Buluh Perindu
Sebut jer Buluh Perindu, mesti akan dikaitkan denganseseorang yang bersuara lunak merdu bila menyanyi.
Macam kat Malaysia ni, ada beberapa penyanyi yang digosipkanmenggunakan buluh perindu untuk memastikan diri sentiasa kekal dalam bidangindustri seni tanahair.
Rasanya tak perlulah untuk aku nak sebutkan….
3 tahun lepas, ketika aku mula berjinak-jinak denganbusiness, kebetulan aku terjumpa seorang kakak di dalam kapal terbang yangpenerbangannya ke Kuching. Aku panggil Kak M. Kak M ni peramah orangnya. Diayang tegur aku dulu.
Maka, sebab enggan dikata sombong, aku layankan jer kak M,walaupun sebenarnya aku bercadang nak tidur jer dalam flight tu.
Masa tengah berborak-borak dengan kak M tu, tiba-tibaterkeluar cerita pasal bisnes.
Macam-macam yang kami borakan. Susah payah bilaberniaga dan segala rintangan yang dihadapi.
Rupa-rupanya kakak tu ada kedai makan kat Subang.
Dankebetulan kakak tu tinggal di daerah yang berhampiran dengan kampung aku diKuching.
Jadi, borak punya borak, Kak M tersebut pasal Buluh Perindu.
Katanya, buluh perndu tu bukan semestinya untuk suara sebagai penyanyi jer.
Iajuga dikatakan sesuai untuk mereka yang mana tugas mereka perlu berdepan denganorang ramai.
Bisnes-bisnes yang memerlukan mereka untuk menarik minat pelangganamat sesuai menggunakan Buluh Perindu.
Kak M cadangkan aku ikut dia pada esok hari sebab dia dahbuat temujanji dengan orang yang ada buluh perindu tu.
Aku rasa macam menarik jer. Tak salah kalau mencuba. Lagipun tempat tu tak jauh dari rumah aku. Aku pun bersetuju.
Keesokkannya seperti yang dijanjikan aku pergi berjumpadengan kak M dan kami sama-sama pergi ke rumah pemilik buluh perindu tersebut. Lebihkurang sejam perjalanan dari Pekan untuk sampai ke perkampungan pemilik buluh perindu tersebut.
Setibanya dirumah tersebut, kami disambut seorang lelakiseparuh usia berbangsa Bidayuh. Aku panggil Tok Tam jer.
Selepas berbosal serba sikit dan berbasa basi, Tok Tamkeluarkan koleksi buluh perindu kepunyaannya. Setiap seorang dari kami disuruhuntuk memilih mana-mana satu buluh perindu didepan kami.
Siap memilih, buluh perindu yang berbentuk seperti spermaberekor panjang, kerinting, berbelit dan bersaiz sehalus rambut, kami dimintauntuk meletakkan buluh tersebut di dalam mangkuk yang berisi air.
Buluh perindu yang aku pilih tersebut mula bergerak meliuklintuk..lurus dan bergerak ke depan dengan laju. Aku berasa pelik dan tertanya.
Dengan tersenyum, Tok Tam berkata ‘Ambik lah. Ianya sesuaidengan kamu. Simpan dengan elok’.
Sementara buluh perindu kepunyaan kak M, diam tak bergerakdan tenggelam.
Tok Tam menyuruh Kak M memilih yang kedua. Meletakkan kedalam mangkuk.
Kali ini buluh perindu tersebut mula berpusing, lurus danbergerak ke depan.
Tok Tam tersenyum ‘yang ni sesuai dengan kamu’. Kak Mtersenyum gembira.
Kami membayar RM20 untuk setiap satu buluh perindu danpengeras kepada Tok Tam mengikut keikhlasan.
Buluh perindu tersebut aku simpan elok di dlam sehelai plastikkecil dan selitkan ke dalam purse.
Tak dinafikan, bisnes kecil-kecilan aku memang berjalan lancar.Tak putus-putus menerima tempahan walau pun sedikit sahaja.
Tetapi malangnya, buluh perindu tersebut hilang bersamahilangnya beg tangan aku yang kena ragut di depan sebuah restoran. Masa tu akutengah menunggu jalan sedikit lengang untuk melintas.
Beg tangan aku hanyapegang di tangan. Tidak seperti biasa aku sangkut dibahu.
Aku memang perasanada sebuah motosikal yang tengah dipandu perlahan menghampiri aku.
Aku sedikitke tepi sebab konon-konon nak bagi ruang untuk motosikal tersebut melintasi akusebelum aku melintas jalan.
Tanpa diduga, pembonceng belakang laju jer sauk begtangan aku dan motosikal tersebut memecut laju meninggalkan aku yang terpakudan terpinga-pinga. Menjerit pun aku tidak sebab terlalu terperanjat.
Suami dan anak2 aku yang dah ada kat dalam restoran punterperanjat bila nampak muka aku yang terpinga-pinga. Suami aku nampak terkilan dengan apa yang berlaku.
Apatahlagi aku.
Banyak benda yang bakal merenyahkan rutin harian aku.
Report polis, buat IC, lesen memandu, atm kad, kadnikah dan lain-lain. Hasihhhh…sakit betul hati aku.
Tapi pasal buluh perindu tu, aku tak dapat nak ambikyang baru sebab aku tak tau macamana nak pergi ke sana dan aku pun tak ingatrumah Pak Tam kat mana. |