Menurut portal Bernama, Ustaz Kazim tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah sepanjang Januari tahun depan untuk berehat kerana masalah kesihatan.
Sumber foto: IG Ustaz Kazim
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bukit Gantang kerana ulser dan pendarahan usus pada awal bulan ini.
"Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini," katanya.
Ceramah yang diadakan bermula semalam itu adalah bersempena dengan Program Pemukiman Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping, dan akan berlangsung sehingga Sabtu ini.
Selain itu, dia akan turut mengadakan ceramah pada Sabtu dan Ahad di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi.
"Saya berjumpa antara 200,000 hingga 350,000 orang ramai dalam sebulan menerusi ceramah yang diadakan.
"Kalau saya berehat saya berbangga kerana berjaya mendidik anak murid khatam 30 juzuk al-Quran dan melahirkan ramai pendakwah," katanya. - CARI |