Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
37372
View
880
Reply

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]

Author: annabellaruz2       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 23-11-2016 10:59 AM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 11:17 AM
kami kalau bunyi burung wak wak di pagar kah dekat rumah, its like a sign ada family yang mau meni ...

burung wak-wak?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:11 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 23-11-2016 11:14 AM
dani-rox replied at 23-11-2016 01:55 AM
iban/dayak terutamanya zaman dulu2 berpegang pd animisme... sembah pokok, berdewakan burung. pende ...



alamak sis,

ak pun kategori iban pemakan Mcd...

tp bdasarkan permahamanan aku, buaya, naga (ribau dalam bahasa iban) lebih kepada dewa dewi.

Buaya, naga (nabau) ini sama gak seperti yang lain, dipuja dan diangkat menjadi pahlawan...kkdg menjelma dan bersosial bersama manusia, wedding, majlis keraian etc..

kalau saka ni, lebih kepada pedinding ke apa...bukanya ikon yang menjadi hero yg boleh bercampur dengan manusia
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 11:22 AM | Show all posts
Kempunan


Pada zaman dahulu kala, perkampungan iban ni terdapat di tepi sungai sebab sungai merupakan sumber air, makanan dan pengankutan utama bagi kaum iban.

Nak ke sawah pula kena ke seberang sungai menaiki sampan.

Nak dijadikan cerita, awal pagi tu adalah seorang makcik ni nak ke sawah.
Masa lalu depan rumah salah seorang penduduk, dia di sapa.

"Uii..wai, nak kemana tu?'

"O wai...nak ke sawah la.. mana lagi" katanya..

"Jom le singgah makan ubi kayu rebus ni" ajak jiran tersebut.

"Tak pe la...aku nak cepat ni..kang air pasang susah aku nak mendayung" katanya sambil menyentuh ubi rebus tersebut dengan hujung jari.

Maka berlalulah makcik ni menuju ke pangkalan.......

Senja menjelma... anak makcik ni hairan kerana ibunya tak balik-balik lagi.

Biasa makcik tu lepas tengahari dah balik. Ni dah lewat. Suami makcik tu baru jer balik berburu.
Bila dia bertanyakan isterinya, anaknya memberitahu bahawa ibu dia belum balik lagi.
Si suami menyuruh si anak pergi ke pangkalan untuk melihat kalau-kalu sampan mereka ada disana yang menjadi petanda bahawa mak cik sudah balik.

Apabila si anak ke pangkalan, didapati bahawa sampan ada disana. Tapi, dimanakah si ibu?
Si anak bertanya kepada jiran-jiran jika tahu dimana ibunya.

Jiran yang menyapa ibunya pagi itu memberitahu bahawa siibu awal pagi memberitahu hendak ke sawah dan menolak untuk menjamah ubi rebus sebelum berlalu ke pangkalan.

Maka operasi mencari pun dijalankan.... mencari diseluruh pelusuk rumah dan kampung serta tepian sungai... malangnya si ibu tidak dijumpai. Bila keadaan semakin gelap, operasi mencari dihentikan dan akan disambung esok pagi.

Zaman tu mana ada JPAM/BOMBA atau peralatan yang boleh memantu pencarian pada waktu malam.

Di dalam tidur, si suami telah didatangi oleh si isteri memberitahu supaya mencari si isteri di dalam sampan. Sebaik terjaga, si suami mengajak si anak dan beberpa orang kampung untuk ke pangkalan dan mencari si isteri di dalam sampan.

Mengejutkan...apa yang mereka jumpai hanyalah cebisan tangan si isteri yang berbekas seperti digigit oleh sesuatu yang tak lain dan tak bukan adalah buaya.

misterinya..kenapakah cuma cebisan jari yang tinggal? Sebab jari itu lah yang si isteri telah gunakan untuk menyentuh ubi kayu rebus yang dipelawa oleh jiran tadi. Si isteri telah kempunan dan dibaham buaya.

Kerana itulah pantang larang orang tua dulu2, kalau kita dijemput untuk makan sesuatu, setidak-tidaknya ambik secubit, kunyah dan telan supaya seluruh badan tidak kempunan.

Begitulah kuatnya kepercayaan orang iban terhadap malapetaka akibat 'kempunan'.









# "wai" adalah panggilan mesra bagi kaum iban..kalu baru nak bertegur sapa kat pekan atau di mana saja tanpa tahu nama, maka panggilan 'Wai' adalah yang paling kerap digunakan sebagai tanda hormat & mesra.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 11:28 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-11-2016 12:11 PM
alamak sis,

ak pun kategori iban pemakan Mcd...

same goes to me ... pun kategori makan mcd kfc pizza..
cuma yang lebihnya aku tinggal kat kampung masa kecik2 dulu..
dan sekrg.. setiap kali balik kampung mesti ada jer cerita2 dari adik beradik dan mak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:30 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 10:56 AM
ahahaha...moyang pompuan mixed iban + british.. x tau la rupa jessica alba ke tak..x sempat jumpa. ...

dalam cite tu jessica pegang watak org iban+british jgk. Sb dulu2 kalau ikut cerita tu org british ramai ditugaskan utk jaga perkampungan iban.. last2 ngesek sb tgk org iban rata2 berkemban sume so terjadi la mix DNA cam moyang u tu ada masa u tgk.. such a good movie.

OT pulak soryy
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 11:51 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 23-11-2016 12:30 PM
dalam cite tu jessica pegang watak org iban+british jgk. Sb dulu2 kalau ikut cerita tu org british ...

maksud aku...cerita jessica alba tu aku pernah tengok..tp moyang aku tu, aku x pernah tengok..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:54 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-11-2016 11:11 AM
alamak sis,

ak pun kategori iban pemakan Mcd...

Thanks pok. Balik kpg nanti kena tanya org tua2 nih kan... Ai lg lah sedeyyhh, iban cakap campur2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:07 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 11:28 AM
same goes to me ... pun kategori makan mcd kfc pizza..
cuma yang lebihnya aku tinggal kat kampung ...

susah pok..

jadi iban chelup...

parai nyawa!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:08 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 11:54 AM
Thanks pok. Balik kpg nanti kena tanya org tua2 nih kan... Ai lg lah sedeyyhh, iban cakap campur2. ...



iboh berthanks bagai...

ntah2 salah info aku bagi...

iban chelup bah..

parai nyawa!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 01:40 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-11-2016 02:08 PM
iboh berthanks bagai...

ntah2 salah info aku bagi...

hehehe...
aku ni sebab banyak cerita dari nenek moyang. Lagipun tinggal kat perkampungan yang masih hutan, banyak citer seram..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:50 PM | Show all posts

melayu brunei pun begitu bah. sikit2 "jangkau dulu krg kepunan".
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:54 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 12:59 AM
citer psl buaya ni kan... tingat kisah dulu2 yg diceritakan oleh mendiang nenek iban ai psl buaya yg ...

wahhh must be good looking!

boleh sudah buat video "ramai org tanya Dani...in comments.. DM.. Dani mix apa..."
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:00 PM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 01:54 PM
wahhh must be good looking!

boleh sudah buat video "ramai org tanya Dani...in comments.. D ...

Rupa biasa2 jah. Tipikal wajah borneo gituh hahaha Dah berapa generasi dah, haruslah diluted...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:07 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 02:00 PM
Rupa biasa2 jah. Tipikal wajah borneo gituh hahaha Dah berapa generasi dah, haruslah diluted... :l ...

hahahah hish.... tipikal wajah borneo tu apa? jangan bah ckp mcm tu hehehe mmg org Borneo good looking sebab byk campuran.
tgk sja time Unduk Ngadau sama Kumang Gawai...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:17 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 23-11-2016 04:54 PM

MISTERI GANDAAN 7

Bila sebut pasal buaya ni, nenek aku pernah bercerita.....
sorry aku lupa sapa nama moyang nenek dalam citer ni...sumpah aku tak ingat nama dia...
tp aku ingat jalan cerita dia...

macam aku pernah cerita sebelum ni salah seorang moyang aku adalah dukun...
dia selalu mengubat orang sakit..orang dulu2 jarang ada dukun penipu macam sekarang..
Dukun dulu-dulu memang semacam ada kelebihan yang tersendiri untuk mengubat orang..

maka nak dijadikan cerita...
pada suatu hari, moyang perempuan aku ni menjemur padi. Selepas menjemur padi, nenek lepaskan ayam2 untuk mencari makan.
Dan selepas itu, moyang menampi beras. Tengah sibuk menampi, moyang didatangi 2 orang pemuda yang meminta moyang untuk datang mengubat adiknya yang sedang sakit.

Pada mulanya moyang keberatan sebab pemuda-pemuda itu bukan pemuda kampung berkenaan.
Moyang tidak pernah juga nampak pemuda2 tersebut dikampung2 berhampiran bila ada keramaian.

Maaf la Cu, nenek ni tengah jemur padi sementara hari tengah panas ni kata moyang bila diminta oleh pemuda tersebut untuk datang mengubat.

Tak apa nek. Nanti kami tolong kemaskan padi nenek. Nenek bersiap cepat. Kami tunggu nenek kata salah seorang pemuda tersebut.

Tapi ayam nenek pun masih terlepas. Kalau tak dimasukkan ke dalam sangkar, nanti habis pula dicuri orang ujar moyang.

Tak apa nanti kami tolong tangkap dan masukkan ke dalam sangkar ujar pemuda tersebut.

Habis tu beras nenek? Kalau tak siap ditampi, nanti nenek takde beras nak dimasak kata moyang lagi. Masih mengelak.

Nenek, nenek bersiap saja. Yang lain tu biar kami yang uruskan kata pemuda tersebut.
Ye latunggu ye akhirnya moyang mengalah.

Moyang mengikut 2 pemuda tersebut untuk mengubat adiknya yang sedang sakit.
Menghampiri pangkalan, moyang diminta memejamkan mata dan salah seorang pemuda tersebut menutup mata moyang dengan kain hitam.

Maaf ye nek. Kami terpaksa tutup mata nenek disepanjang perjalanan nanti bila sudah sampai di destinasi kami akan buka ikatan mata nenek kata pemuda tersebut. Moyang diam saja. Apa yang moyang rasa, dia dicepung untuk naik ke atas sampan dan disuruh duduk bersila.

Sesampainya di destinasi, moyang sekali lagi dicepung untuk turun dari sampan tersebut. Yang peliknya, tidak kedengaran sebarang bunyi kocakan air sungai disepanjang perjalanan. Paham tak kalau orang mendayung, pasti ada bunyi air kan? Yang ni langsung tak de bunyi.

Sebaik tiba, moyang  disambut oleh ayah dan ibu pemuda tersebut yang merupakan ketua dikalangan mereka. Di atas batu berbentuk seperti katil, seorang gadis kelihatan sakit, lemah dan tenat.

Sebaik moyang menghampiri dan memeriksa keadaan gadis tersebut, moyang terkejut kerana didalam mulut gadis tersebut tersangkut mata kail. Itulah yang menyebabkan dia sakit kerana tidak dapat makan.

Dalam debar dan berhati-hati sambil baca sedikit jampi serapah moyang mencabut mata kail dan meletakkan ubat di luka tersebut. Moyang sebenarnya pasti yang dia bukan bersama golongan manusia. Tetapi golongan daripada alam lain. Sambil membaca apa yang patut, moyang memohon perlindungan daripada tuhan dan segala dewa dewi yang terlintas difikiran.

Tidak lama selepas itu, gadis tersebut mula sihat dan boleh bercakap dan tersenyum bersama anggota keluarganya. Moyang diberi upah sebiji tajau yang sehingga kini masih berada didalam simpanan salah seorang adik beradik moyang mak.  

Moyang dihantar pulang oleh 2 pemuda yang sama dengan cara yang sama. Tetapi kali ini 2 pemuda tadi tidak menghantar moyang sampai ke rumah. Cuma sampai ke pangkalan. Sebaik sahaja moyang berpaling, kedengaran bunyi deburan yang kuat dari arah sungai seolah-olah sesuatu yang besar terjun  ke dalam air dan menyebabkan bunyi dan percikan air yang kuat.
Tanpa menoleh ke belakang, moyang terus balik ke rumah.

Sesampainya moyang di rumah, moyang berkira untuk memasak dan mengambil beras dari guni beras yang telah di tampi.

Memeranjatkan! Tersusun rapi 7 guni beras yang telah siap ditampi oleh 2 pemuda tersebut. Sedangkan asalnya hanya seguni beras.

Moyang tengok pula pada longgokan padi yang telah dikemas oleh 2 pemuda tadi. Juga 7 tikar ditutup rapi. Melihat keadaan ini, moyang bergegas turun ke bawah rumah untuk  melihat ayam-ayamnya pulak.

Wow! Juga 7 kurungan sangkar ayam yang di perbuat dari buluh. Tergantung elok di bawah rumah moyang.

Besar sungguh hadiah yang diberikan oleh Raja Buaya untuk moyang kerana mengubat anak gadisnya yang sakit akibat tersangkut mata kail umpan yang dipasang nelayan.


Maaf, banyak sangat moyang yang terlibat didalam kisah ni.
Kalau mengikut perkiraan, aku adalah generasi ke-5 daripada moyang yang di dalam kisah ini. Dan aku tak pasti apa panggilan yang sebetulnya untuk moyang tu.

#Sangkar ayam yang moyang aku guna untuk kurung ayam betina dan anak ayam dia lebih kurang macam ni. Panjang dalam sedepa. Macamana aku tahu? Sebab aku pernah tolong nenek aku tangkap anak2 ayam dan masukkan ke dalam sangkar tu sebelum digantung di bawah rumah bagi mengelakkan di makan anjing atau binatang lain.

bubu.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:18 PM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 02:50 PM
melayu brunei pun begitu bah. sikit2 "jangkau dulu krg kepunan".

hehehhe...moyang aku asal kuala belait sis...jadi 'kempunan' tu umpama sumpahan bagi kami..huhuh

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:18 PM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 02:07 PM
hahahah hish.... tipikal wajah borneo tu apa? jangan bah ckp mcm tu hehehe mmg org Borneo good loo ...

Husband ai selalu gurau, muka ai mcm muka org pulau... Ai pulak gelakkan muka dia mcm hero filem tamil

Ala unduk ngadau dan kumang gawai toksah cerita, syazzy... cream of the crop hokeh. Matiklah off topic.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:22 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 03:00 PM
Rupa biasa2 jah. Tipikal wajah borneo gituh hahaha Dah berapa generasi dah, haruslah diluted... :l ...

kan?? Makin hilang kacukan tu bila sampai ke generasi ke 5..klu pun ada, ikut pada nasib..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:25 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 03:18 PM
Husband ai selalu gurau, muka ai mcm muka org pulau... Ai pulak gelakkan muka dia mcm hero filem t ...

aku pulak more to family my dad punya rupa.. mixed chinese/jepun...
so mmg mata sepet dan kerap kali disapa dalam bahasa cina...
heheheh

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:35 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 02:18 PM
hehehhe...moyang aku asal kuala belait sis...jadi 'kempunan' tu umpama sumpahan bagi kami..huhuh
...

hahaha...sebab zaman your moyang.. Sarawak and Brunei is one country kan.... tu yang sama jak dia punya adat2 kempunan ni heheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:42 PM | Show all posts

haa...ku pon nak tanya...burun tu sama ngan burung wak wak ke??? burung wak wak ni biasa banyak kat area sawah...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:45 PM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 03:35 PM
hahaha...sebab zaman your moyang.. Sarawak and Brunei is one country kan.... tu yang sama jak dia  ...

betul tu...
banyak sangat pusaka pantang larang yang moyang perturunkan pada kami..
salah satunya tak boleh makan ikan patin..sebab nanti jadi penyakit kulit..
ubatnya kena basuh pakai air tempayan yang Raja Buaya pernah bagi kat moyang..
Sekarang ni aku confused sikit, yang moyang tu cabut mata kail tu, ikan patin ke anak raja buaya?

Tapi bila sampai tang generasi kami, aku tanya mak aku kenapa tak boleh makan patin? KAlau termakan macam mana? Bukan sengaja...
Mak aku cakap..." Kalau ko makan takde apa-apa, teruskan la makan..maksudnya ok la tu...


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:48 PM | Show all posts
Edited by Laduree at 23-11-2016 02:49 PM
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 01:56 PM
Misteri Buaya Hitam Bertanduk

Rumah sepupu mak aku ni memang berdekatan sebatang sungai yang aga ...

best cerita tt..i follow story u dr thread @AnggunSophea ..
good job tt..


Sedih baca cerita pak cik Ali,tambah2 masa dia suruh anak2 lari & jgn pandang belakang
Al fatihah..moga arwah pak cik Ali ditempatkan bersama mereka yang beriman..


1st time i dengaq nama Bujang Sebelak ni..yg selalu dengaq Bujang Senang ja..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 02:59 PM | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 03:48 PM
best cerita tt..i follow story u dr thread @AnggunSophea ..
good job tt..

kat sarawak tu memang dihuni oleh sepupu sepapat Bujang Senang..
Macam2 gelaran penduduk tempatan bagi kat buaya saiz mega yang dah pernah baham orang..
Klu u pegi Kuching, sila la jejak kaki kat Jong's Crocodile Farm kat Bt. 17 jalan Kuching-Serian atau lebih tepat, Pekan Siburan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 03:04 PM | Show all posts
Memang tak dinafikan...tragedi pakcik Ali tu memang meninggalkan kesanyang mendalam pada kebanyakkan penduduk kampung terutama bapa aku.
Sebab bapa aku dah anggap pakcik ali ni sebagai adik.
Setiap kali balik ke kampung, dia la yang akan supply udang kat aku...huhuhuh

Pakcik ali ni pn ringan tulang...setiap kali  kenduri kawen atau apa2 jua keraian, dia lah antara yang terawal turun membantu.

Sebab tu semasa raya hari tu, walaupun pakcik ali dah tiada, kami masih mengunjungi mereka sekeluarga untuk meraikan hari raya. Nasib baik anak sulung & ke-2 pakcik ali dah bekerja. Cuma yang umur 17, 12 & 8 tahun tu jer yang masih perlu untuk dibela.

Sekurang2nya isteri pakcik ali tidak menanggung beban yang berat untuk membesarkan anak2nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053215s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list