CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 8

DBKL Tuntut Bil RM27,373.66 Buat Kumpulan Bersih & Baju Merah

[Copy link]
Post time 23-11-2016 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menghantar bil tuntutan kos kerosakan landskap dan kerja pembersihan berjumlah RM27,373.66 kepada penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan Baju Merah sebelum hujung minggu ini.


Memetik laporan Bernama, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd. Saufi Muhammad berkata, daripada jumlah itu, nilai kerosakan landskap adalah sebanyak RM26,500 manakala bagi bil pembersihan hanya RM873.66 yang melibatkan kos pembersihan di Padang Merbok.


Tegas beliau, DBKL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua penganjur jika mereka gagal membayar bil yang akan dikeluarkan.


"Kita tahu kumpulan-kumpulan ini berada di mana, sebab kita rakam semua pergerakan mereka. Jadi berdasarkan kepada bukti yang kami ada, di mana mereka (penganjur) ada, mereka kena tanggung kos yang kami akan hantar nanti."


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penguat kuasa Siri 1/2016 siang tadi.- CARI

sumber foto: Internet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 07:26 PM | Show all posts
lajunya dbkl mengira
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng baju merah kena denda 900 je berbanding dekat 30k bersih kena

Sekadar modal gambar photoshop boleh le nak kata geng baju merah pengotor buang sampah merata
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 23-11-2016 11:26 AM
lajunya dbkl mengira

mmg patut diorang kena denda.menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 07:20 AM | Show all posts
ermmmm.....nak nminta kat siapa tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
memperjuangkan berseh tapi kotor luar dalam mcm bangkai babi berulat . selayaknya  lah ramai yg berDNAkan babi pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2016 10:12 AM | Show all posts
gaara_X replied at 24-11-2016 07:20 AM
ermmmm.....nak nminta kat siapa tu

Penganjur la kena bayau
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 03:21 PM | Show all posts

penganjur dah masuk dalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 03:43 PM | Show all posts
laarr,

dlm berita tv3 kata bersih tarak sambutan,
ada dlm 2,3 ribu org aja.

cmne leh rosakkn smpai mkn modal 20k  lebih?

ni yg berdemo ni orang ka dinnosaur?

so, sapa yg tipu? tv3 la menipu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041454 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list