Edited by NormanJB at 23-12-2016 11:14 AM
KALAU di Malaysia anugerah kanak-kanak paling popular dan mencuti hati ramai pengguna media sosial diberikan kepada Lara Alana, berusia dua tahun dan sehingga kini memiliki lebih 2 juta pengikut di laman Instagram. Wow! Hebat bukan? Kecil-kecil sudah ‘famous’! Malahan aksi-aksi Lara, anak kepada pasangan artis popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini bukan sahaja menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan, bahkan juga di negara serantau kerana memiliki raut wajah yang comel di samping telatah yang manja.
Terbaharu, pengguna media sosial di seluruh negara termasuk di Malaysia dikejutkan pula dengan kehadiran seorang kanak-kanak lelaki selepas aksi ‘super lucu’ beliau mencuri perhatian ramai pelayar internet. Kanak-kanak itu, Jonathan R. Sugianto atau lebih dikenali dengan panggilan Tatan menjadi fenomena dalam kalangan pengguna media sosial di negara ini selepas video memaparkan aksi si cilik itu membuat pesanan makanan ‘yang banyak’ telah mencuit hati ramai.
Sehingga kini, laman sosial Instagram Tatan mempunyai lebih 1.5 juta pengikut. Menurut maklumat di Instagram Tatan, kanak-kanak itu dilahirkan pada Februari 2013 dan laman berkenaan diuruskan oleh abangnya, Geral Sugianto (@geraldosu). Menariknya, video-video yang dimuat naik di laman Instagram Tatan meraih lebih 3 juta tontotan setiap kali dikongsi di entrinya kerana keletah si cilik itu yang petah bercakap serta melakukan adegan-adegan lucu. Telatah Tatan, seorang kanak-kanak yang memiliki bentuk badan yang montel tetapi cergas serta bersahaja ini mampu membuat anda tidak kering gusi setiap kali menonton gelagatnya.
Mahu menonton videonya yang lucu banget? Klik link di sebelah - Baby Tatan
|