CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36609|Reply: 139

Novel: Makmal

[Copy link]
Post time 11-10-2016 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 21-11-2017 09:09 PM

Tajuk dah tukar...macam tak kena jek..
citer ni ada hantu, cinta tak kesampaian, kemurungan...boleh la ek..

Memandangkan bod ni dah sendu, nak karang satu cerita pasal budak-budak makmal. Kisah suka duka bekerja di makmal. Kisah lucu bila terima sampel ujian yang pelik2. Kisah mistik bila terpaksa stay back sampai malam bila ada urgent sampel dalam projek yg bos berjaya  dapat...pffttt..



BAB 1


TERKOCOH-KOCOH Adi bersiap pagi itu. Mata asyik jeling jarum jam bulat di dinding biliknya. Jam bulat yang dibeli di pasar malam Kampung Kerinchi dulu itu masih kukuh walaupun harga tak sampai sepuluh ringgit. Mata Adi kembali pada cermin yang sudah retak menanti belah. Nampak senget benget imej wajahnya. Ah! Persetankan!

Laju saja kunci motorsikal Honda cup 70 buruk yang dibeli menggunakan duit lebihan pinjaman JPA tiga tahun dulu. Kakinya melangkah laju menuju ke anak tangga. Nasiblah tinggal di pangsapuri 4 tingkat yang sememangnya tak ada lif. Menapaklah hari-hari jawabnya. Berlari menuruni anak tangga dari tingkat 4 itu, Adi kadang-kadang melangkau saja empat anak tangga sekali gus. Kalaulah dia ada kuasa seperti spiderman, mahu saja dia tekan di tapak tangan sarang labah-labah, terus bergayut macam tarzan sampai ke tempat parkir motorsikal. Ah, itu hanya angan-angan yang sampai bila-bila pun tak akan terjadi!

"Arghh!!"

"Woi!!! Mata letak kat lutut ke??"

Adi yang sudah terjelepuk mencium lantai simen akibat terlanggar seseorang. Rasa membuak hendak marah tadi ditelan saja. Beg sandang yang sudah senget dibetulkan di bahu kanan. Perlahan dia bangun.

"Sorry cik adik manis..abang memang simpan mata kat lutut. Kan dah jatuh macam nangka busuk Pak Samad jiran cik adik manis tu?" Adi berkata sinis. Gadis yang turut terhumban jatuh itu hanya dipandang tanpa perasaan.

"Banyaklah kau punya nangka busuk! Kau sindir aku eh?"

"Ish, mana ada cik adik. Kalau sik adik ni, bukan nangka busuk, mahunya badak sumbu tersembam ni." Sebaik Adi membalas kata-kata gadis itu, dia terus saja berlari ke tempat letak motorsikal. Motorsikalnya cepat-cepat dihidupkan enjin dan memecut meninggalkan kawasan pangsapuri itu.



OJIE memandang penuh benci. Sejak dia berpindah di pangsapuri ini sebulan yang lepas, nasibnya memang malang. Mamat tak semenggah itulah yang sering buat kecoh dengannya walaupun semua yang berlaku atas dasar tidak sengaja.

"Sengaja ke, tak sengaja ke, aku peduli apa!" Ojie kutip semua kertas dari fail yang sudah berselerak di atas lantai simen yang sudah banyak berlubang.
"Dah la aku dah lambat nak pergi interview. Mamat muka tembok tu pulak yang buat dajal kat aku! Badan aku punyalah slim, dia cakap aku badak sumbu??"

Ojie betulkan tudungnya yang sudah senget bengek. Laju saja kakinya melangkah ke keluar dari pangsapuri itu menuju ke stesen lrt. Rasa berdebar semakin ketara. Inilah kali pertama dia akan menghadiri temuduga.

"Aku harap, aku dapatlah kerja ni." Kumat-kamit mulut Ojie membaca surah yang dia tahu agar hatinya tenang.


HAMPIR 20 minit perjalanan dalam lrt, akhirnya dia sampai ke destinasi. Lega bila tempat dia temuduga itu berdekatan dengan lrt sahaja. Betul-betul terletak berhadapan dengan stesen lrt Kelana Jaya. Dia melangkah laju mencari alamat seperti yang diberikan dalam emel.

"Emm..dekat je.." Tersungging bibir Ojie saat terpandang papan tanda makmal yang dicari.

Makmal dua tingkat itu dipandang sekali lagi bagi memastikan dia tidak salah tempat. Dengan hati berdebar, Ojie menapak anak tangga ke tingkat satu. Tiba di muka pintu kaca, loceng ditekan. Jarum jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Baru 8.00 pagi. Temuduganya jam 9.00 pagi. Sudah sikapnya, akan datang awal dalam apa jua perkara sekali pun.


"Ish, kenapa tak ada orang buka pintu? Aku dah tiga kali tekan loceng." Ojie intai melalui cermin. Hanya lampu di bahagian 'receptionsit' saja yang bernyala.


"Takkan dia orang tak sampai lagi masa ni?" Sekali lagi Ojie pandang jarum jam jenama Rolex yang dihadiahkan ayahnya dulu. Hadiah yang diterima sempena kejayaannya mendapat kelas pertama dalam bidang kimia.


Hampir 15 minit berdiri, Ojie mula duduk di anak tangga. Sudah banyak kali dia menguap. Malam tadi dia tak lena tidur memikirkan temuduga pagi ini. Dengan melentukkan kepala di dinding di tepi muka pintu, Ojie akhirnya terlena juga.



ADI bersiul-siul kecil menaiki anak tangga menuju ke tempat kerjanya. Motorsikalnya diparkir betul-betul di depan bangunan dua tingkat itu. Langkahnya terhenti. Bebola matanya jatuh pada susuk tubuh di tepi pintu.

"Eh, macam mana badak sumbu ni ada kat sini?" Berkerut dahi Adi melihat gadis yang dilanggar tadi sudah tercongok di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2016 11:03 PM | Show all posts
apasal sampai dua thread ni..

momod tolonggggggggggg

@cmf_conan  





@NaylaArisha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 09:50 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-10-2016 08:57 AM

Tersengih Adi melihat gadis itu sudah lena tidur. Ternganga mulut. Huh! kau ingat tempat ni tempat bilik kau? Perlahan Adi menghampiri 'badak sumbu' yang sedang terlentuk kepala di dinding, di tangan gadis itu masih memegang satu fail. Adi menapak perlahan, kalau dibandingkan dengan jejak tapak pencuri, pencuri pun kalah. Memang jejak kasut jenama Reebok yang tersarung di kaki Adi tidak berbunyi.

"Emm...lena ke main lagi kau ya. Apa kau buat malam tadi?" Adi membebel seorang diri.

"Huuuuuuuuu.....hihihihihi....huhuhuhuuuuuuuuu..ssttt....ssttt..."

Suara Adi melantun-lantun meniru gaya suara pontianak mengilai dengan desiran angin. Tersengih-sengih dia melihat gadis itu sudah mula menggerakkan badannya. Mata dibuka sekilas dan ditutup semula. Adi semakin galak menyakat, bunyi suara mengilai bergema di ruang tangga yang agak luas itu.

Zup!!

Pantas Adi memandang ke arah pintu makmal. Dari balik pintu cermin itu, matanya sempat menangkap satu kelibat melintas laju. Perlahan kakinya menghala ke arah pintu pula. Dia mengintai dari pintu cermin. Tiada sesiapa. Memang tiada sesiapa kerana dialah yang selalunya akan buka pintu makmal setiap hari sejak projek baru masuk. Seawal 8 pagi dia harus berada di makmal dan membuka setiap lampu dan pasang mesin untuk mudahkan analisa dibuat.

"Emm..mata aku kot yang kero.." Adi mula  capai kunci dalam beg sandangnya dan buka pintu makmal setelah kod pintu ditekan.

Pintu dibuka perlahan, kali ini hanya kepalanya yang menjojol. Keadaan di sekitar ruang penyambut tetamu itu diperhatikan sebentar. Matanya liar mencari kelibat tadi. Tiada sesiapa. Lega. Dia kemudian menapak masuk dan seperti biasa menjadi rutin hariannya, perkara pertama yang dia buat, 'punch' kad dulu. Kemudian semua lampu dibuka dan segala mak nenek mesin ujian analisa dibuka dan dipasang. Sambil bersiul-siul kecil, Adi menapak pula ke biliknya yang terletak di bahagian makmal mikrobiologi yang terletak di sebelah kanan dari pintu cermin utama tadi.

"Eh, macam mana kau masuk?"

Terpinga Adi melihat gadis itu sudah tercegat di sebelahnya, lebih tepat di depan pintu ke bahagian makmal mikrobiologi.  Dia intai pintu yang sudah tertutup. Berkerut dahi Adi melihat gadis itu tersengih-sengih.

"Weh, aku tanya..macam mana kau masuk?" Ulang Adi. Gadis itu dipandang atas bawah dan lama matanya menatap pada bahagian kaki. Hmm...jejak lantai. Ah, sampai macam tu sekali dia berfikir yang gadis itu hantu! Mana  tahu kelibat yang dia nampak tadi sudah menyerupai gadis badak sumbu itu!

"Masa awak buka pintu tadi, saya sempat ikut dari belakang." Ojie tuding pada pintu cermin.

"Saya tengok awak terus ke punch card dan buka semua lampu. Jadi saya tunggu je la kat sini.." Sambung Ojie, tersipu-sipu.

Tak sangka, lelaki yang melanggarnya sampai tersembam di anak tangga tadi, rupanya bekerja di tempat yang dia hendak temuduga. Ojie hanya memerhati lelaki itu yang asyik merenung padanya. Dari riak wajahnya, dia pasti, lelaki itu seperti memikirkan sesuatu. Tersedar dari tidur tadi, telinganya mendengar pintu dikuak. Terus saja dia bangun dan kebetulan lelaki itu sedang mengintai dari pintu itu. Entah apa yang diintai sampai berkerut dahi.


"Err..tadi, awak intai siapa? Ada orang ke sebelum awak?" Ojie beranikan diri bertanya.


"Hantu!" Adi menjawab malas. Dia menyambung langkah menuju ke biliknya dalam makmal mikrobiologi.


Ojie yang berdiri di tepi meja penyambut tetamu itu dibiarkan saja. Bukan halnya hendak ambil tahu tetapi dari penampilan dan fail yang berada di tangan gadis itu, dia pasti, gadis itu ingin menghadiri temuduga untuk jawatan 'chemist'. Dari bulan lepas lagi, bos menyuruh senior chemist mencari seorang chemist baru menggantikan chemist yang sudah berhenti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 09:50 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-10-2016 08:55 AM

"Berlagak mamat karan ni." Ojie memerhati tingkah lelaki itu yang sudah hilang di sebalik pintu ke bahagian lain. Dia kemudian mengalih mata ke seluruh makmal di sebelah penyambut tetamu. Ada tiga bilik dan yang pasti, satu bilik tertera nama pengurus besar di muka pintu. Bilik yang selebihnya pula mungkin bilik untuk pentadbiran atau bahagian akaun memandangkan banyak fail yang disusun di rak. Jelas dari tempatnya berdiri, melalui dinding cermin, bilik itu penuh dengan rak dan fail.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 12-10-2016 09:50 AM
"Berlagak mamat karan ni." Ojie memerhati tingkah lelaki itu yang sudah hilang di sebalik pintu ke b ...

nice... welcome back @Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 03:08 PM | Show all posts
Jenuh nak bayangkan ghoper lab neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2016 10:01 PM | Show all posts

citer untuk suka2 zam...
otak dah biul dgn report audit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 10:03 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 12-10-2016 02:08 PM
Jenuh nak bayangkan ghoper lab neh


buat2 faham udoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2016 10:50 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-10-2016 08:58 AM

ok meh kita sambung lagi..

Lenguh berdiri, Ojie melabuhkan punggung di sofa di depan meja penyambut tetamu. Sekali lagi matanya meliar melihat sekitar makmal itu. Ruang sofa itu terletak di depan meja penyambut tetamu dan bersebelahan dengan bilik pengurus besar. Ojie panjangkan leher mencari kelibat lelaki tadi di sebalik dinding cermin. Pintu ke arah bilik itu tertulis 'Microbiology section'.

"Oh...dia microbiologist ke?" Teka Ojie sambil memerhati ke arah bilik itu yang hanya dipisahkan dengan dinding cermin saja. Apa yang dilihat sekarang ini, memang jelas bilik itu terdapat dua buah komputer dan rak yang tersusun fail. Di sebeleh rak pula, terdapat peralatan makmal untuk ujian mikrobiologi.

Mata Ojie dikalih pada pintu utama tadi. Seorang perempuan berambut kerinting dan berkaca mata sedang membuka pintu dan tersenyum padanya. Senyuman perempuan itu dibalas. Perempuan berketurunan India itu dipandang sudah mengambil tempat di bahagian penyambut tetamu. Oh..dia receptionist rupanya.

"Cik ni datang untuk interview ke?"

Ojie mengangguk.

"Okay, isi borang ni dan serah semula pada saya."

Ojie mengangguk lagi seraya mencapai borang yang dihulur tadi. Dia segera mengisi maklumat yang diperlukan. Sesekali dia membelek fail yang dibawanya.



ADI mengintai dari balik dinding cermin biliknya. Tersenyum melihat gadis yang belum lagi diketahui namanya itu sedang mengisi borang. Beria sungguh sampai kepala sudah hampir pada borang.

"Emm..dia datang nak interview rupanya. Nasiblah jawatan chemist, kalau microbiologist, mahu aku buli sampai menangis. Hahaha!" Ketawa jahat Adi sambil mata tidak lepas dari memandang gadis tadi.

Dia kembali mengemas fail dan melihat ujian apa yang perlu dilakukan untuk hari ini. Sejak minggu lepas, sampel yang diterima dari projek kontrak dengan syarikat PLUS itu diterima hampir 100 sehari.

"Haih..hari ni kena OT lagi sampai malam. Dahlah Nik cuti sakit.." Adi mengeluh.

Dengan ketiadaan Nik, hanya dia dan Pua saja yang akan 'stay back' sampai malam. Mujurlah juga projek itu juga memerlukan chemist untuk melakukan ujian Arsenik dan Heavy metals. Jadi, adalah juga dua tiga orang chemist yang akan sama-sama membuat kerja lebih masa nanti. Adi membelek lagi senarai ujian untuk hari itu. Semua bakteria yang patogen dan juga bilangan bakteria dia perlu lakukan.

"Manalah amoi ni?" Adi pandang jam bulat di dinding biliknya. Sudah hampir 8.30 pagi. Kot putih segera dipakai dan kasut ditukar kepada kasut makmal. bersedia untuk mulakan tugas.

"Sorry aa Adi. Aku lambat hari ni."Kelam-kabut Pua meletakkan beg sandangnya di atas meja dan capai kot makmal yang digantung di tepi pintu. Dia capai pula sarung tangan dan menukar kasut makmal.

"Amoi aa..apa you buat malam tadi?" Adi sengih melihat wajah lesu Pua, atau nama penuhnya Pua May Lin.

"Haiya...you aa...otak kuning!!" Pua mencebik. "Sudah, where is the sample?"

Adi menuding pada rak yang dilabel untuk sampel yang belum dibuat ujian. Mereka berdua mulakan tugas untuk hari itu.Sambil melakukan kerja, Adi hanya memasang telinga mendengar Pua membebel yang bercampur dalam bahasa. Sekejap bahasa Melayu, sekejap pula bahasa Inggeris dan banyak dalam bahasa Mandarin.

"Eh amoi, apa you membebel ni?" Adi mula berminat. Telinganya sempat menangkap perkataan roh dari mulut gadis cina itu. Matanya merenung Pua yang sedang khusyuk membuat ujian untuk sampel nasi lemak yang diambil dari RnR Sungai Buloh.

Pua berpaling. Adi tidak berkelip memandangnya. Dia pandang pula pada pakaiannya melekat pada tubuhnya ketika ini. Skirt pendek paras lutut dan baju tana lengan tetapi sudah ditutup dengan baju makmal putih yang labuh juga paras lutut. Bermakna terserlah betis putihnya.

"Wei lengchai! You pandang apa? Gatal aa you?" Pua tersengih.

Adi sengih. Sempat pulak amoi tu fikir macam tu. Dulu dia memang berminat dengan gadis cina tetapi setelah banyak kali ditolak cintanya, hatinya menjadi tawar untuk gadis cina.

"Apa you ingat you seksi ka? Tadi, aku dengar, you sebut roh. Roh apa?" Tanya Adi semula, kembai ke topik tadi.

Belum sempat Pua menjawab, terdengar ketukan di pintu bilik ujian. Adi dan Pua serentak berpaling. Mages, penyambut tetamu melambai ke arah mereka. Adi pula hanya memandang gadis yang berada di sebelah Mages.

"Badak sumbu tu dapat kerja ke?" terpacul kata-kata dari mulut Adi.

"Hah? Badak sumbu??" Pua tercengang.

Adi sengih sambil menggeleng. Dia kemudian mengajak Pua dan menapak ke arah pintu tadi dan mula keluar dari bilik ujian. Mereka diperkenalkan dengan Ojie yang sudah diterima bekerja di makmal itu.

"Amboi, cepatnya dapat kerja. Hari ni interview, hari ni terus kerja?" Sindir Adi, gadis itu dipandang sinis.

"Kau ni Adi, kan bos nak pakai urgent chemist! Jadi dah kenal, senanglah nanti nak bekerjasama."Mages mengajak Ojie ke bahagian makmal kimia pula yang terletak di tingkat satu.

Adi yang memandang gadis itu mengekori Mages keluar dari makmal mikrobiologi. Dia perasan gadis itu tersenyum sinis kepadanya tadi. Dari raut wajah gadis itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang gadis itu rahsiakan.

"Adi!!"

Terkejut Adi dengan tepukan kuat di belakangnya. Dia menoleh. Pua sudah tersenyum padanya.

"Lengloi baru sudah masuk kerja. You tak mahu tackle ka?" usik Pua.

Adi sengih saja. Dia menapak ke bilik ujian tadi semula. Dalam hatinya masih tertanya-tanya tentang gadis yang memiliki nama penuh Roziati tadi. Lirikan mata gadis itu seperti tidak kena pada matanya. Seakan merenung tajam.

"Ah! perasaan aku je kot.." Adi meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Dia pandang Pua yang juga menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Mulutnya ingin saja bertanya tentang hal tadi.

"Amoi, tadi you kata, ada roh. Roh apa?" Adi ulang lagi pertanyaannya. Dia tahu, Pua sudah bekerja di makmal itu lebih sepuluh tahun, sedangkan dia baru saja setahun bekerja. Sudah tentu, gadis cina itu lebih tahu tentang keadaan makmal walaupun setakat ini hanya kelibat saja yang dia pernah terserempak.

"Betul you mau tau?"

Adi mengangguk.

"Betul??"

"Yalah! You ingat aku main-main ka? Sudahlah bulan ni kita kena stay back sampai malam tau!" Adi tidak puas hati. Dia perlu mencari jawapan pada kelibat yang dia sering nampak sebelum ini.

"Okey..kita tunggu ini malam haa.. baru ada thrill!' Pua mengekek ketawa.

Adi mencebik. Huh!

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 07:12 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-10-2016 10:01 PM
citer untuk suka2 zam...
otak dah biul dgn report audit..

whatever the reason is... zam suka sbb ada buah tangan terbaru @Ipo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 10:19 PM | Show all posts
BAB 2


JAM sudah 6 petang. Adi bersama Pua masih belum selesai menyiapkan ujian untuk sampel makanan yang diambil dari setiap RnR di sebelah Utara PLUS. Petang tadi, sampel yang baharu sampai sudah cukup membuatkan mereka mahu cabut saja dari situ. Namun apakan daya, tugas tetap tugas. Kalau tidak, perut tak terisi, rumah tak berbayar, motorsikal tak berminyak jawabnya.

"Adi, you tolong kasi sampel ni pada chemist. Kena buat ujian arsenik." Arah Pua, tangannya ligat membungkus semula semua sampel yang sudah dilakukan ujian untuk bakteria patogen.

"Siapa yang stay malam ni?" Adi capai bungkusan dari Pua. Dia periksa bungkusan itu untuk memastikan tiada kebocoran.

"Mana aku tau. Haiya...bukan lengloi baru tu meh?" Pua tersengih kerang.

"Ya la! Badak sumbu tu!!" Adi tepuk dahi.

Pua geleng melihat Adi yang suka memanggil nama badak sumbu. Entah macam mana nama itu diberikan pada pekerja yang baru saja mulakan tugas hari itu.

"Lepas aku hantar ni, kau kena kasi tau aku pasal roh tu. " Tuntut Adi, dari pagi tadi dia ingin mendengar penjelasan dari Pua, senior microbiologist di makmal itu.

"Baru pukul 6 maa!" Pua pandang jarum jam bulat di dinding bilik makmal mikrobiologi. "Cepat kasi sama itu lengloi! Hurrry!"

Pua hanya melihat Adi yang sudah menapak keluar dari bilik makmal mikrobiologi dan menaiki tangga menuju ke tingkat dua, ke makmal kimia. Dia berfikir sejenak apa yang dikatakan oleh Adi tadi. Hairan juga bila Adi saja yang selalu bertanya pasal roh itu. Apakah selama ini Adi dapat melihat kelibat di makmal ??



ADI melangkah mendekati Arthur yang sedang khusyuk melakukan ujian BOD pada air sungai. Dia tahu, Arthur salah seorang yang rajin bekerja dan rajin membuat kerja lebih masa. Setakat ini, Arthur paling banyak mencipta rekod membuat kerja lebih masa tanpa disuruh.

"Art, hari ni kau OT lagi tak?"

"OT la, macam tak biasa pula." Jawab Arthur yang tersengih melihat Adi menggaru kepala.

"Bukan apa, aku rasa tak sedap hati la hari ni. Pagi tadi aku nampak kelibat." Terang Adi pada Arthur yang menjadi sahabat pendengar baiknya selama ini.

"Kelibat lagi?"

Adi mengangguk.

"Aku OT kat sini, tak pernah pun nampak kelibat macam kau cakap tu? Nampak perempuan manis ada la.." Arthur senyum sambil menjeling rakan sejawatannya Liz yang sedang leka menulis laporan ujian. Liz yang juga berasal dari Sabah sepertinya.

"Weh!" Adi luku kepala Arthur. "Kelibat yang aku nampak ni pun perempuan tau!"

"Hah?? Perempuan macam mana maksud kau?Macam Liz?" Sindir Arthur. Sejak pertama kali Adi bercerita tentang kelibat itu, hatinya tidak pernah ingin percaya tetapi memandangkan Adi adalah rakan baik di makmal itu, dia mengangguk saja. Entah-entah Adi hanya berhalusinasi.

"Aku serius la weh! nanti aku cerita kat kau apa yang aku nampak pagi tadi."

"Okay bah....kalau kau.." Sengih lagi Arthur.

"Sudahlah! Aku nak kasi sampel kat badak sumbu tu!" Adi meneruskan langkahnya ke meja Ojie yang sedang diajar oleh Megat tentang ujian kimia pada sampel makanan.

"Hey wait! Siapa badak sumbu??" Terpinga Arthur mendengar kata-kata Adi.

Adi tidak menjawab, malah langsung tidak menoleh pada Arthur, kakinya terus diatur ke meja Ojie. Sengaja dia berjalan perlahan dan berhenti senyap-senyap di belakang Ojie. Khusyuk gadis itu mendengar apa yang diajar oleh Megat, ketua chemist di makmal kimia.

"Ha, Adi, mana sampel? Kasi Ojie, suruh dia buat ujian Arsenik." Arah Megat, sebaik terpandang Adi yang berdiri di belakangnya tadi.

Ojie turut berpaling. Dia menjeling pada Adi yang sudah tersenyum sengih.

"Aku nak balik dah ni. Ada hal penting. Aku tak boleh OT hari ni. Apa-apa nanti, kau call Puan Sabariah, dia ada dalam bilik dia." Megat mula mengemas barangnya dan dia segera ke mesin 'punch card'.

Ojie hanya melihat ketuanya sudah menapak keluar dari makmal kimia. Matanya beralih pada lelaki yang tersengih tadi. Baru dia tahu, nama lelaki itu adalah Adi Sorianto. Huh! Jawa rupanya!! Nak gelak sebenarnya tadi masa diperkenalkan oleh Mages tetapi dia cuba menahan dari terhambur ketawa. Ada hati nak panggil aku badak sumbu!

"Ni, sampel untuk ujian Arsenik." Adi hulur bungkusan tadi kepada Ojie. "Emm...tahu ke nak guna machine tu?"

Ojie mengangguk. Bungkusan tadi disambut dan diletakkan di atas meja." Ada lagi?"

"Tak ada.." Adi sengih. Sempat dia melihat anak mata Ojie yang merenungnya tajam ketika ini. Ada sinar seperti mata kelibat yang selalu dia nampak sebelum ini.

"Apa tengok-tengok? kalau dah tak ada apa, saya nak buat kerja." Ojie berpusing dan kemudian mula menyediakan sampel untuk ujian Arsenik.

"Buatlah.." Adi sengaja berdiri di sebelah Ojie, memerhati gadis it melakukan ujian Arsenik ke atas sampel makanan yang baru dihulur tadi.

"Yang awak duk melangut kat situ kenapa? tak ada kerja?" Ojie sudah mula meluat melihat tingkah Adi yang buat muka toya. Poyo je!

"Kau OT kan? Hati-hati...ada yang memerhati.." Usik Adi, dia mula beredar dari situ dengan senyuman penuh makna.

Ojie mencebik. Dia mengulang ayat yang dilontar oleh Adi sebentar tadi." Gila! Kaulah yang gatal nak memerhati orang!!"



ADI senyum. Dia kembali ke makmal mikrobiologi semula. Sebelum itu, dia perlu menunaikan Asar dulu yang ditunaikan di bilik pantri, hanya itu saja  tempat yang disediakan oleh majikan untuk pekerja muslim menunaikan solat.Dia segera ke bilik air yang terletak di belakang makmal mikrobiologi dan hendak ke sana, perlu melalui lorong kecil yang kiri kanan hanya ada bilik simpanan bahan kimia dan juga peralatan makmal lain. Dia perasan, setiap kali melalui lorong itu di waktu senja begitu, terasa meremang bulu roma. Tegak terpacak. Orang kata, ada sesuatu.

"Ah, percaya sangat. Karut semua tu." Hati Adi membidas tanggapan itu semata-mata nak menyedapkan rasanya saja. Dia meneruskan berjalan melalui lorong itu ke bilik air hujung.

Srrttt......srrt...srrtt...

Langkah Adi terhenti. Liar matanya memandang sekitar lorong kecil yang memuatkan dua orang saja. Bunyi kaki diseret ke lantai jelas di telinganya tadi. Tiada sesiapa. Langkahnyan diatur kembali. Semakin laju. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu. Dari dalam bilik air, telinganya menangkap bunyi seretan kaki tadi. Semakin lama semakin jelas. Cepat-cepat Adi mengambil wudhuk dan sebaik menapak keluar dari bilik air, kakinya bagai dipasung ke lantai. Bulat matanya melihat satu susuk tubuh sedang berdiri di muka pintu bilik air.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 10:39 PM | Show all posts
rasanya setakat itu dulu...kbai...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 12:18 PM | Show all posts
Sudah tersekat air liur di tenggorok. Adi hanya mampu melihat seorang perempuan merenungnya dengan rambut menutupi separuh muka. Hanya sebelah mata saja yang merenungnya tidak berkelip. Baju biru lusuh yang melekat pada perempuan itu sudah koyak rabak. Kejung Adi di depan bilik air. Bagai dipukau, dia tidak mampu berkata-kata dan tidak mampu bergerak walaupun perempuan itu jelas sedang berjalan dengan tapak tangan mencengkam lantai seolah merangkak menuju hampir padanya.
"Adi!!"

Tersedar dari rasa kaku kejung tadi, Adi pantas menoleh pada suara yang memanggil namanya. Pua sedang berdiri di lorong kecil tadi dengan pandangan pelik kepadanya.

Adi yang kebingungan, mengalih semula anak matanya ke arah perempuan yang merangkak tadi. Sudah tiada!! Meliar matanya mencari kelibat perempuan berbaju biru lusuh tadi.

"Wei Adi! You sudah sembahyang ka? Cepat sikit, sampel sudah sampai. Haiyaa!" Bebel Pua melihat Adi masih tercegat berdiri di depan bilik air dengan muka pucat. Matanya dialih pada sekitar kawasan bilik air itu sebelum dia menapak semula ke dalam bilik ujian.

Adi meraup muka. Dia beristighfar panjang. Pantas dia mengatur langkah ke pantri untuk menunaikan solat Asar. Usai solat, dia berehat sebentar memikirkan kejadian yang pertama kali berlaku dalam hidupnya sejak bekerja di makmal itu. Sebelum ini, hanya kelibat saja yang sering dilihatnya berlegar di makmal itu. Mungkinkah kelibat yang dia lihat selama ini adalah perempuan berbaju biru lusuh tadi??


"Ehem!"


Adi berpaling. Ojie sedang berdiri di muka pintu pantri. Di tangan gadis itu ada sebiji mug, mungkin Ojie membancuh kopi. Segera dia bangun dari tikar sejadah. Sejadah dilipat dan dimasukkan ke dalam almari yang sememangnya sudah disediakan oleh pihak pentadbiran makmal untuk pekerja muslim.


Ojie hanya memerhati wajah Adi yang sudah berlainan riak. Dia tidak mengendahkan lelaki itu, laju saja tangannya mencapai bekas milo dan diambil dua sudu bersama satu sudu gula. Air panas dari dalam thermos dituang lalu dikacau perlahan.


"Malam ni, awak stay sampai pukul berapa?" Tanya Adi. Kejadian tadi sudah membuatnya merasa cuak untuk terus berada di makmal sehingga malam.


"Sudah nasib sayalah, masuk kerja je, dah kena buat OT." Ojie mengeluh. Milo disisip perlahan.


"Saya rasa..tak payahlah awak stay back. Habiskan sampel yang dah run test tu. Lepas tu, cabut. Arthur dan Puan Sabariah pun balik pukul 8." Adi terpaksa beritahu.


"Saya tak kisah..dah arahan dari bos kan. Kenapa awak tiba-tiba nak balik awal?" Pelik pula melihat Adi sudah menggelabah. Wajah pucat lelaki itu jelas di wajah.


"Tak ada apa.." Adi mengatur langkah meninggalkan pantri. Dia harus menyambung kerjanya semula dan siapkan sebelum pukul 8. Untuk malam ini sahaja, dia tidak berani membuat kerja lebih masa seperti semalam.






OJIE kembali ke biliknya. Satu mug milo sudah habis diminum. Kata-kata Adi tadi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Siang tadii, bukan main lelaki itu menyakatnya. Alih-alih, tadi dia pula menyuruhnya habiskan kerja dengan cepat dan balik cepat.


"Selagi aku tak dapat jawapan, aku akan terus bekerja di sini." Ojie capai nota dari beg sandangnya. Apa jua yang dilihat dan lakaran 'layout' makmal itu dilukis dalam nota tadi.  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 04:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-10-2016 09:00 AM

HAMPIR jam lapan malam, Adi sudah bersiap-siap untuk pulang. Ujian bakteria patogen yang sudah dibuat tadi semuanya sudah dimasukkan ke dalam 'incubator' untuk proses pembiakan. Selepas dua hari nanti, dia sudah dapat keputusan untuk ujian Salmonella dan juga E.coli. Namun dia perlu menunggu keputusan Arsenik dari Ojie dahulu sebelum laporan rasmi boleh dikeluarkan.

"Aik! Sudah mahu pulang ka?" Pua menghampiri Adi yang sudah menggalas beg sandang di belakang. Helmet dicapai dari atas meja.

"Yalah lengloi! Malam ni, aku nak balik awal." Adi mengemas pula mejanya yang agak bersepah. Disusun laporan dan keputusan ujian bagi sampel dua hari lepas yang sudah ditulis tadi.

"Eh, you cakap mau dengar pasal roh? You tak mau dengar ka?" Pua semakin mendekati Adi yang kelihatan sudah mula pucat.

"Esok sajalah! Malam ni aku tak nak dengar. You nak balik ke tak nak?" Adi pandang Pua yang masih memakai kot putih makmal. Di tangan amoi itu masih ada spatula dan piring petri.

"Ada sikit lagi. You baliklah dulu. 15 minit lagi aku balik." Pua kembali ke bilik ujian, menyambung semula apa yang tertangguh tadi.

Adi menggeleng. Kalau tidak kerana apa yang dilihat depan bilik air tadi, mahu juga dia membuat kerja sampai pukul 10 malam. Bukan senang nak dapat duit gaji lebih kerana tak selalu makmal mempunyai projek besar macam tu. Ah, kalau dah kerja sekali dengan hantu, mahu bengong jadinya! Adi menapak keluar dari makmal mikrobiologi dan menaiki anak tangga ke tingkat dua. Niatnya ingin berjumpa dengan Arthur. Di makmal kimia, hanya Arthur dan Ojie sahaja yang masih bekerja waktu ini. Puan Sabariah, selepas solat maghrib tadi lagi, dia sudah pulang.

"Art!"

"Adi, kau kenapa bah?"

Adi sengih. Pekat sungguh bahasa Sabah mamat sorang ni. Dia merapati Arthur yang masih membuat ujian BOD ke atas sampel air sungai. Bersungguh Arthur melakukan kerja. Cukup berdedikasi. Matanya melirik pula pada Ojie yang khusyuk di dalam bilik satu lagi.

"Art, sambung esok la. Jom makan, ajak badak sumbu tu sekali." Adi muncungkan mulutnya ke arah Ojie.

Arthur turut melabuhkan matanya pada pekerja baru itu. Dia senyum. Pertama kali diterima bekerja, terpaksa pula bekerja lebih masa. Nasib badanlah.
"Kau pergilah ajak dia.."

"Kalau aku ajak, sure dia kutuk aku. Aku tunggu kau kat bawah. Naik kereta kau okey?" Tanpa menunggu balasan kata dari Arthur, Adi terus sahaja melangkah keluar dari makmal kimia.

Arthur menggeleng. "Okey bah..kalau kau.."

Usai habiskan kerja, Arthur segera mendekati Ojie yang masih terkial-kial melakukan ujian Arsenik pada sampel makanan yang diberi Adi tadi. Senyum melihat Ojie yang tekun mencatat semua yang berkaitan dengan ujian itu untuk tujuan pengiraan nanti.

"Ojie, sudah siap?" Tegur Arthur.

Ojie berpaling dan tersenyum. "Sikit lagi, kenapa? Awak dah nak balik ke? Tunggulah kejap...teman saya.."

Arthur sengih. Alahai..ni yang lemah ni. Suara manja gadis itu bagai mencarik-carik hatinya ketika ini. Teringat pula gadis melayu yang sudah menjadi sejarah dalam hidupnya dulu. Perasaan cinta pertama berputik dan pertama kali juga sudah berkubur bila dicurangi. Sementara menunggu Ojie siapkan kerja, Arthur mengemas mejanya dan membasuh peralatan makmal yang sudah digunakan tadi. Dia segera ke bilik air dan menutup sebahagian lampu dalam makmal itu. Hampir 15 minit, Ojie sudah siap kerja.

"Dah siap?" Tanya Arthur sekali lagi.

Ojie mengangguk.

"Jom, kita keluar makan. Dari tadi tak isi perut. Sudah bunyi ni bah.." Arthur sengih sambil pegang perut yang sudah mula berlagu. Liz pun sudah balik, kalau tidak mahu saja dia mengajak Liz makan berdua.

"Saya belanja awak sebab awak sudi teman saya tadi." Kali ini Ojie pelawa.

"Eh, mana boleh? Orang lelaki yang kena belanja perempuan. lagipun, awak baru kerja hari ni. Ada duit ke?" Arthur gelak kecil.

"Ada...jomlah saya belanja."

"Okey bah, kalau kau.."

Mereka sama-sama keluar dari makmal setelah menutup semua lampu dan mengunci pintu. Bertembung pula dengan Pua di tingkat satu yang kebetulan juga ingin pulang. Mereka bertiga bersama menuruni anak tangga.

"Eh, Adi, you belum balik meh?" Pua tegur Adi yang tercongok di bawah.

"Tunggu Arthur..nak makan sekali.." Adi sengih, sempat kerling pada Ojie.

Ojie hanya pandang bersahaja. Dalam hatinya sudah bengkak dengan sikap Adi sejak di pangsapuri lagi. Sudahlah satu tempat tinggal, satu tempat kerja pula lagi. Asyik mengadap muka sama saja setiap hari.

"Pua, jomlah makan sekali." Ajak Adi pula. Mungkin dia boleh korek cerita roh yang dia ingin tahu tadi. Lega sikit kalau bercerita di tempat lain.

"Emm..okey! Why not?"

Mereka berempat menaiki kereta Arthur menuju ke sebuah restoran di SS 2.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 04:59 PM | Show all posts
MASING-MASING berselera makan makanan yang dipesan. Macam kebulur pun ada juga. Ojie hanya pandang rakan sekerjanya yang penuh rakus menghabiskan makanan masing-masing. Matanya jatuh pada Adi yang sudah menghirup kuah tom yam. Licin satu mangkuk! Dia pandang pula Arthur yang sopan menyuap nasi ayam. Pua  pula sudah tinggal sisa meehun goreng. Sepit yang digunakan sudah diletakkan di tepi pinggan.

"Kenapa tak habis?" Adi pandang Ojie yang masih banyak lagi nasi goreng dalam pinggan.

"Kenapa? Awak nak ke?" Ojie menjeling.

"Eh, boleh je. Saya dari tadi lapar ni." Sengih Adi. Sempat jeling Arthur dan Pua yang turut ketawa.

"Nah!" Ojie tolak pinggan nasinya ke arah Adi.

"Eh, saya gurau je la. Awak ni..kalau saya ajak awak nikah, agaknya awak terus terima kan?" Usik Adi lagi. Suka tengok muka cemberut gadis itu.

Cepat-cepat Ojie tarik semula pinggannya. Dia mencebik. Meluat! Betul-betul meluat!

"Lengloi, apa cerita pasal roh tu?" Adi mula teringat janji Pua tadi.

"Roh?" Arthur sudah bulat matanya. Banyak kali dia menelan air liur kelat.

Ojie hanya diam. Dia tidak perlu melatah. Itu satu peluang untuknya mengetahui apa yang dicari selama ini. Tugasannya di situ tidak perlu diketahui sesiapa.

"Okey, you nak tahu yang mana satu?" Pua minum seketika jus epal yang dipesan tadi. Matanya memandang setiap rakan sekerjanya.

"Mana-mana boleh. Tadi, aku dengar kau sebut pasal roh..lepas tu, kau sebut makmal. Apa ada kaitan ke roh dengan makmal?" Adi teruja berbicara. Sungguh sejak dia asyik ternampak kelibat setahun yang lalu dan senja tadi, dia pasti, kelibat itu sudah muncul sebagai perempuan berbaju biru lusuh itu. Mesti ada sesuatu yang terjadi pada perempuan itu menyebabkan perempuan itu berani munculkan diri.

Pua menarik nafas seketika. Dia pandang seorang demi seorang. Malas sebenarnya hendak bercerita soal itu. Setiap kali ada pekerja baru masuk, perempuan itu akan munculkan diri dan mengganggu pekerja sehingga ada yang berhenti kerana tidak tahan diganggu. Walaupun dalam surat perletakan jawatan hanya dinyatakan sebab lain tetapi dia dapat mengagak yang kemunculan perempuan itulah yang menjadi penyebab sebenarnya.

"Actually..."


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 09:14 PM | Show all posts
Semua mata menghala pada Pua yang kelihatan masih menarik dan menghembus nafas. Entah bila mahu bercerita. Adi yang paling tidak sabar hendak tahu semua itu. Tak berkelip dia memandang gadis cina yang sudah lanjut usia itu.

"Wei lengloi, cepatlah!" Adi mula bersuara.

"Actually, benda ni dah lama. Masa aku join company ni lagi.." Akhirnya Pua mula bercerita.

"Lepas tu?" Arthur pula berminat.

"Dengarnya..masa bangunan tu dibina lagi. Aku pun tak tahu betul ke tak. Aku dengar, bangunan tu perlukan korban. Mungkin masa nak bina dulu, kat tapak situ, ada something..." Sambung Pua.

Something??" Kali ini Ojie mencelah.

"Ya..something..like..orang melayu cakap haa....jin.." Pua pandang Ojie yang sudah terkebil-kebil.

Masing-masing diam seketika. Mungkin memikirkan apa yang dikatakan oleh Pua tadi. Ojie pandang Pua yang langsung tidak takut bila melontar cerita seram itu tadi. Malah Pua kelihatan bersahaja. Apa yang ditanya Adi tadi, seolah perkara itu perkara biasa. Baginya sudah tentu ada yang tak kena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2016 09:27 PM | Show all posts
"maksud you...bangunan ni nakkan korban untuk pasak?" Adi sudah membuntang.

"Sort of.." Pua melepaskan keluhan. Dia pandang sekali lagi rakan sekerjanya dan kemudian tunduk. Minumannya dihabiskan.

"Jadi, kelibat yang aku nampak tu..wait..petang tadi, aku nampak perempuan merangkak dengan baju lusuh..muka pecah..mata merah tu..korban tu ke?" Adi menelan liur kelat. Tidak berkelip dia memandang Pua.

Pua diam. Nampaknya Adi sudah diganggu jelmaan perempuan itu. Sebelum ini perempuan itu jarang munculkan diri. Sudah banyak bomoh yang bos panggil untuk menghalau perempuan itu. Apakah semua jampi serapah bomoh tidak menjadi??

"Mungkin.." Akhirnya Pua menjawab pertanyaan Adi setelah agak lama berdiam diri. Dia tidak perlu beritahu semuanya. Mungkin dengan cerita sebegitu, mereka akan percaya.

Ojie diam. Dalam benaknya sarat dengan seribu satu persoalan.Apa yang dikatakan oleh Pua tadi bercanggah dengan maklumat yang dia perolehi. Ah, baru hari pertama dia bekerja di makmal itu. Ada banyak masa lagi untuk dia mencari dan menggali. Hanya masa yang menentukan semua itu.

"Emm..dah nak pukul 10 ni. Saya nak balik.." Ojie jeling jarum jam tangannya.

"Saya hantar.." Cepat saja Arthur menawarkan diri.

"Eh, kau hantar aku dulu la kat depan makmal tu. Motor aku ada kat situ!" Adi cepat-cepat juga mencelah. Takkan dia nak berjalan kaki ke makmal. 2 km tu wei! Gila apa!

"Macam ni..aku hantar kau ke makmal. lepas tu aku hantar dua amoi manis ni ke rumah.." Arthur mengalah.

Adi sengih.

Mereka semua meninggalkan restoran dan mula menaiki kereta Arthur semula menuju ke makmal, menghantar Adi dahulu. Ojie dan Pua kemudian dihantar ke rumah masing-masing oleh Arthur yang kebetulan juga melalui jalan yang sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2016 10:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-10-2016 11:29 PM

Citer ni sambung kat ms words ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 11:20 AM | Show all posts
Ipo replied at 16-10-2016 09:27 PM
"maksud you...bangunan ni nakkan korban untuk pasak?" Adi sudah membuntang.

"Sort of.." Pua melep ...

seram pulak cite @Ipo ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 12:38 PM | Show all posts
Sapo pulek Ojie neh?  ghost hunter ala2 winchester brother tu ka?
Adi ni spesis adam ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072189 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list