CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

Pemburuan Mistik Barangan Antik--oleh theflash 21hb update PG 3 dan TAMAT!

  [Copy link]
Post time 19-1-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 19-1-2017 01:07 AM
Cerita dia macam hantu tu main dengan lan. Masa yg sama hantu tu main dengan wife dia gak

swingers tidak mengenal siapa...       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehhh.......tak memasal je dpt main free ngan hantu.....

Degil lagi...tk nk denga ckp andak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:08 AM | Show all posts
yg cete sebelum ni xde sambungan ke tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok gambar tarian dabus tu baru faham. Seram pulak sampai kuar darah memancut2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 12:12 PM | Show all posts
sib baik la theflash bagi gambo bendalah DABUS tu
aku baca leh bayangkan GAMBUS pulak
pastu bila tang dia cucuk lengan, leher sume
aku dok pening imagine camne la cucuk nak cucuk dgn gmbus
punyelah besar bendalah
sekali.....





buduhnye aku..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 19-1-2017 12:12 PM
sib baik la theflash bagi gambo bendalah DABUS tu
aku baca leh bayangkan GAMBUS pulak
pastu bila t ...

hihihi masuk ni dah berapa org sy jumpa
diaorg confius gak igt gambus dgn dabus dan fauziah gous
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 19-1-2017 10:08 AM
yg cete sebelum ni xde sambungan ke tt

cerita mana ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash replied at 19-1-2017 10:06 PM
cerita mana ye

Tt update tajuk dulu kot.ok x sabar nk baca sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan la asek duk sambung sambung, buatlah dalam bentuk bab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 11:52 PM | Show all posts
sundayz0 replied at 19-1-2017 11:46 PM
Bosan la asek duk sambung sambung, buatlah dalam bentuk bab.

ni kire rajin la ni
kalau tengah malas jangan kata bersambung sambung
apa benda pun takda hihih


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok....da habis baca sambungan....
Degil btol lan ni kan
Masalah lama blom selesai....bwk lg brg blk rumah...
Kalau adik aku......da lama aku ketuk2 kn kepala tu

Kat rumah mak aku pun ade bekas pahar tembaga...atuk aku nyer dulu.......kemain susah nk kilatkn kn......
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
theflash replied at 17-1-2017 01:33 AM
Aku malaw dan takut nak kol Andak.Sure aku kene bambu,rasa menyesal,tapi tak guna. Weekend tu aku fr ...

Tak serik-serik Lan ni ya..
Dah kena dulu, masih ambik jugak tembaga tu
Dah mendapat lagi sekali
Tembaga berpenunggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:20 AM | Show all posts
xnampak pun sambungan yg 19hb..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:32 AM | Show all posts
AryaStark replied at 20-1-2017 10:20 AM
xnampak pun sambungan yg 19hb..huhuhu

kat page pertama
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
anishacute replied at 17-1-2017 02:12 AM
Cik abang... petua barang berpuaka.. abg kena tanam dulu selama sebulan.. ai dulu pernah beli 1 brg  ...

Kt pasar karat tu ke? Adeh dah lama teringin nk g pasar karat amcorp mall tu tapi takut plak nk beli brg2 lama ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2017 01:35 AM | Show all posts
Edited by theflash at 21-1-2017 01:36 AM

Aku tak pernah belajar bersilat,karate mahupun taichi
Tapi wife aku selalu cakap aku selalu berlatih dekat beranda rumah.Aku takkan nak denied,nanti sampai Subuh aku kene explain 1 by 1.Sudahnya aku ya kan je

Almost 4 month sejak nenek meninggal dan dah dekat 4 kali Zila nampak aku bersilat,tidor sebelah dia pakai baju silat la,dan yang best,aku takda jumpa pun baju silat dalam tinggalan nenek hari tu.

One day, aku ke Kuala Kangsar, nak jumpa dengan Andak.Aku dah tak tahan dengan apa yang aku hadapi.


Sehari sebelum aku jumpa andak.

Malam tu aku saja je surf web,tengok Youtube etc.
Then tetiba aku rasa macam di perhatikan. PC di rumah aku terletak di luar bilik tidor kami.So ada kawasan lapang sikit sebelum jumpa tangga.

Penat aku toleh 2-3 kali.Sebab macam ada yang berdiri belakang aku!

Aku toleh .dan itu tolehan aku yang terakhir!

Lepas aku toleh,aku terpempan.
Ada ‘tarian dabus’ di ruang tamu aku!

Muka si penari dan tok bomoh aku tak cam. Aku tak kenal

‘Mereka’ menari penuh asyik
Hinggalah bab tusuk menusuk lengan...tapi bukan sekadar lengan,leher,mata ,badan semua ‘mereka’ tusuk!

Aku tersandar di kerusi,macam di gam
.
Takhkala itula salah seorang ‘penari’ merangkak ke arah aku sambil merenjis2 anakdabus yang bersalut darah!

Cing...! Cing !!

Aku menjerit! Seraya itu,Zila tiba tiba menyelak daun pintu!
Dan akhirnya
Apa yang aku nampak.dia nampak juga malam tu!


Dia hampir histeria.Terduduk bilamana yang merangkak ke arah aku itu..mencabutkan tangannya..dan membiarkan ia merangkak ke arah Zila.
Zila pengsan.
Dan dengan sisa tenaga yang aku ada, aku azan sekuat hati.

Bila mata di buka.kosong.

Yang ada cuma anak dabus elok terletak di ruang tamu.

Selepas aku sedarkan Zila,dalam keadaan dia lemah
Aku explain satu persatu.





Aku ada di rumah Andak
Aku explain semua.Ternyata Andak memang angin gila dekat aku,sebagai ‘ubat’ aku di lempangnya!
Tapi aku tahan,aku sabar.Memang salah aku.

“Aku rasa aku tahu siapa lelaki yang aku jumpa malam tu,siapa lelaki berbaju silat.kau tak kenal,tapi kami kenal” bentak Andak.

Aku diam.Cuma angguk kecil.
Teruskan,getus hati aku

“Sulong Hitam. Itu laki nombor dua nenek kau.” ujar Andak

Seingat aku. Nenek memang pernah tiga kali kahwin.Suami pertama Askar Melayu yang gugur di medan perang,suami ke dua dan ke tiga aku tak tahu.
Yang pertama pun sebab ada gambar dorang kawin tergantung di bilik nenek ,dan Atok lengkap berbaju askar.

Setahu aku juga, Nenek berkahwin nombor 2 dan 3 semuanya duda.dan masing2 takda anak.
Maksud aku,tak silap, ada yang ikut mak dorang,tak ikut jagaan nenek.


“Siapa tu.”aku tanya.

“ Sulong tu yang ajar nenek kau silat,dan ilmu2 lain.Dan dia memang ada mengajar Dabus.Asal nya dari Bagan Datoh ,orang Kampung Gxxxx Sxxxxx.” sambung Andak.

“Aku tak penah jumpa depan depan.Tapi mak selalu cerita.Punca dia bercerai sebab jatuh hati dekat salah sorang penari dabus!”ujar Andak.

“Dah la.esok aku nak kau selesaikan hal ni.” bengis Andak merenung aku.



Esok pagi.


Aku di temukan dengan Ustaz Elias.( UE)
Orang Sayong.Lingkungan 40an macam tu.

“Saya cuba selesaikan ya” senyum Ustaz Elias sambil bersalam dengan aku.
Andak dah briefing abis pada UE.


Lepas maghrib,UE ada nasihatkan aku.Berkias,tapi aku paham.

“ Lan..benda benda pusaka ini, tak semua boleh kita ambil dan bahagi,kecuali tanah.tapi benda benda macam ni,seeloknya di biarkan begitu..takut takut ada yang berdamping,tapi saya tak salahkan kamu..saya selalu juga pergi Loken tu tengok2 barang lama.hihihi” ujar UE .
Nampak macam sinis ketawa UE.Tapi aku tunduk diam.


Semua barang tembaga nenek aku bagi pada UE.


Kami bertiga sahaja malam tu di rumah Andak

Mak Andak,Zila,Amar dan anak2 Andak semua di Rumah Pakcik aku yang satu lagi dekat Bukit Chandan.


Kami mulakan dengan Yassin
Pertengahan tu..
Aku perasan..

Anak dabus,tepak sirih

Semua nya bergetar.

Kling! Kling!! Cingg!

UE hanya senyum pada kami .
Selesai bacaan. Aku gatal tangan nak betulkan kedudukan barang tu.

Aduhh! Panas!
Barang2 macam di letak dalam api.Panas!


UE membacakan beberapa potong ayat Al Quran.

Kemudian..kedengaran bunyi loceng anak dabus di segenap rumah.Aku dah mula tak sedap hati. Dari celah celah daun pintu ,kelihatan ‘mereka’datang.

Si penari perempuan dan si Sulong Hitam.
Berdiri di hadapan barang tersebut
Segera UE ke depan dan duduk betul2 di depan mereka!


Hampir 2 min.Aku tengok UE hanya duduk terpacak depan mereka dan masing masing menjegilkan mata.

“Dahh! Baca Ayat Kursi kuat kuat!” tiba tiba saja UE bertempik seraya itu dia melompat ke belakang!
Aku terketar2 membacanya dan aku tengok Andak rilek je berdiri tegak,takda muka takut pun!

Semasa pembacaan.Aku tengok ‘mereka’ itu perlahan lahan mengundur ke belakang dan sekelip mata hilang!

Bulu roma aku masih merinding tika itu. Aku terus di tepuk bahu oleh Andak


“Dah siap,kau jangan gatal2 lagi”bentak Andak.

Esok pagi,aku ,UE dan Andak ke Tasik Raban.Aku buang semua barang tembaga tu dekat tasik tu.Masa aku lempar barang barang tu,rasa lega di hati.

Oh ye, tak semua benda Zila tahu, aku tak cerita pun bab bab beromen tu pada dia.Dia takda tanya dan aku takda cerita pun!

UE cakap, malam tu mereka bercakap mengunnakan kaedah batin.

Semua tembaga tu jadi berpenunggu sebab.

Nenek dapat tahu Sulong Hitam curang .Mintak cerai.Tapi penari dabus tu sebenarnya nak main2 dengan Sulong..Sulong bengang la,dia lepaskan nenek sebab nak dia.tapi dia main main nya.

Lalu di tikam dengan anak dabus dan semangat penari tu di resap ke dalam alat alat tu.Zaman dulu,polis tak masuk campur hal hal dalam kampung dan Sulong dapat cover up misteri kehilangan wanita tu,dan Sulong Hitam meninggal pun tak sempat buang saka.

Salah aku.pergi ambil barang tu.

Korang nak tahu..

Masa aku nak lempar dulang tembaga tu,aku perasan ada benda bawah dulang.

Nota dari nenek aku,dalam tulisan jawi
Dia tulis lebih kurang macam ni la

“ Yang ini sesiapa jangan sentuh atau guna.buang kan aja”


Ya,Memang salah aku.
Selamat la wife aku tak pregnant anak jin!

Oh ya.Di sebabkan benda ni, aku akan jadi paranoid bila aku ternampak alatan tembaga.
Aku ulang alat2 tembaga.
Sebab,

Setiap aku aku g Loken ke,Bazar Karat atau tempat2 antik yang ada tembaga..mesti aku nampak ada 2-3 ekor benda yang menakutkan duk keliling benda benda tu !


Aku tanya UE,dia cakap temporary kot.
Tapi aku rasa dah setahun dah ni !


--TAMAT--

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my...best flash..kesian lan...
Nasib baik dah settle..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 09:37 AM | Show all posts
tu dia...siap ada penari lagi
eh, buang kat tasik raban???
seram pulak..
kalau balik kampung ikut gerik, selalu singgah restoran tasik raban tu..ikan bakarnya sedap
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 09:40 AM | Show all posts
Suchi replied at 20-1-2017 06:35 PM
Kt pasar karat tu ke? Adeh dah lama teringin nk g pasar karat amcorp mall tu tapi takut plak nk be ...

dulu masa kerja area situ, selalu lepak kat pasar karat ni..
menarik semua barang yang dijual
ada sorang cina tu sibuk suruh saya beli pasu tembikar lama buatan dari tanah besar China..
memang cantik..dia nak jual murah2..
katanya bawa ong!
kalau bawa ong, kenapa tak dia je yang simpan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 12:34 PM | Show all posts
baca citer hang ni..terbayang  maya karin tengah menari dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam
berdecing-decing bunyi gelang kaki

agaknya gelang kaki dia tu pun dari tembaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.174361 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list