Foto: www.nextarchitects.com
Negara China memang terkenal dengan karya yang agung dan daya kreativiti yang sangat mengagumkan dari penghasilan barangan sehinggalah seni bina bangunannya.
Tarikan terbaru yang membuatkan para pengunjung dari seluruh dunia tidak sabar untuk datang ke negara ini adalah sebuah jambatan yang diberi nama sebagai Lucky Knot Bridge.
Foto: Lonelyplanet.com
Terletak di Changsha, wilayah Hunan, reka bentuknya hasil dari rekaan kumpulan arkitek NEXT Architects pastinya dapat membuatkan sesiapa pun terpegun.
Jambatan ini berbentuk seperti sebuah pintalan reben gergasi yang dibina merentasi Sungai Dragon King Harbour dan berada setinggi 24 meter di atas permukaan sungai untuk membolehkan perahu dan kapal lalu di bawahnya.
Foto: Lonelyplanet.com
Ia menawarkan laluan pejalan kaki sepanjang 185 meter dan menghubungkan antara dua buah taman yang membolehkan sesiapa pun yang jalan di atasnya dapat menikmati panorama yang indah.
Kawasan pejalan kaki ini dipanggil sebagai Moon Gates dan menurut perekanya, reka bentuk yang seakan simpulan itu direka mengikut kepercayaan China kuno yang melambangkan keuntungan dan kesejahteraan.
Warna merah pula dipilih untuk jambatan ini untuk melambangkan kebahagiaan dan kejayaan.
Foto: Homeworlddesign.com
Foto: Lonelyplanet.com
Firma seni bina NEXT Architects ini sememangnya terkenal dengan binaan mereka yang sangat luar biasa dan sebelum ini pernah membina sebuah jambatan di Belanda yang strukturnya boleh tenggelam di dalam air.
Wah, memang unik dan tiada yang sama seperti Lucky Knot Bridge ini di negara lain. Ayuh, rancang percutian anda ke China sekarang. -CARI |