CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 8

Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Efisyen Untuk Melipat Pakaian Anak-Anak

[Copy link]
Post time 15-12-2016 12:32 PM | Show all posts |Read mode




Melakukan kerja rumah bukanlah satu tugasan yang asing lagi, ia adalah satu kemestian yang harus dilakukan, tidak kiralah anda seorang anak bujang, mahu pun yang telah berumah tangga. Hendak atau tidak, tugasan sebegini harus dilakukan, bukan sahaja untuk menjadikan diri lebih berdisiplin, tetapi juga lebih bertanggung jawab.


Dalam banyak perkara, berkaitan dengan pengurusan aktiviti harian di rumah, mungkin terdapat satu tugasan atau rutin harian yang kurang digemari oleh kebanyakan dari kita, tidak kira lelaki atau wanita, anak atau ayah, mahu pun suami atau isteri, ianya adalah melipat pakaian.


Walau rutin ini tidaklah sesukar mana, namun bila mana pakaian yang telah diangkat dari jemuran, dan dilonggokkan di satu tempat, proses untuk mula melipat pakaian, menjadi perlahan, dan tertangguh. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, saudari
kongsikan cara yang efisyen buat ibu di luar sana, bagaimana untuk memastikan proses melipat pakaian ini, boleh dilakukan dengan mudah, jom kita tengok caranya.



TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK
So, seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.


Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang, SEHARI.
Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.


Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.


Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hi..hi..hi.. (mak-mak je memahami situasi gini)


Jom tengok nak kasi setel macam mana.


*jemput share sekira nya tips ni membantu mak-mak busy yang lain



Langkah 1
✔
Sediakan
bakul
untuk setiap anak

✔ Tulis nama
di bakul so anak tahu itu bakul siapa

✔
Jangan beli bakul besar,
cari yg sederhana aja
. Makin besar bakul, kecenderungan untuk "nanti la lipat" akan menggunung jua.. Kikiki


Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.



Pinjam gambar Nur Wanny na, nampak tak beza dia.
Gambar atas dan bawah sama ja
. Kain baju yang belum dilipat.
Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju. Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa.
Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.




Percaya tak, Bagi setiap bakul tu,
masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit
pun. Kenapa?


✔
Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul.
Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.


✔ Pengkhususan:
Pantas sebab
senang nak cari pairing baju tu.
Dah lipat
boleh
letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama.
Ini semua menjimatkan MASA.


✔
Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat,
kita tau
berapa bakul yang belum dilipat.
Daripada 4 bakul, tinggal 2. sekali lagi, PSIKOLOGI.
Kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.

✔ MOTIVASI, YES. tinggal satu bakul je belum lipat, maka lebih semangat nak melipat,
berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat.

Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.



Last,
cara kita susun baju dalam almari anak.
Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun gini,
anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah





Yang ni je cikgu susun berlapis.
Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam
, mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini.
Nak pakai seragam, tarik je.
Takya bukak sampai 3 laci.


So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala benda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour.


Emosi pon tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik aje. Esok p la beli bakul. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan.


Terima kasih sudi baca sampai abis. Tips dari mak kepada mak
- Siakap Keli

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lipat kain mmg plg liat dr zmn bujang..tp dl bujang bole hang je baju tu dlm almari.skrg stiap kali basuh akn make sure terus lipat after baju dah kering..semua ni permainan psikologi je n pyakit M.nk bli bakul byk2 mmg da x kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah skit keje. Baju2 tu lipat dua pun dah nampak kemas
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg style boh dlm drawer lemari tu dh lama iolls praktikan....song dan jimat space
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:26 PM | Show all posts
alang-alang dah asing macam tu, acu ajar anak lipat baju tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak saya boys 7 ,9 yo. Saya buat 4 bakul kecik . label kan aje T-shirt ( 2 bakul), shorts, long pants. nnt senang diorg nak ambik. So xdela bersepah bila nak cari baju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2016 06:51 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 10:44 PM | Show all posts
Betul tu alang2 dah asing2 kan elok le ajar terus lipat baju memasing sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2016 10:37 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.411754 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list