CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1986|Reply: 20

[Tempatan] Edisi Dedah : Dari Kondo Lembu ke Kondo Baja Felda

[Copy link]
Post time 19-1-2017 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CrowneGlory at 19-1-2017 04:56 PM


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu tahu jika Felda telah menjual dua unit kondominium mewah bernilai RM8.4 juta yang dilapor dibeli anak syarikatnya Felda Global Ventures (FGV) pada 2014.

Beliau berkata semakan ke atas laporan kewangan terkini FGV bagi tahun 2015 menunjukkan firma itu masih memiliki unit tersebut di The Troika - sebuah bangunan di Lorong Binjai dan berdekatan taman KLCC.

"Jika ia telah dijual, berapa banyak kos yang ditanggung setiap tahun?

"Sehingga 31 Disember 2015, kedua-dua pangsapuri ini tidak menjana sebarang pendapatan untuk FGV dan telah mencecah sehingga RM66,000 setahun dalam kos penyelenggaraan," kata Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Unit pertama dibeli dengan harga RM5.1 juta, manakala yang kedua dibeli pada harga RM3.2 juta. FGV membeli unit berkenaan yang sebelum ini dimiliki warga asing dengan harga RM8.43 juta pada 29 September 2014.

Beliau berkata jika unit berkenaan belum dijual, pengerusi baru Felda Tan Sri Shahrir Samad perlu mengarahkannya supaya dicairkan.

Kenyataan Rafizi dibuat dua hari selepas Shahrir mengakui terdapat ketirisan dalam Felda. Pengerusi Felda itu turut mengumumkan usaha untuk memulihkan kerugian agensi itu, termasuk menerusi penjualan hotelnya di London.
Shahrir berkata ketirisan itu kebanyakannya berpunca daripada anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd.

Beliau menolak desakan supaya membuat laporan kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Shahrir berkata ini kerana ketirisan itu diketahui Jabatan Audit Negara dan SPRM mungkin akan membuat tindakan susulan ke atasnya.

Rafizi berkata beliau sendiri tidak akan membuat laporan SPRM berhubung perkara itu. "Akta SPRM mengatakan bahawa mereka yang membuat laporan tidak boleh bercakap mengenai perkara itu," kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata butiran mengenai ketirisan dalam Felda sudah berada dalam laporan polis yang difailkan terhadap pegawainya pada akhir Disember.
-MK

**kaya betul org felda simpan baja dekat The troika...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfc simpan lembu kat menerun
Fgv simpan baja kat troika
Jilaka punya penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti baja tu berkualiti tinggi n mahal harganya. Warehouse 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah dulu kasi kat pala rasyuah jadi pwmgerusi..dah kucar kacir felda fikerjakannya pass kat org lain kasi fix...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 06:06 PM | Show all posts
Makin banyak kes songlap bongkar, makin talibanisasi dijalankan

yg penting, kek bawa masuk Mekdi halal

yg penting, jantan betina tiada pertalian darah dilarang duduk motor bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 06:23 PM | Show all posts
v(T.T)v replied at 19-1-2017 06:06 PM
Makin banyak kes songlap bongkar, makin talibanisasi dijalankan

yg penting, kek bawa masuk Mekdi  ...

BETUL BETUL betul.... bukan talibanisasi lagi...ddah masuk pengisisan dan pensalafian Malaysia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 06:31 PM | Show all posts
walau bebillion2 wang di songlap economy malaysia tetap tinggi hingga Trump kagum
tudung rm800 jual macam pishang gureng
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapuzi bapak segala pemfitnah di kalangan ahli politik melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
deezeck replied at 19-1-2017 07:09 PM
Rapuzi bapak segala pemfitnah di kalangan ahli politik melayu

Ada bukti dia pitenah?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tak mustahil jika hasil belian condo yg ridiculously expensive ni masuk ke ac peribadi lanun felda
dia kawtim lah kan dengan original owner of the condo units or agent
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I wonder siapala warga asing owner asal unit tu...kroni siapa la..atas angin juta2 masyukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
deezeck replied at 19-1-2017 07:09 PM
Rapuzi bapak segala pemfitnah di kalangan ahli politik melayu

Kaki fitnah ni dia cakap tanpa bukti mcm djek tuduh rapiji kaki fitnah. Ada bukti ka. Dah Pengerusi baru Felda Sharil Samak pun cakap ada ketirisan dlm Felda apa yg djek nk nafikan lg.
Ko jgn plk nnti dipanggil tok nyang kaki pitenah ci
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus senyap isa samad.. media pun tak nak mntk komen dia... Cuba kalau pakatan mau semua org mntk komen..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Isa tumpu aspek komersil

Shahril tumpu sosioekonomi

A very2 good combination
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:39 PM | Show all posts
Meniaga dalam aktiviti perniagaan bukan perladangan pun buleh rugi.
Kat celah mana hebatnya orang tua tu pun taktau laa.


Tapi, ada gak yang gigih backup tuh. Bodoh apa laa kau ni syaiton.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyamun2 bangsat...

Dulu, Isa ketot aka ketua bapak segala penyamun diangkat jadi pengerusi, maka kena cash la felda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 11:09 PM | Show all posts
Dah puak penyamun yg pgg mmg x kemana laaa...kalo kasi manage samsung, samsung pun leh bankrap
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
deezeck replied at 19-1-2017 10:35 PM
Isa tumpu aspek komersil

Shahril tumpu sosioekonomi

Combination penyamun semua ni.
Ko ni memang macai abadi la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:56 AM | Show all posts
kombinasi apakah ini ?

regu bercampur ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:02 PM | Show all posts
Isa tu dah ada rekod rasuah tapi dilantik jadi org kuat Felda.. macam ada sesuatu je.........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.209922 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list