CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4331|Reply: 34

IKIM - now : Kerjaya dan halatuju - PILOT now on air

[Copy link]
Post time 26-1-2017 04:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 3-5-2017 09:48 PM

Misi IKIM sempena 25 tahun
OLEH HASHNAN ABDULLAH  |  25 Januari 2017 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.0MmfuVSS.dpuf


SUKAR untuk menafikan tanggapan umum yang mengaitkan Islam dengan gejala ekstremis. Pelbagai sebab yang menjadikan kaitan itu seolah-olah nampak ‘betul dan benar’ dan antara faktornya itu adalah media.



Penggunaan media sosial dan juga penulisan tradisional dalam akhbar bercetak, buku, risalah atau majalah mampu mencapai khalayak ramai tanpa mengira sempadan jantina, umur dan bangsa.


Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa ada banyak pihak dalam kalangan umat Islam muncul bagi memutuskan kaitan tersebut, antaranya adalah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).



Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin menyatakan bahawa peranan itu dimainkan dengan menampilkan tokoh pemikir Islam sama ada dalam atau luar negara untuk mengulas isu tersebut berasaskan nas al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.



“Ia juga selaras dengan tujuan utama penubuhan IKIM iaitu untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam,” katanya ketika selepas melancarkan logo 25 tahun IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Yang turut hadir,Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail.




Bagi memperkukuh lagi usaha itu, IKIM yang menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya pada tahun ini telah menggariskan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang tahun ini. Ia bukan hanya program berbentuk seminar, muzakarah, latihan dan bengkel tetapi turut merangkumi program penyiaran, penerbitan buku dan penganjuran karnival serta konsert bercirikan Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2017 04:20 AM | Show all posts
IKIM juga akan menggunakan sayap penyiarannya iaitu IKIMfm dan tvIKIM agar usaha itu mampu mencapai khalayak atau penonton sehingga ke seluruh pelosok negara. “Apa tidaknya, pendengar radio IKIMfm kini berjumlah lebih satu juta orang dan ini menunjukkan bahawa program kami mempunyai peminat setia,” katanya. Tema bagi sambutan itu adalah ‘Peradaban Kelestarian - Memahami Umat Membina Peradaban.’

Sambutan itu bermula pada bulan depan dengan acara pertamanya adalah seminar antarabangsa iaitu Kelestarian Agama dan Ketamadunan (Religion and Civilization Sustainability) di IKIM. Seminar dua hari itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bakal disertai tokoh serta pemikir tersohor dalam serta luar negara. Sempena sambutan itu juga, tvIKIM bakal memperkenal beberapa rancangan baharu, antaranya adalah program bual bicara, dokumentari dan e-learning.




Selain itu, Azizan berkata, objektif sambutan tersebut turut merangkumi usaha IKIM untuk mengubah minda masyarakat Islam tempatan agar menjadi individu bijak dalam menilai setiap maklumat yang tersebar dalam media sosial masa kini Ini kerana, beliau melihat begitu banyak maklumat atau pengetahuan dalam media yang kesahihan sumbernya boleh dipertikai. “Ada juga maklumat atau berita yang sengaja direka-reka atas kepentingan tertentu tetapi begitu dipercayai sehingga menimbul polemik berpanjangan semasa umat Islam sendiri,” katanya. -




Gambar SHIDDIEQIIN ZON - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.0MmfuVSS.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 06:59 AM | Show all posts
Sidang Media Sempena Sambutan 25 Tahun IKIM
Unit Perhubungan Korporat January 16, 2017
Satu sidang media sempena sambutan 25 tahun IKIM yang akan disambut pada 18 Februari 2017 bersamaan 21 Jamadilawal 1438H tahun ini telah diadakan pada 12 Januari 2017. Sidang media ini bertujuan untuk mewar-warkan sambutan yang akan dilaksanakan pada tahun ini bersempena penubuhan IKIM yang telah mencapai usia 25 tahun.

IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bersamaan 14 Sya’ban 1412H di bawah Akta Syarikat 1965. Tujuan utama IKIM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam. Di antara objektif utama penubuhan IKIM adalah memberi kefahaman Islam untuk memmenjalankan penyelidikan dan perundingan sudut pandangan kerohanian, di samping menyediakan satu forum bagi sarjana Islam dan bukan Islam untuk berbincang dan menganalisis pelbagai isu untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam mengenai isu-isu semasa serta menjadi sumber maklumat kepada umat Islam dan bukan Islam di peringkat lokal dan global.

Sebagai pembuka tirai, sebuah Seminar Antarabangsa “Religion and Civilizational Sustainability” akan diadakan pada 20-21 Februari 2017 di Dewan Besar IKIM. Sebanyak 27 program telah diatur sepanjang tahun ini dan IKIM juga akan melancarkan 25 judul buku pada tahun ini. Manakala untuk meraikan para pendengar Radio IKIMfm yang kini berjumlah lebih 1 juta dan penonton tvIKIM, Pusat Media IKIM akan menganjurkan karnival IKIM dan konsert khas di antara 31 Mac hingga 2 April 2017 nanti. Sepanjang tahun 2017 ini, logo khas akan digunakan untuk urusan rasmi. Penyampaian hadiah turut diadakan kepada pemenang pencipta logo khas 25 tahun IKIM iaitu Encik Muhammad Shafawi bin Hamzah dan Tuan Haji Mohamad Rohaizad bin Haji Mohamad Rasid.
sumber asal :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... utan-25-tahun-ikim/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 11:06 PM | Show all posts
IKIM 25 years ....ada conference


The International Conference on Religion and Civilisational Sustainability will be organised for the 1st time in conjunction with the celebration of 25th year of IKIM. It provides a platform for scientists and people of faith to discuss and engage in the complex interrelationships between science, religion, and socio-economic systems.

Watch Live Streaming on http://www.tvikim.my/
9.00am - 5.00pm
20-21 February 2017

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 11:07 PM | Show all posts
radio ikim

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 11:09 PM | Show all posts
Saya rasa IKIM juga memainkan peranan yg kritikal terutamanya dalam menyebarkan maklumat yg mendidik masyarakat tentang RUU 355 - Prof Madya Dr Shamrahayu tak putus putus memberikan ulasan demi ulasan dalam slot Islam dan Perundangan saban petang dan malam ( ulangan).

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2017 11:12 PM | Show all posts
~#keepgoingIKIM

embracing the challenges ahead

well....no one says it is easy but ..sapa yg senang, kan Rasulullah saw diuji diasak kiri kanan  depan belakang

semoga jariah kudrat dan ilmu dibalasi oleh Rabbul Jalil ...sekekal kekal nikmat di alam kekal...

Allah tengok takwa , Allah tengok effort .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 11:14 PM | Show all posts
this one...jgn miss ni insya ALLAH



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2017 07:49 AM | Show all posts
sapa dengaq ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 09:36 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-2-2017 04:19 AM

saya sempat mendengar dan wow , banyak butiran permata ilmu dan pengalaman dan saya kagumi akhlak  beliau terhadap ilmu dan  NILAI ILMU dan juga sifat menghargai jasa jasa pemimpin yg memberi idea dan buah fikiran akan  visi dan misi  KIKM kepada beliau sehingga terbentuknya  IKIM.

i mean ,  i suka  dengar org seperti beliau bercakap sebab no nonsense type , tertib, dan i suka kematangan itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 09:39 PM | Show all posts
karnival IKIM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 05:24 PM | Show all posts
assalamualaikum...

i tak sempat dengaq ini...sapa ada dengar - tang bab epistemology ilmu islam ni bagus ni - tang ba bab kesepaduan ilmu dan iman dan akal...dalam revelaed knowledge best

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 05:24 PM | Show all posts
depa tak promote awai awai ...i letih dah mata semalam i tak sempat laaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2017 11:58 PM | Show all posts
ada siaran ulangan ahad ini  . okay

kena promote awal sikit hehehe sebab maklumlah different time zon so kita punya mata lain lain hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 1-3-2017 12:09 PM

Saja nak tayang ta'auz. Ada yg leh tayang picture ta'auz tak? Kalau tak mampu, tu tanda geng SETAN.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg channel tadio yg terbaik gomen buat...syabas. byk manfaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ikim..25 years
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 09:43 PM | Show all posts
radio IKIM amat informative kepada sesispa yg dalam kumpulan sasaran untuk memilih kerjaya

ada beberapa siri DJ Ahmad Nazri  mengundand professional bercakap tentang kerjaya mereka.
sekarang PAKAR PERUBATAN KECEMASAN




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 09:45 PM | Show all posts
dan satu lagi

sesiapa yg ingin maklumat sahih, saintifik dari PAKAR MARDI

ini adalah rancangan yang patut didengari sebab ia sangat bagus

last week cakap pasal teh, oolong tea,  green tea , etc

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2017 04:48 PM | Show all posts
ini karnival IKIM ...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.483363 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list