View: 4815|Reply: 39
|
Ada 5 Jenis Insomnia Rupanya, Anda Yang Mana Satu?
[Copy link]
|
|
Tahukah anda, jika anda terlalu gembira sehingga tidak dapat tidur anda sebenarnya sedang mengalami gejala insomnia? Menurut portal doktorsehat, keadaan di mana anda terlalu gembira sehingga sukar untuk tidur merupakan stres positif.
Foto: Natural Sleep Aids Guide
Insomnia merupakan suatu keadaan apabila anda tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur yang sangat mengganggu.
Menurut National Sleep Foundation, orang dewasa memerlukan antara tujuh hingga sembilan jam untuk tidur setiap malam. Kesulitan mendapatkan tidur yang cukup menyebabkan aktivit seharian terganggu.
Foto: National Sleep Foundation
Adakah anda tahu terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti jenis insomnia dihidapi? Menurut National Sleep Foundation, terdapat lima jenis gejala Insomnia.
1. Acute Insomnia
Keadaan ini hanya berlaku sekali-sekala sahaja. Keadaan ini biasanya disebabkan disebabkan sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan seharian seperti stres dengan pekerjaan, terima berita buruk atau melalui perjalanan jarak jauh.
Jangan risau jika anda menghidap insomnia akut, kerana ia tidak memerlukan apa-apa rawatan.
2. Chronic Insomnia
Kesukaran untuk tidur dalam suatu jangka masa panjang dan dianggap kronik apabila anda mengalami kesukaran tidur sekurang-kurangnya tiga hari seminggu dalam masa tiga bulan atau lebih.
Insomnia kronik berlaku kerana banyak sebab, antaranya termasuk masalah kesihatan seperti selesema, asma dan banyak lagi.
3. Comorbid Insomnia
Keadaan ini berlaku apabila anda mengalami gangguan psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan. Masalah kesihatan seperti sakit belakang atau sakit sendi juga boleh menyebabkan insomnia atau membuat anda sukar untuk melelapkan mata.
Foto: Medical News Today
4. Onset Insomnia
Mengalami kesukaran tidur pada awal malam.
5. Maintenance Insomnia
Sukar sambung tidur. Keadaan ini menyebabkan penderita sering terjaga pada waktu malam dan mengalami kesukaran untuk menyambung tidurnya.
Adakah anda penghidap Insomnia? Jika ya, anda yang mana? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ada budak opis saya dok kata susah nak tdoq malam la insomnia la.. huh..banyak la insomnia nya..
yang p rembat tdoq petang lelama.. pastu malam tak boleh tdoq dan2 kata insomnia bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu
Macam juga my MIL. Siang hari dihentamnya tidur. Lepas suboh tidur hinggan jam 10-11am. lepas zohor tidur, lepas asar tidur hingga dekat maqrib. pastu malam kata dia tak boleh tidur. Hanya boleh tidur dallam kul 3 or 4 am.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.. siang dok marathon tdoq.. mana mawnya nak tdoq malam.. haih..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tidur berlebihan, nama apa plk ya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau trlebih tgk cete korea thai taiwan jepun american blablabla smpai xtdoq camno pulak hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau susah tidur, makan tomato sebelum nak tidur |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah insomnia da skrang. kerja letih. balik terus bdengkur |
|
|
|
|
|
|
|
saya kalau berkebun pada hari tu malam senang tido. atau tolak moto tayar pancit peluh peluhmalam mmg cepat tido.
|
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 20-1-2017 04:03 PM
Betul tu
Macam juga my MIL. Siang hari dihentamnya tidur. Lepas suboh tidur hinggan jam 10-11am ...
Tu semua masa yg tak blh tidur....
Tidur lepas subuh...
Tidur lepas asar....
Klu nk tidur pun, tidur sekejap sblm zohor...
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu I no 3 pastu 2..now 1 atau hampir takde
|
|
|
|
|
|
|
|
Me sampai skarang de yg no 1 ngn 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Comorbid insomnia kot?
Kalau ada mengganggu fikiran,mesti xleh tido
Nerves untuk sesuatu event hari esok..sblom tido tu otak akan menerawang tah kemana pikirkan kemungkinan2 yg x jadi pun
Selalu bila jd gini, pakai earfon dengar zikir munajat..baru la tertido sebab dapat distract otak dr berfikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah....
Pastu bising kata tak boleh tidurlah...panaslah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Acute insomnia... akn sukar lelapkn mata if tidur after 12am n if my brain keep thinking on something... |
|
|
|
|
|
|
|
No 4. Walaupun skrg aku try hard exercise konon kalau penat boleh la tidoq lena tapi sama je dah jaga tu mmg pyh tidoq blaik |
|
|
|
|
|
|
|
Byk yg di atas kata org2 yg tak blh tidur malam sebab dia bantai tidur siang...
Tapi,
Mungkinkan sebenarnya dia membantai tidur siang akibat tak dapat tidur malam tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Me dulu masa keje pon insomnia.. neves sampai tak boleh tdo..keje kalau tak siap..selagi xsiap xboleh tido...walau dah paksa diri untuk tdo.... pegi keje ting tong....
Skrang alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|