" PETALING JAYA: Kerosakan pada hos berharga RM16 menjadi punca PROTON memanggil balik 94,577 unit kereta melibatkan tiga model – Exora, Preve dan Suprima S.
Hari ini, PROTON mengumumkan akan mengakhiri masalah kebocoran pada hos penyejuk pelincir (oil cooler hose) pada enjin 1.6L Campro CFE dengan menggantikan komponen itu."
Salam All...
Baru ni saya punya exora bold meletup pastu mengauumm... menyebabkan saya terbabas dan mengalami kemalangan. (kereta rosak teruk sbb bengkel anggarkan dalam lingkungan 30 ribu). Nasib baik tak melibatkan kenderaan lain... Bila saya riki punca nya... sebab2 kemungkinan adalah kerana saya belum membaiki hos penyejuk minyak CFE yg Proton umum kan baru2 ni seperti di atas...
Masalah nya... boleh kah saya buat extra tuntutan selain dari insuran cover sepenuh nya terhadap kerosakan kereta tersebut...
sekian terima kasih...
|