Pengerusi Bersi 2.0 dikatakan terima ancaman ugutan bunuh yang berunsur IS, Maria Chin Abdullah mengecam pihak kerajaan seolah-olah membenarkan keganasan dipergunakan, justeru dia menggesa Datuk Seri Najib Razak dan semua menteri kabinet letak jawatan.
Menurut status yang ditulis Maria Chin dalam facebooknya pada 18hb Oktober, dia terima mesej ugutan bunuh pada pukul 9.47 malam kelmarin.
Sasaran termasuk dirinya, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.
Manakala tiga orang anaknya juga menjadi sasaran ugutan bunuh tersebut.
sumber foto: http://www.malaysiakini.com
Dalam mesej ugutan yang diterima terdapat sebilangan gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.
Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.
Menurut Maria Chin, tindakan melibatkan anaknya adalah perbuatan yang amat tidak berperikemanusiaan dan keji.
Maria turut berpendapat, Datuk Seri Najib mendiamkan diri adakah bermakna beliau mengambil sikap menghalalkan perbuatan ganas yang dilakukan oleh mereka yang bersifat ekstremis.
Jadi tegasnya, menteri kabinet dan perdana menteri harus letak jawatan.
Maria Chin kemudian memaklumkan dalam satu lagi status yang ditulisnya bahawa petang ini akan membuat laporan polis.- CARI
Jamal: Bersih leaders should be dead already
Published on 18 October 2016
Red-shirt leader Jamal Md Yunos has dismissed death threats made against leaders of pro-electoral reforms group Bersih, and their family members as pure fabrication.
Asked what if the death threats are real, Jamal said that whatever the case, Bersih should have been long dead and gone. Though he did not indicate if this was figuratively or literally.