Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1709
View
14
Reply

Lelaki Kurang Bercakap, Banyak Maksud Tersirat Dalam WhatsApp?

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-12-2016 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Umum maklum bahawa kebanyakan lelaki kurang berkomunikasi berbanding wanita. Namun, kebanyakan wanita sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik pesanan ringkas yang dihantar anda terutama jika Si Dia menganggap anda sebagai 'crush' mereka.




Sumber foto: www.huffingtonpost.com




Kadang-kadang pening kepala wanita memikirkan maksud mesej anda. Betulkah ada maksud tersembunyi di sebalik mesej yang anda hantar?




1. Balas mesej dengan ayat pendek atau beberapa perkataan sahaja
Maksudnya: Anda sedang sibuk atau sedang tiada 'mood' untuk berbalas mesej. ATAU anda sedang bagi 'hint' bahawa anda tiada perasaan terhadap si dia.


2. Beri ucapan selamat pagi atau selamat malam
Maksudnya: Anda mempunyai perasaan terhadap si dia kerana si dia adalah perkara pertama dan terakhir yang bermain di fikiran anda sebelum anda tidur dan selepas bangun tidur.


3. Lambat balas mesej atau tak balas langsung
Maksudnya: Anda sememangnya langsung tiada perasaan terhadap si dia. Ya la, kalau anda pun sukakan si dia, sesibuk mana pun anda, anda pasti akan cari masa untuk mesej dia kan?


4. Hantar emoji
Maksudnya: Anda sedang memikat si dia, betulkah?


5. "Hahaha"
Maksudnya: Apa yang disampaikan si dia sebenarnya tak kelakar mana pun. Walaupun anda beri mesej menunjukkan anda sedang ketawa, tak bermakna anda berasa kelakar dan sedang ketawa.


Anda juga sering membalas dengan perkataan yang sama seperti ketawa berulang kali. Adakah ini bermaksud anda bosan dengan si dia dan tiada topik yang mahu dibincangkan, tetapi balas juga mesej dia kerana berasa kesian?


6. Minta gambar atau video
Yang ini bahaya! Wanita tak tahu apa tujuan sebenar anda meminta gambar atau video daripadanya. Adakah anda sedang rindukannya atau ada 'mi di sebalik udang'?


Sumber fot: distractify.com




Apa kata pihak lelaki? Cuba perjelaskan dalam bahasa yang mudah supaya wanita faham dan jelas dengan maksud sebenar yang anda cuba sampaikan. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mi disebalik udang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang lalu... kutip kacang lelaki ni bnyak rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:07 PM | Show all posts
no 1 hingga 5 perempuan pon buat kat lelaki. maksud dia sama aja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:47 PM | Show all posts
ciwi1166 replied at 20-12-2016 10:07 PM
no 1 hingga 5 perempuan pon buat kat lelaki. maksud dia sama aja.

perempuan pun mintak video jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 11:54 AM | Show all posts
so memang betul la kot ape dia buat kat aku skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 01:06 PM | Show all posts
ciwi1166 replied at 20-12-2016 10:07 PM
no 1 hingga 5 perempuan pon buat kat lelaki. maksud dia sama aja.

Agree.... sama je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lagi: tak reply langsung. means silent treatment sebab gaduh. boleh bawa berhari2 atau minggu. siapa kontek dulu dia mengalah. biasanya perempuan paling tak tahan dalam fasa silent treatment ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 10:24 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 22-12-2016 11:00 AM
satu lagi: tak reply langsung. means silent treatment sebab gaduh. boleh bawa berhari2 atau minggu.  ...

Btul2... selalu kena silent treatment sbb dia mmg jenis yg x suka mesej benda2 yg x important. Contohnya aku remind dia tarikh ktorg 1st met hr tu nan hado nak membalas walau satu emoji pun Smpi aku nekad x nak start the conversation first tp last2 aku jgk yg start the conversation, walaupun selalunya dia x balas. Hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam/tak reply sbb dah hilang minat
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp bila org laki copy paste message berantai rasa nak lempang
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak2 pulak share dlm group a duhai...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
laki aku la manusia plg malas or x suka nk msg bini sendiri

tapi bab gado x puas hati ke tau plak berwasap membebel panjang lebar...time dia tgh marah tu aku sllu blok no fon dia hahahah

kuasa sgt nk bc msg panjang2 membebel mcm xleh nk jupe plak kalau nk gado kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku tak penah pon nak msg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056344s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list