Sekian lama 'mati' dari ingatan pengguna telefon pintar, kini Nokia kembali merebut hati pengguna telefon pintar dengan kemunculan model baharunya iaitu Nokia 6.
Foto: http://www.news.com.au
Lebih mengejutkan, telefon pintar Android Nokia yang pertama ini berhasil merebut hati pengguna di pasaran China dan habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja!
Model terbaru dari Nokia itu hanya ditawarkan di pasaran atas talian China menerusi laman JD.com dan hanya sekelip mata model itu 'sold out'.
Tiada laporan berhubung jumlah sebenar peranti berjaya dijual, namun menurut Gadget360, lebih dari sejuta pengguna mendaftar di laman berkenaan untuk mendapatkan telefon itu.
Telefon pintar yang dijual dengan harga RM1330.50 (USD300) itu dipercayai berjaya dijual sebanyak 100,000 unit menerusi jualan yang ditawarkan di laman berkenaan dan kemungkinan besar faktor nostalgia membuatkan orang ramai berminat dengan model terbaru dari Nokia itu.
Buat masa ini, Nokia yang kini dimiliki oleh HMD Global, sebuah syarikat dari Finland hanya mensasarkan jualannya di China.
Bagaimanapun, HMD dalam sebuah kenyataan berkata syarikat itu berkemungkinan akan mengeluarkan Nokia 6 ke negara-negara di Eropah.
"Keputusan HMD melancarkan telefon pintar Androidnya yang pertama ke China adalah cerminan keinginan mereka untuk kembali
memenuhi keperluan pengguna dalam pasaran yang berbeza di seluruh dunia," katanya. - CARI |