CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5103|Reply: 28

Bunuh Dan Siat Kulit Kucing Kerana Tiada Duit Nak Pelihara

[Copy link]
Post time 13-1-2017 11:31 AM | Show all posts |Read mode

PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula. Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan kemudian menyiat kulit binatang tersebut disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk memeliharanya, tidak sepatutnya dimaafkan.
Wanita itu yang dikenali sebagai Lan Yan, sebelum ini telah membeli kucing terbabi di sebuah kedai di Lijiang, China, pada harga RM1,668 namun kemudian menyedari dia tidak mempunyai wang untuk memelihara kucing terbabit.

Lan Yan kemudiannya kembali ke kedai itu dan memberitahu dia mahukan wangnya semula dan mahu memulangkan kucing terbabit, namun ditolak oleh pekedai, Sheng, memandangkan kucing itu tidak mengalami sebarang kecacatan.

Bagaimanapun lima hari selepas Sheng menolaknya, dia menemui beg plastik berwarna hitam di luar kedainya. Selepas membuka plastik itu, alangkah terkejutnya Sheng apabila mendapati ada kucing yang mati dan kulitnya disiat.

Melihat kepada bentuk kucing tersebut, Sheng menyedari bahawa ia adalah kucing yang telah dijualnya kepada Lan Yan.

Sheng kemudiannya mengecam pembunuhan kucing itu di dalam media sosial.

“Inilah kali pertama saya terpaksa berdepan dengan perbuatan seumpama ini sejak saya membuka kedai. Wanita itu menggunakan kaedah yang sangat kejam untuk menamatkan riwayat seekor binatang.

“Saya berharap agar mereka yang tidak pasti supaya memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk memelihara binatang. Tidak apa jika tidak sayangkan binatang, tapi jangan cederakan mereka,’’ demikian tulis Sheng dengan panjang lebar.

Tidak lama kemudian, iaitu dua hari lepas, Lan Yan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka .

“Kepada semua pencinta binatang, saya minta maaf kerana melukakan hati anda,’’ katanya yang menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing disebabkan sewa apartmentnya yang tinggi.
Dia juga mendakwa telah merayu kepada Sheng supaya memulangkan duitnya, namun ditolak oleh Sheng. – Mynewshub.cc




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 11:36 AM | Show all posts
sial punya orang.. yang pekedai pun kalau orang dah terdesak macam tu, amik je la balik..
dah jadi macam ni baru nak salahkan satu pihak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kucen...sampaiiiiiii ati dia buat kucen camtu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 12:49 PM | Show all posts
Siannya kan ke lebih baik dia iklankan kucingnya tu untuk dijual sekurang-kurangnya ada juga pembelinya nanti dari buat kerja gila cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 01:01 PM | Show all posts
bodoh ke lembam pompuan ni...jual ke org lain or lepas je lah kucing tu biar dia merayau cari tuan lain drpd ko bunuh dia. ko bunuh kucing tu pun bukan dpt duit balik

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 01:02 PM | Show all posts
masa nk beli kucing tu xsmpt nk fikir langsung ke mampu x nk jaga. takkan tiba2 bangun pagi rasa nk beli kucing hari ni, pastu gi beli. balik rumah baru terfikir makanan kucing nk kena beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada sebab kenapa pekedai tu nak terima balik atas kebebalan orang lain... bangsat bebal tu boleh saja lepaskan kucing tu di mana-mana...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh gila mental punya manusia. mohon kena siat macam apa dia buat kat kucing tu ::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 04:27 PM | Show all posts
Wanita itu yang dikenali sebagai Lan Yan, sebelum ini telah membeli kucing terbabi di sebuah kedai di Lijiang, China, pada harga RM1,668 namun kemudian menyedari dia tidak mempunyai wang untuk memelihara kucing terbabit.

kenapa mesti kuching terbabi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..kalau tak mampu, kasi je kat orang lain bela:
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 04:46 PM | Show all posts
Manusia begini wajib direjam sampai mati.!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:30 PM | Show all posts
Kejam..Perangai cam tenuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm nk siat2 kulit cinapek ni :
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke bengap p siat kucing tu p la jual kat org lain atau lepaskan kucing tu kat mana2 biar org lain jaga. Kalau takde duit buat cara takde duit. Smh. Ni mesti nak balas dendam kat apek tu sbb taknak refund ::
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim!  Kalo x nak bg kat mak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nk kna siay jugak kulit malaun tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 05:39 PM | Show all posts
Org mental mcm ni layak ditendang dari bangunan 30 tingkat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim btol... Tergamak yer dsiat kulit kucing tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kembang tekak. kejam, sanggup buat mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 08:33 PM | Show all posts
matchstick replied at 13-1-2017 05:01 AM
bodoh ke lembam pompuan ni...jual ke org lain or lepas je lah kucing tu biar dia merayau cari tuan l ...

diorang ni bukan ada dosa pahala syurga neraka . dalam hidup diorang pun habis semua bende diorang makan.
kalau puak puak macma ni salah satu dari 700k rakyat china yang nak di bawa masuk ke Johor tu
di jauhkan la.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.106606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list