View: 5806|Reply: 24
|
Ketahui 10 Kegunaan Listerine.
[Copy link]
|
|
Edited by nononcrux at 10-11-2016 01:01 PM
Anda silap, jika anda fikir Listerine hanya untuk berkumur sahaja .. mari ikuti kegunaan Listerine ini.
Terdapat banyak produk di luar sana yang membantu kita untuk berketerampilan lebih baik, khususnya dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Ini adalah penting dalam memastikan diri kita sentiasa dilihat kemas dan bersih di depan orang lain.
Dalam penjagaan kebersihan mulut, kita bukan sahaja 'diwajibkan' untuk menggosok gigi atau bersugi, malahan perlu juga untuk berkumur dengan agen pembersih pada waktu-waktu tertentu, supaya mulut bebas bakteria dan berbau segar.
Listerine menjadi salah satu produk yang sering digunakan oleh anda, bagi menjaga mulut, agar tidak berbau.. Namun, tahukah anda, listerine bukan sahaja digunakan untuk berkumur, namun ada kegunaan lain yang mampu membuatkan hari anda lebih menyegarkan. Jom kita tengok 10 kegunaan Listerine, perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah.
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
1. Hilangkan Bau Busuk Pada Bawah Lengan
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental bawah lengan korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah orang rumah korang suka.
2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
3. Membasmi Kuman Di Mangkuk Tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Membantu Hilangkan Kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan Kutu Di Bulu Haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
6. Membersihkan Muka Yang Berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
7. Membasmi Kuman Di Berus Gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelasdan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan Skrin TV Atau Monitor Komputer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputerkorang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
9. Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Tong Sampah
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan Masalah Kaki Anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur. - Siakap Keli
|
|
|
|
|
|
|
|
Listerine dah la mahal, kosser sangat aku nak curah kat lubang jamban.. baik pakai bleach jaaa, murah pun murah... |
|
|
|
|
|
|
|
yah mane tau sekilas pandang depan mata listerine je yang ade .. bole cuba jgn selalu
|
|
|
|
|
|
|
|
baru nak cakap listerine bapak mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
tang menghilangkan kutu kat kucing tu mcm nak try..
tapi aku guna listerine green tea tu.. boleh ka?
ke kena warna biru tu jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik ni. Listerine aku guna yang beralcohol. Tt tau ke kalau guna spray ke binatang untuk treat kutu, dia jilat ok ke. Kang mabuk pulak kucing aku jadi macam drunken master |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 8-11-2016 04:55 PM
Listerine dah la mahal, kosser sangat aku nak curah kat lubang jamban.. baik pakai bleach jaaa, mura ...
bleach tu tuang kt kepala pulak |
|
|
|
|
|
|
|
listerine menyengat sangat dimulut iol,jadi gunala pembersih mulut colgate |
|
|
|
|
|
|
|
sebenrnye yang spry kutu kat kucing tu tak elok .. kucing dah kena ulser sian dia .. last-last ak bli ubat kutu 35nget utk 2ml je keciknye ..tp bole cover 5 virus .. listerine ni lom cuba lg tp nak kne refer doctor veterina dlu hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
yang biru je kot sbb kesemua sample color biru .. tapi yang biru ni mmg power ak prefer yang ni sbb utk gigi putih .. hehee mmg putih pon gigi ak
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu pakai yang biru jugak..
pastu kuat sangat rasa pedas dia..
try green tea rasa ok..
terus prefer green tea..
yang original kuning tak pernah try..
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.. tapi dah alang2 lepas kumur tu kau boleh je buang ke mangkuk tandas. wakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually Listerine keluar pelbagai jenis warna, ada lain-lain fungsi kah?
Spidey selalu beli ikut mood...kadang-kala suka warna biru, sometimes hijau tapi tak tahu apa bezanya.
Korang tak guna jenama Colgate ke? Ia kurang rasa pedih-pedih aka burning sensation. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku guna dentiste the best! |
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 9-11-2016 10:04 AM
sebenrnye yang spry kutu kat kucing tu tak elok .. kucing dah kena ulser sian dia .. last-last ak ...
Boleh tau beli kat mana or nama ubat kutu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak lupa la nme dia ..beli kat klinik haiwan tu, ubatnye kecik je packaging mcm colgate ..
|
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 10-11-2016 09:47 AM
alamak lupa la nme dia ..beli kat klinik haiwan tu, ubatnye kecik je packaging mcm colgate ..
Nama klinik haiwan tu? Boleh i call tanya nama. Tq nono |
|
|
|
|
|
|
|
now kat jb ley .. - KLINIK HAIWAN TIRAM
Dr Marlia Zulkapli
No 21, Jalan Ledang 25,
Taman Bukit Tiram
81800 Ulu Tiram
Johor Bahru
Tel : 07-8632419
|
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 10-11-2016 12:05 PM
now kat jb ley .. KLINIK HAIWAN TIRAM
Dr Marlia Zulkapli
Tq tq nanti i call tanya nama. Really appreciate |
|
|
|
|
|
|
| |
|