Menjadi sesuatu yang luar biasa bagi sebuah jenama alat solek dan produk kecantikan untuk melantik seorang lelaki menjadi wajah baharu mereka.
Namun inilah yang terjadi dengan James Charles, seorang vlogger terkenal yang baru berusia 17 tahun ini kerana dia telah dipilih untuk menjadi duta Covergirl yang baru.
Bintang Youtube itu mempunyai lebih daripada 79 ribu 'subscribers' dan lebih 500 ribu pengikut di Instagram akan menjadi wajah untuk produk baru, So Lashy! dari blastPRO Mascara yang akan dilancarkan oleh Covergirl tidak lama lagi.
So Lashy! dari blastPRO Mascara adalah produk yang dihasilkan khusus untuk semua jenis bulu mata.
Charles juga telah berkongsi berita gembira tersebut di Instagramnya dengan mengatakan: “Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan yang saya telah dipilih menjadi wajah baharu @covergirl. Model lelaki pertama untuk jenama ini dan saya sangat berbesar hati untuk berkerjasama dengan jenama ikonik tersebut."
Ditanya berkenaan sebab di sebalik pemilihan Charles, pihak Covergirl memberitahu The Huffington Post bahawa remaja itu boleh dijadikan sebagai 'role model' kerana membawa makna baru untuk kata cantik.
Charles memang berbakat dalam bidang solekan dan hasil sentuhannya dapat dibuktikan dengan gambar-gambar yang dimuat naik olehnya di laman-laman sosial sekaligus mendapat perhatian dan pujian oleh orang ramai.
Kredit Foto: IG Jcharlesbeauty
Teknik yang digunakan remaja lelaki ini bukan sahaja hebat dan buat kita ternganga, malah senang sahaja boleh mengalahkan wanita yang lain dari solekan.
Gaya Charles boleh digambarkan sebagai seorang yang berani, bijak dan bersinar dan selaku menggunakan jenama solekan yang pelbagai untuk menghasilkan rupa yang sangat dramatik.
Sebelum ini dia juga pernah dipilih oleh Sephora untuk mempromosikan produk jenama itu.-CARI |