CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22646|Reply: 232

Edisi merintih : Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak

[Copy link]
Post time 17-11-2016 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 18-11-2016 11:24 AM

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 6:00 AM


[size=0.75em]Amerul akur kurang kriteria untuk bintangi drama.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.



[size=0.98em]Bagaimanapun, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

"Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Amerul menulis status di twitter miliknya pada 6 November lalu.
[size=0.98em]"Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Amerul diminta mengulas tentang luahan perasaanya di laman sosial Twitter yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

[size=0.75em]Amerul Affendi.

[size=0.98em]Kata pelakon filem Polis Evo ini, dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.

"Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pendapat dia tentang kepentingan media sosial, Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.

Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton.

Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

"Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat," ujarnya.



[size=0.98em]SO ..TIADA GUNA HEOLS JADI MAK YANG MAK HAYAN DLM POLIS EVO KAN? TAK MAMPOO MEDIA PRIMA TERIMA HEOLS







Dan berikut merupakan artikel lepas, berkaitan Amerul :


Kelihatan Selekeh, Amerul Affendi Mula Bosan Watak Antagonis
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 12:49 PM


[size=0.75em]Amerul Affendi tidak pernah berasa terkilan apabila sering diberikan watak pembantu walaupun lakonannya sentiasa mendapat perhatian penonton. Foto Ihsan Instagram @amerul_affendi

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi tidak berasa terkilan apabila sering diberikan watak pembantu walaupun lakonannya sentiasa mendapat perhatian penonton.

Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia tidak menjadikan perkara itu sebagai ukuran sebaliknya paling penting dia menjalankan amanah diberikan sebaiknya.

"Kita semua tahu itu adalah rezeki daripada Allah dan saya tidak pernah berasa kecil hati apabila sering diberikan watak pembantu sahaja.

"osisi dalam sesebuah drama atau filem bukan fokus kerana saya pandang sesuatu tawaran itu sebagai amanah yang perlu saya lunaskan sebaik-baiknya.

"Saya tidak mahu mengambil gaji diberikan dengan mengabaikan tanggungjawab saya walaupun hanya watak sampingan," katanya kepada mStar Online.

Amerul bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya berjudul Pekak disamping Sharifah Amani, Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Joe Flizzow dan Iedil Putra.

Diarahkan oleh Mohd Khairul Azri, naskah berkenaan bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 September ini.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Amerul memegang watak sebagai Azman dalam Pekak.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Amerul berkata, dia berasa bersyukur kerana dengan lambakan pelakon-pelakon baharu pada hari ini rezekinya dalam bidang lakonan masih baik.

Bagaimanapun dia berharap diberi peluang untuk mencuba watak selain antagonis yang sudah menjadi makanannya dalam mengembangkan kariernya kehadapan.

"Saya sebenarnya sudah bosan melakonkan watak antagonis dan sentiasa kelihatan selekeh dalam filem atau pun drama lakonan saya.

"Alhamdulillah rezeki masih ada tetapi harap-harap selepas ini dapat memainkan watak sebagai bos yang berpakaian kemas," ujarnya.

Bercakap mengenai Pekak, Amerul berkata, cabaran terbesar melakonkan watak Azman adalah untuk menzahirkan sifat seorang penagih dadah yang sebenar.

Selain membuat carian di Google dan menonton video di Youtube, Amerul juga mengambil kesempatan meninjau kehidupan golongan berkenaan di Jalan Chow Kit bagi mendapat realiti sebenar mereka.
[size=0.98em]



[size=0.98em]Pekak turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Zahiril Adzim dan Iedil Puta.
[size=0.98em]"Kebetulan penggambaran berlangsung di kawasan berkenaan dan saya mengambil kesempatan meninjau keadaan mereka dan dari situ saya gunakan untuk menghidupkan watak Azman yang juga seorang penagih dadah.

"un begitu apa yang saya gambarkan dalam Pekak bukan seratus peratus kerana keadaan sebenar adalah lebih teruk," ujarnya.

Sementara itu, Amerul sudah bersedia dengan kritikan penonton terhadap lakonannya yang disifatkan sebagai kontroversi namun menjelaskan apa digambarkan adalah realiti masyarakat sebenar.

Tuturnya lagi, dia bersetuju berlakon dalam filem itu kerana menyedari ini adalah antara cara dalam memaparkan situasi sebenar dan mendidik masyarakat terutamanya golongan belia dalam menjauhi najis dadah dan perbuatan yang mampu merosakkan akhlak.

"Saya sedar akan ada impak daripada watak Azman itu nanti tetapi inilah realitinya yang berlaku dalam masyarakat kita.

"Sebagai pelakon saya menjayakan watak diberikan dan dari situ diharap penonton dapat berfikir kembali realiti sebenar dan bagaimana kita hendak menangani situasi tersebut.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Salah satu babak dalam Pekak.
[size=0.98em]"Ia bukan sekadar filem untuk hiburan tetapi ada mesej disebaliknya kerana golongan muda adalah pewaris negara dan apa yang digambarkan dalam Pekak sebenarnya sedang perlahan-lahan memakan masyarakat," jelasnya.

Pekak mengisahkan tentang Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran dan demi mencapai cita-cita untuk kembali mendengar dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan pembedahan.

Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong.

Hubungan yang luar biasa ini mula menerbitkan bibit-bibit cinta di antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah.


Amerul Affendy Bela Kerbau, Tanam Pisang Demi Masa Depan
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 5:45 AM


[size=0.75em]Amerul akui mula minat dengan bidang pertanian dan penternakan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi memberitahu dia kini menceburi bidang penternakan dan pertanian yang diusahakan secara serius bersama bapanya di Temerloh, Pahang.

Amerul atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, ia merupakan salah satu perancangan awal daripada segi ekonomi dan masa depan keluarganya.

"Kita tahu pendapatan dalam bidang seni ini tidak menentu dan kita juga tidak tahu sampai bila boleh bekerja dalam industri ini, jadi saya cuba menceburi bidang pertanian dan peternakaan kerbau secara kecil-kecilan.

"Ini juga untuk masa depan keluarga dengan ekonomi pun tidak menentu, lebih baik saya bermula sekarang," ujarnya kepada mStar Online.






Amerul yang baharu memulakan bidang itu sejak beberapa bulan lalu kini sudah mempunyai hampir 30 ekor kerbau.

Selain itu, turut mengusahakan tanaman kelapa sawit dan pisang di tanah milik keluarga mereka.

"Alhamdulillah, kami beli sikit-sikit, seekor kerbau baru RM1,000 seekor yang kecil dan berhasrat untuk jual pada Hari Raya Haji nanti.

"Saya juga usahakan tanaman kelapa sawit dan pisang serta beberapa tanaman lain. Saya buat atas tanah keluarga serta pakcik saya yang tidak diusahakan sebelum ini," ujarnya.

Jelas Amerul, dia kerap pulang ke kampung halamannya itu bagi membantu bapa serta beberapa pekerja yang menguruskan ladang tersebut.

"Kalau tiada kerja saya akan berada di kampung untuk bantu apa yang patut, sekarang bapa saya yang uruskan dengan beberapa pekerja," ujarnya.

Dalam pada itu, Amerul yang memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 (FFM27) menerusi filem Terbaik Dari Langit ini berkata, dia tidak pernah berharap untuk memeggang watak utama di mana-mana drama atau filem.

Katanya, biarpun mempunyai bakat dan ilmu dalam bidang lakonanan, Amerul sedar tidak mempunyai wajah yang kacak menyukarkan untuk memeggang watak utama.

"Saya tidak terfikir dan bermimpi untuk dapat jadi hero, saya tahu untuk main watak utama perlu pakej yang lengkap bukan sahaja ilmu dan bakat semata-mata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amerul turut terlibat dalam menjayakan teater Bikers Kentalarahan Nazrul Asyraff pada 23 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 11:54 AM | Show all posts
ok what dia nie berlakon...
TV3 pentingkan rupa paras, bukannya bakat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:56 AM | Show all posts
zameyla replied at 17-11-2016 11:54 AM
ok what dia nie berlakon...
TV3 pentingkan rupa paras, bukannya bakat..

bapak dia mawardi

ada sangkar patin sangkar sungai Pahang

boleh kerja part time jual ikan patin sangkar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:56 AM | Show all posts
aku ok je dia berlakon. Tak lepas as lead actor ke wtk pembantu pun tv3 tak nak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:57 AM | Show all posts
tp mmg lah. ada sekali dia belakon jadi anak orang kaya..walawey aku kata apsal muka kg.com ni boleh jadi anak orang kaya??? hahaha ...soriiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:58 AM | Show all posts
tapi kalau dia jadi mr pilot ganti fatah mesti citer tu lagi meletop kebabommmm....sbb dia tak kayu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2016 11:58 AM | Show all posts
siannn mawardi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:59 AM | Show all posts
suke kt mayang....bru tau name betol die...ok nk follow kt ig biar muke die leh kuar tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon watak extra bole kot jadi hero fikir 10 kali
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:02 PM | Show all posts
patut pun jarang keluar tibi bercinta nak tengok drama2 dia, nasib baik asteruk suka ulang cerita
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:02 PM | Show all posts

biasala standard acik2 kepam je yg tonton drama Melayu nak hero muka mcm Fattah Amin etc.
hadap je la  walaupon kayu kayan asalkan cikpit basah dapat dipenuhi.

bertabahlah Amirul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak dia dlm dukun dr dani pun not bad
Sadokan, ada lah market sikit nnti
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:06 PM | Show all posts
imagine la kan lopa heroin, dia hero. adakah lopa akan bersweet2 manja2 pegang pipi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:07 PM | Show all posts
suka tgk dia jd pondan cakap ganu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:12 PM | Show all posts
die ni berlakon bgus..
tgk die berlakon dlm terbaik dari langit..
ngn melur vs rajawali..
btw sian bakat ade..rupa average..
nak pgg watak hero cam jauh sgt kalo nak ikutkan taste acik2 pprt di luar sana..
xpe la maybe xde rezeki lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:12 PM | Show all posts
boleh berlakun watak yg sesuai lah. tp kalau dia aim nak jadi hero anak org kaya mcm selalu kat tb tu mmg tak dapatlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lakonan beliau dalam telemovie segitiga n biopic saloma
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:17 PM | Show all posts
Sutradara buat la drama yang berkisarkan kampung, Amerul ni sesuai kot jadi hero. Tapi BBNU mana nak tengok drama kampung.
Lambakan drama BBNU sekarang ni memang la heols tak berapa nak sesuai, tak berapa nak eye candy sangat banding dengan hero pujaan hati acik acik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:19 PM | Show all posts
haritu tertengok drama tv3 dia ni dgn namron..jarang2 dpt tgk drama best camtuh kat tv3suku
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni berlakon lg bgus dari jantan2 yg hero instant tu. Wlpun muka seiras durian belanda., takpe,, terus mantapkan lakonan kau. Watak kecik pun xpe. Kalau nk jd hero, sila putih kn diri pastu pegi korea yer. Cube ko Tgk film the wailing tu, hero dia gemuk. Rilek je.., malaysia ni ko kena phm., cikki malaysia ni sakai sikit. Poen berkarat sana sini tp feeling nk tatap retis muka jambu je. Koserr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090080 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list