View: 1611|Reply: 8
|
Dalam Tempoh 2 Tahun, Tiada Kenaikan Kadar Tol Untuk 4 Lebuhraya
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://peraktoday.com.my/
Walaupun ada hak menaikkan kadar tol, 4 syarikat konsesi lebuh raya tidak akan menaikkan caj untuk tempoh 2 tahun akan datang.
Empat lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Ekspres Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), petik Free Malaysia Today.
Pengesahan itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pada persidangan Dewan Rakyat semasa mengakhiri Belanjawan 2017 bagi kementeriannya.
“Kabinet bersetuju tidak akan ada kenaikan tol untuk tahun ini dan tahun depan.”
Bagaimanapun, akibat tiada kenaikan kadar tol, kerajaan perlu membayar RM59.77 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi berkenaan.
Selain itu, Lebuh Raya PLUS Berhad turut mengesahkan tidak akan menaikkan kadar tol untuk lapan lebuhraya yang dibawah pentadbirannya,
Maka khabar angin yang tersebar sebelum ini mengatakan terdapat kenaikan tol di semua lebuhraya PLUS adalah fitnah semata-mata.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
propa je....bila da ade desas desus gini, x lama lg naiklah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctaz at 4-11-2016 04:27 PM
tunggu la lepas PRU nanti....
kalu BN menang lagi....
tgk mcm mana dia punya naik rega.....
memang kasi sembelih la jwpnya........
“Kabinet bersetuju tidak akan ada kenaikan tol untuk tahun ini dan tahun depan.”
bukan lama pun PRU lagi....
setahun dua jer...
hehehehe....
|
|
|
|
|
|
|
|
lu x naik ape kaitan dgn wa?x suka balik indo lar,bodoh:zz |
|
|
|
|
|
|
|
Yang keje area damansara akan terasa sangat |
|
|
|
|
|
|
|
ctaz replied at 4-11-2016 04:26 PM
tunggu la lepas PRU nanti....
kalu BN menang lagi....
tgk mcm mana dia punya naik rega.....
Siapa2 menang pun akan naik jugak. Kalaulah pakatan rakyat menang and ikut manifesto derang nak bayar hutang ptptn, most likely burden tu jatuh dekat serata rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik sahkan perkara ni cepat2..akak dah naik darah bila baca mesej kenaikan tol baru baru ini... |
|
|
|
|
|
|
|
xcukup lagi ke kutipan tol tue sampai kena bayar pampasan..bodo btol lar sapa yg buat perjanjian ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|