Bila antu marah!!
Kisah ini dah lama berlaku, masa tu aku still kat Branch lama.
Aku kena masa aku kat rumah my BFF, rumah dia dalam area Gita.
Pada hari yang ‘bertuah’ itu, aku telah pergi ke rumah BFF aku, kita panggil dia Riri.
Sebelum tu, just for everyone’s info, aku ada kebolehan mengurut untuk buang angin, sapa2 demam kat opis, memang panggil aku kalau nak urut dorang.
So, back to kisah Riri, dia masa tu demam, dan memang tak larat nak buat apa2, so hari tu, dia balik kerja awal dari biasa, dan dia pesan kat aku untuk singgah kat rumah dia, sebab dia mintak aku urutkan.
So before balik kerja, aku inform mak aku, yang aku balik lewat sebab nak urutkan si Riri. Dia memang tahu Riri ngan aku kawan baik. Anak2 Riri ngan husband dia (now ex) pun kenal kat aku.
Sesampai jer kat rumah Riri, aku tengok dia baring kat sofa di ruang tamu. Since dia tak larat nak buat apa2, aku pi buat air sendiri.
After Maghrib, aku start mengurut si Riri, after Isyak baru habis, upah aku, duit 20 sen dimana lepas aku gigit, aku akan simpan. Mana2 duit syilling pun ok, as long aku gigit jer..
Why mesti gigit? As ubat badan so that apa sakit orang tu, jangan pindah kat kita. Logik lah jugak kat situ kan. Aku mengurut biasa jer, takder doa2.
Anyway, lepas habis mengurut si Riri, perut aku dah start sakit dah, yang aku ingat, masa tu perut aku memulas-mulas. Lepas tu, perut aku rasa tajam dan pedih.
Tapi masih jugak aku tak ambik endah.
After aku make sure yang Riri dah ok, aku pun balik. Perut aku pulak time tu, sakit tak tentu masa.. kejap2 sakit, kejap2 sakit.
Aku just bagitau Riri, mungkin aku ada salah makan masa lunch break, so aku pun balik.
Yang pelik nya sakit perut aku ni, aku tak keluar masuk toilet, dahlah aku biarkan rasa sakit tu dalam masa seminggu jugak.
Aku, macam biasalah, mana lah terpikir benda2 ada kaitan ngan antu kan, sampai satu ketika, aku boleh jangka bila perut aku akan sakit, secara automatik, aku akan flex muscle perut sebab rasa sakit tu jadi kurang sikit.
Tapi, bila aku dah tak tahan, barulah aku bilang kat mak aku, hal sakit perut aku tu..
Time tu, arwah Bang D ngan Kak L yang pi ubatkan aku.
Seperti biasa, Bang D ni, dengan aku jer, dia terus tanya “perut engkau sakit kan, lebam jer aku tengok!”
Erkkkkkkkkkkkk…………
Lebam!?!?!
Engkau ada urut orang kat mana2 tak, terus dia bagi soalan cepu mas kat aku.
“Ada” aku bilang,
“Siapa?” Mak aku tanya,
“Riri lah” aku jawap.
Jeng jeng jeng…..
Aku rasa Bang D ni, dia tahu kot, walaupun aku selalu terkena, semangat aku kuat, dia rilek jer bagitahu aku..
“Perut kau kena terkam oleh hantu, hantu tu tua sangat sebab aku tengok tangan dia berkedut, kuku dia panjang kehitaman dan tajam, tu yang engkau yang rasa perut kau tajam tu...
A'ah lah, aku baru realised yang setiap aku kena 'terkam' aku boleh rasa tajam, dan setiap kali jugak aku rasa macam perut aku macam kena uli...
So, aku tanya Bang D, apa kaitan aku kena terkam dan mengurut si Riri yang demam tu..
After Bang D scan rumah tu, dia pun bagitau, dalam rumah tu ada Maya Karin... fyi, tu panggilan Cik Ponti kat rumah kitorang... (macam mana Bang D tau rumah mana, sure korang nak tau kan, melalui description yang aku bagi dengan semangat aku sekali yang pegi situ, itu yang dia bagitau aku lah)
Dorang marah kat aku sebab mengurut si Riri, sebab tu dorang pi 'belasah' perut aku, baik lagi perut yang kena, kalau jantung... huhu
Just imagine, dengan aku yang lambat pegi berubat, perut aku memang teruk, aku dipantangkan makan telur, ikan masin, sambal velacan sampai tiga bulan.. tu memang kategori teruk..
Lepas aku pegi berubat tu.. hari yang lain, aku tanya Riri, dia tahu tak rumah dia ada Maya Karin, dia terkejut aku tahu...
Dia tanya aku, macam mana aku tau, aku ceritalah kat dia, hal aku yang sakit perut lepas pi urut dia... dan orang yang ubatkan aku bagitau rumah dia ada Maya karin... bukan seekor okay!! Dua ekor you you...
Rupa2nya, dua tiga sebelum dia mintak aku urutkan dia, dorang panggil orang lain untuk pi buang si antu durjana itu..
Mission failed rupanya, last2 aku jugak yang kena...
Hadehhhh....
|