CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2359|Reply: 11

Buat Peminat Catur, Sahut Cabaran Kejohanan Catur Kebangsaan Ini!

[Copy link]
Post time 27-12-2016 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Anda berminat dengan permainan menguji minda seperti catur? Jangan lepaskan peluang ini kerana Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya akan menganjurkan Kejohanan Catur GACC Ke-21 (21st GACC Chess Championship) mulai 15 sehingga 24 Januari 2017.








Kejohanan yang akan diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya itu nanti akan dibahagikan kepada 4 kategori utama seperti berikut:








Kejohanan catur itu merupakan pertandingan catur antarabangsa yang terkenal di kalangan pemain catur terutama dari kalangan pelajar universiti. Sejak tahun 1996,  68 Universiti dari 22 buah negara telah menyertai GACC termasuk pemain dari China, India, Indonesia, Jerman, Sri Lanka, Singapura dan negara-negara Asia yang lain.


Sudah 20 tahun sejak 1996 acara “FIDE-Rated” ini diadakan dan kali ini, GACC ke-21 dengan bangganya akan meneruskan warisan untuk menganjurkan kejohanan catur yang berkualiti tinggi ini pada tahun 2017.


Pada Januari lalu, GACC julung-julung kalinya menganjurkan GACC Open Age-Group Chess Tournament 2016 iaitu satu kejohanan catur khas untuk pelajar sekolah.








Kejohanan catur itu disambut baik oleh peserta serata ibu bapa. Oleh yang demikian, GACC mengambil keputusan menambah dua lagi acara baharu iaitu “GACC Open Chess Championship” dan “GACC Open Team Chess Championship”.


Ketiga-tiga acara kebangsaan ini tidak hanya terbuka kepada  pelajar sekolah rendah dan menengah, malah sesiapa sahaja yang berminat untuk bermain catur layak menyertainya tanpa mengira umur.


Kejohanan ini juga merupakan antara inisiatif untuk memupuk budaya bermain catur dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti yang tersenarai dalam objektif projek ini.


Persekutuan Catur Malaysia (MCF) merupakan badan yang menyokong dan mengiktiraf kesemua acara di bawah anjuran GACC dan sejak pertama kali ditubuhkan, kami telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, pelajar sekolah sangat digalakkan untuk menyertai GACC kerana berpeluang memperoleh markah ko-kurikulum yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.






Tunggu apa lagi! Bukan senang nak dapat markah yang cemerlang dalam ko-kurikulum.








Untuk maklumat lanjut mengenai GACC, sila melayari laman sosial Facebook rasmi GACC iaitu  Grand Asian Chess Challenge (GACC) atau emelkan pertanyaan anda kepada gacc21delegation@gmail.com. Anda juga boleh hubungi saudari Chong Yoke Ping di (017-3396306). - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 07:30 PM | Show all posts
One of my fav indoor games since I was 5 years old.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 27-12-2016 07:30 PM
One of my fav indoor games since I was 5 years old.

Eh jom arr jom arr  
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Da lama x main. Tade kaki. Btw bkn terer sgt main pun. 1st round da kena kick
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:50 PM | Show all posts

Nak join tapi tarikh tu I tak free. Awal tahun busyyy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak main/berlatih chess tp xder partner?
Senang saja. Download applikasi Nexus chess online dkt play store. X pyh buat profile cuma ltk nama & pilih nk main timer 1,5 @ 15 minit. Bila press play dia akn pilih opponet randomly. Rasa2 nk kalah x pyh lg jalan atau log out. X nak main pun tekan cancelled the game. No point, no stages available. Mainlah sampai pewai. Bam boya semua hp ada download ini Nexus chess. Boleh main bnyk game at same time.
Cloudroud chess app pun ada, cuma ini kena buat profile, ada point,ada level. Kena masuk room opponent @ create room sendiri tunggu opponent masuk. Agak ambil masa nk lawan. Sesiapa nk lawan chess dgn abam boya on9 sila bg nama profile. Kita jmpa disana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2016 09:16 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:48 PM | Show all posts
lla bestnya teringat zaman kanak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 06:08 PM | Show all posts
dam haji reti la kita main
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:39 AM | Show all posts
sy dulu main level negeri jugak masa skolah rendah; kat mrsm jadi wakil maktab dan vice president tapi tak tere sgt; kat a-levels uk pon main gak college level.. again, tak berapa terer.. now jarang sgt main! bagus utk aktif kan otak, tetapi memakan masa yg terlalu lama actually.

gi lah encourage anak anak kita
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 08:24 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 12:43 AM | Show all posts
kata kejohanan antarabangsa tapi hadiah rm5000 je....sedeyhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.290297 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list