Menggemparkan! MalaysiaKini, di Petaling Jaya menerima kunjungan 'tetamu' tidak diundang. Seekor ular sawa ditangkap di luar pejabat MalaysiaKini pagi tadi.
Sumber foto: MalaysiaKini
Dianggarkan empat kaki panjangnya, ular sawa itu ditemui pembersih premis dan pengendali kafeteria di situ ketika tiba awal pagi tadi.
Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, yang merupakan kakitangan terawal tiba di pejabat pagi ini, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan keselamatan Business Park PJ51 terus dimaklumkan mengenainya.
"Anggota Keselamatan dari Business Park PJ51 cepat bertindak sebaik sahaja dimaklumkan mengenai ular sawa itu," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, mereka mengikat kepala ular sawa itu dengan tali.
"Dua puluh minit kemudian, pasukan Jabatan Bomba tiba dan membawa ular sawa itu ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara," jelas Azlan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengendali kafeteria yang dikenali sebagai Erwin, kerana cepat menghubungi pihak berkuasa. - CARI |