CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Koleksi HADIS daif dan palsu

[Copy link]
 Author| Post time 2-11-2016 04:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 04:36 AM | Show all posts


SAHIHKAH HADIS DALAM GAMBAR?

1- Ia hadis palsu. Pembuat mesej ini telah membuat dosa besar. Dia reka hadis palsu dan dia menipu kononnya ada dalam Sahih Muslim.
2- Isi kandungan mesej ini tidak betul.
Suami tidak menanggung dosa isteri dan anak-anak. Maksiat yang isteri lakukan dan anak-anak lakukan ditanggung mereka sendiri.
Suami hanya berdosa jika tidak menjalankan kewajipan mendidik anak isteri. Bukan menanggung dosa mereka.
3- Ayat 'Aku rela masuk neraka' adalah ayat yang sangat salah. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam suruh kita berdoa masuk syurga firdaus.


Wallahua'lam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:38 AM | Show all posts
CONTOH RIWAYAT YANG DIKATAKAN WUJUD DALAM SAHIH AL-BUKHARI DAN MUSLIM SEDANGKAN TIDAK!

Kita mungkin pernah mendengar doa di bawah:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Orang menyebarkannya menyatakan ia wujud dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Hakikatnya ia TIDAK WUJUD.

Doa ini ada dalam Tafsir Al-Quran Al-Azhim ketika menafsirkan ayat 213 dalam Surah al-Baqarah. Al-Imam Ibnu Kathir tidak menyatakan ia doa yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

Sebahagian ulama menyandarkan doa ini kepada 'Umar al-Khattab radiallahu 'anhu akan tetapi tidak ditemui sanadnya.

Oleh kerana itu penisbahan doa ini kepada Sahih al-Bukhari dan Muslim adalah satu pendustaan. Bahkan ia akan menyebabkan orang menyangka ia adalah hadis nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Adakah haram mengamalkan doa ini?

Kita bebas berdoa apa sahaja sama ada yang nabi sallallahu 'alaihi wa sallam lafazkan atau tidak. Oleh sebab itu, lafaz doa ini boleh kita baca kerana isinya tiada masalah.

Akan tetapi tidak perlu mempopularkannya sehingga masyarakat menyangka ia daripada nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Lebih elok kita menyebarkan doa-doa yang memang wujud dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Wallahua'lam.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2016 04:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 04:59 AM | Show all posts
FADHILAT MENGINGATKAN MASUKNYA BULAN ISLAM.

salam dr rozaimi


Selepas azan magrib hari ini, akan datang'a 1 Safar. Rasullullah Bersabda "Barangg Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya". Dan tolong baca sebentar aja Kita dzikir sebentar ingat اَللّهُ ... "Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim” Sebarkan!, Anda akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT inshaAllah آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ maaf. Jangan putus di tangan Anda. Tak sampai 1 minit pun اَللّهُ maha besar.

boleh sahkan kesahihan pesanan ni sekarang penuh di hantar melalui whatsapp

Jawapan:

Semua hadis yang seumpama ini adalah PALSU.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:02 AM | Show all posts


FADHILAT KOPIAH BERLOGO CAPAL NABI S.A.W
* kopiah al habib ************* : kopiah bergambar bentuk sandal rasulullah saw
-"membawa gambar bentuk sandal rasulullah saw atau meletakkannya diatas kopiah memiliki beberapa faidah diantaranya:terkabulkannya semua hajat,mempermudah berziarah ke makam rasulullah saw dan bermimpi bertemu rasulullah saw,menyembuhkan sakit,menghilangkan kesusahan,dan faidah faidah lainnya,itu semua jika didasari dgn keyakinan yg teguh dan rasa cinta yg kuat kpd baginda rasulullah saw"(as syekh yusuf an nabhani dalam sa'adah ad darain)
- jika allah swt memerintahkan nabi musa untuk melepaskan sandalnya ketika ia menginjakkan kakinya di wadi muqoddas:"lepas kedua sandalmu wahai musa,kau berada di lembah yg suci"(Qs thoha 12),tapi tdk dgn bagida rasul saw,sandal beliau tetap menjadi saksi ketika beliau menghadap allah swt di sidrotul muntaha
- betapa mulianya sebuah sandal yg bergantung pada rasulullah saw, bagaimana dgn hati yg selalu bergantung dan mengingat rasulullah saw ?
- sholluu alaa habiibikum muhammad ...
* tarim, hadhramaut, yaman
Sohih ke ni? Ade dlm hadis?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
1- Tidak wujudnya hadis berkaitan hal ini.
2- Ini adalah kepercayaan karut yang boleh membawa kepada syirik. Apa bezanya dengan tangkal?
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ أَنَّ أَبَا بَشِيرٍ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَخْبَرَهُ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : حَسِبْتُ أَنَّهُ ، قَالَ : وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولًا " أَنْ لَا يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلَّا قُطِعَتْ " .
Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]
عَنْ عِيسَى أَخِيهِ ، قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُكَيْمٍ أَبِي مَعْبَدِ الْجُهَنِيِّ أَعُودُهُ وَبِهِ حُمْرَةٌ ، فَقُلْنَا : أَلَا تُعَلِّقُ شَيْئًا ، قَالَ : الْمَوْتُ أَقْرَبُ مِنْ ذَلِكَ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ "
Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401. Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]
عَنْ زَيْنَبَ ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : إِنَّ الرُّقَى ، وَالتَّمَائِمَ ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim (sejenis tangkal), dan tiwalah (sejenis tangkal) adalah syirik.
[Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883].
-ADMIN-
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:03 AM | Show all posts


[Adakah Penuntut Ilmu Hadis Suka Mengaibkan Orang?]
Kata Abdul Rahman bin Mahdi (seorang ulama besar hadis):
مررت مع سفيان الثوري برجل، فقال: كذاب والله، لولا أنه لا يحل لي أن أسكت لسكت. وقال أيضًا: ما أستر على أحد يكذب في حديثه
Maksudnya: Saya berjalan bersama Sufyan al-Tsauri melewati seorang lelaki lalu beliau (al-Tsauri) berkata: Demi Allah, (Dia) adalah pendusta. Jika tidak kerana tidak halal bagiku untuk diam maka aku akan diam (dari menyatakan dia pendusta). Lalu dia berkata lagi: Aku tidak sekali-kali akan menutup (dari menyatakan) seseorang yang berdusta dalam hadisnya. (Lihat: Ibn Hibban, al-Majruhin, jld. 1, hlm. 21)
*menyatakan status hadis palsu itu adalah amanah. Ia bukan bertujuan untuk mengaibkan. Bahkan tidak halal bagi orang yang mengetahui sesuatu hadis palsu untuk diam dari menyatakan kebenaran. Nama Nabi sallallah alaih wasallam lebih utama untuk dipelihara berbanding nama penyebar hadis palsu.
Dr Rozaimi Ramle


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:11 AM | Show all posts
Ustaz Nasaie Hanaffie menjawab :

Waalaikumussalam.

Hadis pertama adalah sahih. Ada dalam sunan Abi Daud.

Adapun hadis yang kedua adalah batil. Ramai ulamak yang menilainya palsu.

Wallahu a'lam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:12 AM | Show all posts


Assalamualaikum ustaz apakah status hadith dibawah?

"Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian." (Riwayat al-Baihaqiy, ni Hadith 750)

Ustaz Nasaie Hanaffie menjawab:

waalaikumussalam

Hadis di atas dhaif. bahkan ada ulamak yang menghukumnya sebagai terlalu dhaif

wallahu a'lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:15 AM | Show all posts
MEMULAKAN PEKERJAAN DENGAN MEMBACA BISMILLAH
Salam ustaz..saye nak tanye tentang hadis "kulli amrin dzibalin la yubda u fihi bibismillahirrahmanirrahim fahuwa aqto' " yg maksudnye lebih kurang "barangsiape yg tidak memulakan suatu pekerjaan tanpe membaca bismillah make terputus.."adekah hadis ini sahih kerana saye tak jumpe lagi dalam sahih bukhari dan muslim..?
Ustaz Nasaie Hanaffie menjawab:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh
Sebahagian ulamak menilainya hasan kerana banyak jalan periwayatannya.
Sebahagian yang lain menilainya dhaif. Apapun ia boleh digunakan dalam fadhail amal.
Dan tidak semestinya apabila hadis tiada dalam Bukhari dan Muslim, maka ianya dhaif. Banyak lagi kitab-kitab lain yang mengandungi hadis sahih seperti Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, Sunan Nasaie dan lain-lain.
Namun, tidak semua yang berada dalam kitab-kitab di atas sahih. Maka perlulah bertanya kepada ahli ilmu jika menghadapi sebarang kemusykilan.
wallahualam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:16 AM | Show all posts
SOLAT KHAFARAT
Ustad, nak tanya soalan mengenai sholat kafarah. SHOLAT KAFARAT
(Semoga Bermanfa'at Buat Shohib2 FB)
Shalat kafarah Bersabda Rasulullah SAW: " Barangsiapa selama hidupnya pernah meninggalkan sholat tetapi tak dapat menghitung jumlahnya, maka sholatlah qobliyah Ashar di hari Jum’at terakhir Ramadhan (riwayat lain setiap akhir bulan) sebanyak 4 rakaat dengan 1x tasyahud (tasyahud akhir saja), tiap rakaat membaca 1 kali Fatihah kemudian surat Al-Qadar 15 X dan surat Al-Kautsar 15x.
Inilah Niat sholatnya :
أُصَلِّي سُنَّةَ اْلعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ كَفَارَةً لِمَا فَاتَنِيْ مِنَ الصَّلاَةِ ِللهِ تَعَالَى
“Nawaitu Usholli arba'a raka'atin kafaratan limaa faatanii minash-shalati lillaahi ta'alaa”
“Aku niat shalat sunah Ashar 4 rakaat sebagai kafaroh shalat yg telah terluput lillahi Taa Alla”
Setelah selesai Sholat membaca Istigfar 10 x :
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعِظِيْمِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أتُبُوْا إِلَيْكَ
Kemudian baca sholawat 100 x :
اللَّهُمَّ صَلِّّ عَلَى سَيِّدِنَا محمّد
Keuadian menbaca basmalah, hamdalah dan syahadat
Kemudian membaca Doa kafaroh 3 x:
اَللَّهُمَّ يَا مَنْ لاَ تَنْفَعُكَ طَاعَتِيْ وَلاَ تَضُرُّكَ مَعْصِيَتِيْ تَقَبَّلْ مِنِّيْ مَا لاَ تَنْفَعُكَ وَاغْفِرْ لِيْ مَا وَلاَ تَضُرُّكَ يَا مَنْ إِذَا وَعَدَ وَفَا وَ إِذَا تَوَعِدُ تَجَاوَزَ وَعَفَا اِغْفِرْ لِيْ لِعَبْدٍ ظَلَمَ نَفْسَهُ وَأَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ بَطْرِ اْلغِنَى وَجَهْدِ اْلفَقْرِ إِلَهِيْ خَلَقْتَنِيْ وَلَمْ أَكُنْ شَيْئًاً وَرَزَقْتَنِيْ وَلَمْ اَكُنْ شَيْئاً وَارْتَكَبْتُ اْلمَعَاصِيْ فَإِنِّيْ مُقِرٌّ لَكَ بِذُنُوبِيْ فَإِنْ عَفََوْتَ عَنِّيْ فَلاَ يَنْقُصُ مِنْ مُلْكِكَ شَيْئاً وَإِنْ عَذَبْتَنِيْ فَلاَ يَزِدُ فِيْ سُلْطَاِنكَ شيئاً اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَجِدُ مَنْ تُعَذِّبُهُ غَيْرِي لَكِنِّيْ لاَ أَجِدُ مَنْ يَرْحَمْنِيْ سِوَاكَ فَاغْفِرْ لِيْ مَا بَيْنِيْ وَبَيْنَكَ وَمَا بَيْنَ خَلْقِكَ اِرْحَمْنِيْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَيَا رَجَاءَ السّائِلِيْنَ وَيَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ إِرْحَمْنِيْ بِِرَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةَ أَنْتَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ يَا رَبَّ الْعَاَلمِيْنَ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ِللْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ وَتَابِعِ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ ربّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَ أَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ وصل الله على سيّدنا محمّد وعلى ألِهِ وصحبه وسلّم تسليمًا كثيرًا والحمد لله ربّ العالمين. أمين
Allahumma yaa man laa tan-fa'uka tha'atii wa laa tadhurruka ma'shiyatii taqabbal minnii ma laa yanfa'uka waghfirlii ma laa yadhurruka ya man idzaa wa 'ada wa fii wa idzaa tawa'ada tajaa wa za wa'afaa ighfirli'abdin zhaalama nafsahu wa as'aluka. Allahumma innii a'udzubika min bathril ghinaa wa jahdil faqri ilaahii khalaqtanii wa lam aku syai'an wa razaqtanii wa lam aku syaii'in wartakabtu al-ma'ashii fa-innii muqirun laka bi-dzunuubii. Fa in 'afawta 'annii fala yanqushu min mulkika syai'an wa-in adzdzaabtanii falaa yaziidu fii sulthaanika syay-'an. Ilaahii anta tajidu man tu'adzdzi buhu ghayrii wa-anaa laa ajidu man yarhamanii ghaiyraka aghfirlii maa baynii wa baynaka waghfirlii ma baynii wa bayna khlaqika yaa arhamar rahiimiin wa yaa raja'a sa'iliin wa yaa amaanal khaifiina irhamnii birahmatikaal waasi'aati anta arhamur rahimiin yaa rabbal 'aalaamiin. Allahummaghfir lil mukminiina wal mukminaat wal musliimina wal muslimaat wa tabi' baynana wa baynahum bil khaiyrati rabbighfir warham wa anta khairur-rahimiin wa shallallaahu 'alaa sayidina Muhammadin wa 'alaa alihii wa shahbihi wasallama tasliiman katsiiran amiin. (3 kali)
Artinya; Yaa Allah, yang mana segala ketaatanku tiada artinya bagiMu dan segala perbuatan maksiatku tiada merugikanMu. Terimalah diriku yang tiada artinya bagiMu. Dan ampunilah aku yang mana ampunanMu itu tidak merugikan bagiMu. Ya Allah, bila Engkau berjanji pasti Engkau tepati janjiMu. Dan apabila Engkau mengancam, maka Engkau mau mengampuni ancamanMu. Ampunilah hambaMu ini yang telah menyesatkan diriku sendiri, aku telah Engkau beri kekayaan dan aku mengumpat di saat aku Engkau beri miskin. Wahai Tuhanku Engkau ciptakan aku dan aku tak berarti apapun. Dan Engkau beri aku rizki sekalipun aku tak berarti apa-apa, dan aku lakukan perbuatan semua ma'siat dan aku mengaku padaMu dengan segala dosa-dosaku. Apabila Engkau mengampuniku tidak mengurangi keagunganMu sedikitpun, dan bila Kau siksa aku maka tidak akan menambah kekuasaanMu, wahai Tuhanku, bukankah masih banyak orang yang akan Kau siksa selain aku. Namun bagiku hanyaEnakau yang dapat mengampuniku. Ampunilah dosa-dosaku kepadaMu. Dan ampunilah segala kesalahanku di antara aku dengan hamba-hambaMu. Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih dan tempat pengaduan semua pemohon dan tempat berlindung bagi orang yang takut. Kasihanilah aku dengan pengampunanMu yang luas. Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Engkaulah yang memelihara seluruh alam yang ada. Ampunilah segala dosa-dosa orang mu'min dan mu'minat, muslimin dan muslimat dan satukanlah aku dengan mereka dalam kebaikan. Wahai Tuhanku ampunilah daku.
Ust Nasaie Hanaffie menjawab:
Waalaikumussalam
Tiada sandarannya dlm agama. Bahkan ia adalah hadis palsu. Wallahua'lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:18 AM | Show all posts


Ditanya berkenaan "Surat Nabi Kepada Jin".

Secara ringkasnya:

Ianya ada diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah (juz 7 m/s 118-120. Tahqiq oleh Dr 'Abd al-Mu'thi Qal'aji. Cetakan pertama, tahun 1408 H/1988 M. Dar al-Rayyan, Kaherah)

Lafaznya adalah berdasarkan riwayat al-Baihaqi dan dinilai palsu oleh al-Baihaqi sendiri.

Al-Imam Ibn al-Jauzi turut menilainya sebagai palsu dalam kitab beliau al-Maudhu'at (juz 3 m/s 426-428, hadith no 1660. Tahqiq oleh Dr Nur al-Din bin Syukri. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1997 M. Adhwa' al-Salaf, Riyadh)

Kata Ibn al-Jauzi rahimahullah:
"Hadith ini palsu tanpa syak, isnadnya pula terputus. Tidak ada langsung dalam kalangan sahabat yang namanya Musa. Kebanyakan perawinya adalah perawi yang majhul dan tidak diketahui". (Juz 3 m/s 428).

Al-Imam al-Zahabi dalam Talkhish al-Maudhu'at berkata:

"Hadith ini palsu dengan yakin..." (m/s 314, hadith no 854. Cetakan pertama, tahun 1419 H/1998 M. Maktabah al-Rusyd, Riyadh)

Al-Syeikh Dr Muhammad Khalil Harras (salah seorang ulama al-Azhar) turut menyatakan kepalsuannya dalam tahqiq beliau bagi kitab al-Khashaish al-Kubra oleh al-Imam al-Suyuthi (juz 2 m/s 369-371. Dar al-Kutub al-Hadithiyyah, Kaherah)

Wallahua'lam.



Muhammad Zulfadhli

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 05:19 AM | Show all posts





Ditanya berkenaan status hadith di dalam foto, jawapan yang seringkas mungkin:

Hadith tersebut dinilai palsu oleh al-Syeikh Dr Bassyar 'Awwad Ma'ruf dalam tahqiq beliau bagi Tarikh Baghdad Madinah al-Salam (jld 5 m/s 186. Cetakan pertama, tahun 1422 H/2001 M. Dar al-Gharb al-Islami, Beirut).

Turut dinilai palsu oleh al-Syeikh Dr Khaldun al-Ahdab dalam Zawaid Tarikh Baghdad (jld 3 m/s 421, hadith no 505. Dar al-Qalam, Dimasyq).

Wallahua'lam.


Muhammad Zulfadhli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:23 AM | Show all posts
Soalan:
Status hadith: "Makanlah bersama-sama dan janganlah berpecah-pecah, kerana sesungguhnya keberkatan itu bersama jama'ah". (Hr Ibnu Majjah)?
Jawapan:
Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Majah, hadith no 3287 (edisi tahqiq oleh Dr Bassyar 'Awwad Ma'ruf, juz 5 m/s 26-27. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1998 M. Dar al-Jail, Beirut).
Hadith dengan lafaz tersebut termasuk hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh Ibn Majjah, dinyatakan oleh al-Syeikh Syu'aib al-'Arnauth dan rakan-rakan (Sunan Ibn Majjah juz 4 m/s 419, nota kaki no 1. Tahqiq oleh al-Syeikh al-Arnauth dan rakan-rakan. Cetakan pertama, tahun 1430 H/2009 M. Dar al-Risalah al-'Alamiyyah, Beirut).
Al-Imam al-Bazzar turut meriwayatkannya dengan lafaz yang sedikit berbeza. (Al-Bahr al-Zakkhar oleh al-Bazzar, juz 1 m/s 240, hadith no 127. Tahqiq oleh Dr Mahfuz Zein Allah. Cetakan pertama, tahun 1409 H/1988 M. Muassasah 'Ulum al-Qur'an, Dimasyq)
Juga al-Imam al-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Ausath (juz 7 m/s 259, hadith no 7444. Tahqiq oleh Syeikhuna Dr Thariq 'Awadh Allah dan rakan. Cetakan tahun 1415 H/1995 M. Dar al-Haramain, Kaherah).
Hadith tersebut telah diriwayatkan melalui sanad 'Amr bin Dinar daripada Salim bin 'Abd Allah daripada 'Abd Allah bin 'Umar daripada 'Umar r.a [1] daripada Rasulullah s.a.w. Hadith tersebut adalah Munkar kerana perawi bernama 'Amr bin Dinar tafarrud (bersendirian) dalam meriwayatkannya.
Berhubung 'Amr bin Dinar, kata al-Bukhari: "Fihi Nazhar" [2], ditempat lain al-Bukhari berkata: "Hadith-hadith beliau tidak terdapat tabi' (sokongan)" (al-Jami' Fi al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh al-Syeikh al-Sayyid Abu al-Ma'athi al-Nuri dan rakan-rakan, jld 2 m/s 287, biografi no 3235. Cetakan pertama, tahun 1412 H/1992 M. Dar 'Alam al-Kutub, Beirut)
Al-Imam al-Tirmizi berkata berkenaan 'Amr bin Dinar:
"Beliau tidak kuat dalam hadith. Beliau telah meriwayatkan hadith-hadith secara bersendirian (tafarrud) daripada Salim bin 'Abd Allah bin 'Umar". (Sunan al-Tirmizi, jld 5 m/s 431, di bawah hadith no 3432. Tahqiq Dr Bassyar 'Awwad. Cetakan pertama, tahun 1996 M. Dar al-Gharb al-Islami, Beirut).
Abu Hatim pula berkata: " Dha'if al-Hadith, beliau telah meriwayatkan daripada Salim bin 'Abd Allah daripada ayahnya bukan satu hadith yang munkar, keseluruhan hadith beliau adalah Munkar". (Al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh Ibn Abi Hatim, jld 3 m/s 232, bigorafi no 1281. Cetakan pertama. Percetakan Majlis Daerah al-Ma'arif al-'Utsmaniyyah, India).
Al-Bazzar berkata: "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada 'Umar bin al-Khatthab kecuali melalui jalur ini. 'Amr bin Dinar telah tafarrud dalam meriwayatkannya, beliau seorang yang Layyin al-Hadith (lemah hadithnya), sekalipun telah diriwayatkan daripada beliau segolongan perawi. Kebanyakkan hadith beliau tidak turut sama diriwayatkan oleh orang lain". (Al-Bahr al-Zakkhar, juz 1 m/s 241).
Juga, rujuk al-Musnad al-Mushannaf al-Mu'allal oleh Dr Bassyar 'Awwad dan rakan-rakan, jld 22 m/s 356, hadith no 10114. Cetakan pertama, tahun 1434 H/2013 M. Dar al-Gharb al-Islami, Tunisia.
Oleh itu, riwayat 'Amr bin Dinar tersebut adalah munkar kerana tafarrud beliau terhadap hadith tersebut dan beliau bukanlah ahli yang boleh diterima tafarrudnya. Namun, terdapat hadith-hadith lain yang menyebutkan galakkan supaya makan bersama. Al-Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat ke 61 surah al-Nur, beliau berkata:
"Ini adalah keringanan daripada Allah berkenaan seseorang makan bersendirian atau pun secara berjemaah. Sekiranya makan bersama jemaah (berkumpulan), maka ianya lebih afdol dan lebih berkat". (Tafsir al-Qur'an al-'Azhim oleh al-Imam Ibn Katsir, jld 10, m/s 276. Cetakan pertama, tahun 1421 H/2000 M. Al-Faruq al-Haditsiyyah, Kaherah)
Nota kaki:
[1] al-Thabarani meriwayatkan daripada Ibn Umar daripada Rasulullah s.a.w, tanpa menyebutkan 'Umar r.a.
[2] Lihat perbahasan berkenaan maksud al-Imam al-Bukhari tersebut dalam Tadqiq al-Nazhar Fi Qaul al-Bukhari Fihi Nazhar oleh Aiman 'Abd al-Fattah. Cetakan ketiga, tahun 1429 H/2008 M. Dar al-Mawaddah, Manshurah.
Wallahua'lam.
Muhammad Zulfadhli

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:26 AM | Show all posts


Ditanya berkenaan hadith yang terpapar di dalam foto tersebut. Secara ringkasnya:

Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad Madinah al-Salam (jld 13 m/s 246, di bawah biografi 'Ali bin Ibrahim bin al-Haitsam bin al-Muhallab; biografi no 6124. Tahqiq oleh al-Syeikh Dr Bassyar 'Awwad Ma'ruf. Cetakan pertama, tahun 1422 H/2001 M. Dar al-Gharb al-Islami, Beirut) melalui sanad Abu al-Hasan 'Ali bin Ibrahim bin al-Haitsam bin al-Muhallab al-Baladi daripada ayah beliau daripada Adam bin Abi Iyas al-'Asqalani daripada Laits bin Sa'd daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar daripada Rasulullah s.a.w.

Seusai membawakan riwayat tersebut, al-Imam al-Khathib berkomentar:

"Hadith ini tersangat munkar. Para perawi bagi sanadnya kesemuanya terkenal dengan ketsiqahannya kecuali Abi al-Hasan al-Baladi". (jld 13 m/s 246)

Al-Imam Ibn al-Jauzi turut memasukkan hadith ini beserta komentar al-Imam al-Khathib dalam al-Maudhu'at beliau (juz 1 m/s 233, hadith no 317. Tahqiq oleh Dr Nur al-Din bin Syukri. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1997 M. Maktabah Adhwa' al-Salaf, Riyadh)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani seusai membawakan riwayat dan komentar al-Imam al-Khathib tersebut, beliau berkata:

"Ianya adalah maudhu'/palsu tanpa ragu-ragu". (Lisan al-Mizan, juz 5 m/s 478, di bawah biografi no 5296. Tahqiq oleh al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Cetakan pertama, tahun 1423 H/2002 M. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut)

Juga diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dan al-Dailami (al-Laali al-Mashnu'ah Fi al-Ahadith al-Maudhu'ah oleh al-Imam Jalal al-Din al-Suyuthi, juz 1 m/s 98-99. Dar al-Ma'rifah, Beirut) melalui sanad Abi Muqatil Hafsh bin Salm/Salim al-Samarqandi daripada Isma'il bun Khalid daripada Salim daripada Ibn 'Umar daripada Rasulullah s.a.w.
Abu Muqatil al-Samarqandi dinilai terlalu lemah oleh para ulama, bahkan Ibn Mahdi mrnganggap beliau sebagai pendusta. (Lisan al-Mizan, juz 3 m/s 225, biografi no 2644)

Di dalam Taqrib al-Tahzib, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani berkata berhubung Abu Muqatil: "Maqbul".

Dua penulis kitab Tahrir al-Taqrib, iaitu al-Syeikh Dr Bassyar 'Awwad Ma'ruf dan al-Syeikh Syu'aib al-Arnauth berkomentar terhadap penilaian al-Hafiz tersebut:

"Dan yang nyata melalui biografi beliau (Abu Muqatil) adalah beliau seorang yang matruk, bukannya maqbul disisi beliau (al-Hafiz Ibn Hajar)". (Tahrir Taqrib al-Tahzib, juz 4 m/s 276, biografi no 8389. Cetakan pertama, tahun 1417 H/1997 M. Muassasah al-Risalah, Beirut)

Al-Syeikh Dr Maher Yasin al-Fahl tidak memberikan apa-apa komentar dalam Kasyf al-Iham terhadap komentar al-Syeikh Syu'aib al-Arnauth dan Dr Bassyar 'Awwad Ma'ruf.

Al-Imam Ibn 'Asakir turut meriwayatkannya pada 3 tempat dalam Tarikh beliau, iaitu:
1- Juz 55, m/s 107.
2- Juz 59, m/s 348.
3- Juz 59, m/s 376.
(Tarikh Madinah Dimasyq. Tahqiq oleh 'Umar al-'Amrawi. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1997 M. Dar al-Fikr, Beirut)

Kesemuanya diriwayatkan melalui jalur Ma'ruf al-Khayyath daripada Watsilah bin al-Asqa' daripada Rasulullah s.a.w.

Riwayat tersebut adalah munkar. Perawi bernama Ma'ruf al-Khayyath, al-Imam Ibn 'Adi menyebutkan:

"Ma'ruf al-Khayyath ini keseluruhan hadith yang beliau riwayatkan dan hadith-hadith yang telah aku sebutkan tidak ada sokongan". (Al-Kamil Fi Dhu'afa' al-Rijal, juz 6 m/s 327, di bawah biografi no 1807. Tahqiq oleh Yahya Mukhtar Ghazzawi. Cetakan ketiga, tahun 1409 H/1988 M. Dar al-Fikr, Beirut)

Al-Hafiz Al-Maqrizi menambah dalam ringkasan kepada al-Kamil, katanya:

"(Ma'ruf) adalah maula bagi Watsilah al-Asqa', beliau meriwayatkan daripada Watsilah hadith-hadith yang tersangat munkar. Keseluruhan hadith-hadith yang beliau riwayatkan tidak ada sokongan - Disebutkan oleh Ibn 'Adi". (Mukhtashar al-Kamil Fi al-Dhu'afa' Wa 'Ilal al-Hadith, m/s 711, biografi no 1807. Tahqiq oleh Aiman bin 'Arif al-Dimasyqi. Cetakan pertama, tahun 1415 H/1994 M. Maktabah al-Sunnah, Kaherah)

Oleh kerana itulah, al-Imam Ibn 'Asakir berkomentar selepas meriwayatkan hadith tersebut, katanya:

"Tersangat gharib". (Tarikh Madinah Dimasyq, juz 59, m/s 348)

Al-Imam Abu Hatim al-Razi berkata: "Beliau tidak kuat". (Al-Mughni Fi al-Dhu'afa' oleh al-Hafiz al-Zahabi, juz 2 m/s 419, biografi no 6343. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1997 M. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut)

Untuk takhrij hadith tersebut, dicadangkan rujuk sumber berikut:

- Mausu'ah al-Ahadith Wa al-Atsar al-Dha'ifah Wa al-Maudhu'ah oleh Syeikh Ali Hasan al-Halabi dan rakan-rakan (jld 3 m/s 441, hadith no 7697 dan 7698) dan (jld 7 m/s 544, hadith no 19181). Cetakan pertama, tahun 1419 H/1999 M. Maktabah al-Ma'arif, Riyadh.

- Mausu'ah Athraf al-Hadith al-Nabawi al-Syarif oleh al-Syeikh Muhammad al-Sa'id Zaghlul (jld 4 m/s 271) dan (jld 7 m/s 152). Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut.

- Mausu'ah al-Hafiz Ibn Hajar al-Haditsiyyah oleh al-Syeikh Walid bin Ahmad al-Husaini al-Zubairi dan rakan-rakan (jld 5 m/s 453, hadith no 495). Cetakan pertama, tahun 1422 H/2002 M. Majallah al-Hikmah, Britain.
Wallahua'lam.



Muhammad Zulfadhli

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 05:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.187026 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list