View: 1816|Reply: 2
|
Jangan Panik, Ancaman Keganasan Terkawal- PM Thailand
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://www.gdnonline.com/
“Pegawai sedang melaksanakan tugas dan kita semua harus yakin dengan mereka serta tidak perlu panik”
Demikian nasihat Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha kepada rakyatnya agar bertenang dan teruskan rutin harian seperti biasa.
Ini berikutan baru-baru ini unit perisikan Thailand mendapat maklumat bahawa pihak tertentu mungkin sekali lagi mengadakan serangan yang menyasarkan destinasi utama pelancongan di negara terbabit.
Selain meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tarikan utama di ibu negara termasuk lapangan terbang, pihak polis Thailand bekerjasama rapat dengan negara seratau dan interpol dalam penerimaan maklumat terkini.
“Saya telah mengerahkan anggota polis di kawasan sekitar Bangkok untuk memantau perkembangan, menyiasat dan mengumpul maklumat risikan terhadap kumpulan-kumpulan yang berpotensi mencetuskan masalah."
Namun kerajaan Thailand enggan mendedahkan kumpulan yang terlibat dan menolak cadangan serangan itu menyasarkan golongan pelancong.
Pengarah Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Thawip Netniyom mengesahkan, sebuah kumpulan bersenjata merancang serangan bom menggunakan kereta di sebuah wilayah berhampiran Bangkok.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya juga,mestilah pelancong risau |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat sebegitu mungkin kurang nak berkesan yang pasti mesti pelancong akan fikir dua tiga kali kalau masih nak kesana atau avoid dulu buat masa terdekat ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|