Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
44475
View
925
Reply

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]

Author: annabellaruz2       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 23-11-2016 03:04 PM | Show all posts
Memang tak dinafikan...tragedi pakcik Ali tu memang meninggalkan kesanyang mendalam pada kebanyakkan penduduk kampung terutama bapa aku.
Sebab bapa aku dah anggap pakcik ali ni sebagai adik.
Setiap kali balik ke kampung, dia la yang akan supply udang kat aku...huhuhuh

Pakcik ali ni pn ringan tulang...setiap kali  kenduri kawen atau apa2 jua keraian, dia lah antara yang terawal turun membantu.

Sebab tu semasa raya hari tu, walaupun pakcik ali dah tiada, kami masih mengunjungi mereka sekeluarga untuk meraikan hari raya. Nasib baik anak sulung & ke-2 pakcik ali dah bekerja. Cuma yang umur 17, 12 & 8 tahun tu jer yang masih perlu untuk dibela.

Sekurang2nya isteri pakcik ali tidak menanggung beban yang berat untuk membesarkan anak2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:07 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 02:59 PM
kat sarawak tu memang dihuni oleh sepupu sepapat Bujang Senang..
Macam2 gelaran penduduk tempatan ...

waaa..syoknyaaa..i tatau la pasepa i interested sgt dengan buaya tau..
husben i ckp i ni pelik..haha..
bff i sarawakian tp keja dekat semenanjung..every time nk blk sarawak,mst dia ajak i..
sebab nk bwk i pi crocodile farm tu..hihi..
rasanya memang kena pi nih,since dh tau nama tempat tu..
thanx babe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 03:35 PM | Show all posts
Laduree replied at 23-11-2016 04:07 PM
waaa..syoknyaaa..i tatau la pasepa i interested sgt dengan buaya tau..
husben i ckp i ni pelik..h ...

my pleasure...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:56 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 02:45 PM
betul tu...
banyak sangat pusaka pantang larang yang moyang perturunkan pada kami..
salah satuny ...

yelah... tapi aku memang tak follow pantang larang jangkau2 kepunan2 ni...
but i think of it mcm as a way kita respect org tua. kan kecik hati kalau kita reject. so we just touch utk ambil hati je...hehe
in my family mmg tak ada pantang larang apa2..
just Pantang kalau anak perempuan tak pandai masak! tak boleh kawin selagi tak pandai masak ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 12:45 AM | Show all posts

WOW. This is interesting. Menarik sangat. Lain dari yang lain ceritanya. Menarik menarik menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 11:22 AM
Kempunan




ptt la..i bkn org srwk.tp penah dk srwk.kwn iban i pesan kalau jln rumah sedara/ kwn dia..kalau dorg pelawa mkn..try la walaupun dh knyg amek hti.oh sbb ni la ek.oh ini la sebabnya.ok dah fhm  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 11:45 AM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 24-11-2016 02:52 PM

KISAH ASRAMA

Aku memang budak asrama semenjak dari sekolah rendah. Jadi tiada masalah untuk aku menjalani rutin sebagai budak yang tinggal diasrama bila memasuki sekolah menengah. Sebagai pelajar junior (Form 1 C 2) kami tinggal si sebuah asrama yang berasingan daripada pelajar2 yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti SRP, SPM & STPM.

Pelajar Tingkatan 3, 5 & UpperSix masing2 mempunyai asrama khas kerana untuk memudahkan mereka mengulangkaji pelajaran selepas waktu study malam yang biasanya dari pukul 6pm C 8pm. Bagi yang bakal menghadapi peperiksaan besar, mereka dibenarkan untuk menyambung study sampai pukul 9 mlm.

Sekolah aku tu memang strict sangat bab-bab disiplin. Almaklum, sekolah tertua di kawasan Kuching dan agak terkenal di seluruh Sarawak. Ramai pemimpin dan orang-orang besar yang pernah belajar di sekolah tersebut.

Peel budak2kekadang malas nak study malam. Maka, berlakon lah yang diri tu tak sihat. Malas nak study kat kelas. Nak study kat asrama la kekonon. Berlakon kena gastric!

Bila pukul 6 petang, seluruh asrama sunyi sepi. Meh nak citer sikit pasal asrama aku tu.
Asalnya adalah blok bilik kelas 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik di tingkat atas dan 1 bilik guru dihujung tingkat (yang tu diubahsuai jadi bilik pengawas). Setiap bilik telah dibina lantai kayu setinggi 2kaki dari lantai simen.

Kiranya itulah katil untuk dihamparkan tilam macam saiz kat hospital bersusun sederet sepanjang lantai kayu tu. Tilam tu ada no. reg. masing2 tau. So, pandai2 lah jaga harta masing2. Setiap seorang ada cabinet khas untuk menyimpan barang2 sendiri.

Jadi kita tahulah area kita sampai had mana. Make sure tilam bantal kita tak letak kat tempat orang. Kalau tak, maka akan berlakulah pergaduhan berebut kawasanhuhuhu

Ok, tingkat bawah pula mempunyai 2 bilik kosong, 1 ruang kosong tanpa dinding depan dan belakang. Manakala sebuah lagi bilik telah diubah menjadi bilik air. Bilik air ni pulak dibahagi kepada 2 bahagian.

Kalau dari pintu masuk, yang belah kiri adalah deretan bilik air sebanyak 12 paip. (Penghuni asrama ada lebih kurang 100 orang). Yang belah kanan pula hanya ada 2 toilet dan bahagian yang selebihnya ditutup dengan zink. Bayangkanlah dengan penghuni seramai tu, toilet 2, macamana nak tampung?

Dah la kerap tersumbat gara2 ada yang bengap pi buang pad dalam toilet. Yang ni memang masalah biasa di asrama perempuan. Disebalik zink tu pulak memang kerap dah penghuni asrama mendengar bunyi2 serambunyi zink dicakar. Kadang2 bunyi zink ditendang. Bunyi air paip pun ada.

Yang aku nak cerita ni adalah kejadian yang aku alami bersama rakan nakal aku.
Pada sebelah siang petang Ahad tu, aku dengan beberapa rakan pergi masuk hutan kat belakang asrama kerana ada info yang pokok mangga tengah berbuah lebat. Kami memang hantu mangga woojangan kata mangga, segala macam pokok buah yang tumbuh meliar berhampiran asrama, kami akan kendurikan. Rambutan baru nak menguning pon habis kena petik. Inikan pula mangga yang memang sedap dimakan muda atau masak.

Nak dijadikan cerita, aku dan beberapa orang rakan pergilah ke lokasi pokok mangga tu.
Wowbuah memang banyak. Tapi tinggal kat atas sahaja. Yang kat bawah habis dah kena kaut orang lain. Panjat punya panjat, aku terpijak dahan yang ada penyengat. Aku tak sempat nak turun, tapi aku terjun. Nasib baiklah dahan tu tak tinggi sangat dan aku terselamat daripada terkehel. Betempiaran kami lari menyelamatkan diri. Sempat juga la dapat hadiah daripada penyengat tu. Nasib baik bukan lebah.

Tetapi, yang tak syoknya, hadiah yang lebah tu bagi pulak betul-betul kat kelopak mata dan bibir. Kawan aku pun terkena kat bibir dan pipi. Yang sorang lagi kelopak mata, cuping telinga dan tangan.

So, boleh imaginekan tak rupa kitaorg? Bengkak mata dan mulut. Tapi syok sebab, bila kita tak sihat, pengawas akan tolong tapaukan makanan dari kantin. Ni memang tugas dorang tau..setiap asrama akan dijaga oleh 6 orang atau lebih pelajar senior yang ditugaskan sebagai pengawashehhe

So malam tu kami bertiga study je kat asrama dan sudah pastinya dalam bilik pengawas sebab tiada sesiapa yang dibenarkan untuk berada dibilik asrama ketika study. Bilik pengawas ni berada dihujung sekali berhampiran dengan hutan dan tempat pembuangan sampah.

Biasanya ada 2 pengawas yang bertugas. Tetapi malam tu,memandang ada kami bertiga, maka hanya seorang sahaja pengawas yang bertugas. Ketika kakak pengawas turun ke bilik air ditingkat bawah, kami berborak. Cerita apa lagi kalau bukan cerita disengat penyengat petang tadi sambil ejek mengejek rupa alien memasing angkara disengat penyengat.

Kikikikiki hiihiihiiihiiikami ketawalucu..kikikikikiiiihiiihiii..
baru kami perasan..ketika kami ketawa, ada yang join sama..
Hiiihiiiihiiiiihiiiiiii..kami terdiam.
Ellehmesti kakak pengawas tadi saja nak usik kami
Hiihiiihiiihiiiiiiii.hihihiih.hihihiiii

Tiba-tiba kakak pengawas masuk dengan muka pucat lesi..erkkk! Kami pandang memandang

kenapa kak tanya ku.

kakak pengawas menunjukkan isyarat diam, jari telunjuk dibibir.
Aku dan 2 orang rakan ku terdiam..badan dah mula seram sejuk

Kedengaran bunyi mengilai diluar bilik seolah2 dari depan ke belakang dan ke depan semula..
Kakak pengawas pantas mengambil bible dan memegang rantai salib sambil bibir terkumat kamit tanpa henti.

Kami bertiga masih lagi terdiam. Tak tahu nak buat apa. Serentak kami terjerit bila siren panjang berbunyi. Rupa-rupanya siren habis study. Sebentar lagi asrama akan jadi riuh rendah apabila pelajar kembali ke asrama. Dipenghujung siren, kai memasang telinga.tiada lagi bunyi hilaian ngeri.. hilang begitu saja... namun kami masih tidak mampu untuk bergerak sehinggalah kedengaran hiruk pikuk suara penghuni asrama. Sebaik sahaja seorang pengawas masuk ke bilik tersebut, terus kakak pengawas tu mengadu tentang kejadian tersebut. Selamba pengawas yang sorang lagi berkata.

Aku dah banyak kali kena masa duty. Saja tak nak cerita sebab tak nak korang takut katanya.
Semalam pun aku lembaga putih terbang dari atas pokok ke timbunan sampah. Sebab tu la aku selalu marah budak2 ni yang buang pad tak dicuci dan dibungkus sambungnya lagi.

Dari apa yang aku dengar kakak pengawas tu cerita, dia dah kena kacau masa kat bilik air lagi.
Sebaik jer keluar dari bilik air, dia ada makhluk tengah mencangkung elok jer menjilat pad yang masih berdarah. Tu pasal dia lari naik ke tingkat atas macam usin bolt, katanyahehhe

Itulah yang pertama dan terakhir aku study kat asrama. Lepas tu, walaupun aku tak sihat, aku akan study jugak dalam kelas sebab ramai orang.

oh, ya. Masa tahun ke-2 aku kat asrama tu, bahagian yang ditutup zink telah dibuka oleh pihak sekolah. Maksudnya banyaklah bilik air dan toilet yang boleh digunakan oleh penghuni asrama. Makanya tiada lagi kes berebut bilik air dan toilet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 12:17 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 24-11-2016 01:23 PM

Tunang Si Bongsu Buaya

Pernah dengar tak pasal manusia biasa bertunang dengan makhluk dari alam lain?

Macam  kisah khayalankan?

Tapi aku nak ceritakan pasal makcik aku yang sorang ni..tinggal sekampung dan merupakan kakak ipar mak aku.
Tak tahu dari mana asal ceritatetapi makcik aku ni memang lain macam sikit orangnya.

Masa orang tengah heboh pasal buaya mengganas, dia masih selamba turun sorang2 ke muara sungai mencari sejenis siput yang boleh dimakan.Kami sebut tekuyung kerikap. Nak mengutip siput ni senang jer. Sebab siput ni suka melekap pada batang2 pokok yang terdapat di dalam sungai.

Siput sungai tak berlumpur seperti siput bakau. Ianya bersih. Nak masak pun senang. Tak perlu nak bersusah payah membasuh.

kerikap.JPG

Aku pernah pergi memancing petang dan balik malam dengan makcik ni. Ada la dalam 5 orang masa tu.
Aku ni fobia gelap. Jadi kalau berjalan dalam gelap, aku akan berada di tengah2. Mak aku berjalan dibelakanngku. Dan makcik tu dibelakang sekali. Semasa merentasi padang bola, aku terdengar bunyi seperti ayam berketak. Aku pandang kiri kanan. Ayam sapa pulak tu? Bunyi macam dekat. Tapi setau aku, tak ada rumah yang berdekatan. Kot ayam sesat.

Aku dengar mak aku cakap jangan pandang2jalan jer

Sekali lagi aku dengar bunyi ayam berketak..

Jarak aku dengan 2 sepupu aku yang kat depan tu dalam 3 depakotdorang melangkah laju sambil berbual..

Jalan cepat sikit..Kejar yang kat depan tu kata mak. Aku pun melajukan langkah..

Entah kenapa dari hujung mata aku seperti ternampak seolah-olah bebola api sedang berjalan di belakang makcik. Cepat-cepat aku pandang ke depan. Ketika itu juga la bulu tengkuk aku tegak.

Nasib baik jarak rumah dengan padang tu tak sampai 500meter. Maka cepat la sampai ke rumah.

Sebaik aku nak membuka mulut bertanya, mak aku dah jengil2 mata. Aku faham isyarat tuJANGAN TANYA APA-APA

Maka termatilah niat untuk bertanya atau merisik cerita.

Berbalik kepada kisah mencari siput, dalam orang lain kecut perut nak turun ke sungai untuk mencari siput, makcik ni selamba jer turun meranduk air sorang2. Confident sangat. Sedangkan beberapa hari sebelum tu salah seorang penduduk telah menembak buaya dilokasi yang sama makcik tu mencari siput.

Pernah ada orang yang ikut makcik ni mencari siput, tetapi orang tu tak berani turun ke dalam air sebab ternampak kelibat buaya. Makcik tu macam biasalah..high confident levelhuhuhu

Desas desus mengatakan yang makcik tu adalah tunang kepada bongsu buaya. Pernah sekali dia duduk di atas belakang buaya dan dibawa hampir ke tengah sungai..nasib baik ada orang yang tarik tangan dia untuk naik ke atas. Dia?? Dia mengaku yang dia tak sedar bila masa dia berada di atas belakang buaya..

Aku nak bercerita dengan lebih mendalam pun susah jugak sebab info yang aku dapat agak terbatas sumber dan kesahihannya.
Aku cerita sekadar yang aku tau jer..

Sorry kalau citer ni tak menarik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 12:40 PM | Show all posts
parking dulu, lama x dpt baca cerita seram mcm ni...cerita seram yang ada ilmu am sekali....terima kasih t.t...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 01:45 PM | Show all posts
woddy replied at 24-11-2016 01:40 PM
parking dulu, lama x dpt baca cerita seram mcm ni...cerita seram yang ada ilmu am sekali....terima k ...

sila2..parking free...
thanks sudi baca..

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:53 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 10:45 AM
KISAH ASRAMA

Aku memang budak asrama semenjak dari sekolah rendah. Jadi tiada masalah untuk aku m ...

hahaha..jangan tak tahu,
aku tengok makhluk tu hisap pad tu sampai bersih! terbayang2 lagi nih...
Sampai sekarang, ada lagi habit pompuan yang tak basuh pad

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:53 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 11:17 AM
Tunang Si Bongsu Buaya
Pernah dengar tak pasal manusia biasa bertunang dengan makhluk dari alam lai ...

makcik tu ada ilmu ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 01:55 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 02:53 PM
hahaha..jangan tak tahu,
aku tengok makhluk tu hisap pad tu sampai bersih! terbayang2 lagi nih... ...

kes tu memang banyak...
bayangkan kat sekolah tu ada 5 asrama perempuan...semua ada kes yang sama..
huhuhuh

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 01:57 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 02:53 PM
makcik tu ada ilmu ke?

ilmu apa ye?? Ilmu penunduk buaya kot? huhuhu
yang aku tahu, makcik tu berani semacam...
malam2 dia mancing sorang2 ke hulu sungai..
kami memang tak berani nak memancing jauh kalau waktu malam.
dulu hobi aku memang suka memancing malam...tp biasanya kat sawah makcik jer sebab dekat.
Seberang jalan jer...tapi lepas kes burung ketupung tu, kami tak dibenarkan memancing kat situ lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:14 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 02:51 PM
Penampakan makhluk bertanduk & bersisik seperti naga

Aku belajar di sekolah rendah yang berhampir ...

best nya baca kisah cmni...rare kn teringat dulu2 rajin baca kisah tamar jalis..keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:19 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 12:57 PM
ilmu apa ye?? Ilmu penunduk buaya kot? huhuhu
yang aku tahu, makcik tu berani semacam...
malam2  ...

selalunya kalau buaya jadi jinak ni, orang tu ada ilmu penunduk la
itu yang aku dengar dari orang tua2. Tak jauh dari kampung aku, ada satu sungai
memang ada buaya tapi muncul sekali sekala..
orang kampung takut, so, panggil orang yang ada ilmu penunduk.
buaya tu sampai sekarang tak muncul..entah mana perginya

bukan tok moh buah kelapa tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:32 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 01:57 PM
ilmu apa ye?? Ilmu penunduk buaya kot? huhuhu
yang aku tahu, makcik tu berani semacam...
malam2  ...

ada yg berkenan kot ngan dia pasal dia selalu berani sorang2 turun sungai tu...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 02:52 PM | Show all posts
Kisah pendek ni aku tak tau bermula dari mana..
macam aku cakap orang iban ni banyak sangat kepercayaan..
kang kalau aku cakap karut kang, takut ada yang terasa..

maaflah ye....

Biarlah aku namakan makcik ni Lina jer la yer...
Suami makcik Lina ni kerja di jabatan ukur di Kuching..
Rumah dia adalah yang ke-2 batu selepas rumah aku dan tercantik di kampung pada masa tu..
Lina ni memang cantik..almaklum laki gaji besar..tetapi sayang..
buat onar guna2kan laki dia dan ada skandal dengan pemuda kampung tersebut yang merupakan anak buah dia sendiri.

Pada suatu masa, suami Lina ditugaskan ke tempat lain, Jadi mereka sekerlurga terpaksa berpindah. Pada mulanya Lina berkeras enggan mengikut suaminya untuk berpindah dengan alasan anak2 masih bersekolah.

Maka pergilah si suami bertugas ditempat baru. Sebulan sekali si suami akan balik ke kampung menjengah Lina dan anak-anak.

Sedangkan Lina? Ini lah kesempatan yang ditunggu-tunggu. Dia lepas bebas berskandal dengan pemuda tersebut. Kemuncaknya mereka ditangkap basah ketika sedang berasmara di rumahnya apabila ibu pemuda tersebut kebetulan pergi menjemput Lina untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak perempuannya.

Sebenarnya ibu pemuda tersebut adalah kakak Lina. Apabila pekung telah pecah, maka pihak pemuda cuba untuk memisahkan mereka, namun tidak berjaya. Si pemuda melarikan diri bersama Lina ke bandar.

Kakak pemuda tersebut pergi berjumpa bomoh untuk mengubat adiknya. Bomoh memberitahu bahawa si pemuda sudah terkena guna-guna Lina. Ada cara untuk memisahkan mereka. Iaitu memberi minum pemuda tersebut dengan air jampi untuk menghilangkan guna-guna.

Tetapi tak lama...mereka hanya lari selama 3 hari sebab anak-anak Lina, siapa yang nak jaga?

Maka berjaya juga keluarga pemuda tersebut memisahkan mereka. Dan Lina tidak semena-mena bersetuju untuk berpindah ke tempat lain mengikut suaminya.

Desas-desus mengatakan bahawa, pada malam mereka kembali ke kampung, Lina telah bermimpi. Dia terbaring ditengah-tengah lingkaran seekor ular hitam yang besar dan panjang.
Ular tersebut menjilat seluruh tubuh Lina dan berkata bahawa Lina adalah milik dia.

Lina terjaga dalam  ketakutan. Yang lebih menakutkan adalah didepan rumah Lina terdapat seperti bekas ular yang besar menyusur ke seberang jalan menuju ke sawah penduduk yang terdapat diseberang jalan. Pokok padi tumbang dan kelihatan seperti dilalui oleh sesuatu yang besar dan panjang kerana laluan tersebut betul-betul membelah sawah menjadi 2 bahagia,

Jika Lina tidak berpindah keluar dari kampung tersebut, berkemungkinan dia akan ditimpa bencana.

Semenjak Lina dan keluarganya berpindah, rumah telah terbiar dan sesekali mengundang angker bila ada yang pernah ternampak ada cahaya lilin dari dalam rumah.

Tetapi semasa pembinaan projek highway serta perumahan kat depan kampung aku tu, rumah tersebut telah menjadi rumah sewa kepada pekerja2 bangladesh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 02:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 03:19 PM
selalunya kalau buaya jadi jinak ni, orang tu ada ilmu penunduk la
itu yang aku dengar dari orang ...

hahaha...tok moh buah kelapa tu memang kelakar..

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 05:56 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 02:53 PM
hahaha...tok moh buah kelapa tu memang kelakar..

Padu TT orang srawak tek, srawak area siney bah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 01:53 PM
hahaha..jangan tak tahu,
aku tengok makhluk tu hisap pad tu sampai bersih! terbayang2 lagi nih... ...


biasa hantu yg isap darah pad ni hntu asrama la kn..u nampak bebetul ke? wujud rupanya ingt citer dongeng ja.masa sekolah dlu punya la tkt..skrg stay kolej xrasa pulak tkt..ni bca u tulis ni..tetiba pulak rasa seram  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-11-2016 01:57 PM
ilmu apa ye?? Ilmu penunduk buaya kot? huhuhu
yang aku tahu, makcik tu berani semacam...
malam2  ...

Mak cik tu mcm mana sekrang ye? Kalau mak cik tu p tempat taman orang bela buaya, mcm mana reaksi buaya tu dengan mak cik tt?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:16 PM | Show all posts
mak.esah replied at 24-11-2016 04:57 PM
biasa hantu yg isap darah pad ni hntu asrama la kn..u nampak bebetul ke? wujud rupanya ingt cite ...

ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut..
sekali tengok sedap je makhluk tu hisap darah kat pad..
pad yang bersepah kat lantai tu bersih macam tak pernah pakai..
jadi, makhluk tu memang hisap sampai bersih la
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 06:16 PM
ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut. ...

siyes meh..ok mmg seram kalau jd dpn mata..dah la stay kolej ni  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 06:16 PM
ya..depan mata
time tu masa kat asrama kolej di universiti..
terbangun tengah malam nak memerut. ...

klu dh bersih smpai mcm tu, bole la recycle. jimat sket  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055178s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list