CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gabanzack

Saham Mudharabah Bank Rakyat

[Copy link]
Post time 7-10-2006 07:39 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 6-10-2006 07:07 AM
kalau yg kat area utara ada bank persatuan, salah satu bank koperasi gak ler..boleh la kalau nak melabur..dividen takleh setinggi bank rakyat tapi minimum 10% kan as koperasi...salah satu alternati ...



luckily aku sempat beli syer Bank Rakyat Kedua nih (Bank Persatuan ler...aku sebut as BP after this). meh aku ceritakan. record dividen BP ni since 2001, 2002, 2003 & 2004 consistent bagi 10% setahun. btw last year BP bagi dividen 12.5%.

aku dpt tau pun dah last minute. betul2 last minute punya. aku pun dump 50k utk beli syer BP ni. bank ni baru approved by goverment utk tambah dana RM100 juta & sekarang under mentor mentee dgn Bank Rakyat (di sebut2 sebagai Bank Rakyat the second). bila aku sembang2 dgn branch manager BP ni aku dengar BP masa tu sedang offer pinjaman maximum 50k utk beli syer BP at 5.9% flat rate for 10 years. so on top of 50k yg aku dah beli, aku pun tambah lagi investment melalui pinjaman ini.

utk kefahaman kalian yg baca posting aku nih, aku buat sikit calculation mudah spt di bawah utk pengiraan keuntungan melalui pinjaman ini (lebih kurang pengiraan pinjaman ASB gak):


Pembiayaan/pinjaman peribadi Bank Persatuan utk membeli syer:
Tarikh masuk: 05/10/2006  (DD/MM/YY)
Kadar interest: 5.9% flat rate for 10 years (atau 120 bulan).
Iaitu pembayaran bermula  5/11/2006 hingga 05/10/2016.
Jumlah total interest bakal dibayar ialah RM29,500
Jumlah total pembayaran ialah RM79,500
Jumlah pembayaran bulanan ialah RM663
Pinjaman rm50,000 tolak (insurans = rm1120, yuran khidmat = rm210, cukai setem = rm250), so hanya rm48,420 dilaburkan sebagai share Bank Persatuan.
Insuran rm1120 bermaksud jika anda meninggal dunia, keseluruhan  rm48,420 akan diserahkan kpd waris mengikut hukum faraid.

Oleh itu:
RM663 x 12 bulan =  7956
So, hanya utk tahun pertama shj yg anda perlu bayar sendiri keseluruhan rm7956.
Andaian adalah 10% dividen & dividen yg akan diterima pd tahun kedua ialah rm4842.
So, 7956
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 7-10-2006 07:39 AM



luckily aku sempat beli syer Bank Rakyat Kedua nih (Bank Persatuan ler...aku sebut as BP after this). meh aku ceritakan. record dividen BP ni since 2001, 2002, 2003 & 2004 consistent bagi ...


awat hang xhabaq awai2 shah....  dah tutup baru habaq... anyway thanks for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 10:13 PM | Show all posts
alamak aku terlambat nampak thread nih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 04:00 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 7-10-2006 07:39 AM



luckily aku sempat beli syer Bank Rakyat Kedua nih (Bank Persatuan ler...aku sebut as BP after this). meh aku ceritakan. record dividen BP ni since 2001, 2002, 2003 & 2004 consistent bagi ...


lohh dah tutup ka...aku baru cadang nak tambah lagi...mmg tadak promosi bank ni..aku pun tau dr kawan2 je..mujur sempat masuk gak sikit..agak2 dia buka lagi tak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 06:01 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 8-10-2006 04:00 AM


lohh dah tutup ka...aku baru cadang nak tambah lagi...mmg tadak promosi bank ni..aku pun tau dr kawan2 je..mujur sempat masuk gak sikit..agak2 dia buka lagi tak nanti


jadi mcm Bank Rakyat ler nampaknya. good things will always be taken.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 7-10-2006 07:39 AM



luckily aku sempat beli syer Bank Rakyat Kedua nih (Bank Persatuan ler...aku sebut as BP after this). meh aku ceritakan. record dividen BP ni since 2001, 2002, 2003 & 2004 consistent bagi ...


adeh, terlepas lagi..shahgti, betul ke diaorang tutup 7 hb?
aku pegi bank rakyat 5 hb tanya pasal saham mudharabah ni dia kata kena isi borang kena Q dulu..
tak pulak diaorang kasitau aku pasal benda yg shahgti sebut ni..alamak aii:kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2006 08:58 AM | Show all posts
ish ish...terlepas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by shodaime at 9-10-2006 01:36 AM


adeh, terlepas lagi..shahgti, betul ke diaorang tutup 7 hb?
aku pegi bank rakyat 5 hb tanya pasal saham mudharabah ni dia kata kena isi borang kena Q dulu..
tak pulak diaorang kasitau aku pas ...


bank persatuan tu kena gi ke pejabat dia...kalau kat bank rakyat mmg derang tak cakap..cuba buka web ni utk check ada tak pejabat dia yg terdekat...rasanya area kedah/perlis/penang/perak je ada

Bank Persatuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 10:27 PM | Show all posts

Nape x cuba invest dlm Unit Trust?

nape korang x try invest dlm Unit Trust?
return dia pun not bad.
tp kena pilih dana yg bagus lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 06:23 AM | Show all posts
laaaaa tak tau pun
Lagi pun bank persatuan ni macam tak pemes......tak penah amik tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 10:47 AM | Show all posts
aku dah kol bank persatuan tadik...
dia kata masih boleh mendaftar la..
cuma dia hadkan kpd maxima rm5,000 seorang

so apa lagik... amik la peluang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 02:42 AM | Show all posts
Selamat Melabur Dan Menyumbang Kepada Kebangkitan Ekonomi Kita.

Bank Persatuan adalah Bank pertama yg ditubuhkan di negara kita, sebelum bank rakyat dan bank negara ditubuhkan.

Zakat Perniagaan dibayar oleh pihak Bank Persatuan bagi pihak Pelabur. Segala operasi diawas selia oleh Majlis Syariah supaya dijalankan selaras dengan prinsip dan hukum Syarak


Nota Penting

1)Pengeluaran dividen dalam bentuk wang tunai boleh diambil oleh Pelabur di Bank Persatuan, Taman Selat Butterworth, sahaja. (TETAPI PELABUR BOLEH MEMBUAT PILIHAN SAMADA INGIN MENERIMA PEMBAYARAN DIVIDEN SECARA CEK MAHUPUN DIMASUKKAN SEBAGAI PELABURAN TAMBAHAN).


2)Tambahan Pelaburan Syer dalam bentuk dividen terkumpul, mahupun tambahan wang tunai, adalah bergantung kepada keadaan dana.

3)Penjualan balik Syer Pelabur mengambil masa 12 bulan selepas Borang Penjualan Syer lengkap diisi dan diterima oleh Bank Persatuan. (MENURUT PERUNTUKAN DI DALAM UNDANG-UNDANG KECIL, PENJUALAN BALIK SYER SEMEMANGNYA MENGAMBIL MASA 12 BULAN, WALAUBAGAIMANAPUN RAYUAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PENJUALAN BOLEH DILAKUKAN DAN TEMPOH 12 BULAN BOLEH DIKURANGKAN BERGANTUNG KEPADA KEADAAN YANG DIHADAPI OLEH PELABUR).


4)Pelabur tidak dibenarkan menjual sebahagian daripada Syernya sahaja. Kesemua Syer mesti dijual serentak dan keanggotaan serta manfaat  Pelabur juga ditamatkan.(MENURUT UNDANG-UNDANG KOPERASI, MANA-MANA AHLI YANG INGIN MENGELUARKAN SYERNYA PERLU MENJUAL KESELURUHAN SYER YANG DIPEGANG OLEH AHLI TERSEBUT. INI DIAMALKAN OLEH SEMUA KOPERASI DI NEGARA INI DAN BANK PERSATUAN ADALAH SEBUAH ENTITI KOPERASI. KONSEP PELABURAN DI BANK PERSATUAN ADALAH BERLANDASKAN KONSEP KOPERASI SEPERTI YANG DISEBUT DIATAS DAN IANYA BERLAINAN DENGAN KONSEP PELABURAN LAIN CONTOHNYA ASB DAN ASN)

5)Syarat keanggotaan adalah bumiputra, dengan minimum pelaburan RM 500.00 (Harga jual beli syer keanggotaan adalah tetap RM 10 seunit)

Sekadar berkongsi informasi

Terima Kasih

Untuk maklumat lanjut email ke wakalah11@yahoo.com

[ Last edited by  Edved at 18-10-2006 03:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by Edved at 18-10-2006 02:42 AM
Selamat Melabur Dan Menyumbang Kepada Kebangkitan Ekonomi Kita.

Bank Persatuan adalah Bank pertama yg ditubuhkan di negara kita, sebelum bank rakyat dan bank negara ditubuhkan.

Zakat Perniag ...


boeh tlg terangkan no 3 dan 4 tak?
maksud penjualan ialah bila kita nak keluarkan duit kita ke?
maknanya ia akan amik masa 12 bulan utk kita keluarkan duit dr akaun kita...
bukan boleh dpt on the spot mcm asb ke?

dan kalau nak jual semula yg kena jual semua tuh...
maksudnya ialah..
kalau nak kuarkan duit, kena kuarkan semua dan terus tutup akaun ke
itu ke maksudnya?

TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by tictactoe at 18-10-2006 08:01 AM


boeh tlg terangkan no 3 dan 4 tak?
maksud penjualan ialah bila kita nak keluarkan duit kita ke?
maknanya ia akan amik masa 12 bulan utk kita keluarkan duit dr akaun kita...
bukan boleh dpt o ...


itulah yg dinamakan Bank Koperasi. apa yg kita invest bukanlah cair mcm ASB. kalau mintak keluarkan duit pd 20/10/06 maka 20/10/07 baru dapat duit tu (setahun).
Kalau invest RM100,000 tak boleh bawak keluar RM500 ke RM1000 ke. kena bawak keluar semua & terminate terus keahlian baru dapat duit tu. so kalau mengejut nak pakai duit memang takkan dpt bawak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 09:40 PM | Show all posts
Ya betul Tuan.

3) Kalau kita nak jual balik syer tu, kena amik masa setahun selepas borang permohonan penjualan syer diterima oleh pihak bank=baru boleh dapat duit. Tapi hal ni bergantung pada budi bicara. Bergantung pada sesetengah sebab (contohnya kematian/ kecacatan pelabur), penjualan balik syer tersebut boleh dipercepatkan.

4) Syer tak boleh jual sikit2. Kena jual semua. Pastu keanggotaan dan manfaat keanggotaan akan ditamatkan.

Bank Persatuan menyediakan khidmat sosial dan kebajikan untuk manfaat anggotanya seperti:-

      a)  Khairat kematian
      b)  Dermasiswa
      c)  Rawatan Perubatan
      d)  Bantuan pembedahan sakit kronik
      e)  Derma kepada anggota yang mendapat bencana.
      f)  Pemberian syer percuma sebanyak RM300.00 kepada anggota yang telah genap 20 tahun keanggotaannya.
      Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005 Lembaga telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 daripada keuntungan tahunan Koperasi untuk Kumpulan Wang ini.               

Perlindungan takaful percuma kepada anggota yang mempunyai simpanan dan pelaburan melebihi RM5,000.00.

Perlindungan takaful percuma kepada anggota  yang mempunyai syer sebanyak RM5,000.00 berupa perlindungan atas kematian kerana kemalangan sebanyak RM20,000.00 dan kematian biasa sebanyak RM500.00.  

Terima Kasih

[ Last edited by  Edved at 18-10-2006 09:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:30 AM | Show all posts

Reply #23 ourself's post

maa ni capital protected ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 9-10-2006 08:07 PM


bank persatuan tu kena gi ke pejabat dia...kalau kat bank rakyat mmg derang tak cakap..cuba buka web ni utk check ada tak pejabat dia yg terdekat...rasanya area kedah/perlis/penang/perak je ada ...



uik tak penah dgr pun bank persatuan nih..
bank ni govern by bnm ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 12:34 AM | Show all posts
Tuan

Harga Syer diberi jaminan oleh Bank Persatuan tidak berubah.

Bank ni sememangnya tak begitu popular dan branch pun tak banyak.
Sewaktu dulu pun BR macam tu jugak.

Pada masa ini Bank Persatuan mempunyai sembilan buah  cawangan ; 4  di  Pulau  Pinang,  2 di Kedah, 2 di Perak dan 1 di Kangar, Perlis.
Cawangan Kangar, Perlis merupakan cawangan yang paling baru dibuka pada 5 Jun 2006. Seterusnya Cawangan Shah Alam, Selangor akan dibuka pada akhir tahun ini.
Pembukaan  cawangan  akan  diteruskan   hingga ke seluruh negara bagi memberi perkhidmatan yang berterusan kepada anggota koperasi


APA DIA BANK PERSATUAN?
Sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini dikenali sebagai Akta Koperasi 1993.

Sebuah Bank Koperasi yang menjalankan aktiviti perbankan mengikut kehendak yang telah diperuntukkan di dalam Akta, Undang-Undang Kecil dan Peraturan Koperasi.

SEJARAH PENUBUHAN
Ditubuhkan pada zaman penjajah dengan nama The Province Wellesley Cooperative Banking Union Limited. Sebelum tertubuhnya Bank Negara Malaysia.
Bank Persatuan telah ditubuhkan di setiap daerah dan negeri yang kemudiannya telah digabungkan menjadi Bank Agung yang kini dikenali sebagai Bank Rakyat.
Nama Bank Persatuan telah ditukar sebanyak empat kali. Yang terakhir sekali ialah Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad atau ringkasnya Bank Persatuan yang didaftarkan pada tahun 1995.


Terima Kasih

[ Last edited by  Edved at 20-10-2006 12:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 08:04 AM | Show all posts
link2 kat website bank persatuan tu banyak yg takleh klik la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 08:20 AM | Show all posts

Reply #98 Edved's post

Bank Persatuan telah ditubuhkan di setiap daerah dan negeri yang kemudiannya telah digabungkan menjadi Bank Agung yang kini dikenali sebagai Bank Rakyat.


aku tak paham kat sini..
cakap bank persatuan digabung jadi bank agung then tukar jadi bank rakyat...
camana bank persatuan boleh still exist
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078818 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list