CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11458|Reply: 35

7 Pulau Di Terengganu Yang Menarik Untuk Percutian

[Copy link]
Post time 6-10-2016 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto - ppulaumalaysia.wordpress.com




Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti hutan, gunung, sungai, tasik, pantai dan juga pulau.


Bercerita mengenai pulau, terdapat hampir beratus-ratus pulau di Malaysia dan antaranya sangat terkenal di kalangan pelancong asing seluruh dunia.


Kali ini, penulis suka untuk berkongsi beberapa buah pulau yang terkenal di sekitar perairan Terengganu. Nama-nama pulau ini mungkin tidak asing buat anda atau mungkin juga ada yang anda tak pernah tahu. Walau bagaimanapun, kesemua pulau ini sangat cantik dan menarik untuk percutian yang menenangkan.


Jom kita tengok 7 pulau menarik yang dipetik dari beautifulterengganu.





1. Pulau Redang
Terletak di perairan laut china selatan, pulau ini adalah salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut. Pulau ini juga merupakan pulau terbesar yang ada di Semenanjung Malaysia.





2. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ini terbahagi kepada 2. Pertama, Pulau Perhentian Kecil dan yang kedua ialah Pulau Perhentian Besar. Ia terletak kira-kira 21 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu.


Disini anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti lasak seperti Scuba, Snorkeling dan Junggle Tracking. Pulau ini adalah pilihan yang sesuai untuk berehat bersama keluarga.






3. Pulau Kapas
Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Terkenal dengan keindahan batu karang yang cantik, pulau ini terletak kira-kira 6 kilometer dari jeti Marang, Terengganu. Selain itu, pulau ini juga sangat terkenal dengan aktiviti sandat sotong dikalangan masyarakat tempatan.





4. Pulau Lang Tengah
Pulau ini merupakan diantara pulau pulau yang terbaik ada di Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.





5. Pulau Gemia
Pulau Gemia juga dikenali sebagai Coral Island, terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, Terengganu. Disini juga adalah tempat terbaik untuk anda melakukan aktivti snorkeling  ataupun menyelam.





6. Pulau Tenggol
Disini terdapat lebih dari 20 lokasi menyelam. Anda juga boleh menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut seperti Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (Nemo Fish) dan Yu Paus.





7. Pulau Rhu Perhentian
Pulau Rhu juga sama seperti pulau-pulau yang lain. Mempunyai keindahan alam semula jadi dan mengagumkan.


Disini anda boleh juga melakukan aktivti menyelam untuk melihat pelbagai spesis hidupan laut seperti terumbu karang, rumpai air, dan pelbagai jenis ikan.



Sangat cantik kan? Itulah antara pulau-pulau di Terengganu yang mungkin boleh anda masukkan dalam senarai percutian anda suatu masa nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 06:45 PM | Show all posts
betul ke kat redang ada tempat mat saleh bogel
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau2 kt terengganu mmg cantik, teringin nk pergi lagi.. tapi, pulau redang paling besar kt semenanjung?? Bukan pulau langkawi ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sukacita kalau TT dpt memberi info bagaimana boleh sampai ke sana, perjalanan bot brapa lama, harga tambangnya, penginapannya, dll.  Seperkara lagi, di pulau yg banyak coral, adakah ada dijual coral untuk perhiasan esp kulit kerang or tiram yg besar. Saya suka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 10:31 PM | Show all posts
Dah ada thread individul utk tiap2 pulau ni rasanya.  Boleh refer kat situ (mungkin dah terbelakang page nya) kalau berminat nak gi sana.  BTW dan pernah sampai dah pulau2 ni memang cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:32 AM | Show all posts
Terbaikk!! 1 ari nt mesti akan jejakkan kaki ke sini... suka sgt dgn pulau2 nie.. Lawa ya ampun.... setakat nie baru pegi 2x ke tioman jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2016 08:35 AM | Show all posts
Kebabom!! Terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 10:37 AM | Show all posts
cantikk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 12:50 PM | Show all posts
terbaik pulau2 kat terengganu ni.. kalah krabi oiii... hahahh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 11:59 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy tak sabar for next year for 2nd time to Perhentian. Tahun ni dah ke Redang for 2nd time gak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 11:13 PM | Show all posts
soo beautiful pulau2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:55 AM | Show all posts
pulau tenggol tu rasanya kena gi balik hari jer - xbleh overnight situ.

saya berminat nak tau psl pulau rhu hentian tu - online xde sangat info psl pulau nih...

pulau kapas - tobat saya nak pegi lagi - balik naik speedboat tu dah rupa cam naik bas mini dulu dulu - bersusun berdiri - operator langsung xkisah tentang keselamatan penumpang!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 07:09 PM | Show all posts
terenganu kn terkenal ngan pulau2 yg cantik...teringin nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:59 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
So far masa zaman bujang dulu dah jejak pulau redang, perhentian, kapas dan tasik kenyir.. tapi yang paling tinggal kesan, tasik kenyir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Me dah pegi pulau redang 2 tahun berturut2 memang best sangat...bukak2 pintu terus air laut biru crystal cantik dah...xyah nak g island hopping dah....cuma harap kerajaan trengganu jaga elok2 la...sbb when too commercial..lama2 jd x terjaga..contoh mcm pulau tioman kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Me stay kat satu chalet ni...mmg puas hati..pm la kalau nk tau ek...lagisatu nak kumpul duit g snorkeling/dive kat sipadan..sana lagi heaven
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 25-10-2016 11:22 PM
So far masa zaman bujang dulu dah jejak pulau redang, perhentian, kapas dan tasik kenyir.. tapi yang ...

Nape ngn kenyir ya??
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-10-2016 11:09 PM
Nape ngn kenyir ya??

Maksud i tasik kenyir ni best. Kitrang stay dalam khemah je ramai-ramai selama 3 hari 2 malam. Sepanjang siang aktiviti penuh dengan kayak, jungle tracking, flying fox, lepas tu sewa bot jalan dari satu pulau ke pulau yang lain. Memang bestlah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.088866 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list