Edited by el84 at 23-11-2016 03:15 PM
Hi semua...
Untuk pertama kali buka thread di bod masalah peribadi..I terpaksa menggunakan MN untuk buka thread ni..Pengakuan jujur ni..
I sebenarnya menghadapi masalah konflik diri iaitu rasa kehilangan kepercayaan kepada Tuhan...I rasa makin hari makin rasa kepercayaan tu hilang..Perkara ni dah lama mengganggu I..Lama sangat.. Masalah datang bertimpa timpa..Tuhan tak kasihan kot pada I..Bila jumpa kaunselor minta I solat dan membaca al-quran..Tu je lah yg diorang minta I buat..
I tak tau macam mana nak explain tapi ini lah yg I hadapi sekarang ni..Bukan sekarang tapi sejak beberapa lama dulu...I rasa semua nya berpunca bila masalah datang bertimpa timpa..I rasa Tuhan tak membantu pun dan I hilang hope kepada Tuhan..
Tq sebab baca masalah I..
ps: nak kecam pun takpe..nak bagi advice pun takpe..terima je..
|