
Mmg dah dijanji kan dpt ke masok gv3 tu?ade black n white?slagi xde..nape nye pi tolak tawaran yg dt ...

Kalau dah amik job 80 episode tu kalau kata dapat GV mmg kena tolak GV pdhal GV kan platform besar utk artis2 sendu. Blakon 80 ep utk survival tp nama xboom mana pn
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah ada ujibakat jgk ke, ingat Astro pilih terus masuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols faham perasan sheols.. iols plg anti kalau apply apa2 then tak inform kita immediately bila benda yg kita apply tu ditolak.. cth haritu iols apply streamyx utk rumah adik iols, ya hampunnn dah sebulan masih tak pasang2.. iols pn pegi la HQ TM kt mitc melaka tu.. bila pegi tanya kenapa dh sebulan x dtg psang, cepat aje dia menjawab, port dah penuh.. mengamuk iols, ko dah tahu port penuh kenapa tak call bagitau, boleh la org cari alternative psg internet lain.. kalo iols tak pegi tanya smpai kesudah adik iols x dpt internet.. choiii

Motip iols lepas geram kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So acik vida seorang yg capitalist lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:32 PM | Show all posts
suara dia sedap..pada iols la..tarik tinggi pun sedap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:39 PM | Show all posts
dia konpiden dapat masuk GV3, tu yg tolak segala tawaran
patut organiser kne inform kt application form, kalo sekian2 waktu tak dihubungi, maknanye permohonan gagal
ke ade bagitau camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Maya ni ade bakat jadi pelawak. Xyah nyanyi la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:43 PM | Show all posts
sian ko dek..tunggu je GV4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 02:44 PM | Show all posts
sakuraaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:49 PM | Show all posts
dia ni ada lagu yg ngetop ke kak @sepitsiput ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:51 PM | Show all posts
sian sheols... la ni nampak sheols desperate sgt nak masuk GV...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 02:51 PM | Show all posts
ntah sapa2 la ko ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.089808 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list