CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4624|Reply: 53

[Tempatan] Tanda-tanda menunjukkan industri teksi akan tumbang tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 26-12-2016 10:01 PM | Show all posts |Read mode




Tanda-tanda menunjukkan industri teksi akan tumbang tidak lama lagi

KUALA LUMPUR - 2016 merupakan tahun yang baik untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan, dan malang buat industri teksi.

FMT menemui pemandu GrabCar dan Uber dan mendapati mereka positif akan masa depan industri itu.

Nick Koh, seorang siswa universiti berusia 23 tahun dan memandu GrabCar dan Uber secara separuh masa, percaya industri perkongsian kenderaan berkembang dengan pantas.

“Saya perasan kedua-dua syarikat giat mengambil pemandu baharu,” katanya. “Itu perkembangan yang bagus daripada segi perkhidmatan untuk pelanggan kerana lebih mudah untuk membuat tempahan.”

Sementara itu, Marvin Chong, seorang lagi pemandu GrabCar, tidak bimbang akan persaingan sesama mereka.

“Industri ini memang berkembang dengan baik, dan sebagai pemandu, memang boleh buat duit lebih,” katanya.

Koh, yang secara purata bekerja 20 jam seminggu, berharap kerajaan tidak mengenakan terlalu banyak peraturan ke atas mereka.

“Jangan terlalu mengawal industri ini,” katanya. “Galakkan persaingan sihat. GrabCar dan Uber boleh tawarkan kadar terbaik untuk pelanggan serta insentif bagi mengalakkan pemandu memberi khidmat terbaik.”

Perkembangan ini nampaknya berita buruk untuk pengusaha teksi.

Pengasas Perkhidmatan teksi Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, masa depan industri teksi menjadi kelam apabila Uber memulakan perkhidmatan mereka 3 tahun lalu.

“Kita sedar ribut sudah melanda industri,” katanya.

“2016 tahun yang malang untuk pengusaha teksi, dan tanda-tanda menunjukkan industri ini akan tumbang tidak lama lagi.

“Bahkan, lebih 10,000 pemandu menyerahkan teksi masing-masing. Tiada lagi pemandu baharu ambil kereta itu kerana mahu pandu Uber dan GrabCar.”

Oktober lepas, media memetik seorang pegawai Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia sebagai berkata pengusaha teksi mungkin tidak mampu bertahan selepas 2018, sekurang-kurangnya di Lembah Klang.

Shamsubahrin berkata pemilik permit teksi perlu bertanggungjawab akan masalah industri itu.

“Sejak sekian lama, mereka tidak memilih, memantau dan menguruskan pemandu dengan betul,” katanya.

“Misalnya, syarikat teksi serah kereta kepada pemandu tanpa membuat pemeriksaan latar belakang secara menyeluruh. Pendek kata, pemilik permit tak peduli sejarah pemandu. Mereka hanya peduli duit.”

Beliau menggesa kerajaan supaya menunjukkan sokongan kepada industri teksi.

“Bantu kami,” katanya. “Saya sedia bantu Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) untuk memperbaiki industri teksi.

“Antara cara untuk menangani isu ini adalah dengan memastikan pemilik permit bertanggungjawab sepenuhnya. Kita sudah tunjukkan contoh yang baik dan Spad mengakui perkara itu. Kita berjaya ubah pemandu yang buruk menjadi pemandu yang baik.”


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-grabcar-uber/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Find new way la....ikut peredaran masa......create sesuatu inovasi spya org suke.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila create law yang cuma di-apply untuk menyenangkan org kaya kat atas nun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bubarkan taxi ja.. cantumkn ngn uber n grabcar

jadi , taxi + uber + grabcar

taberar
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 10:22 PM | Show all posts
Masa senang lenggang kangkong, takdak pun pikir nasib orang bawah kann...? kannn..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 10:40 PM | Show all posts
cash.... sedang menunggu tarikh keramat terkuburnya teksi untuk merayakanya
raikan kemamposan teksi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-12-2016 10:22 PM
Masa senang lenggang kangkong, takdak pun pikir nasib orang bawah kann...? kannn..?

hbis la kroni jual meter teksi... jual sticker... fadan muka korg  
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kesian jugak pakcik2 teksi yg baik..harapnya ada rezeki yg lebih baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
red_cattleya replied at 26-12-2016 11:08 PM
tapi kesian jugak pakcik2 teksi yg baik..harapnya ada rezeki yg lebih baik..

Tu lah...kesian jugak pemandu teksi yg baik..cuma bergantung dengan teksi je. Nak bawak uber/grab takde kereta yang bersesuaian.

Semoga ada rezeki untuk mereka nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Frankly aku kesian gak ngan teksi.mereka mostly main provider for fmly summore terdiri dr org yg struggling.and then we have uber,grab driver yg mostly undergrad,exec yg nak kumpul duit tuk pergi vacation life aint fair
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 01:35 AM | Show all posts
dinopower replied at 26-12-2016 10:44 PM
hbis la kroni jual meter teksi... jual sticker... fadan muka korg

Convert teksi jadi keta hop-on hop-off main area tasek perdana. Tapi teksi-teksi tu kena laa make-up bling-bling sket. Baru laa pelancong tak rasa geli nak naik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 01:36 AM | Show all posts
InVendeTTa replied at 27-12-2016 12:35 AM
Frankly aku kesian gak ngan teksi.mereka mostly main provider for fmly summore terdiri dr org yg str ...

Khabarnya ramai dah ex-taxi deraiba yang tukar angin bawak uber grab ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg untg cmpny teksi. Driver x untg mana pun. sistem Teksi kat malaysia ni adalah cth sistem kapatalis yg ada dpn mata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 26-12-2016 10:20 PM
bubarkan taxi ja.. cantumkn ngn uber n grabcar

jadi , taxi + uber + grabcar

Teksi driver memang blh jd grab driver pun. Dalam app tu blh pilih nak grab car ke grabtaxi, taxi 1 malaysia, taxi mahal sikit. Sume ada. Harga lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Too late..kena kaji juga petaturan menghalang teksi/uber/grabcar yg beroperasi di airport...teksi sediada tu punye ler mahal dah la  kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Few days ago akak booked grab ke airport tapi X dpt dtg ambk so dia hntr taxi merah putih tu.dahla lmbt kejadahnya kn pg rmh dia dlu sbb bini dgn anak nak jln2 kat klia2 utk shopping.geram betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengkel cat kereta punya rezeki le lepas ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:50 AM | Show all posts
batmana replied at 26-12-2016 10:20 PM
bubarkan taxi ja.. cantumkn ngn uber n grabcar

jadi , taxi + uber + grabcar

idea yg bernasssss
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:59 AM | Show all posts
monsterwife replied at 27-12-2016 08:46 AM
Few days ago akak booked grab ke airport tapi X dpt dtg ambk so dia hntr taxi merah putih tu.dahla l ...

Wutt??? SO penuhla teksi tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
baru jemahat lps tgk aksi derama drebar teksi acah2 samseng ngan grab/uber kt lrt tmn melati. selayaknya kalian mereput.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.523499 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list