Hancur luluh rasa hati seorang kakak apabila menemui adik lelakinya yang hilang dalam keadaan luka di seluruh tubuh.
Menurut THE STAR ONLINE, salinan laporan polis menunjukkan wanita berusia 35 tahun itu sangat terkejut dengan keadaan fizikal adiknya yang dipercayai akibat didera.
Sumber foto: THE STAR ONLINE
Lelaki berusia 21 tahun itu ditemui di hadapan sebuah bank berhampiran Taman Perling pada Sabtu, kira-kira jam 8.20 malam.
Mangsa yang merupakan seorang jurujual aksesori kereta itu dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keluarganya di Mersing dalam suatu jangka masa.
Wanita berkenaan cuba meghubungi mangsa, malah pergi ke tempat kerjanya tetapi usahanya gagal.
Keputusan keluarga mangsa untuk mencarinya di rumah majikannya di Taman Johor Jaya pada Selasa membuahkan hasil apabila menemui mangsa dalam keadaan lemah.
Mangsa didakwa cedera di seluruh tubuh, malah terdapat kesan parut di kedua-dua belah tangan, lepuh di sekeliling mulut, bengkak dan pendarahan dalam mulut dan telinga serta kecederaan parah pada badan dan juga tapak kakinya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz percaya mangsa ditumbuk, ditendang dan dirotan suspek dipercaya majikannya sendiri.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan susulan.
"olis masih mengesan suspek kerana mereka hilang sejak mangsa meninggalkan rumah tersebut," katanya.
Jokhiri juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini untuk memaklumkan kepada Polis Kontinjen Johor di talian 07-221 2999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di 07-386 4222 untuk membantu siasatan. - CARI |