CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 0

DRB-HICOM Berhad Taja Empat Paralimpik Tunai Umrah

[Copy link]
Post time 26-12-2016 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Foto: Berita Harian Online


DRB-HICOM Berhad menaja empat paralimpik yang sudah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 untuk menunaikan umrah.


Pemenang pingat emas, Mohamad Ridzuan Mohd Fuzi; Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly, serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail, menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing dan sudah berlepas ke Tanah Suci hari ini.


Turut serta, kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan DRB-HICOM. Ketua Bahagian Komunikasi Kumpulan DRB-HICOM, Mahmood Abdul Razak, berkata pakej umrah yang diumumkan syarikat itu selepas kejayaan atlet Malaysia berkenaan pada Ogos lalu, bertujuan memberi pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang mereka kepada negara.

"Bukan senang untuk mereka mencipta kemenangan dan rekod dunia ini. Kita harap penghargaan ini akan terus memberi semangat kepada mereka," katanya kepada Berita Harian Online.


Foto: Berita Harian Online


Ziyad yang pergi bersama isteri dan kedua ibu bapanya, menyatakan rasa syukur kerana dapat pergi ke Tanah Suci bersama keluarga.

"Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah dengan ibu bapa dan Alhamdulillah, akhirnya hajat ini tertunai. "Insya-Allah, saya mahu berdoa agar saya tidak lalai dan sentiasa merendah diri serta mendoakan mereka yang banyak membantu saya selama ini." -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051525 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list