Mengagumkan dan sangat memberikan inspirasi. Itu adalah antara kata-kata yang dapat menggambarkan seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia empat tahun tapi sudah membaca sebanyak 1000 buah buku.
Daliyah Arana sudah mula membaca seawal usianya dua tahun, dan buku pertama yang dibacanya berjudul Ann’s Big Muffin.
Lagi menarik, kanak-kanak ini telah dijemput datang sebagai tetamu khas ke perpustakaan terbesar dunia iaitu U.S Library of Congress bersama keluarganya.
www.washingtonpost.com
Jemputan khas itu adalah dari pustakawan Carla Hayden yang teruja dengan potensi dan keistimewaan Daliyah. Dia juga turut menawarkan Daliyah untuk menjadi seorang pustawakan untuk sehari di sana.
Menurut ibunya, Haleema yang bercakap pada Washington Post, dia telah mendaftarkan Daliyah dalam program membaca dan tidak menyangka yang anaknya dapat menghabiskan 1000 buah buku.
www.washingtonpost.com
Sejak Haleema mengandung lagi dia sudah membacakan buku kepada Daliyah yang masih dalam perut. Bahkan selepas lahir, kanak-kanak bijak itu selalu mendengar dan memerhati abangnya membaca.
Memang menjadi rutin anak cilik dari Georgia, Amerika Syarikat ini untuk pergi ke perpustakaan setiap hari bagi meminjam buku. Comel bukan?
Dalityah juga mempunyai impian untuk membaca 1500 buah buku sebelum menjejakkan kaki ke tadika dan berazam untuk menolong gurunya mengajar kanak-kanak lain membaca kelak.
www.washingtonpost.com
Wah, serius bagus dan sangat bermanfaat hobi yang dipunyai kanak-kanak ini. Bukan sahaja dapat mempelajari benda baharu setiap hari, malah menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak lain seusianya.
Ibu bapa di luar sana bolehlah mula melatih anak-anak rajin membaca sejak dari dalam perut lagi, ya? -CARI
budak dah boleh baca , suka sangattu discovering something, parents suka nurture minat , good combination, and dia pun tinggal dalam suasana yg menyuburkan minat ni.