View: 1783|Reply: 6
|
Gempa Bumi New Zealand: Pelajar Malaysia Disahkan Semua Selamat
[Copy link]
|
|
Kesemua 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi semalam dilaporkan selamat.
Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan universiti itu selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
"Education Malaysia di New Zealand telah menasihati pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi susulan berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South Island di New Zealand pada pukul 8.34 pagi tadi.
Kejadian berlaku di luar pantai timur South Island, 151km Timur Laut dari bandar Christchurch.
Pada Ahad, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 93km timur laut dari bandar Christchurch.- CARI
sumber foto: http://www.ismaweb.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku satu famili ke sana, tak dapat berita lagi |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya |
|
|
|
|
|
|
|
xde tmpt yg ideal kat bumi ni..nz dah aman, cantik, selamat..tp ada bencana alam plak |
|
|
|
|
|
|
|
nak cikcur kat US tak bleh...Trump dah menang
nak cikcur di NZ takut gempa pula
nak cikcur di bali takut tetiba kne suicede bomb
cikcur di Tok Bali sajalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|