|
9 Jan 2017
LEMBU HAWAU KHAPKHONKHAP ( AKU BAGI NAMA )
Bahan 2 : Daging (rusa /lembu etc kecuali KHINZIR )
Sayur mayur mcm2 (Capsicum,kangkung,bendi,kobis,cili besau )
Marjerin
Kuali
Sos satu :
Tauchu ,ajinomoto,kacang tanah ditumbuk halus ,gula garam ,kicap SIAM .
Sos dua :
Kicap Siam ,cili padi blending ,gula .
Sos 3 :
Kicap Siam,daun kemangi blending hancur ,gula.
Kacau2 smpi SEBATI
Enak dimakan bersama ke 3 sos .
Masakan ni aku belajau ketika MENGEMBARA seorang diri ke 3 buah negara pada penghujung tahun 2004 / awal 2005
:THAILAND,CAMBODIA,VIETNAM selama 3 bulan .
25 Disember Tsunami Aceh aku kat obersea .........tgk berita cakap bahasa depa ,haram paham .........Esoknya aku baca paper English .
Ratusan restoran aku singgah hatta ke dapur ,ratusan rumah kampung aku minta air minum dll pengalaman MENGEMBARA SENDIRIAN BERHAD .Hampir dirompak di bandar Pnom Penh dan Saigon ketika keluar dr restoran Halal guna kad bank .Bila keluar ada 4,5 lelaki dewasa ikut ..makin lama,makin dekat ..............
Perompak dan pencuri mmg target tourist ...
Amalan baca ayat 9 dan Surah Al-Qursi .Syukur Alhamdulillah SELAMAT ...............
Yg lawak kat restoran ada tanda HALAL tp anjing sdg zzz.....Org Siam muslim biasa bela anjing utk keselamatan .
Aku bawa cash RM1000,3 kad bank,kompas kiblat ,berus gigi dan 2,3,4 helai pakaian dll yg penting spt charger,Henpon Nokia 3310,kamera,bateri,pen pen ,buku nota,maps etc .
Baju baru aku beli pakai dah kepam,campak tong sampah.Xdak masa nak hantau dobi .
Bila aku sampai ke rumah waktu Subuh setelah mengembara 3 bulan,mak aku cakap "ehal ko lain ni Saat ?"
Rambut aku dh macam Hantu Kak Limah ................
3 bulan x gunting rambut dll bulu2 ...................
Khapkhonkap ( Siam )
Owh Gun ( Cambodia )
Kam en ( Vietnam )
Banyak bahasa depa aku belajau ...........................................
|
|