CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8200|Reply: 14

F1: Hamilton-Rosberg Berebut Gelaran Dunia Di Abu Dhabi

[Copy link]
Post time 23-11-2016 07:50 AM | Show all posts |Read mode


PERLUMBAAN pusingan akhir Formula Satu (F1) musim 2016 di Abu Dhabi hujung minggu ini dijangka menjadi tarikan apabila persaingan merebut takhta juara dunia akan terjawab di Litar Yas Marina.

Setakat ini, di atas kertas pelumba Mercedes, Nico Rosberg sedang mendahului kedudukan teratas keseluruhan pelumba dengan jumlah 367 mata.

Namun jumlah itu belum cukup selesa buat pemandu kelahiran Jerman ini memandangkan rakan sepasukannya, yang juga juara bertahan Lewis Hamilton dilihat seperti 'singa lapar' untuk mengambil alih kedudukan tersebut.

Hamilton, juara dunia bagi tahun 2008, 2014 dan 2015 hanya ketinggalan 12 mata untuk berada di tempat kedua.

Selepas gagal mempertahanan trofi juara sejak Pusingan 12 di GP Belgium (tempat ke-3), GP Itali (kedua) GP Singapura (ketiga), GP Malaysia (tarik diri) dan GP Jepun (ketiga), Hamilton dilihat seolah-olah sudah tidak berpeluang lagi untuk memintas Rosberg yang ketika itu lebih konsisten meraih  tempat pertama.

Malah rata-rata sudah membuat jangkaan awal bahawa musim ini gelaran juara dunia sudah menjadi milik Rosberg termasuk Hamilton meletakkan harapan 50-50 untuk perebutan juara dunia musim ini.

Bagaimanapun, pelumba Britain berusia 31 tahun ini kembali mengaum menjulang trofi kemenangan pada tiga perlumbaan terakhir iaitu di GP Amerika Syarikat, GP Mexico dan GP Brazil.

Kemenangan tiga kali berturut-turut itu menyaksikan Hamilton menghampiri Rosberg dan penentuan juara keseluruhan bakal terjawab di Abu Dhabi.

   Rosberg perlu menguasai kedudukan tiga teratas pada pusingan akhir F1 sekiranya mahu bergelar juara dunia.



Sekiranya, Rosberg, 31, berjaya menamatkan perlumbaan terakhir dalam kedudukan tiga terbaik, dia berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama.

Sehingga kini, keputusan kemenangan tempat pertama di antara Hamilton dan Rosberg adalah seri dengan sembilan kemenangan keseluruhan.

Menurut Hamilton, apa sahaja yang berlaku hujung minggu ini, dia tetap berbangga dengan pencapaian cemerlang pasukan musim ini.

"Kamu tidak akan tahu apa yang bakal terjadi nanti. Saya tetap bangga dengan pencapaian dan telah memberi yang terbaik.

"Musim ini bukanlah yang terbaik buat saya. Namun saya tidak akan mengalah," ujarnya kepada Eurosport sebelum ini.

Rekod kemenangan musim ini:

Hamilton (355 mata): GP Monaco, GP Kanada, GP Austria, GP British, GP Hungary, GP Jerman, GP USA, GP Mexico, GP Brazil

Rosberg (367 mata): GP Australia, GP Bahrain, GP China, GP Rusia, GP Eropah, GP Belgium, GP Itali, GP Singapura, GP Jepun

- mstar -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 10:10 AM | Show all posts
dah terjadi fan HAM sejak dia kat mclaren lagi sampaila dia join merc
walaupon begitu aku utk season ni aku vote for ROS
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:56 PM | Show all posts
best coz race smpi final round baru tahu siapa champion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2016 02:35 PM | Show all posts
Rosberg Ikrar Perlumbaan Bersih Dalam penetuan Juara Di GP Abu Dhabi

Nico Rosberg berikrar perlumbaan menentukan kejuaraan Formula Satu (F1) dengan rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton, di Grand Prix (GP) Abu Dhabi akan berlangsung dalam perlumbaan bersih.

Rosberg mendahului Hamilton dengan 12 mata menjelang perlumbaan di Sirkit Yas Marina itu dan akan menjulang gelaran pertamanya sebagai pemandu F1 andai dia menamatkan perlumbaan di podium.

Hamilton telah memenangi tiga perlumbaan terakhir sementara Rosberg terus berjuang mengatasi pemandu Red Bulls, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, untuk memastikan nasib berada dalam genggamannya.

Rosberg akan dikurniakan mahkota kejuaraan jika pasukan yang mendapat jolokan Silver Arrows itu gagal menamatkan perlumbaan.

Namun, pemandu Jerman itu enggan mengikut jejak Ayrton Senna dan Michael Schumacher yang memenangi kejuaraan hasil daripada beberapa perlanggaran dahsyat.

"Ia akan menjadi hujung minggu yang sama seperti sebelum-sebelum ini di mana saya akan berlumba untuk memenangi perlumbaan dan melakukan apa yang diperlukan untuk memastikannya," kata Rosberg.

Sementara itu, Fernando Alonso menepis khabar angin yang mengatakan dia akan beralih ke Kejohanan Kereta Lasak Dunia (WEC) dengan menyatakan dia akan komited dalam F1.

"Saya 100 peratus komited untuk bersama pasukan pada musim depan."

Bagaimanapun, Jenson Button hampir pasti akan menjadikan penampilan ke-305 peribadinya sejak muncul pada tahun 2000 sebagai perlumbaan terakhirnya.

Dia bakal menjadi pelumba ketiga terbanyak yang beraksi dalam kancah F1 di belakang Rubens Barrichello (323) dan Michael Schumacher (307).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 03:50 PM | Show all posts
Saingan Menghiburkan

Abu Dhabi: Perebutan kejuaraan Formula Satu antara dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg mengungguli senarai bagi Grand Prix Abu Dhabi Ahad ini namun ‘pertunjukan Max Verstappen’ mungkin tetap menghiburkan.

Selepas perlumbaan dalam hujan lebat yang sensasi di Brazil menyaksikan pemandu Red Bull berusia 19 tahun itu melonjak dari tangga ke-16 untuk menduduki tangga ketiga pada saat-saat akhir, pemandu Belanda itu tiba di Yas Marina dengan kritikan dan ejekan di sekelilingnya.

Pemenang paling muda dalam sukan itu boleh mencetus lebih banyak kejutan mahupun masalah buat pencabar kejuaraan.

Dia dan rakan sepasukan dari Australia, Daniel Ricciardo tidak boleh sekadar berdiam diri menyaksikan dari jauh Hamilton dan Rosberg bersaing merebut kejuaraan.

“Nico memandu dengan memikirkan mengenai kejuaraan,” ujar prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner.

“Dia pasti akan melihat cermin keretanya lebih kerap menuju ke selekoh pertama dan pemandu kami, mereka tidak berada di posisi itu jadi mereka tidak kisah.

“Mungkin Nico kalah dan kami menjadi kawan baik Lewis jika kedua-dua kereta kami mampu mencelah di tengah-tengah antaranya dan Nico.”

Ketika Ricciardo sudah pasti menghuni tangga ketiga keseluruhan, Verstappen boleh merampas tempat keempat daripada pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, kedua-duanya hanya dipisahkan dengan lima mata.

Verstappen dan Vettel bertembung di Mexico bulan lalu, satu daripda beberapa insiden yang menyebabkan kemarahan pemandu lain mengenai sikap pemandu muda itu yang tidak mengira reputasi dan peraturan.

Pada masa sama, Verstappen memenangi undian secara dalam talian ‘Pemandu Terbaik Harian’ dalam kalangan peminat banyak kali musim ini yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Tidak kira kritikan mahupun pujian diterimanya, Verstappen tidak mempedulikan semua itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 06:40 PM | Show all posts
GP Abu Dhabi: Hamilton-Rosberg Jadi Tumpuan Aksi Latihan Bebas



LEWIS Hamilton berada di kedudukan teratas dalam dua sesi latihan bebas Grand Prix Formula Satu (F1) Abu Dhabi pada Jumaat malam.

Keputusan tersebut memberi sedikit keyakinan kepada pelumba Britain itu yang kini cuba mencari kelebihan 12 mata untuk mengatasi rakan sepasukannya di Mercedes, Nico Rosberg bagi menjulang trofi kejuaraan dunia buat kali keempat sepanjang kariernya.

"Saya tetap akan menjadi pelumba No.1 sekiranya Rosberg bergelar juara dunia musim ini," jelasnya sinis kepada Rosberg.

Pusingan terakhir perlumbaan F1 ini menjadi perhatian berikutan saingan sengit di antara Hamilton-Rosberg dan Litar Yas Marina bakal menjadi saksi juara keseluruhan musim 2016.

Dan sekiranya Rosberg hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dan ke bawah, bermakna Hamilton akan mempertahankan kejuaraannya sejak tahun lalu.

Jelas Rosberg, tugasnya amat mudah dan hanya perlu fokus pada perlumbaan akhir Ahad ini.

"Tugas aya ialah melakukan yang terbaik dan tidak perlu risau terhadap orang lain.

"Takdirnya (Hamilton) bukan di tangan dia sendiri. Sekiranya dia menang gelaran ini, ia seperti yang sesuatu yang tidak dijangka dan penuh dramatik," ujar Rosberg yang bakal merangkul gelaran dunia pertama sekiranya menguasai kedudukan satu dua pada perlumbaan ini.

Pada sesi latihan bebas kedua, Hamilton hanya meninggalkan Rosberg yang berada di tempat kedua dengan 0.079 saat setelah mencatat masa terpantas 1:40.861.

Sebagai rekod, Rosberg mengumpul 367 mata setakat ini, manakala Hamilton mencatat 355 mata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2016 08:37 AM | Show all posts
akhirnya Nico Rosberg yang jadi juara dgn beza mata hanya 5 point
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 02:11 PM | Show all posts
vote for ros
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2016 11:14 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 23-11-2016 10:10 AM
dah terjadi fan HAM sejak dia kat mclaren lagi sampaila dia join merc
walaupon begitu aku utk seaso ...

tepat tekaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 11:15 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-11-2016 08:37 AM
akhirnya Nico Rosberg yang jadi juara dgn beza mata hanya 5 point

bersaing sengit dengan Lewis Hamilton
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 11:17 PM | Show all posts

akhirnya juara juga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:07 AM | Show all posts
lanesra replied at 29-11-2016 11:15 PM
bersaing sengit dengan Lewis Hamilton

jarang ada hingga perlumbaan akhir utk tau sapa juara

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:08 AM | Show all posts
lanesra replied at 29-11-2016 11:15 PM
bersaing sengit dengan Lewis Hamilton

tahun depan sy buat teka2 lg masuklah join yer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 11:50 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-12-2016 11:08 AM
tahun depan sy buat teka2 lg masuklah join yer

ok. terima kasih mod.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 09:49 AM | Show all posts

sama-sama lanesra

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081387 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list