View: 5375|Reply: 48
|
Hanya Kerana Air Kotak, Remaja Lelaki Dibelasah Sekumpulan Pelajar Senior
[Copy link]
|
|
Hanya kerana enggan memberikan air kotak miliknya, seorang pelajar tingkatan satu sekolah agama di Ipoh dibelasah sekumpulan pelajar senior.
Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi, 16 November lalu sebelum ia menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Dalam masa sama, kejadian itu menyebabkan Muhammad Aiman Fahmi Norrizzal, 13, patah tulang rusuk kiri.
Sumber foto: Sinar Harian
Menceritakan kejadian, Aiman dikejutkan seorang pelajar senior untuk solat berjemaah di surau sekolah berkenaan. Namun, sebaik tiba di surau berkenaan, dia malah ditendang dan ditampar selain diseret sekumpulan pelajar senior berikutan salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati kerana dia enggan memberikan air kotak miliknya ketika diminta.
"Mereka pukul saya seorang demi seorang, dan melepaskan saya setengah jam kemudian.
"Beberapa pelajar senior itu turut mengugut saya supaya tidak melaporkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru," katanya kepada Harian Metro.
Kejadian itu, bagaimanapun terbongkar apabila Aiman dibawa ibu bapanya ke Klinik Kesihatan Greentown kerana sesak nafas.
Alangkah terkejutnya bapa mangsa, Norrizal Ramli, 36, apabila dimaklumkan doktor terdapat kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan anaknya dipercayai dipukul, sedangkan Aiman hanya memberitahu dia sesak nafas akibat terjatuh.
"Hasil ujian pemeriksaan X-ray, doktor memaklumkan tulang rusuk sebelah kiri anak saya patah," katanya.
Norrizal terus melaporkan perkara itu di Balai Polis Jelapang dan laporan itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee malam semalam. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan air kotak punya pasal, sampai patah tulang rusuk budak ni dorang buat |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah agama tapi perangai masing2 macam syaiton yang direjam.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa la yang kebulur air kotak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ko dek. Ni mesti takde abg angkat sebab tu kena belasah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya yg bersekolah agama tu budak baik2 sis....biasanya parents ni ambil jln mudah, jika ada anak yg nakal dan tk mahu mendengar cakap mereka htr ke sekolah agama dgn harapan ustaz2 boleh didik anak dia jadi manusia....jadi kanak2 mcm ni lah yg mencemarkan nama baik sekolah agama....
kakak ada kenal satu budak ni, bersekolah di salah sebuah madrasah di pahang....ambil tahfiz kot....budak ni dtg dari sabah....semasa di sana ada satu budak ni suka buat gangguan seksual terhadap beliyau...hujung2 bila budak ni tak tahan kena gangguan seksual, di sabitnya budak lelaki yg selalu menganggu beliyau....sampai masuk hospital dan jadi kes polis....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada abg angkat takut abg angkat belasah dia kat lain pulak sis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu sebab anak aku 5 tahun aku nak masukkan dia kelas martial arts. Kecik2 dah nak jadi mangkuk hayun bebudak ni ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Iye tau... Tak pernah I pandang ustaz/ustazah ni bagai sebaik2 manusia.
Dia org pun manusia juga.
Sekarang ni golongan ustaz/ustazah ni juga yang byk penunggang agama.
Memalukan aje.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semestinye..terangkat setiap malam
Pandai-pandailah bawak diri kalau dapat dok asrama tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang tempat cam nie laa yang mak bapak tak leh nak jaga anak deme masukkan budak bermasalah kat sni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nape reputer cari hasut orang lain benci budak sekolah agama?
Mana iin?? Mana? |
|
|
|
|
|
|
|
seriously aku nampak institusi keluarga yang bermasaalah dan pincang
kadang pasal ayam goreng ... pasal karipap la .....
Menteri Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat ... sila bentangkan usul anda untuk mengurangkan masalah2 ini ...
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah orang selalu presume sekolah agama murid2 nya semua baik & alim. Tapi kalau keturunan bersaka letak lah mereka kat mana. Jadi masaalah. jiwa kacau
|
|
|
|
|
|
|
|
pelahap sgt air kotak sampi tumbuk ank org, samseng taik kucing. Haih dpt budak-budak ni seko-seko mkn terajang karang. |
|
|
|
|
|
|
|
perangai sekor2 lebih teruk dr binatang
mmg sial btulll..
patahkan dia org jugak boleh tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh belilah air pakai duit sendiri... mak tak bagi duit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ingt budak2 sekolah agama budak2 baik silap besar.kebanyakkan budak yg masuk sekolah asrama agama ni budak nakal,yg mak bapak tak mampu kawal.kemudian di hantar kesini dgn harapan agama mampu didik hati budak2 ni supaya tak nakal.ni pengalaman aku sebagai exstudent sekolah agama. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyokkkk anak sapa la kebuluq sgt tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|