|
Seorang bos melakukan lawatan mengejut ke kilangnya untuk melihat prestasi pegawainya. Di kilang, dia melihat seorang lelaki muda sihat dan segar yang tengah bersandar, sementara di bilik itu semua pegawai sibuk bekerja.
Bos segera menghampiri lelaki itu dan bertanya, "Berapa gaji kamu dapat sebulan?"
Dengan sedikit gugup, lelaki itu menatap bos dan menjawab, "Seribu, Tuan. Ada apa, Tuan?"
Kemudian, bos mengeluarkan dompetnya dan mengambil lembaran-lembaran wang RM 100 dan memberikannya pada lelaki itu sambil berkata, "Ini gaji kamu tiga bulan ke depan, rm3000 semuanya. Cepat keluar, pergi dari sini, dan jangan datang lagi!"
Dengan gugup dan setengah takut, lelaki itu meninggalkan tempat itu tanpa banyak bicara. Lalu, dengan muka marah bos mendekati kakitangan lain yang sejak tadi menyaksikan peristiwa tersebut.
"Itulah nasib pekerja yang curi tulang di kilang saya. Saya akan pecat kamu serta-merta.Tidak ada tolak-ansur. Faham??Adakah kamu tahu dari bahagian mana pekerja tadi?" tanyanya.
Suasana menjadi hening hingga akhirnya seorang kakitangan menjawab dengan sedikit ketakutan, "Dia tidak bekerja di sini, Bos. Dia hanyalah pekerja makcik kantin di sebelah, yang sedang menunggu gelas dari ais yang sedang kami minum."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|