View: 14276|Reply: 124
|
Ditinggalkan kekasih tanpa diberi ruang bicara.
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Saya ingin minta pendapat dan nasihat mengenai situasi saya.
Saya baru lepas berpisah dengan kekasih. Kami bercinta selama 9 tahun. Sebulan yang lepas si dia minta putus dengan sebab dia lakukan solat istikarah. Dia tawar hati dengan hubungan kami berdua. Ya saya akur hubungan kami melalui satu jangkamasa yang lama. Namun sebelum ini kami telah merancang untuk lansungkan perkahwinan pada hujung tahun depan. Family dia dan saya sudah pun mengetahui rancangan kami untuk berkahwin. Family dia pon sudah kenal rapat dengan family saya.
Sebelum berpisah, saya seringkali dilanda perasan tidak sedap hati dengan perubahan mendadak bekas kekasih saya. dalam tempoh sebulan dia sudah jarang bermsg dan call. Dikala saya call dia hanya bercakap sepatah dua kata apatah lagi bila saya bermsg. Saya sering ingatkan dia jika ada masalah bawa berbincang. Saya sentiasa beri ruang untuk berbincang. Namun dia seolah2 menyembunyikan sesuatu.
Sehingga pada 2-3 hari sebelum berpisah dia tidak membalas sebarang msg dan call dari saya. Saya terlibat dengan kemalangan pon dia masih tidak angkat call. Saya cuba hubungi kakaknya bertanyakan samada kekasih saya ada masalah. Kakaknya pon tidak tahu menahu. Namun selapas solat isyak, dia hantar msg yang dia minta putus kerana dia solat istikarah dan tak nampak saya dalam hati dia. Bila saya bertanyakan samada dia berkasih dengan orang lain, tergagap2 katanya untuk menyatakan kebenaran. Saya terkedu dan terkilan....Saya mengajak dia untuk berjumpa dan berbincang namun si dia berkeras supaya saya jangan hubungi dia lagi. Katanya dia nk mulakan hidup baru. Saya ada cuba meminta nasihat dan pertolongan kepada kakak dan emaknya untuk berbincang dengan kekasih saya. Namun tiada khabar berita dari keluarganya.
Sekarang ni genap sebulan lebih kami berpisah. Dua minggu yang lepas saya cuba bermsg kakaknya untuk bertanyakan keadaan bekas kekasih saya, namun kakaknya tidak membalas. Adik lelaki dia juga telah blocked saya di whatsappnya. Saya agak bingung apakah keluarga si dia telah membenci saya? Terduduk saya memikirkan apa yang sebenarnya terjadi...Profile contact bekas kekasih saya juga tidak kelihatan di Telegram. Adakah saya telah dibuang begitu rupa dari hidupnya...Adakah dia sudah tiada sebarang perasaan terhadap saya walaupun sedikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
hello TT
Dila rasa salah satu sebabnya ialah perhubungan yang terlalu lama menjadikan semuanya menjadi hambar. Maybe jugak bekas kekasih merasakan kasih dan cinta beliau dah berkurangan dan slowly hilang.
so lupakan tentang kenapa dan mengapa.
apa yang tt perlu buat
1) terima hakikat
2) bersabar dan tawakal dari sudut lain, ini adalah platform untuk TT kembali dekat kepada Allah dan mohonla DIA berikan TT petunjuk dan hidayah
3) Patah tumbuh hilang berganti - kena redha
4) Jual mahal sikit please. Stop berhubung dengan ahli keluarga bekas kekasih sbb ahli keluarga pasti akan meyebelahi bekas kekasih
5) Nak memuaskan hati...hantar satu text yang kaw kaw TT luahkan kemarahan dan bertapa x gentlemannya dia...tapi xpayah nak pujuk memujuk
6) busykan diri
7) cantikkan diri atau tampankan diri ( since dila xsure ni lelaki ke pompuan ke aku xabis baca ni )
8) start jumpa org baru
And paling penting teruskan hidup and pikir perkara yang positif and twist sikit ur mind...how free u are when no one to report to.
so, its not end of the world ok...
|
|
|
|
|
|
|
|
9 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Memang susah nak melupakan lagi2 awk ditinggalkan tapi bersyukurlah ex awk buat decision sebelum anda berdua berkahwin. Jangan dikerjar, jangan cari lagi ex awk dan family dia. Awk kena move on kuatkan diri nekad. Sila block no phone ur ex & juga family2 mulakan hidup baru. Bukan end of world lagi jadi awk pun berhak untuk bahagia. Belajar untuk menerima hakikat.
Jangan nampak desperate sangat kumbang/bunga bukan sekor/sekuntum
|
|
|
|
|
|
|
|
Si dia adalah hawa.
Saya ada cuba untuk belajar terima hakikat dan redha. Namun redha dengan apa yang berlaku bukan sesuatu yang mudah. Memang saya akui.
Saya akui hubungan kami mmg lama dan jarak jauh. Namun saya berusaha untuk bersabar dan kuatkan semangat demi menghalalkan hubungan kami. 9 tahun saya sentiasa beri kata2 semangat kepada kami berdua.
Namun tahun ke-9 hubungan kami penuh dengan cabaran yang tidak saya jangka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doublethread at 22-11-2016 03:38 PM
All I can say is, solat istikharah tu is just her excuse. Tunggang apa paling selamat untuk tindakan 'nampak' betul? Yaaaa....tungganglah agama.
Daripada apa yang TT tulis, dah terang benderang ini kes hati beralih arah.
Semoga TT kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Istikharah tu sekadar alasan sahaja. Harap TT tabah dan cuba sedaya upaya lupakan dia dulu. Buatlah benda yang boleh lekakan si dia. Kalau ada barang2 tu mula letak dalam kotak sorokkan/buang takut terkenang kenang.
Bersabar lah ya |
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan komen #2 @adila39
Kami bercinta selama 9 tahun
lama nya tu kawan, kalu beranak dh 3 anak
tabah la ye dik |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 relationship terlalu lama mmg bosan..by the time u nak settle down ppn akan give up even dah bcinta lama..i pun pnh terlibat dlm relationship bertahun2 xda ending..mayb la mayb je ye dia fedup dgn alasan2 n b4 this u ada buat somthing tp dia mcm forgive tp girl easy to forgive never to forget..family dia x benci kau mungkin tp kalau fam dia layan kau tp si dia melarang any contact kan jd hal adik beradik nanti..plus kau org luar kot wat for nak gaduh dgn adik beradik pasal org luar..jd kalau dh d pujuk2 si dia x nak..sila move on je..ingatla kalau kau sayang dia lepaskan dia if dia dtg balik mmg dia jodoh kau tp kalau x sila lupakan (pinjam ayat novel) |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya hubungan kami diduga dengan satu dugaan yang diluar jangkaan saya.
Selang beberapa minggu menjelang hari raya Aidilfitri pada tahun ini, dia ada berterus terang kepada saya yang dia ada menjalini hubungan dengan seorang lelaki selama 3 bulan di belakang saya. Dia juga menyatakan kepada saya dia telah terlanjur 3x dengan lelaki ini. Pada ketika itu saya amat terkejut dan hati saya terus hancur. Seolah2 ada pisau robek dada saya.
Dia menangis semalam dan ingin kembali pada saya. Dia berkeras untuk tinggalkan kekasih gelapnya. Saya pada ketika itu kelu tidak berkata. Dia memohon pada saya supaya tidak memberitahu pada keluarganya.
Saya cuba solat hajat dan selepas bincang panjang lebar, saya dengan rela hati memaafkan dia. Saya akui kekasih saya telah terlanjur. Ketika itu saya terima dia dengan hati terbuka. Saya beritahu pada dia, saya akan mengahwini dia pada tahun depan. Saya minta dia agar bersabar. Ramai yang mungkin kata saya buta hati..namun saya sedar apa yang saya hdapi..saya sayang dia demi Allah..saya berusaha siang malam untuk berkerja untuk kumpul duit untuk berkahwin.
Namun saya tidak terjangka sekali lagi dugaan melanda pada bulan lepas. Dia minta saya lepaskan dia dengan alasan solat istikarah. Dia juga meminta saya jangan hubungi dia. Dia tidak memberi ruang kepada saya untuk berbincang.
Saya bingung..dikala dia pernah dihimpit dengan ketelanjuran dia bersama kekasih gelap dia, dia menangis untuk diberi ruang berbicara dan terima dia kembali.
Kini bila dia tinggalkan saya tanpa bicara, saya tertanya apakah si dia tiada perasaan belas kasihan untuk memberi ruang untuk berbicara dengan saya.
Kadang kala saya terasa dipermainkan sebegitu rupa. Namun saya tahu, Allah datangkan dugaan sebegini rupa unutk memberitahu saya akan sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Move on.cry now if u want.9 yrs? Gosh. I wldnt want to stay "bercinta" semata utk selama tu. How old r u? Sujud syukur, u gonna find someone much better! |
|
|
|
|
|
|
|
lama sgt, pompuan bosanla tggu lama2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa lelaki ke? What takes u so long.kalaj i dh lm blah. |
|
|
|
|
|
|
|
cari lain lah dik. dalam elok ada relationship boleh pulak "makan" ngan lain. sudah2 lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tt, time will heal.. Tu sebab forumer kat sini semua suh sabar..
Sbb sabar tu menahan / tunggu
Brapa lama? Yg tu ikut tahap kelukaan hati tt..
Lagi dalam luka, lg lama masa diperlukan.. Lebih cpt tt rasional kan benda ni..cari hikmah2 yg dtg di sebalik kejadian2 ni, lg cepat sembuh. Good luck tt. |
|
|
|
|
|
|
|
btw saya memang lelaki dan next year akan jangkau 34.
Tu lah saya pon dah rasa amat penat nk bercinta. Penat nk beri kesetiaan. Penat nak bersabar.
Bukan saya membenci kaum hawa. Saya hormat pada golongan hawa. Even berjalan pon tunduk kebawah. Susah nk memandang hawa2 yang lain dikala saya sayangi sesorang. Nk memandang tepat ke mata pon rasa mcm bersalah kepada kekasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tahu forumer2 disini motovasinya tinggi2.
Saya ambil kekuatan untuk register forum ini..sudah seminggu saya membaca thread2 yang ada.
Saya terbuka hati untuk berkongsi dan mohon pendapat di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
yang boleh merawat luka tu cuma masa je. cuba busykan diri and cari hobi/ kawan baru |
|
|
|
|
|
|
|
move on bro... tk perlu la dilema lgi ade "wife" yg pernah terlanjur dgn kekasih gelapnya...
bnda ni akan mghantui ko nnti... aku dlu pnah ade ex yg ade ank luar nikah lg...
at the end of the day ko akan lalui khidupan seperti biasa, dan ko akan berkata dlm hati "aku tenang"...
duit yg ko simpan tu, letak kt asb biar beranak2 dlm tu, dh jmpe psgn yg sesuai ko xperlu la nk stress2 duit xckop kan...
ade hikmah semua ni bro, insyaallah akan dpt yg lbih baik dr skrg...
yes 9 tahun bkn sng nk lupakan mcm tu je, cbe kenal2 dgn wanita lain... mne taw "melekat" kan...
Tk perlu pening kpala psl pmpn... ko berkorban la apa pon, redah hjan ke, xde duit pon ko still bg jgak dan juga lain2, once dia dh xnk ko, jadilah seperti karangan "aku sebatang pen" ....
panjang pulak...
gudluck bro...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersimpati dengan nasib TT. Aku dulu pun setia 5 tahun last2 ditinggalkan..faham ape yang tt rasa. TT lagi la lama 9 tahun tu menyulam kasih compom susah nak let go move on dan lupakan dalam sekelip mata. Tapi bertabah la tt dalam 2,3 bulan ni sakit la sikit..nanti dah lama2 akan ok dan TT akan rasa bersyukur sangat dengan setiap hikmah kejadian..tambah lagi lepas ni kalau dah jumpa yang baru. Nasihat aku nanti andai kata TT dah jumpa yang baru jangan tunggu lama2 TT. Perempuan ni tak suka tunggu lama2 dia akan ingat lelaki ni tak serius dan sekadar nak main... Pe pun good luck TT. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|