CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7849|Reply: 79

Tologggg adik kakak pakcik makcik masuk baca ni plezzz~

[Copy link]
Post time 21-11-2016 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua. Sy straight to the point je la ye. Tujuan post ni sy nak minta pandangan smua tentang kes sy ni.

Sy girl umur 31. Tahun lepas pernah break dgn bf (Man) sebab dia banyak skandal. Then masa break tu sy kenal dengan sorang laki ni, Izz. Izz ni muda setahun. Dalam masa break tu, ada gak sy chit chat dgn beberapa lelaki. Tapi semua sekadar isi time bosan je. Dan sy tak rasa tertarik pun nak lebih2 dgn mereka. Dengan izz ni sy rasa lain... macam sy dah jumpa soulmate sy.

Izz ni dia tak belajar tinggi, spm je. Ada bisnes kecil-kecilan dkt kg dia. Sy rs tu bukan faktor besar sgt utk sy berkawan dgn dia. Nak jd cite, kami pun couple. Memang loving habis la. Sy rasa cam... camni rupanya rasa bila kita give all love and the other person pn sama. Sy bahagia sgt. Sebab utama yg sy suka dia ialah dia bukan jenis berlagak, dia jenis tak layan pempuan, dia caring sgt dkt sy dan dia paham sy. Kadang2 sy tak payah cakap apa tapi dia boleh faham dah. It is as if we have some sort of chemistry.

So kami decide nk kawen. Sy bagitau mak tp mak mmg menentang sgt2. Sebabnya izz tak kerja tetap. Tak ada slip gaji dan susah nak beli rumah nanti. Mak juga ckp orang bisnes camni risiko dia tinggi, bankrupt ke apa ke. So long story cut short, kami pun break. (Masa proses ni ada campurtangan exbf gak).

Cut short lagi, sy balik dengan man. So dalam bulan 2 tahun ni until oktober boleh kata ok la wlpn dia kantoi skandal bulan 4, dan bulan 9 kantoi lg. Bulan 10 betul2 tragedi oktober buat sy. Kami gaduh bagai nak gila. Macam2 hal la. So sy decide break dgn man. Sy contact balik izz. One thing about izz is, dia jenis memang nak serius. Means, klu sy contact dia tu maksud dia nak kahwin dengan sy.

Dia suggest kami kawen dulu tanpa pengetahuan family sy. Dia janji akan datang jumpa family sy lepas kami kawen. Dia kata mak takkan marah anak lama2. Sy banyak kali kata dkt dia x elok buat macam tu.
But at the same time sy rasa sy dah tak boleh terima lelaki lain. Entah la, sy rasa sy dah tak tau nak sayang lelaki lain mcm mana. Disebabkan ni, sy terfikir balik offer dia tu.

Umur sy dah makin meningkat. Mak pun dah tanya2 je bila nak kawen. Dalam hati sy cakap dah ada yg btul2 sy berkenan mak lak tak suka.

So sy nak minta pendapat, macam mana sy nak buat supaya sy dapat kawen dengan izz ? Patut ke sy ikut cadangan dia untuk kawen je dahulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 09:23 AM | Show all posts
Edited by tiramisuu at 21-11-2016 06:55 PM

Instead of solving your problem, you want to run away and create another problem.

isu mak- dia tak konfiden financial bf ko

solution- usaha beli rumah..kerja keras dan beli rumah second hand, bagi mak trust yang dia nak..jangan cakap kata tak boleh beli rumah etc, kata serius? prove it

masa tgh suka, memang la financial dia tak jadi isu..bila kawin, duit akan jadi isu besar when reality hit

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn blkg kan family n pujuk mak tu.Dan u must explain why you choose him instead of Man.

Izz pun kene tunjuk kredibiliti yg dia layak jg dr u pd ibu u. Girl, apa yg emak kata pd awak tu ade benarnya cuma,as I said b4,Izz must do something yg dia entitled utk mmiliki u mcm usaha lbh keras lg dlm pkerjaan. Dan awak pun kena steady dlm hal ni,tunjukkan yg awak tenang/kmatangan dlm mnangani hal ni n mmg ready nk hidup bsama dia.

U ni sebaya I, I do feel you. Please,again jgn blkgkn family..pujuk and tunjuk.try,try and try.. Awak juga kena buka minda dan mesti redha juga jika ini bkn jodoh awak. Mintak la ptunjuk dr Yang Esa serta bykkn doa/sembahyang pdNyaSometimes u think u know what is the best for you,but only God knows best.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:16 AM | Show all posts
please la dengar cakap ur parents
see at different view, anggap la ur mom nak yang terbaik for u

still banyak lagi boleh dibincangkan dan diperbaiki
macam forumer lain kata prove it..
work hard for it
bukan dengan cara kawin lari
this will create another problem

what if u kawin dengan dia and things not work out
are u ready for that..?

so, fikir masak-masak, bincang balik dengan ur parents
dalam masa yang sama kenalkan izz tu dengan femly u
mana tau when they get to know him better they will like him..?
and, if u muslim, dont forget to pray
minta lembutkan hati ur femly untuk terima dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn belakangkan mak @ org tua dlm isu brkahwin..redha kita dtgnya drpd redha org tua. Jgn sesekali kecikkan hati org tua.

X ada org tua yg nak anak dia hidup susah. Sbb tu mak TT risau akn masa depan TT ngan izz tu. 1 faktor mmg ya, akn ada aje rezeki bila kita nk buat bnda baik yakni brkahwin. Tp 1 faktor lg msti ingat, usaha pun perlu. aku cadangkan TT mintak izz keja keras lg utk buktikan pd mak TT yg TT ada masa depan bila khwin ngan si izz tu nnti.

Dlm masa skrg, nak2 zaman ekonomi skrg ni, cinta aje x cukup..apa2 pun kena pikirkan masa dpan jugak..biar llaki tu betul2 stabil..harta x bnyak pun tp ada, simpanan ada..selebihnya doa aje yg baik2..smoga smuanya akn dipermudahkan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Izz tu boleh kembangkn bisnes dia
X mustahil kalau u tolong ke apa bisnes dia boleh berkembang
Tp cuma kne yakinkn mak u dulu la

Izz kne yakinkn mak U tu yang dia mampu jaga u
Jgn la berpisah sebelum mencuba sbb sayang.. bkn sng nk jmpe soulmate ni tau... so berjuang dulu.... yg penting ckp leklok dgn mak u...jgn mak u tolak sbb bende lain sudah mcm dia ajar u jd biadap ke apa.. so ckp leklok ngn mak u
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 10:28 AM | Show all posts
solat istikharah la.. mohon petunjuk..dipermudahkan segalanya..klu betul mmg jodoh u dgn izz pasti akan bersatu jgk.. jgn belakangkan family..sbb family lah segalanya.. bawa izz jumpa mak tu..
buktikan yg korang akan usahakan apa yg perlu sebelum nak nikah .. mak nak yg terbaik utk anak.. doa banyak2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:33 AM | Show all posts
masa bercinta semua indah. makan roti canai sekeping kongsi 2 pun kenyang. tp bila dah kawin sekeping sorang pun tak cukup. dia kena jumpa keluarga you and pujuk sedaya boleh. bukan pujuk u kawin lari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 10:34 AM | Show all posts
yup setuju dengan komen2 kat atas.

Please TT, jangan sebab cinta, TT butakan mata & hati. Memang sekarang ni tengah in love, suma nampak indah & wangi. Jangan sebab faktor umo meningkat, TT desperate nak buat benda2 yg membelakangkan family.

Pernah baca baca kat socmed, time cinta & after kawen tak pernah sama. kita akan kenal sapa pasangan sebenar kita tu bila dah tidor sekatil, tinggal sebumbung.

BF TT kena buktikan pada mak, takde kerja tetap pon, still boleh sukses.







Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Elakkan bf yang nak ajak kawen lari!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:59 AM | Show all posts
tolong jangan derhaka kerana cinta..
nnt bila ko susah ko akan kembali kepangkuan mereka..
masa bercinta semua indah sahaja
tetapi realitinya nnt ko jugak yang rasa..


oh ye satu lagi ko buatle sembahyang istikharah kan kan kan.. Allah jangan dilupa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:00 AM | Show all posts
kalau izz tu seorang lelaki yang baik, dia takkan sekali kali suggest awak untuk belakangkan family..
so now awak masih kata dia lelaki yang baik?
siasat dulu habis-habisan dek..
dah berapa kali jumpa sampai awak yakin dia baik orangnya?
takat tak layan pompuan, tak itu tak ini mungkin depan awak je..
belakang-belakang gerenti tak jadi jin aprit?
jangan sekadar asal berlaki dek..
kalau yakin sangat dia yang terbaik, then suruh dia datang jumpa mak awak fast to fast..
bawa mak ayah dia untuk bincang dan pujuk mak awak supaya benarkan kawin..
kalau mak awak masih tak benarkan, then dia sebagai lelaki, kena la tunjukkan kesungguhan..
kumpul harta, beli rumah etc etc..
mak awak bukan mata duitan..
tapi sebagai mak, dia tak nak anak dia hidup susah menderita asal berlaki..
esok dia jugak yang berhabis nak kena bela anak cucu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank u semua  I know.. selama ni bila dia suggest idea camtu mmg saya akan bantah. Sy tak sanggup buat mak dan family susah hati atau marah2 saya. Izz ni memang hardworking. Sy ada kawan punya kawan duk dekat kg dia, mmg kawan tu cakap izz ni rajin. Masa lapang dia ada je benda dia buat.. arwah ayah dia ada kebun pisang. So dia uruskan kebun tu. Sebelah rumah dia ada kwsn lapang dia tanam tebu tanam tembikai. Bila ada hasil dia g jual la. Kalau x berkebun dia g memancing. Jual ketam lak. Sy tak kesah pun dia cari rezeki camtu.

Entah la mungkin yes sekarang sy kata tak kesah, bila kawen semua perlu duit. Ye sy x nafikan tu.

Tapi tu la kan, sy rasa cam itu lah lelaki yg sy cari2 selama ni. We can understand each other effortlessly. Cam semuanya sgt natural.
After the incident yg mak memang menentang tu, kdg saja saya sebut perkembangan izz. Dia skrg dah ada 3 kedai. But still mak kata no. Haihh.. mmg nak kena bawa izz juma fmly sy ke? Dia boleh beli rumah..tp dekat kg dia la sebab lebih murah situ berbanding tempat sy (KL)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-11-2016 11:00 AM
kalau izz tu seorang lelaki yang baik, dia takkan sekali kali suggest awak untuk belakangkan family. ...

Apa yg awak kata tu btol. Sy pun pikir kalau dia btol2 baik dia takkan suruh sy belakangkan family. But knowing him.. dia kalau nak memang nak. That means dia memang serius dgn sy. Dia pernah mesej mak sy tru fb tapi mak sy tak layan. Byk kali gak dia msj. And dia selalu request nak jumpa mak ayah sy. Tapi sy yang tak bagi. But then... sy terfikir for last time, why not try bawa dia jumpa dulu. Biar my parents dgn izz ni slow talk ke whatsoever.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:30 AM | Show all posts
miyami replied at 21-11-2016 11:24 AM
Apa yg awak kata tu btol. Sy pun pikir kalau dia btol2 baik dia takkan suruh sy belakangkan family ...

bawa jumpa lagi afdal dari dia try kat fb dek..
tunjukkan kesungguhan dan usaha dia nak amik hati..
kalau mampu beli rumah, beli ja la..
hatta kat ceruk mana pun..
janji ada asset walaupun tanah sekangkang kera..

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:09 PM | Show all posts
Aku tak setuju la cadangan kawen tanpa pengetahuan kuarga.... payah benar cari jah lelaki lain. Ko pun dh mmg level andartu ikutkan definisi ipan... andartu senior kot? Takpe, takde dosa pung jd andartu.., dr despreate nk kawin kendian kejap hidup huru hara... mau? Pikir baik2, jgn terburu2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat tak cerita perempuan kat mana tah yg bakal laki dia tu yg dah ada 2 bini, gatal juga nak berbinikan dia. Bila abg dia larang & bawa adik ke pej agama utk tau status bakal laki dia.. kena tetak sampai mati tu?

Ni semua bukti yg masa kapel, semua nya indah belaka. Lelaki tu akan nampak perfect utk u wpun sbenarnya ada je kekurangan dia yg org lain boleh nampak. Cinta tu buta. U yg jd buta sbb cinta. Kalau mak kata takut dia takleh bahagiakan u, mohon ur bf tu buktikan.. beli rumah, tunjukkan effort nak amik hati keluarga u. Bukan dgn stakat nak ajak kawen lari je sbg bukti serius. NO. Itu bukan bukti dia serius dgn u. Tu bukti dia sanggup suruh u buat dosa belakangkan mak, kecikkan hati mak semata nak dia yg hepi. Kalau yg betul, mesti akan amik u cara baik dr famili.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
miyami replied at 21-11-2016 11:18 AM
Thank u semua  I know.. selama ni bila dia suggest idea camtu mmg saya akan bantah. Sy tak sanggup b ...

Bawa Izz jumpa family. Kot2 depa lembut hati. Good luck.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:28 PM | Show all posts
rasanya tt sendiri dah tau mana yg patut tt ikut kan? sbb tt gak ckp tak elok buat macam tu. kahwin lari bkn penyelesaian pada masalah u. ada sebab mak u tak setuju.. lgpn percayalah.. mana ada mak bapak dalam dunia ni nak kahwinkan anak dia dgn org yg xde gaji tetap? zaman skrg bkn  mcm dulu lg.. apa2 pn bincang baik2 dgn family..kenapa u pilih dia.. dan si dia juga perlu tunjukkan usaha pada family u..buktikan yg dia betul2 boleh jaga u.. rasanya lepas tu mak takkan membantah.. semua ibu bapa nakkan yg terbaik utk anaknya.. janganlah membelakangkan mak ayah sbb cinta..nanti u sendiri yg rugi.. sayang nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jado bongok kawen belakangkan keluarga

Pasal jantan yang kau baru kenal tu kau sanggup kecewakan mak kau
Pls simpan bongok tu ok.

Btw im a guy and i tak setuju kawen senyap or siam neh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list